Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN Kursus Sains, Teknologi dan Masyarakat (SCE3114) pada semester kali ini mengetengahkan isu-isu berkaitan dengan sains, teknologi dan masyarakat, reka bentuk pembelajaran projek, inovasi dan reka cipta. Pada 20 Julai 2013 yang lalu, satu tugasan telah diberikan kepada guru pelatih (8 PISMP Sains 1) untuk membina sebuah menara menggunakan hanya sekeping kertas. Bukan itu sahaja, guru pelatih juga perlu menghuraikan struktur inovatif dan kreatif dengan mempertimbangkan aspek kestabilan dan keadaan di bumi. Aktiviti seperti membina menara daripada sekeping kertas kosong ini adalah bertujuan untuk mengajar dan mengasah guru-guru pelatih dengan kemahiran pemikirankognitif (cognitive-thinking skills). Kemahiran ini dilihat penting sewaktu guru-guru pelatih cuba memikirkan cara yang paling kreatif dan inovatif untuk membina menara hanya daripada sekeping kertas dan pita pelekat sebagai bahan sambungan sahaja. Aktiviti ini juga dilihat mempunyai kelebihan sekiranya dipraktikan kepada murid-murid di sekolah bagi memperkembangakan daya pemikiran kognitif murid. Cabaran utama dalam pembinaan menara menggunakan sekeping kertas ini adalah guru-guru pelatih perlu membina menara yang tertinggi dan juga kukuh (stabil) binaannya apabila diuji dengan mesin simulasi gegaran.

2.0 PROSEDUR Sebelum memulakan binaan menara daripada sekeping kertas dan pita pelekat ini, rakan sekumpulan dan saya telah berbincang dan mengakses internet terlebih dahulu sebagai bahan rujukan. Masa yang diberikan adalah 60 minit. Pertama-tama kami telah membuat keputusan untuk membina menara seperti Gambar Rajah 1 yang mempunyai bahagian bertingkat-tingkat segi empat sama.

Kerangka / rasuk

Ruang bertingkat

Tapak struktur Tapak sokongan Rajah 1: Model Menara Kertas daripada sekeping kertas siap dibina.

Bahan-bahan: 1. Sekeping kertas kosong (A4) 2. Pita pelekat 3. Pembaris 4. Gunting 5. Pensil Langkah-langkah: 1. Bahagian tapak menara berukuran 7cm x 21cm digunting dan bahagian hujung kedua-dua kertas dicantum menggunakan pita pelekat membentuk segi empat. 2. Pada ruang atas tapak menara ditutup (alas) dengan dua jalur kertas sebagai tapak asas kepada bahagian seterusnya. 3. Kemudian, lima jalur kertas digunting berukuran 2.5cm x 21cm untuk membina bahagian bertingkat-tingkat pada menara. 4. Setiap jalur dicantumkan pada bahagian hujung kedua-dua membentuk segi empat dengan menggunakan pita pelekat dan disusun secara bertingkat tetapi secara diagonal (menyerong). 5. Tujuh jalur kertas yang berukuran lebih kecil daripada jalur sebelumnya digunting dengan ukuran 1.5cm x 21cm sebagai kerangka / rasuk yang menyokong struktur binaan menara. 6. Tujuh jalur ini digulung dengan kecil dan dilekatkan kepada binaan sebagai bahan penyokong struktur menara.

3.0 KEKUATAN Sesuatu struktur dikatakan stabil jika struktur itu tidak mudah rebah dan tumbang apabila ditolak atau digerakkan. Kestabilan sesuatu binaan ini pula bergantung kepada luas tapak dan pusat graviti. Setelah dikenalpasti terdapat beberapa kekuatan pada menara kertas kumpulan kami, antaranya ialah pusat graviti yang rendah mempengaruhi kestabilannya yang tinggi. Semakin rendah pusat graviti sesuatu struktur atau objek, semakin stabil struktur atau objek tersebut, (Portal Pendidikan Utusan, 2007).

Rajah 2: Pusat graviti objek.

Hal ini jelas terbukti apabila menara kertas kumpulan kami diuji dengan mesin simulasi gegaran (gerakkan ke depan belakang) di makmal sehingga mencapai skala 8 berbanding dengan kumpulan lain. Selain itu, binaan menara kami yang mempunyai bilangan kerangka atau rasuk yang banyak turut memberi sokongan yang kukuh kepada strukturnya. Kerangka merupakan sistem yang terdiri daripada rasuk mendatar dan tiang tegak dengan sambungan tegar yang direkabentu untuk menanggung gerakan dan daya ricih akibat tindakan graviti dan beban angin, (Lim Jee Yat, 2003). Tambahan lagi, pada tapak menara kami telah selitkan atau cantumkan gulungan kertas di dua bahagian sisi (kiri dan kanan) agar kestabilan tapak menara dapat dikukuhkan lagi dengan sokongan sedemikian.

4.0 KELEMAHAN Menara seringkali dikaitkan dengan ketinggian yang melebihi bangunan-bangunan kebiasaannya, pendek kata menara ditakrifkan sebagai sebuah bangunan yang sangat tinggi. Di sini adalah kelemahan utama kumpulan kami iaitu ketinggian menara kertas kami hanya mencecah 26cm berbanding dengan kumpulan yang lain yang mencecah sehingga 3meter! Teknik lipatan atau gulungan pada kertas juga adalah tersasar daripada teknik yang betul sepertimana yang diterangkan oleh pensyarah pembimbing kami iaitu Cik Dg. Bibah. Beliau ada menerangkan bahawa, lipatan pada kertas sudah memadai sebanyak dua kali lipatan dan hal ini dapat membantu kami untuk memperbanyakkan lagi lipatan kertas sekaligus meninggikan lagi menara. Di samping itu juga, kami telah membina tapak menara berbentuk segi empat. Walhal binaan yang kukuh dikatakan segi tiga. Segi tiga adalah salah satu bentuk yang paling penting dalam bidang kejuruteraan kerana ia adalah begitu kuat. Sebuah struktur segi tiga mengekalkan bentuk dan tidak akan berubah walau bagaimanapun keras ia dipaksa. Jadi bentuk segi tiga adalah tegar, (Lynn Huggins, 2007).

5.0 PENAMBAHBAIKAN Berdasarkan kriteria-kriteria yang telah diterangkan mengenai kekuatan dan kelemahan menara kertas kumpulan kami, maka terdapat beberapa faktor

penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi meningkatkan lagi kualiti menara kertas ini. Antara yang utama adalah bentuk tapak pada menara perlu diubah kepada segi tiga dan juga keluasan tapak yang perlu ditambahkan lagi. Semakin besar luas tapak sesuatu struktur atau objek, semakin stabil struktur atau objek tersebut, (Portal Pendidikan Utusan, 2007).

Tapak asas kepada struktur yang stabil pada kebiasaannya adalah sangat luas. Hal ini disebabkan oleh berat (daya) beban sesuatu struktur dipindahkan kepada tapak permukaan yang sangat luas dan menjadikan ia sukar untuk direbahkan dan digoyangkan, (Lynn Huggins, 2007).

Rajah 3: Menara Eiffel, Paris mempunyai bukaan kaki yang luas untuk menjadikan ia lebih stabil.

Kertas adalah bahan yang mudah lentur. Namun kertas juga boleh menjadi tegar apabila dilipat. Dengan menambahkan lagi lipatan, kertas akan menjadi semakin tegar (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1996). Oleh yang demikian, aspek yang seharusnya ditambahbaikan ialah kaedah dan teknik lipatan kertas yang betul perlu dilakukan bagi menjamin kestabilan struktur menara kertas.

RUJUKAN

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1996) . Teknologi Kejuruteraan Tingkatan 5. Melaka: Prinsip Taktik Sdn. Bhd.

Lynn Huggins. (2007) . Stable Structures: What Stop These Structures Falling Down?. London: A&C Black Publisher Limited. Kestabilan Struktur. Portal Pendidikan Utusan 2001-2007. Retrieved June 24, 2013 from http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002/NOTA/apa.html Lim Jee Yat (2003). Pengenalan Struktur Bangunan. 1, 4-18. Retrieved June 24, 2013 from http://www.efka.utm.my/thesis/limjeeyat2/apa.html

Anda mungkin juga menyukai