Anda di halaman 1dari 1

Kelebihan penggunaan Excel dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik sekolah rendah.

Oleh kumpulan wan, nazif dan rafaik Micrososft Excel merupakan satu perisian yang membantu ramai para pelajar khususnya dalam pembelajaran matematik. Penggunaan Excel dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana ia membantu guru untuk bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Dan dapat meyakinkan guru itu untuk mengajar dengan lebih yakin. Selain itu juga, pengajaran akan lebih menarik apabila kita dapat memanipulasikan penggunaan warna dengan mudah. Hal ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Excel memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua murid mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru. Walaupun terdapat murid yang agak lemah di dalam kelas, namun mereka juga boleh belajar dan menggunakan komputer di kelas. Excel juga membantu murid untuk menjelajah dunia teknologi maklumat ini dengan lebih luas, mereka dapat membuat banyak aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif kanak-kanak yang mendorong mereka terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran. Selain itu, excel membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa serta juga dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi mereka. Excel juga, membuatkan penyelesaian matematik khususnya dalam proses pengiraan menjadi cepat dan mudah kerana perisian ini menjadikan pengiraan matematik dengan excel menjadi mudah dan menarik.