Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Pentaksiran Kerja Projek (Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan) Tarikh Mula: 20.7.2013 Kursus: KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2 (PKP 3108). Tempoh: Tarikh Serahan: 30.8.2013

Program:

PPG Pendidikan Pemulihan

Tahun/Semester:

2013/ Sem 4

Kumpulan Disediakan oleh:

PEMULIHAN 1 Pn. Zaleha binti Tambi Adam Pakar Bidang (SME) Ketua Jabatan

Disahkan oleh:

Nama dan tandatangan

Tarikh: Taklimat KKP : PPG 20 7.2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN PROJEK JABATAN MATA PELAJARAN KUMPULAN SEMESTER Tarikh Mula : : 20.07.2013 : PENDIDIKAN KHAS : PKP 3108 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2

PEMULIHAN EMPAT Tarikh Hantar 30.08.2013

I. 1. 2. 3. 4. 5.

Hasil Pembelajaran Kursus: Menjelaskan masalah tulisan (handwriting),ejaan dan karangan. Menghuraikan strategi-strategi dan teknik-teknik pengajaran dan pemulihan bagi kemahiran tulisan, ejaan dan karangan. Merancang strategi pengajaran dan pemulihan bagi kemahiran tulisan, ejaan dan karangan. Melaksanakan pengajaran dan pemulihan bagi kemahiran tulisan, ejaan dan karangan. Menghasilkan bahan bantu belajar untuk mengajar kemahiran tulisan, ejaan dan karangan. Keseluruhan kerja kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1, 2, 3 dan 5

II.

Objektif Projek:

1. Memperincikan definisi, faktor yang mempengaruhi, peringkat perkembangan menulis atau urutan dalan mengeja , masalah atau strategi pemulihan, masalah menulis, mengeja atau mengarang dalam bentuk penulisan esei serta merumuskan maklumat-maklumat tersebut dalam bentuk peta pemikiran. 2. Menjalankan kajian kes terhadap seorang murid yang menghadapi masalah mengeja,atau menulis atau mengarang seperti berikut: 2.1 Membina dan mentadbir instumen untuk mengenal pasti masalah murid 2.2 Menganalisis masalah yang dihadapi oleh murid 2.3 Membuat laporan yang lengkap berkaitan dengan masalah menulis, mengeja atau mengarang yang dihadapi oleh murid 3. Mencadangkan strategi intervensi untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid tersebut. 4. Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan.

III. Tugasan Projek (100%). Secara individu anda perlu menghasilkan kerja projek yang merangkumi aspek-aspek berikut: A. Penulisan Esei dan Peta Pemikiran ( 30%)- Aktviti Individu 1. Penulisan esei menghuraikan definisi, faktor yang mempengaruhi, peringkat perkembangan menulis atau urutan dalan mengeja , masalah atau strataegi pemulihan, masalah menulis, mengeja atau mengarang, serta strategi bagi mengatasi masalah menulis, mengeja atau mengarang 2. Rumuskan maklumat yang diperolehi berkaitan dengan unsur bahasa yang telah dipilih dalam bentuk peta pemikiran. B. Kajian Kes masalah bahasa yang dialami oleh murid pemulihan (40%)- Aktiviti Individu 1. Pilih seorang murid yang menghadapi masalah bahasa dalam kelas pemulihan. 2. Bina dan tadbir ujian bagi mengenal pasti masalah bahasa yang dialami oleh murid tersebut. 3. Analisis masalah bahasa yang dialami oleh murid tersebut. 4. Huraikan dengan contoh-contoh yang sesuai masalah bahasa yang dialami oleh murid tersebut. 5. Mencadangkan strategi intervensi untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid tersebut

C. Penulisan Reflektif (20%) - Individu Anda dikehendaki membuat satu penulisan refleksi. Penulisan refleksi anda perlu merangkumi aspek-aspek berikut: i. Pengalaman anda semasa melakukan tugasan ini (proses mencari maklumat, menghasilkan peta pemikiran , memilih murid, mentadbir atau membina ujian, menganalisis kesilapan yang dilakukan oleh murid serta membina bahan bantu mengajar yang sesuai untuk mengatasi masalah murid tersebut. Masalah yang hadapi semasa menjalankan tugasan dan cara-cara mengatasinya. Huraikan bagaimana pengalaman anda dalam menjalankan tugasan ini mampu meningkatkan kefahaman anda tentang perkembangan kognitif kendiri dan murid dalam kelas pendidikan pemulihan.

ii. iii.

E. Panduan Pelaksanaan Projek. 1. Tugasan ini adalah tugasan individu. 2. Anda boleh bekerjasama secara kolaboratif untuk melaksanakan konsert mini. 3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut: i. Font Arial ii. Saiz huruf ialah 12 iii. Langkau satu setengah baris iv. Rujukan mengikut format A.P.A v. Lampiran. 4. 5. 6. 7. Amalan plagiat tidak dibenarkan. Jika didapati berlaku pelajar akan digagalkan kerja kursus. Panjang tugasan antara 2 500 hingga 3 000 perkataan atau tidak melebihi 15 muka surat (termasuk persembahan visual) Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%

F. Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Kriteria Berikut : 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. 2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut :

a. Pengenalan yang menarik dan dapat memperincikan b. Membina satu peta pemikiran yang sesuai. c. Memilih seorang murid pemulihan yang menghadapi masalah bahasa sama ada dari segi kemahiran mengeja, menulis atau mengarang d. Mentadbir ujian bagi mengenalpasti masalah bahasa yang dialami oleh murid tersebut. e. menganalisis masalah bahasa yang dialami oleh murid tersebut. f. Menghuraikan masalah bahasa yang dialami oleh murid tersebut. g. Mencadangkan strategi intervensi untuk mengatasi masalah murid h. Penulisan refleksi yang komprehensif. i. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. j. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah.