Anda di halaman 1dari 20

HBIS 2103 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN II

ISI KANDUNGAN

1.0 Pendahuluan 2.0 Penciptaan Adam 3.0 Permusuhan Iblis 4.0 Penciptaan Hawa 5.0 Tipu Daya Iblis Terhadap Nabi Adam 6.0 Kesalahan Nabi Adam 7.0 Keampunan Allah Kepada Nabi Adam 8.0 Hikmah Dan Pengajaran 9.0 Kesimpulan

2 3-4 4-6 6-9 9 - 10 10 - 11 11 - 12 12 - 18 19

Bibliografi

HBIS 2103 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN II

1.0. PENDAHULUAN Penciptaan manusia telah diriwayatkan dari Imam Khatib Al-Baghdadi ra (Abu Bakar ibn Ali bin Sabit ) dengan sanad yang sahih bahawa telah berkata Sufyan As- Sauri ra Agama ini dibina dengan Asar-istinbat Al-Qur'an dan sunnah serta apa yang diriwayatkan dari para sahabat yang membawa kepada maksud syariah (AlQur'an & Sunnah) - dan bukanlah agama ini dibina dengan akal . Hakikat sebenar ciptaan manusia yang mempunyai kaitan yang erat dengan Allah SWT iaitu selain unsur-unsur fizikal yang wujud dalam penciptaan manusia, terdapat juga unsur lain yang cukup penting iaitu unsur roh atau spiritual seperti yang disebut oleh Allah SWT dalam surah al Hijr ayat 29 bermaksud : Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta aku tiupkan roh dari (ciptaan)-Ku, maka hendaklah kamu (Iblis) sujud kepadanya .

Berdasarkan hakikat kejadian manusia, insan yang cemerlang adalah insan yang berupaya memahami hakikat penciptaan mereka serta menumpukan usaha untuk memenuhi keperluan fizikal dan juga kerohanian mereka. Usaha untuk menyatu padukan kedua-dua unsur asas ini akan membawa manusia itu kepada matlamat akhir iaitu memperolehi kebahagiaan dunia dan juga akhirat. Satu kelebihan utama kepada manusia yang dianugerahkan oleh Allah SWT iaitu mereka diberi pancaindera untuk memahami dan mengerti hakikat kejadian dan diberi akal yang berupa keupayaan untuk memilih antara yang hak dan yang batil, sama ada kebahagiaan atau jalan kesengsaraan. Manusia sesungguhnya merupakan satu makhluk yang istimewa. Kita sebagai manusia tanpa disedari sebenarnya merupakan semulia-mulia makhluk di muka bumi ini seperti mana firman Allah SWT di dalam al-Quran: Sesungguhnya telah kami ciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian (Surah At-Tin : 4)

Kejadian manusia itu sangatlah kompleks dan rumit sehingga memustahilkan manusia itu untuk terjadi dan tercipta dengan sendirinya. Lihatlah perjalanan darah dan sistem urat saraf, kombinasi daging dan tulang serta bentuk badan manusia yang sungguh rumit dan unik. 2

HBIS 2103 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN II

2.0 PENCIPTAAN ADAM

Nabi Adam telah diciptakan oleh Allah sebagai khalifah pertama. Allah berfirman Ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi . Mereka bertanya. Mengapakah engkau hendak menjadikan khalifah di muka bumi orang yang akan membuat kerosakan di sana dan melakukan pertumpahan darah. Padahal kami selalu bertasbih dengan memuji dan mensucikan Mu ? Tuhan berfirman : Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui . Di samping itu, terdapat beberapa surah dan ayat yang lain berkaitan Nabi Adam dan iblis. Allah menegaskan yang bermaksud : Sesungguhnya persamaan penciptaan Isa bagi Allah adalah seperti penciptaan Adam. Allah menciptakannya (Adam) dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya : Jadilah! Maka jadilah dia . ( Surah Ali Imran : 5 ). Allah mengajar Adam nama-nama (benda atau

makhluk) seluruhnya. Kemudian Allah bertanya kepada para malaikat : Sebutkan kepada Ku nama-nama benda itu jika kamu makhluk yang pintar? Mereka menjawab : Maha Suci Engkau ! Kami tidak mempunyai pengetahuan apa-apa selain pengetahuan yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana . Allah berfirman : Wahai Adam ! Beritahukan kepada mereka nama-nama benda itu . Setelah mereka diberitahu nama-nama benda itu, Allah berfirman : Bukankah sudah Aku katakan kepadamu bahawa Aku mengetahui rahsia langit dan bumi. Aku juga juga mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan . Ketika Allah berfirman kepada para malaikat : Sujudlah kamu kepada Adam (memberi hormat) . Maka bersujudlah mereka kecuali iblis. Iblis enggan dan sombong serta termasuk golongan makhluk yang kafir. Allah berfirman lagi: Wahai Adam ! Masuklah syurga ini bersama isterimu. Makanlah makanan apa saja yang kamu sukai tetapi jangan sekali-kali mendekati pohon ini kerana ia akan menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim .

Imam Ahmad mengatakan bahawa Yahya dan Muhammad meriwayatkan kepadanya dari Auf dari Qusamah bin Zuhair dari Abu Musa dari Nabi Muhammad S.A.W ., baginda bersabda yang bererti : Allah menciptakan Adam berasal dari 3

HBIS 2103 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN II

segenggam tanah dari segala unsur. Oleh sebab itu, anak cucu Adam lahir sesuai dengan warna tanah. Di antara mereka ada yang berwarna (kulit ) putih, merah, hitam dan sebagainya. Ada pula yang buruk dan ada yang bagus. Ada yang mudah (berakhlak baik) ada pula yang sedih dan seterusnya . Hadis diriwayatkan oleh alBaihaqi dan at-Tirmizi. Allah menciptakan Adam menggunakan tanganNya sendiri supaya iblis tidak sombong kepadaNya. Imam Ahmad berkata bahawa Rauh menyampaikan riwayat hadis kepadanya yang diterima dari Hammad bin Salamah dari Ali bin Zaid dari Said bin Musayyab dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Ketinggian Adam mencapai enam puluh hasta, dengan ukuran besar tubuhnya mencapai tujuh hasta. Ibnu Hibban di dalam kitab sahihnya mengatakan bahawa Hasan bin Sufyan berkata kepadanya tentang riwayat yang diterima dari Hudbah bin Khalid dari Hamad bin Salamah dari Thabit dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila roh ditiupkan Allah ke dalam diri Adam, maka sewaktu roh memasuki kepalanya, dia bersin. Dia mengucapkan Alhamdulillahi rabbil alamin (Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam). Allah berfirman kepadanya : yarhamukallah (semoga Allah melimpahkan rahmat kepadamu) ; Ibnu Said meriwayatkan hadis ini di dalam Thabaqat al-Kubra.

3.0 PERMUSUHAN IBLIS

Setelah iblis membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah supaya bersujud di hadapan Adam. Allah berfirman : Wahai iblis ! apakah yang menghalang kamu bersujud kepada manusia yang telah Aku ciptakan dengan tanganKu sendiri. Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu berasa termasuk orang yang lebih tinggi ? Iblis menjawab : Aku lebih baik daripada dia. Engkau mencipta diriku dari api, sedangkan Engkau menciptakannya dari tanah . Allah berfirman: Keluarlah kamu dari syurga. Kamu benar-benar terkutuk. laknatKu tetap berlaku untukmu sehingga kiamat. Iblis berkata : Wahai Tuhanku ! Berilah aku tangguh (waktu) hingga hari kebangkitan mereka . Allah menjawab : Ya! Kamu termasuk orang yang diberi tangguh hingga batas hari yang ditentukan . Iblis berkata: Demi kemuliaanMu, pasti aku akan menyesatkan mereka semua kecuali (sebahagian) hamba-hambaMu yang ikhlas . 4

HBIS 2103 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN II

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: Demi kebenaran dan hanya kebenaran itulah yang Aku katakan ! Pastilah Aku akan membuat neraka Jahanam terisi penuh dari golongan kamu dan orang-orang yang mengikuti kamu dari mereka semua . ( Surah Shad : 71-85) Dalam surah al- Araf, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : Iblis berkata : Kerana Engkau telah menghukum aku sebagai tersesat, pasti aku akan menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus. Aku akan mendatangi mereka dari arah depan dan belakang mereka.Dari arah kanan dan kiri mereka. Engkau tidak akan mendapati sebahagian besar dari mereka bersyukur . ( Surah al-Araf, 16-17)

Maksudnya, lantaran Engkau (Tuhan) menjadikan diriku tersesat, pastilah aku akan menghalangi mereka dari segala jalan yang benar. Aku akan mendatangi mereka dari segala arah. Beruntung sekali orang yang menentang ajakan syaitan dan amat celaka orang yang mengikuti ajakan syaitan. Imam Ahmad meriwayatkan dari Sabirah bin Abu al-Fakih, dia berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w berkata : Syaitan mendatangi manusia tanpa bicara . Riwayat serupa dikemukakan oleh an-Nasai.

Terdapat juga firman Allah S.W.T yang ditujukan kepada iblis dalam ayat yang bermaksud : Turunlah kamu dari syurga . Dan Keluarlah kamu dari syurga . (Surah al-Araf, ayat 13). Ini menunjukkan bahawa ketika itu iblis berada di kawasan langit. Allah S.W.T memerintahkannya turun dari tempat itu. Iblis turun dari syurga yang mana tempat itu adalah tempat asal peribadatannya kepada Allah. Ketaatan dan ibadah yang dilakukannya sebelum ini telah hancur dan hapus hanya disebabkan oleh kesombongan, kedengkian dan penentangannya kepada perintah Allah S.W.T. Akhirnya iblis turun ke bumi dalam keadaan terhina dan terusir. Firman Allah : Keluarlah dari syurga, kamu benar-benar terkutuk . (Surah Shad : 77). Allah memerintahkan Adam mendiami syurga bersama isterinya . Firman Allah yang bermaksud: Wahai Adam ! Diamilah syurga bersama isterimu, dan makanlah makanan apa saja di sana yang kamu sukai tetapi (ingat), jangan 5

HBIS 2103 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN II

sekali-kali kamu mendekati pohon ini, kerana akan menyebabkan kamu menjadi orang-orang yang berbuat aniaya . (Surah al-Araf: 18-19)

4.0 PENCIPTAAN HAWA

Allah memerintahkan kepada Nabi Adam dan Hawa untuk tinggal di syurga. Akan tetapi para ulama berbeza pendapat tentang waktu penciptaan Hawa di syurga. Dikatakan bahawa ketika Allah mengusir iblis dari syurga, Nabi Adam tinggal di syurga sendirian tanpa ada menemaninya. Maka Allah membuatnya tidur, kemudian satu tulang rusuk kirinya diambil dan digantikan dengan daging, seterusnya Hawa diciptakan dari tulang itu. Setelah bangun dari tidur Nabi Adam mendapati seorang wanita yang duduk di sebelah kepalanya. Maka ia bertanya lagi : Siapakah anda ? Dia menjawab : Wanita. Nabi Adam bertanya lagi: Untuk apa kau diciptakan ? Hawa menjawab : Agar tinggal bersamamu . Allah berfirman: Yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) (An Nisa: 4: 1) Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain (Al Araf: 7: 189)

Ulama berselisih faham tentang syurga yang dijadikan sebagai tempat tinggal Nabi Adam sebagaimana disebut di dalam Al-Quran, yang kemudian Allah memerintahkan Nabi Adam turun ke bumi, apakah tempat syurga itu di langit atau di bumi. Pendapat yang kuat adalah bahawa syurga itu berada di bumi. Sebagai alasan bahawa Allah menciptakan Nabi Adam di bumi, seperti dapat difahami dari firman Allah Inna ja ilun fi l-Ardhi Khalifah di sini Allah tidak meyebutkan, bahawa Dia 6

HBIS 2103 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN II

memindahkannya ke langit. Kemudian Allah memberi sifat syurga yang dijanjikan di langit adalah syurga yang kekal. Apabila syurga itu dimaksudkan, maka tidak mungkin iblis menipu Nabi Adam dengan perkataan.

Firman Allah : Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap ? (Taha: 20: 120)

Syurga yang kekal itu adalah nikmat, bukan tempat taklif bebanan, padahal Nabi Adam dan Hawa dibebani peraturan tidak boleh memakan buah dari pohon itu. Demikian pula Allah telah menggambarkan bahawa penghuni syurga yang kekal di langit itu tidak akan keluar lagi.

Firman Allah: dan mereka pula tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripadanya (Al Hijr: 15: 48) Adapun orang-orang yang berbahagia (disebabkan imannya dan taatnya), maka di dalam Syurgalah tempatnya. Mereka kekal di dalamnya (Hud: 11: 108)

Maka keluarnya Nabi Adam dan Hawa dari syurga menunjukkan bahawa syurga itu bukan syurga yang dijanjikan Al-Quran untuk orang-orang mukmin pada hari kiamat nanti. Dari segi lain, ketika iblis membangkang untuk sujud kepada Nabi Adam, ia dikutuk dan dikeluarkan dari syurga. Jika syurga itu dimaksudkan syurga 7

HBIS 2103 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN II

kekal, maka syaitan tidak akan boleh menjangkau syurga untuk menggoda Nabi Adam dan Hawa sehingga mendapat kemurkaan Allah.

Berdasarkan keterangan tersebut, jelas menunjukkan bahawa syurga yang Allah berikan sebagai tempat tinggal Nabi Adam bukanlah jannatu l-khuldi yang di langit. Berkemungkinan bahawa syurga yang ditempatkan kepada Nabi Adam merupakan syurga yang tempatnya lebih tinggi dibandingkan permukaan bumi yang ada pepohonan, buah-buahan dan kenikmatan, sesuai dengan keterangan Allah: (( )( Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam Syurga itu dan tidak akan bertelanjang. (118) Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam Syurga itu dan tidak akan merasa panas matahari. (119) (Taha: 20: 118-119)

Maksudnya bahawa di dalam syurga itu engkau tidak akan kehausan, telanjang kerana tidak ada pakaian, perut tidak kelaparan dan tidak dijemur matahari kerana tempatnya terbuka tanpa pepohonan. Tetapi apabila Nabi Adam dan Hawa makan, mereka turun ke bumi yang penuh dengan kepayahan, kesulitan dan ujian. Adapun orang yang berpendapat bahawa Nabi Adam dan Hawa tinggal di Jannatu l-khuldi yang ada di langit dan akhirnya diperintahkan turun ke bumi dengan firman Allah: Kami berfirman lagi: Turunlah kamu semuanya dari Syurga itu! (Al Baqarah: 2: 38)

Akan tetapi dapat dibantah bahawa lafaz ihbitu juga diertikan dengan al intiqal (berpindah dari satu tempat ke tempat lain) seperti firman Allah:

HBIS 2103 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN II

Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu (Al Baqarah: 2: 61)

5.0 TIPU DAYA IBLIS TERHADAP NABI ADAM

Ketika Nabi Adam dan isterinya berada di syurga, Allah membolehkan mereka untuk bersenang-senang dengan segala yang ada di syurga. Mereka boleh memakan buah-buahan syurga yang mereka kehendaki kecuali satu jenis pohon. Biarkan Allah melarang mereka untuk menghampirinya dan apabila mereka melakukannya akan termasuk di dalam golongan orang-orang yang sesat dan menyesatkan diri dengan melanggar larangan Allah. Dan sebagai akibat dari pelanggaran itu adalah siksaan.

Iblis merasa senang mengetahui adanya larangan yang boleh dijadikan sasaran menggoda Nabi Adam dan isterinya. Maka mulalah ia berbicara untuk memperdayakan mereka berdua agar memakan buah pohon itu sehingga mengakibatkan terbukanya pakaian yang menutupi aurat mereka. Iblis memang sangat pandai membuat tipu daya. Sehingga berkata kepada Nabi Adam dan Hawa bahawa larangan Allah memakan buah dari pohon tersebut agar mereka berdua tidak menjadi malaikat dan tidak kekal di syurga yang penuh kenikmatan itu. Bahkan iblis bersumpah dia hanya menasihati mereka berdua.

Allah berfirman: )( ) ( )( Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim. (19) Setelah itu maka syaitan 9

HBIS 2103 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN II

membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga). (20) Dan dia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua. (21) (Al Araf: 7: 19-21)

6.0 KESALAHAN NABI ADAM Firman Allah yang bermaksud : Maka syaitan memujuk keduanya (supaya memakan buah pohon itu) dengan tipu daya. Apabila keduanya telah memakan buah pohon itu, maka kelihatanlah aurat mereka. Mereka berdua tergesa-gesa menutup aurat masing-masing dengan daun-daun syurga . (Surah at- Thaha : 22). Nabi Adam dan Hawa lupa bahawa iblis adalah musuh sehingga mereka terjerat ke dalam fitnahnya dengan memakan buah dari pohon itu. Ketika keduanya merasa buah dari pohon itu, tiba-tiba aurat mereka berdua terbuka, Padahal sebelumnya mereka belum pernah melihat auratnya. Oleh sebab malunya, mereka mengumpul dedaunan untuk menutupi aurat masing-masing yang terbuka itu.

Firman Allah: ) ( ( Dengan sebab itu dapatlah dia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata? (22) Mereka berdua merayu: Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri 10

HBIS 2103 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN II

kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi. (23) (Al Araf: 7: 22-23)

7.0 KEAMPUNAN ALLAH KEPADA NABI ADAM Allah berfirman : Turunlah kamu dari syurga ! Kelak kamu akan memperoleh petunjukKu. Sesiapa mengikuti petunjuk Ku, nescaya mereka tidak perlu khuatir dan bersedih . ( Surah al-Baqarah : 30-39).

Firman Allah: Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani. (37) (Al Baqarah: 2: 37). Akan tetapi Allah memerintahkan Nabi Adam dan Hawa turun dari syurga ke bumi. Dan Allah memberitahukan bahawa di antara keturunannya nanti akan mengalami permusuhan. Keturunan mereka akan menjadi penghuni, memakmurkan bumi dan merasa kenikmatan yang terbatas sampai ajal mereka. Tuhan juga menurunkan petunjuk, barangsiapa menuruti petunjuk Allah tidak akan terjerumus ke dalam dosa dan kesengsaraan dunia.

Allah berfirman: ( ) ( ( Allah berfirman: Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika (mati). (24) Allah berfirman lagi: Di bumi itu kamu hidup dan di situ juga kamu mati 11

HBIS 2103 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN II

dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat). (25) (Al Araf: 7: 24-25)

8.0 HIKMAH DAN PENGAJARAN

MULIANYA ANAK ADAM

BAHAYA SIKAP SOMBONG

SUMPAH IBLIS

TAUBAT SIFAT MULIA

TERAS AQIDAH

8.1 MULIANYA ANAK ADAM

Allah S.W.T ingin menampakkan penghormatan malaikat kepada kepada Nabi Adam secara lahir dan batin. Untuk itu, Allah perintahkan para malaikat untuk sujud kepada Nabi Adam: Sujudlah kepada Adam! (QS. Al Baqarah: 34). Hal ini merupakan penghormatan dan penghargaan kepada Nabi Adam dan dalam rangka ibadah, cinta dan taat kepada Allah S.W.T, serta tunduk kepada perintah-Nya. Segeralah para malaikat itu bersujud.

Namun iblis yang berada di tengah-tengah mereka yang tentunya ikut serta mendapatkan perintah itu iblis itu sendiri bukan dari golongan malaikat melainkan dari golongan jin yang diciptakan dari api, justeru menyimpan kekafiran kepada Allah S.W.T dan kedengkian kepada Nabi Adam . Kufur dan rasa dengki itu membuat iblis enggan sujud kepada Nabi Adam . Bukan hanya menunjukkan kesombongan, iblis bahkan menyangkal perintah Allah S.W.T dan mencela kebijaksanaan-Nya. Katanya: Saya lebih baik darinya. Engkau ciptakan aku dari api dan Engkau ciptakan dia dari tanah. (QS. Al Araf: 12) Maka Allah katakan: Wahai iblis, apa yang menghalangimu untuk sujud kepada apa yang telah Kuciptakan dengan dua tangan-Ku? Apakah engkau sombong

12

HBIS 2103 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN II

ataukah engkau (merasa) termasuk orang-orang yang lebih tinggi? (QS. Shad:75)

Gambar 1 : Penciptaan manusia adalah sebaik-baik kejadian Allah.

8.2 BAHAYA SIKAP SOMBONG

Kekufuran, kesombongan, dan pembangkangan ini merupakan sebab terusirnya dan terlaknatnya iblis. Allah S.W.T katakan kepadanya: Turunlah kamu dari syurga kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina. (QS. Al Araf: 13)

Merasa diri lebih tinggi daripada orang lain, baik dari segi kedudukan, keturunan, kesempurnaan bentuk dan sebagainya merupakan sikap sombong dan takbur. Allah S.W.T berfirman : Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kesombongan . (Surah an-Nahl : 23) Rasulullah S.A.W bersabda : Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari sifat kesombongan. (Riwayat oleh Muslim).

8.3 SUMPAH IBLIS

Iblis enggan tunduk dan bertaubat kepada Tuhannya, bahkan menentang, meremehkan, dan bertekad bulat untuk memusuhi Adam beserta anak cucunya. Ia pun menyiapkan dirinya saat mengetahui bahwa dirinya telah ditetapkan menjadi makhluk 13

HBIS 2103 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN II

yang sengsara selama-lamanya.Iblis berikrar dengan ucapan dan perbuatan bersama bala tenteranya, untuk mengajak anak cucu Adam agar menjadi golongan yang telah diputuskan untuk tinggal di rumah kehancuran (neraka). Iblis nyatakan hal itu dengan mengatakan kepada Allah S.W.T: Wahai Rabbku, berilah aku waktu sampai hari kebangkitan. (QS. Shad: 79)

Iblis benar-benar meluangkan waktu untuk menebar permusuhan di kalangan Adam dan anak cucunya. Maka tatkala hikmah Allah S.W.T menuntut agar manusia mempunyai tabiat dan akhlak yang berbeza-beza, maka Allah S.W.T juga menentukan sesuatu yang menyebabkannya. Iaitu berupa cubaan dan ujian, dan yang terbesarnya adalah diberinya iblis kesempatan untuk mengajak anak Adam kepada semua jenis kejahatan. Maka Allah S.W.T pun menjawab: Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai pada hari yang telah di tentukan waktunya . (QS. Shad: 80-81)

Iblis menyambut jawapan itu dengan menegaskan permusuhan kepada Adam beserta anak cucunya. Katanya: Kerana Engkau telah menghukumku tersesat, aku benar-benar akan (menghalangi-halangi) mereka dari jalan-Mu yang lurus kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). (QS. Al Araf:16-17)

Iblis mengucapkan itu berdasarkan sangkaannya, kerana ia tahu benar tabiat anak Adam. Dan iblis telah membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap mereka, lalu mereka mengikutinya kecuali sebagian orang-orang yang beriman. (QS. Saba: 20) Allah katakan: Pergilah, siapa yang mengikutimu dari mereka, maka jahanamlah balasan kalian semua sebagai suatu pembalasan yang cukup. Dan hasutlah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan berjalan kaki dan bersama-sama dengan mereka pada harta dan anak-anak. (QS. Al Isra: 63-64)

14

HBIS 2103 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN II

Yakni jika kamu mampu, jadikanlah mereka orang-orang yang menyeleweng dalam mendidik anak-anak mereka dengan didikan yang rosak dan dalam membelanjakan harta mereka kepada hal-hal yang mudarat, juga dalam mencari harta dari yang tidak baik. Begitu pula ikut sertalah dengan mereka jika mereka makan, minum, dan berjima, yakni ketika mereka tidak menyebut nama Allah S.W.T. Juga perintahkanlah mereka untuk tidak beriman dengan hari kebangkitan dan pembalasan dan agar mereka tidak melakukan kebajikan. Sungguh mereka tidak memiliki kekuatan atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Rabb mereka. (QS. An Nahl: 99).

Selain itu, Allah S.W.T membantu mereka dalam menghadapi musuh yang nyata itu dengan menurunkan kitab-kitab yang merangkumi ilmu yang bermanfaat, nasihat yang berguna dan yang memberi semangat untuk melakukan kebajikan dan memperingatkan dari melakukan dosa. Selain itu, Allah S.W.T juga mengutus para Rasul yang membawa khabar gembira kepada mereka yang beriman kepada Allah S.W.T dan mentaati-Nya beroleh pahala.Juga memperingatkan orang-orang kafir, yang mendustakan dan berpaling dari Allah, dengan berbagai-bagai macam hukuman. Allah S.W.T juga menjamin orang yang mengikuti petunjuk yang terkandung di dalam kitab-Nya yang dibawa oleh rasul-Nya tidak sesat semasa di dunia dan tidak sengsara kelak di akhirat, tidak takut, serta tidak tertimpa perasaan sedih.

Gambar 2 : Merempit ! Satu keseronokan dunia.

8.4 TAUBAT SIFAT MULIA

Setelah itu Allah S.W.T sempurnakan nikmat kepada Adam dengan menciptakan isterinya Hawa dari dirinya dan jenisnya. Ini dimaksudkan agar tercapai 15

HBIS 2103 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN II

ketenangan dan tujuan-tujuan lain seperti pernikahan, kebersamaan, dan adanya anak keturunan.

Allah S.W.T juga memperingatkan Adam dan isterinya, untuk berhati-hati dari syaitan kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi mereka berdua. Ketika itu, Allah mempersilakan mereka makan buah-buahan apa saja yang ada di dalam syurga dan menikmati segala kenikmatan yang ada padanya, kecuali pohon tertentu. Allah S.W.T katakan kepada mereka berdua: Dan jangan kalian dekati pohon ini sehingga kalian menjadi orang-orang yang zalim. (QS. Al Araf: 19) Sungguh kamu tidak akan lapar padanya dan tidak telanjang dan sungguh engkau tidak akan dahaga padanya, dan tidak tertimpa panas matahari. (QS. Thaha: 119)

Maka keduanya tinggal di syurga selama dikehendaki Allah S.W.T dengan segala kenikmatannya. Akan tetapi musuh mereka berdua terus mengintai dan mencari kesempatan. Maka ketika syaitan melihat senangnya Adam di dalamnya dan keinginannya yang besar untuk tetap tinggal di dalamnya, syaitan datang dengan cara yang lembut seolah seorang yang jujur sedang menasihati, ia katakan: Wahai Adam apakah engkau mahu kutunjukkan sebuah pohon yang jika kamu memakannya kamu akan kekal di syurga ini dan akan kekal kerajaan ini serta tidak akan rosak. Terus menerus ia rayu Adam. Ia janjikan, ia bisikkan, ia berikan harapan dan seolah terus memberi nasihat padahal itu adalah penipuan yang besar. Hingga syaitan pun berhasil menipu mereka berdua dan akhirnya keduanya makan dari pohon terlarang itu. Maka ketika makan, terlepaslah pakaian mereka berdua sehingga terlihat auratnya, akhirnya keduanya cepat-cepat mengambil daun-daun syurga untuk menutupi badan mereka yang telanjang sebagai pengganti pakaian mereka. Seketika itu pula nampak hukuman Allah S.W.T atas maksiat yang mereka lakukan, lalu Allah menyeru mereka berdua: Tidakkah Aku telah melarang kalian berdua makan dari pohon ini dan Aku katakan kepada kalian berdua sungguh syaitan adalah musuh yang nyata buat kalian berdua. (QS. Al Araf: 22).

16

HBIS 2103 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN II

Kemudian Allah tumbuhkkan pada hati mereka taubat yang sungguh-sungguh. Adam memperoleh beberapa kalimat dari Rabbnya. (QS. Al Baqarah: 22). Maka keduanya berkata: Wahai Rabb kami, sungguh kami telah berbuat zalim pada diri kami, jikalau Engkau tidak mengampuni dan mengasihi kami, benarbenar kami akan menjadi orang-orang yang rugi. (QS. Al Araf: 23). Maka Allah terima taubat mereka dan Allah hapus dosa yang telah menodai mereka. Keluarlah mereka ke bumi yang kebaikannya dicampuri dengan keburukannya, kesenangan dicampuri dengan kesusahannya.

Allah khabarkan kepada keduanya bahwa Allah pasti akan memberikan cubaan pada keduanya dan anak cucunya, serta orang-orang yang beriman. Yang beramal soleh akan mendapatkan balasan yang baik, sebaliknya yang mendustakan lagi berpaling, akibatnya adalah kesengsaraan yang abadi dan azab yang kekal. Allah S.W.T mengingatkan anak cucu Adam akan hal itu, kata-Nya: Wahai anak Adam jangan sekali-kali kalian dapat ditipu oleh syaitan seperti telah mengeluarkan ayah ibu kalian dari syurga, ia tanggalkan pakaian keduanya untuk memperlihatkan kepada keduanya aurat. Sesungguhnya ia dan pengikutnya melihat kamu dari sesuatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka. (QS. Al Araf: 27)

Allah kemudian mengganti pakaian yang ditanggalkan oleh syaitan dari Adam dan Hawa dengan pakaian yang menutupi aurat mereka dan menghiasi mereka secara lahir. Juga dengan pakaian yang lebih baik dari itu iaitu pakaian ketakwaan, yakni pakaian hati dan rohani dengan iman, keikhlasan, taubat dan hiasan dengan segala akhlak yang indah serta menanggalkan segala akhlak yang hina. Lalu Allah S.W.T tebarkan dari Adam dan isterinya keturunan yang banyak, lelaki maupun perempuan di muka bumi. Allah ganti mereka generasi demi generasi untuk dilihat oleh-Nya apa yang mereka lakukan.

17

HBIS 2103 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN II

Gambar 3 : Bertaubat menghapuskan dosa-dosa.

8.5 TERAS AQIDAH

Kisah ini juga menjadi teras dalam akidah Islam. Islam agama yang akur bahawa insan sentiasa terdedah kepada dosa dan kesalahan. Selagi mana insan insaf bahawa kesalahan itu berpunca daripada dirinya sendiri, dia mempunyai ruang untuk kembali dan bertaubat kepada Allah. Namun apabila insan yang melakukan dosa itu sombong dan bongkak dengan merasakan dia tidak bersalah atas perbuatannya, maka tempatnya bersama dengan iblis yang menghuni tetap neraka yang amat dahsyat. Setiap kita ini ada kelemahan diri dan kesalahan yang kita lakukan. Namun sebagai insan yang merupakan zuriat Adam, kita sentiasa akur atas kelemahan dan kesalahan, inginkan keampunan serta memohon kemaafan Tuhan selalu. Rasulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah tidak melihat pada bentuk rupamu, tidak pula kepada hartamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu. (Diriwayatkan oleh Thabrani)

4, 500 patah perkataan

18

HBIS 2103 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN II

9.0 KESIMPULAN

Kisah iblis dan Adam diulang berkali-kali dalam al-Quran agar kita mengambil pengajaran dalam kehidupan. Setiap ulangan ada isu dan pengajarannya yang tersendiri. Kita, sebagai manusia terdedah kepada salah dan silap, cuai dan alpa dan akhirnya menjerumuskan kita ke dalam dosa. Namun, seperti mana Nabi Adam, kita tidak akan mempertikaikan hukum atau peraturan yang Allah telah tetapkan. Kita akui kelemahan diri, tanpa kita menghalalkan kesalahan dan dosa dengan alasan yang menunjukkan kita meremehkan hukum Tuhan. Kita bukan iblis yang apabila berdosa bersikap takbur dan enggan akur atas kelemahan diri, sebaliknya menuding kesalahan kepada peraturan yang Allah telah tetapkan. Sesiapa yang bertindak seperti iblis, maka dia menjadi kafir. Sementara sesiapa yang bersikap seperti Adam, maka dia mendapat keampunan Tuhannya. Allah menceritakan kisah bapa kita Adam, agar kita mencontohinya apabila melakukan kesalahan. Melakukan kesalahan bukan perkara yang paling menimbulkan kemurkaan Allah, tetapi enggan akur dan bertaubat itulah membawa kemurkaan besar disisi-Nya. Kita anak Adam, teladani sikap bapa kita. Sabda Nabi Muhammad SAW : Semua anak Adam melakukan kesalahan. Sebaikbaik yang melakukan kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat. (Riwayat alTirmizi, Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani).

19

HBIS 2103 PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN II

BIBLIOGRAFI

1. Mahmud Yunus. (2010). Tafsir Rasm Uthmani. Kuala Lumpur : Klang Book Centre. 2. Abul Fidaa Ismail Bin Katsir Al-Quraisy.(1989). Kisah Para Nabi. Kuala Lumpur : Darul Fajr. 3. Al-Syeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi. (2006). Ihya Ulumuddin Pengajaran Bagi Orang-Orang Mukmin Imam Al-Ghazali. Kuala Lumpur : Darul Fajr.

4. Muzni Borhan, et.al. (2007). Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran II. Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd.

4. http://yudhim.blogspot.com/2008/07/kisah-nabi-adam-as.html

5.http://duniabaca.com/kisah-nabi-adam-dan-hawa-menurut-islam-yahudi-dankristen.html

6. http://kisahmuslim.com/kisah-nabi-adam-alaihis-salam/

7. http://harmoni-my.org/arkib/kisahnabi/index.htm#page=kisahnabiadamas.htm

8.http://www.spi.jpnns.gov.my/MTAQ/KISAH%20NABI%20ADAM%20DIDUNIA. pdf

9. http://biarakuterbang.blogspot.com/2010/06/kisah-nabi-adam-dan-hawa.html

10.http://semuatentangdiriaku.blogspot.com/2012/02/kisah-nabi-adam-di-dalamsyurga.html

20