Anda di halaman 1dari 4

1.

PENGENALAN 1.1 Pengenalan Kepada Kursus Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru Kursus ini merupakan kursus wajib semua guru pelatih semester 8 di Institut Pendidikan Guru. Kursus ini membawa kredit 3(3+0) . Kursus ini merangkumi konsep mengajar sebagai satu profesion, kod etika dan akauntabiliti guru, isu isu etika, peringkat perkembangan guru, peranan guru, kepemimpinan guru, struktur organisasi sekolah dan perkembangan professional guru. Terdapat 6 objektif utama yang perlu diperolehi oleh setiap guru pelatih selepas menjalani kursus ini. Objektif pertama adalah pada akhir Kursus guru pelatih dapat menjelaskan konsep profesion, etika, akauntabiliti dan kesantunan profesionalisme keguruan. Keduanya, guru pelatih dapat mengenal pasti ciri ciri guru sebagai seorang professional. Objektif ketiga adalah berkenaan guru pelatih dapat menganalisis peringkat perkembangan kerjaya daru guru permulaan ke peringkat yang lebih tinggi. Berikutnya adalah berkaitan objektif keempat iaitu guru pelatih dapat merancang perkembangan diri sebagai professional dan melaksanakan peranan dan tugas guru dalam pelbagai aspek pengurusan di sekolah. Objektif yang terakhir melalui kursus ini adalah guru pelatih dapat menampilkan ciri ciri kepimpinan yang bersesuaian dengan profesion. Terdapat 8 tajuk utama yang perlu dipelajari dalam kursus ini. Tajuk pertama adalah mengenai konsep mengajar sebagai satu profesion. Tajuk merupakan satu tajuk yang akan membincangkan hal berkenaan konsep profesion dan profesionalisme dan ciri ciri seorang guru yang professional. Tajuk kedua yang dipelajari adalah berkenaan kod etika dan akauntabiliti keguruan. Tajuk ini mengemukan 3 subtopik di bawah tajuk kod etika keguruan iaitu konsep etika, konsep akauntabiliti keguruan dan integrity guru. Tajuk ketiga yang perlu dipelajari melalui kursus ini adalah berkenaan isu isu etika guru. Di bawah tajuk ini terdapat 7 tajuk utama iaitu berkaitan isu kesantunan guru, isu kepedulian (keprihatinan) guru, penampilan guru,

berniaga di sekolah, kerja sambilan dan yang terakhir adalah berkaitan pengurusan masa dan kewangan guru. Tajuk yang keempat adalah berkenaan peringkat peringkat perkembangan guru. Tajuk ini menjelaskan hal berkaitan teori peringkat peringkat perkembangan guru yang merangkumi teori keprihatinan (Fuller, 1969) dan lima peringkat perkembangan guru yang dikemukakan oleh Trotter pada tahun 1986. Sub topik terakhir dalam tajuk ini adalah berkenaan perjalanan dari Novis ke pakar yang merujuk kepada implikasi terhadap guru. Tajuk yang kelima adalah berkaitan peranan guru sekolah rendah. Tajuk ini membincangkan perkara berkaitan guru sebagai pengamal ilmu dan kemahiran, pembimbing, pengamal reflektif, penyelidik, agen sosial, agen perubahan, pengganti ibu bapa, pembentuk tingkah laku dan yang terakhir adalah pengurus pembelajaran. Tajuk yang keenam adalah berkaitan kepemimpinan guru. tajuk ini merangkumi hal berkaitan konsep asas kepemimpinan, jenis jenis kepemimpinan dan teori teori kepemimpinan. Seterusnya tajuk ini membicarakan hal berkaitan implikasi kepemimpinan kepada sekolah serta kepemimpinan sekolah dan guru juga cabaran yang dihadapi dalam kepemimpinan di sekolah dan dunia pendidikan. Tajuk yang ketujuh adalah berkaitan struktur organisasi pendidikan. Melalui tajuk ini, perkara berkaitan visi, misi dan matlamat kementerian pelajaran Malaysia dibincangkan. Selain itu, tajuk ini juga mengutarakan hal berkaitan carta organisasi kementerian pelajaran Malaysia serta carta organisasi sekolah dan yang terakhir adalah tugas dan tanggungjawab guru serta jangkaan guru dalam dunia pendidikan. Tajuk yang terakhir adalah berkaitan perkembangan profesionalisme guru. Tajuk ini membincangkan perkara berkaitan konsep pembelajaran sepanjang hayat, pelan pembelajaran peribadi, budaya membaca, budaya menyelidik dan amalan reflektif. Selain itu, tajuk ini juga mengetengahkan konsep kolaborasi dan musyawarah serta latihan dalam perkhidmatan. Selain itu, tajuk ini juga membawa pengajaran kepada tajuk pembelajaran autentik dan akses maklumat daripada pelbagai sumber.

1.2

Pengenalan Kepada Kerja Kursus Projek Kerja Kursus Projek untuk kursus Asas Kepemimpinan Dan Perkembangan Profesionalisme Guru (EDU 3108) merupakan satu kerja kursus yang wajib dilaksanakan oleh setiap guru pelatih untuk semester lapan yang mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Pemulihan Rendah. Terdapat 6 objektif utama yang perlu diperolehi oleh setiap guru pelatih selepas menjalani kursus ini. Objektif pertama adalah pada akhir Kursus guru pelatih dapat menjelaskan konsep profesion, etika, akauntabiliti dan kesantunan profesionalisme keguruan. Keduanya, guru pelatih dapat mengenal pasti ciri ciri guru sebagai seorang professional. Objektif ketiga adalah berkenaan guru pelatih dapat menganalisis peringkat perkembangan kerjaya daru guru permulaan ke peringkat yang lebih tinggi. Berikutnya adalah berkaitan objektif keempat iaitu guru pelatih dapat merancang perkembangan diri sebagai professional dan melaksanakan peranan dan tugas guru dalam pelbagai aspek pengurusan di sekolah. Objektif yang terakhir melalui kursus ini adalah guru pelatih dapat menampilkan ciri ciri kepimpinan yang bersesuaian dengan profesion. Kerja kursus ini mempunyai tiga objektif utama iaitu, pertamanya guru pealtih dapat menganalisis dan menterjemahkan jenis jenis kepemimpinan guru berdasarkan bahan rujukan kepemimpinan guru kepada bentuk pengurusan grafik. Kedua guru pelatih dapat mengulas secara kritis gaya kepemimpinan guru besar / pemimpin guru di sekolah dan mengaitkannya dengan teori kepemimpinan berdasarkan dapatan penyelidikan dan bahan rujukan yang berkaitan. Objektif ketiga adalah berkaitan mencadangkan tindakan tindakan bagi meningkatkan profesionalisme guru di sekolah tersebut serta memberi justifikasi atas cadangan berkenaan berdasarkan dapatan penyelidikan dan bahan rujukan yang relevan. Setiap sekolah memerlukan pemimpinan yang berupaya

mempengaruhi aktiviti individu atau kumpulan kea rah objektif yang telah ditetapkan. Kepemimpinan guru juga penting untuk menjana perubahan ke arah peningkatan profesionalisme guru di sekolah: Berdasarkan kepada penyataan berikut, guru pelatih dikehendaki melaksanakan tugasan yang berikut :

i.

Sediakan satu pengurusan grafik digital tentang jenis jenis kepemimpinan guru berdasarkan kepada bahan rujukan kepemimpinan guru.

ii.

Melalui pemerhatian guru pelatih semasa di sekolah, ulas secara kritis tentang gaya kepemimpinan guru besar / pemimpin guru di sekolah tersebut dan kaitkannya dengan teori teori kepemimpinan berdasarkan dapatan penyelidikan dan bahan rujukan yang berkaitan Sebagai guru besar / pemimpin guru, cadangkan tindakan tindakan bagi peningkatan profesionalisme guru di sekolah

iii.

tersebut. Beri justifikasi atas cadangan anda berdasarkan dapatan penyelidikan dan bahan rujukan yang berkaitan Tugasan ini dilaksanakan secara individu bagi kesemua bahagian penulisan kerja kursus projek. Segala maklumat dan lampiran kajian boleh disertakan pada bahagian lampiran sebagai rujukan. Tugasan ini perlu dihantar pada pensyarah sebelum atau pada 9 September 2013.