Anda di halaman 1dari 14

PKP 3110

Definisi
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa

murid membina sendiri secara aktif pengetahuan atau konsep berdasarkan kepada pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada dan tidak menerima pengetahuan secara pasif dari persekitaran.

Kelebihan pembelajaran secara konstruktivisme.


BERFIKIRdalam proses membina pengetahuan ,murid berfikir untuk menyelesaikan masalah , menjana idea dan membuat keputusan yg bijak

YAKIN-peluang membina
kefahaman sendiri jadi lebih yakin dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.

FAHAM-terlibat secara langsung KEMAHIRAN SOSIALdalam pembinaan pengetahuan baru lebih faham dan dpat mengaplikasikannya Kemahiran berinteraksi dalam konstruktivisme membolehkan pelajar bekerjasama , menghadapi cabaran dan masalah

INGAT-terlibat secara aktif


dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru - faham dan ingat

SERONOK- kerana dapat


membina pengetahuan sendiri, konsep dan idea secara aktif - lebih seronok untuk belajar sepanjang hayat.

Ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme.

Mengenal pasti Zon Perkembangan Terdekat pelajar


Memberikan ujian Diagnostik Matematik dan

menganalisisnya untuk rancangan pengajaran yang sesuai.

Menyediakan banyak contoh dan bahan sumber yang boleh membantu pelajar membuat perkaitan dan membina pemahaman baru

Contoh :
Gunakan pengetahuan sedia ada pelajar

membilang bahan maujud untuk dikaitkan dengan angka

Pelajar belajar melalui proses membuat atau beraktiviti


Contoh Setelah selesai pengajaran mengenai mengenal nombor, guru akan memberikan kad nombor 1 9 dan meminta pelajar untuk menyusun mengikut tertib menaik, menurun dan di antaranya.

Penerangan guru hendaklah jelas, selaras dengan pemikiran dan laras bahasa murid
Contoh
Gunakan satu istilah terlebih dahulu untuk menerangkan

sesuatu konsep dan secara berperingkat tingkatkan kosa kata murid. Guna perkataan campur terlebih dahulu untuk penambahan sebelum perkataan jumlah

Guru mengaitkan pelajaran menyerupai situasi sebenar.


Contoh:

aktiviti berjual beli yang melibatkan penggunaan wang serta operasi tambah dan tolak. Juga melibatkan timbangan berat dan ukuran panjang.

Gerak kerja dan perbincangan kumpulan


Guru bertindak sebagai fasilitator.
Murid menyiapkan tugasan secara koperatif.

Pilih murid yang lebih berkemahiran untuk mengajar murid yang belum menguasai sesuatu topik
Contoh: Murid mengajar rakan memahami konsep pecahan.

Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan experimen


Mengkaji ciri-ciri bongkah supaya membina model-model geometri seperti piramid, kon, kubus dan kuboid.

Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran.
Contoh: guru mengajar topik masa, cungkil pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid. Kemudian, guru mengembangkan isi pengajaran berdasarkan idea yang

diberikan oleh murid tersebut.

Disediakan oleh: Nurul Atikah Ahmad Nazri Norarizza Mohd Amin Nur Afiqah Baser Nur Emyliza Musa 5 PISMP PBM 1

Anda mungkin juga menyukai