Anda di halaman 1dari 18

ADAT RESAM KAUM MELAYU

NAMA AHLI
KUMPULAN:
2.HAFEZUDDIN
3.ZAHIDIN
4.MAHFUZ
5.SHAHIR
SEWAKTU MENGANDUNG
•Melenggang Perut

Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di


bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat
dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada wanita
yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam
lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan
untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa
wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan
bayi di dalam perut.
SEWAKTU BERSALIN

•Bersalin
Persediaan ini akan diuruskan oleh keluarga berkenaan. Mengikut
kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan
sepuluh hari. Adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai
sehingga sepuluh hingga dua belas bulan yang dipanggil bunting
kerbau. Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri
akan digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada
tempat-tempat tertentu di dalam rumah wanita yang hendak bersalin
tadi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus.
BERSALIN
•Azan/Qamat
Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua
belah telinganya manakala bayi perempuan akan
diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut
akan melakukan upacara ini.
SELEPAS LAHIR

•Tanggal Pusat/Cuci Lantai

Pada ketika itu, adat cuci lantai akan diadakan. Di


sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik buai kerana
selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh
dibuaikan dan akan tidur disamping ibunya. Adat ini
seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis.
SELEPAS LAHIR
•Bersunat / Berkhatan

Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi


itu masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan. Namun
demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan menjalani
upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih.
Adat ini akan dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki,
mereka akan menjalani adat bersunat atau juga dipanggil
berkhatan ketika umur mereka dalam lingkungan 8 hingga 12
tahun. Adat berkhatan akan dijalankan oleh Tok Mudim.
PERKHAWINAN
•Merisik

Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini
dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh
seorang lelaki itu. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk
menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran
rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta
pengetahuan agamanya.
PERKHAWINAN
•Meminang

Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak


keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu
rombongan peminangan. Urusan peminangan akan dilakukan
oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi
menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi.
Saudara-mara kedua-dua belah pihak akan berunding untuk
menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang
pula.
PERKHAWINAN
•Bertunang
Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan
dilangsungkan. Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan
saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. Pada hari
tersebut, majlis kenduri akan diadakan bersempena pertunangan
tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada
tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk
cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan,
kuih-muih, pakaian dan lain-lain.
PERKHAWINAN
•Akad Nikah

Dijanlankan oleh Tok Imam


PERKHAWINAN
•Majlis Perkahwinan

Persiapan akan dijalankan termasuklah mendirikan,


khemah tetamu, menyiapkan pelamin dan bilik
pengantin serta menyediakan bunga telur.
Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari
langsung atau hari bersanding. Ia merupakan
kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah
pengantin digelar raja sehari.
KEMATIAN

Semasa Kematian
Apabila berlaku kematian, perkara pertama yang perlu dilakukan
oleh keluarga si mati ialah memberitahu kepada tok imam agar
kematian itu dapat dimaklumkan kepada saudara mara dan jiran
tetangga di sekitar kawasan itu. Di kampung-kampung misalnya,
pengumuman akan dibuat di masjid oleh tok imam.

Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah rumah dan


dibaringkan serta ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai
kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya
pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke
dada. Orang yang menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat
suci Al-Quran. Pada kebiasaannya di hadapan mayat itu, diletakkan
sebuah tempat bara dan kemenyan akan dibakar.
KEMATIAN
Semasa Kematian
Semasa mayat masih berada di dalam rumah, sebarang jamuan tidak akan
diadakan. Mayat tersebut juga perlu dikebumikan secepat yang mungkin.
Sebelum dikebumikan, mayat dimandikan oleh tukang mandi mayat dengan
tertib dan cermat. Mayat perempuan akan dimandikan oleh tukang mandi
mayat perempuan dan begitulah sebaliknya. Namun begitu mereka yang
paling baik memandikan mayat ialah di kalangan ahli keluarga si mati
sendiri.

Jenazah seterusnya dikapankan, iaitu dengan cara membalut badan mayat


dengan kain putih. Bagi jenazah lelaki, mereka perlu dibalut dalam tiga
lapisan manakala jenazah wanita pula sebanyak lima lapis beserta telekung.
Jenazah juga akan dipakaikan celak dan dibubuh kapur barus. Sebagai
penghormatan terakhir, ahli keluarga terdekat dan muhrim dibenarkan
mengucup mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada tubuh
jenazah. Mayat seterusnya disembahyangkan samada di rumah atau di
masjid.
KEMATIAN
Semasa Kematian
Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil atau
waris si mati akan memberi ucapan ringkas dan memohon ampun
dan maaf bagi pihak si mati jika selama hayatnya beliau pernah
berbuat dosa terhadap seseorang. Wakil tersebut juga akan
meminta supaya mana-mana hutang si mati yang masih belum
dijelaskan agar dapat dihalalkan ataupun si penuntut boleh
menuntutnya pada waris si mati.
KEMATIAN
Semasa Pengebumian

Selepas itu jenazah akan dimasukkan ke dalam keranda dan


diusung ke tanah perkuburan.
Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah hingga ke
kubur, sebaliknya kaum wanita kurang digalakkan kerana
dikhuatiri akan meratapi kematian tersebut. Tangisan dan
ratapan yang berlebihan terutamanya di tanah perkuburan
tidak digalakkan dalam Islam.
Sebelum ditimbus, siak atau sesiapa yang hadir akan turun
ke dalam kubur dan membuka papan tutup keranda itu dan
mengerengkan mayat serta membukakan ikatan di kepala.
KEMATIAN
Semasa Pengebumian

Kepala mayat akan disendal dengan tanah yang telah dikepal-kepal


dan selepas diazankan di telinganya, barulah keranda ditutup dan
tanah ditimbus. Dua batang batu nesan tertulis nama, tarikh lahir dan
juga tarikh kematian akan dicacak di atas kubur sebagai tanda.
Seterusnya upacara membaca talkin akan dijalankan oleh tok imam.
Selepas talkin dan doa selesai dibaca, air akan disiram di atas kubur
si mati dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki sehingga habis.
Kemudian bunga rampai pula ditabur
KEMATIAN
Selepas Kematian

Kenduri arwah dan doa selamat akan diadakan oleh keluarga si mati
selepas jenazah selamat dikebumikan. Ia diadakan pada hari
pertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh empat atau keseratus hari.
Tujuannya adalah untuk mendoakan kesejahteraan si mati yang
berada di alam barzakh. Ada juga masyarakat Melayu yang
melakukan adat turun batu iaitu menimbus kubur si mati dengan
batu-batu kecil dan membina pagar kecil di sekeliling pusara
tersebut selepas seratus hari seseorang itu meninggal dunia.
TAMAT
SEKIAN TERIMA
KASIH