Anda di halaman 1dari 2

Ibnu khaldun Tokoh sejarawan Ulung

1. Biodata Ibnu khaldun :


• Nama sebenar ialah Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad.
• Di lahirkan di Tunisia pada tahun 732 hijrah / 1332 Masihi.
• Berketurunan Arab dari Yaman yang berhijrah ke Andalus.
• Bapa beliau ialah seorang sarjana terkenal.
• Berpindah ke beberapa tempat iaitu Algeria , Fez, Granada, Bougie dan
Mesir apabila Tunisia dilanda wabak taun.
• Meninggal dunia di Kaherah , Mesir pada tahun 808 Hijrah/1406 Masihi
ketika berusia 87 tahun.

2. Keperibadian Ibnu Khaldun :


i- Tekun mencari ilmu : Tekun mempelajari ilmu fardhu kifayah dan fardhu ain.Bijak
membahagikan masa untuk masyarakat dan menuntut ilmu.
ii- Berjiwa pemimpin : Menjadi pegawai istana dan ketua hakim negara berdasarkan
kecekapan dan keupayaan mengemukakan idea untuk kemajuan negara.
iii- Kreatif : Pemikiran beliau dalam “Muqaddimah Ibnu Khaldun” lahir hasil daripada
pengalaman kreativiti beliau untuk mengetengahkan sejarah sebagai bidang ilmu tersendiri.

3. Pendidikan Ibnu Khaldun :


- Mempelajari asas agama dan bahasa Arab daripada Abdul Rahman bin Muhammad (bapanya),
Muhammad bin Al-Muhaimin Al-Hadrami, Muhammad bin Saad bin Barral Al-Ansari,
Muhammad bin Al-Syawasi Al-Zarzali dan ramai lagi.
- Mempelajari ilmu fardhu kifayah seperti mantik , falsafah , sains, dan matematik daripada
Muhammad bin Ibrahim Al-Abili.
- Semasa di Fez, mendapat pendidikan tinggi daripada beberapa orang guru seperti Ahmad bin Al-
Qassar dan Lisanuddin bin Al-Khatib iaitu pengarang kitab Tarikh Gharnatah (Sejarah Granada)
dan Muhammad bin Abdul Salam..

4. Ibnu Khaldun Tokoh Pelbagai Bidang :


• Sebagai Sejarawan :
o Menganalisis sesuatu tamadun dari segi permulaan , faktor kegemilangan dan kejatuhan.
o Memberi tafsiran sejarah berdasarkan psikologi, ekonomi, sosiologi, alam sekitar dan
geografi.
o Ideanya yang menarik dalam kitab Al-Muqaddimah mendorong para pengkaji dan pemikir
untuk mengiktiraf beliau sebagai tokoh sarjana dan sejarawan yang mengatasi sejarawan
sebelumnya seperti Al-Tabari dan Al-Mas’udi.
• Sebagai Negarawan :
o Banyak menyandang jawatan penting seperti :
 Setiausaha Negara di istana Sultan Abu Ishaq bin Abi Yahya dan Sultan Abu
Annan.
 Anggota Majlis Ilmiah.
 Anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim bin Abi Al-Hasan di Fez,
Maghribi.
 Duta Granada.
 Perdana Menteri (Hajib) Bougie.
 Ketua Hakim (Qadhi Al-Dudhah).
o Jawatan-jawatan penting tersebut memberi peluang untuk berkhidmad kepada negara
dengan lebih berkesan.
• Sebagai Budayawan :
o Merupakan penggiat budaya dan kesusasteraan Arab.
o Pengajian kesusasteraannya dengan Syeikh Muhammad Bahr di Tunisia dimanfaatkan
untuk menajamkan kemahirannya dalam syair.
o Banyak menghasilkan syair semenjak kanak-kanak lagi.

5. Sumbangan Ibnu Khaldun dalam bidang ilmu dan pemikiran Islam :


• Berjaya menganalisis sejarah dari aspek kemasyarakatan, ekonomi, politik, dan pendidikan
dalam karyanya.
• Memberi panduan yang terbaik kepada manusia tentang asas pembinaan sesebuah tamadun.
Berpendapat bahawa sesebuah tamadun tertegak hasil dari keunggulan rohani dengan
jasmani.
• Merupakan pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden khususnya dalam bidang sejarah,
politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan.
• Para sarjana mengiktiraf karya beliau sebagai bahan kajian dan rujukan.
• Pemikiran beliau sering dijadikan wacana, tema-tema seminar, bengkel, persidangan ilmiah,
judul-judul buku dan tesis di peringkat pengajian tinggi.
• Sebuah anugerah ilmiah yang berprestij dinamakan sempena nama beliau iaitu Ibnu
Khaldun Chair of Islamic Studies di Universiti Amerika.
• Namanya diabdikan di dalam sebuah universiti di Jakarta, Indonesia iaitu Universiti Ibnu
Khaldun.

6. Karya Agung Ibnu Khaldun :


• Menghasilkan karya-karya yang bermutu :
o Al-Ibar Wa Diwan Al-Mubtada Wal Khabar Fi Ayyamil Arab Wal Ajam Wal Barbar
Wa Man Asarahum Min Zawi Al-Sultan Al-Akbar yang lebih dikenali sebagai
Muqaddimah Ibnu Khaldun
o Al-Takrif Bi Ibnu Khaldun Wa Rihlatuhu Gharban Wa Syarqan.
• Berjaya memurnikan ilmu sejarah dengan menjadikan rasional sebagai kayu ukur fakta
sejarah tanpa fanatic kepada sesuatu laporan yang tidak terbukti kebenarannya.
• Menggariskan empat perkara yang perlu dilakukan sejarawan dalam penelitian dan analisis
laporan sejarah :
 Membandingkan antara peristiwa-peristiwa dengan berdasarkan kaedah
sebab dan musabab.
 Mengkaji peristiwa-peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar kepada peristiwa-
peristiwa yang sedang berlaku.
 Mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku.
 Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang
berlaku.

Anda mungkin juga menyukai