Anda di halaman 1dari 1

Refleksi Minggu 1 Melalui tajuk minggu ini, saya telah dapat mengenalpasti konsep, objektif, matlamat dan falsafah

gerak kerja kokurikulum di sekolah. Bagi seorang guru, maklumat-maklumat ini seharusnya dikuasai kerana guru akan terlibat secara langsung dengan gerak kerja kokurilum di sekolah nanti. Mustahil bagi seorang guru dapat menguruskan kokurikulum ini di sekolah nanti tanpa berbekalkan pengetahuan yang cukup. Selain itu, saya juga dapat menerangkan komponen dan jenis-jenis gerak kerja kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Di sekolah, bukan hanya terdapat satu jenis gerak kerja kokurikulum. Malah terdapat beberapa seperti sukan, badan beruniform dan kelab akademik. Dengan tahu dan faham mengenai setiap jenis gerak kerja ini, senang bagi seorang guru mengurus malah menjayakan sesuatu aktiviti yang dirancang kelak. Dalam tajuk ini juga ada menyentuh mengenai carta organisasi gerak kerja kokurikulum. Carta organisasi amat penting untuk mengetahui siapa yang berkuasa memberi arahan atau kelulusan. Saya sendiri dapat menyediakan diri seandainya memerlukan kelulusan untuk sesuatu. Saya tahu siapa yang perlu saya jumpa. Di samping itu juga, saya dapat mengetahui akta, surat pekeliling Ikhtisas dan peraturan-peraturan am pelaksanaan gerak kerja kokurikulum. Seorang guru penasihat harus mengetahui semua peraturan-peraturan untuk memudahkan kerja. Saya tidak mustahil akan menjadi guru pembimbing untuk sesebuah kelab di sekolah nanti. Tanpa mengetahui peraturan, kemungkinan saya akan melanggar etika dan memberi contoh yang buruk kepada ahli kelab saya nanti. Oleh itu, dengan memahami bidang tugas saya, saya dapat menjalankan tugas dengan baik.