Anda di halaman 1dari 2

MASALAH PEMBELAJARAN MENULIS JAWI YANG DIHADAPI OLEH MURID

a) Tulisan yang terlalu buruk sehingga sukar untuk dibaca atau tidak boleh dibaca langsung. b) Mengubah bentuk huruf dengan menambahkan garis-garis tertentu pada huruf.Contoh: ditambah ekor dihujung huruf tersebut menjadi c) Menulis dengan cara terbalik iaitu memulai dengan huruf terakhir ke huruf terawal, atau dari kiri ke kanan.Contoh: .Murid menulis huruf terlebih dahulu kemudian diikuti dengan huruf dan d) Tulisan tanpa ketentuan dan ketetapan jarak huruf atau perkataan seperti menulis satu huruf dalam perkataan lebih jauh daripada huruf-huruf yang lain.Contoh: ditulis

e) Tulisan tanpa ketetapan bentuk dan condong huruf seperti tulisan semakin lama semakin mengecil, atau semakin lama semakin membesar, atau terlalu condong ke bawah atau terlalu condong ke atas.Contoh: f) Tulisan yang menaik dan menurun dan tidak selari dengan garisan yang ditentukan.Contoh: g) Masalah boleh menyalin tetapi tidak boleh membantan suku kata. PUNCA MASALAH PEMBELAJARAN YANG DIHADAPI OLEH MURID Di antara beberapa faktor yang boleh menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran atau lemah dalam tulisan ialah:a) Faktor mental:-Kecederaan saraf motor pada otak akan menyebabkan gangguan fungsi motor seseorang. Kecederaan mungkin disebabkan oleh:- -Kesulitan-kesulitan yang dihadapi semasa lahir seperti kelahiran awal, atau disebabkan anoxia atau hypoxia. -Kemalangan atau terjatuh dari tempat yang tinggi.. -Penyakit yang boleh menyebabkan kerosakan pada saraf otak seperti sawan, atau demam panas. b) Gangguan penglihatan seperti:- Masalah kabur penglihatan yang disebabkan oleh perubahan optik dan anatomi seperti astiqmatisme, miopia dan hyperopia.Ini boleh diatasi dengan memakai kanta optik atau kacamata. Dysfunction binokular yang terdiri daripada pelbagai jenis antaranya:-a. Anisekonia: Ia mengakibatkan saiz yang dilihat oleh dua biji mata berbeza seperti mata kanan melihat sesuatu objek lebih besar berbanding mata kiri.b. Dysfunction acomodative : Berpunca daripada kedua kanta mata tidak dapat difokuskan. c) Masalah keselarasan motor mata dan tangan.

d) Masalah-masalah yang berpunca dari gangguan emosi. e) Kesukaran untuk menentukan dominan tangan.(mungkin kidal) f) Kurang mendapat pengalaman-pengalaman pratulisan semasa di tadika, prasekolah atau didikan ibubapa. Pengalaman pratulisan seperti latihan menyambung titik-titik, menekap, mengikut acuan (stenselan), membuat garisan, membuat corak dan sebagainya. CADANGAN AKTIVITI PEMULIHAN YANG SESUAIAktiviti-aktiviti pemulihan melalui dua peringkat pemulihan iaitu : Pemulihan pratulisan (Persediaan) Pemulihan mekanis (Mendirikan asas). Cadangan aktiviti-aktiviti pemulihan pratulisan a) Melakukan latihan-latihan khusus bagi perkembangan otot-otot jari dan tangan seperti:--Senaman tangan dan jari-Memerah span-memasukkan air ke dalam botol-Menguli tanah liat-Mengoyak kertasMenggunting kertas.-Memasukkan manik ke dalam tali-Menyusun blok dan bongkah mainan.-Menampal kolaj.-Membaling dan menangkap objek. b) Latihan menguasai gerak tangan yang bebas seperti:--Cara duduk yang betul.-Menulis di awan.-Cara memegang pensil-aktiviti mengacau adunan kuih.-Latihan membuat garisan-garisan seperti lurus, lengkung, panjang, pendek tegak, condong dan sebagainya.-Latihan membuat bentuk asas seperti bulat, bujur, segiempat dan sebagainya.-Menekap huruf.-Mengikut acuan (stensel plate).-Mewarna. c) Latihan-latihan pergerakan mata seperti:--Mengerling ke kiri dan ke kanan, atas dan bawah.-Mata mengikut arah yang ditunjuki oleh guru. d) Aktiviti keselarasan (koordinasi) mata dan tangan seperti:--Menyambung garisan putus-putus lurus dan bengkok dari kanan ke kiri, atas ke bawah dan membentuk bulatan.-Mengecam bentuk huruf-Mewarnai huruf yang sama bentuk.-Membuat urutan-Melakar perjalanan arnab untuk menyelamatkan dirinya daripada dimakan ular.-Stensilan-Menggunting-Menekap

Cadangan aktiviti pemulihan mekanis (mendirikan asas) a) Menekap dan menulis mengikut huruf yang ditekap. b) Menulis huruf mengikut acuan-acuan huruf yang disediakan guru. c) Melukis bentuk-bentuk yang mirip kepada bentuk-betuk huruf mengikut teknik yang betul seperti:-Melukis bentuk bulat mengikut arah pusingan jam.-Melukis garisan menegak dari atas ke bawah.-Melukis garis melintang dari kanan ke kiri.-Campuran garisan menegak dan melintang. d) Melukis gambar-gambar yang mirip kepada bentuk huruf seperti:-Gambar tiang bendera bagi huruf -Gambar mangkuk bagi huruf dan -Gambar mata kail bagi huruf -Gambar itik bagi huruf e) Latih tubi menulis huruf yang dicontohkan.f) Menyalin urutuan-urutan huruf yang bersambung menjadi sukukata terbuka dan tertutup, dan seterusnya menyalin perkataan dan ayat.