Anda di halaman 1dari 3

CONTOH FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR

1. Mata Pelajaran dan Kelas 2. Nilai / Tajuk 3. Masa 4. Standard Pembelajaran : Pendidikan Moral, Tahun 4 : Kesederhanaan / Jiran Sepakat : 10.40 -11.40 pagi (60 minit) : ( 13.1.2), (13.1.3 ), (13.1.4 )

5. Objektif Pembelajaran Penaakulan

: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

: i. Menyatakan sekurang-kurangnya 3 cara bersikap kesederhanaan sesama jiran. ii. Menyatakan sekurang-kurangnya 3 kepentingan kesederhanaan sesama jiran.

Perasaan

: Menceritakan sekurang-kurangnya 2 perasaan moral apabila bersikap kesederhanaan sesama jiran.

Perlakuan

: Membuat simulasi sikap kesederhana dalam aktiviti harian sesama jiran.

6. Pengetahuan sedia ada : Murid telah melalui pengalaman bersama dengan jiran.

7. Teknik : Bercerita,simulasi.

8. Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran: Set induksi: ( 5 minit) i. Murid ditunjukkan tayangan video yang berkaitan. ( arnab dan kura-kura)

ii. Guru bersoal jawab dengan murid. (guru mengajukan beberapa soalan)

Langkah 1: ( 10 minit) i. Guru meminta murid menjana idea tentang hubungan dengan jiran di tempat tinggal.

ii. Murid menyatakan hubungan dengan jiran semasa berada di rumah. iii. Guru menjelaskan nilai kesederhanaan.

Langkah 2: (15 minit) i. Guru mempaparkan teks cerita dan murid diminta membaca teks tersebut.

ii. Murid cuba menyatakan sikap kesederhanaan yang yang terdapat dalam teks iii. Murid mengadakan perbincangan dalam kumpulan untuk mengesan kepentingan bersikap sederhana sesama jiran dan mencatat kepentingan menggunakan peta buih.

Langkah 3 ( 25 minit) i. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi aktiviti simulasi. ii. Ketua kumpulan akan mengambil kad untuk setiap simulasi. Kad 1 Situasi semasa menghadiri majlis harijadi. ( pakaian dan makanan ) Kad 2 - Situasi bermain di padang bola. ( tidak terlalu menunjuk-nunjuk dengan kasut bola masing-masing ) Kad 3 Semasa pergaulan dengan jiran tetangga.( bercakap dengan rendah diri )

iii. Setiap kumpulan akan tampil kehadapan bagi mempersembahkan simulasi yang dipilih.

Penutup: ( 5 minit) -Guru bertanyakan pendapat murid tentang usaha pada masa hadapan untuk menjaga hubungan dengan jiran. 9. EMK: i. ii. iii. Kreativiti & inovasi menjana idea, sumbangsaran TMK - Menggunakan internet Didik Hibur

10. Bahan Bantu Belajar: Tayangan Video,Kad Tugasan. 11. Penilaian p&p: i. Lembaran kerja (Aktiviti melengakapkan Peta Minda). ii. Pemerhatian (Tingkah laku murid) iii. murid dapat menceritakan perasaan apabila bersikap kesederhanaan

12. Refleksi i. 30 orang murid telah mencapai objektif yang ditetapkan. ii. 3 orang murid akan diberi latihan pemulihan sebelum waktu pelajaran akan datang.