Anda di halaman 1dari 14

KAWAD KECEKAPAN KEBOMBAAN 2013

OPENING CEREMONY PROGRAM TIME PROGRAM SCRIPT Semua kontinjen perbarisan diminta berkumpul di Padang kerana majlis akan bermula pada bila-bila masa dari sekarang. Emcee promosikan majlis

8.00 am

Arrival of YB. Dato Ir. Haji Nawawi bin Haji Ahmad, Member of Parliament Langkawi and Introduction to all FFC2013 Working Committee Contingents Marching In (Brass Band)

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato Ir. Haji Nawawi bin Haji Ahmad Ahli Parlimen Langkawi

Tuan-tuan dan puan-puan, Mengumumkan perarakan masuk kontingen yang diiringi oleh pancaragam dari Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kuala Kubu Baru diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan 1, Mohd bin Hashim.

Arrival of distinguish guests

Perbarisan diketuai oleh En. Rohizat Omar dari One Hotel Helang dan diikuti oleh pasukan yang mengambil bahagian Seperti yang dapat kita saksikan 1. Kedah Medical Center 2. Holiday Villa Langkawi 3. Langkawi Port Sdn. Bhd 4. Rebak Marina 5. The Westin Langkawi A 6. Langkawi Fair Symphony Life 7. MAS Cargo A 8. Putra Medical Center 9. Bousted Langkawi Shipyard A 10. TLDM 11. Sheraton Langkawi 12. MAS Cargo B

13. Pusat latihan Polis A 14. Jab. Keselamatan Kesihatan pekerjaan Neg. Kedah 15. Lembaga Pembangunan Langkawi A 16. Malaysia Airport 17. The Danna 18. Berjaya Langkawi 19. Taliworks Langkawi 20. The Andaman 21. Lembaga Pembangunan Langkawi B 22. The Datai 23. The Four Seasons Resort 24. TLDM 25. Four Points 26. The Westin Langkawi B 27. Bousted Langkawi Shipyard B 28. Kadet Bomba Langkawi 29. Underwater World 30. Pusat Latihan Khidmat Negara Langkawi 31. Hospital Langkawi 32. Akademi Koreksional Malaysia Langkawi 33. Agensi penguatkuasaan maritime Malaysia Demikian tadi perarakan masuk dan perbarisan oleh 33 pasukan, 10 dari agensi Kerajaan dan 23 dari agensi swasta.

Official salute & National Anthem (Brass Band) Introduction to all contingents (Brass Band)

Sebelum kita meneruskan majlis, marilah kita sama-sama bersatu menyemarakkan semangat patriotik menerusi nyanyian lagu Negaraku.

Head of contingents Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar oleh Ketua Kontinjen, En Rohizat Omar. marching forward for Competition Begitulah tadi sempurnanya upacara Pledge pembacaan ikrar sebagai tanda komitmen para peserta KKK2013.

Emcee Announcement & Welcome Note

Bismillahirahmanirahim Yang Berhormat Dato Ir. Haji Nawawi bin Haji Ahmad Ahli Parlimen Langkawi Penguasa Bomba Mohd Yunus bin Ibrahim Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Langkawi En. Wan Shahriman b. Abdullah Presiden Majlis Keselamatan Persatuan Pelancongan Langkawi En. Safian b. Haji Omar Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Kadet Kecekapan Kebombaan 2013 Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Negeri Pengurus-pengurus Besar Hotel dan Resort Langkawi Urusetia Pegawai-pegawai Pertandingan Peserta-peserta Pertandingan Peserta-peserta Pameran Dif-dif jemputan Dato-dato, datin-datin Tuan-tuan dan puan-puan Hadirin yang saya hormati sekalian Assalamualaikum, salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia Selamat datang ke Majlis Perasmian Pembukaan Kawad Kecekapan Kebombaan 2013 Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang Awal bismillah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga majlis bertambah seri

Recite Doa

Hadirin dan hadirat yang dihormati Allah sekalian, bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Pegawai Bomba Razli bin Rafie. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan. Amin amin ya rabbal alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pegawai Bomba Razli bin Rafie atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Untuk makluman Yang Berhormat Dato Haji Nawawi serta semua hadirin, KKK 2013 adalah program tahunan anjuran bersama kali ke-10 oleh Majlis Keselamatan Persatuan Pelancongan Langkawi danJabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah. Objektif pertandingan kawad kecekapan kebombaan ini antara lain adalah sebagai platform bagi menguji tahap kecekapan pasukan tindakan kecemasan di agensi masingmasing. Ia juga sebagai satu refleksi keseriusan Langkawi dalam meningkatkan persepsi kepentingan keselamatan pelancongan. Tuan-tuan dan puan yang dihormati sekalian, Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak berkat ilmu tanpa amalnya Tak lengkapla majlis jika tidak ada yang berbicara

Welcome speech by En. Wan Shahriman, the President of LTA Security Council

Untuk itu majlis dengan sukacitanya mempersilakan En Wan Shahriman, Presiden Majlis Keselamatan Persatuan Pelancongan Langkawi untuk menyampaikan ucapan alualuan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Wan Shahriman atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Speech by YS PgB Mohd Yunus bin Ibrahim, Chief of Fire & Rescue Department Langkawi Zone

Seterusnya majlis menjemput Penguasa Bomba Mohd Yunus bin Ibrahim, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Langkawi untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

Terima kasih kepada Tuan Mohd Yunus atas ucapan sebentar tadi. Sidang hadiran hadirat yang dikasihi, Official opening speech by YB. Dato Ir. Haji Nawawi bin Haji Ahmad, Member of Parliament Langkawi Kini, tibalah masa untuk kita sama-sama mendengar ucapan perasmian Kawad Kecekapan Kebombaan 2013. Untuk itu majlis dengan penuh hormatnya mempersilakan Yang Berhormat Dato Ir. Haji Nawawi bin Haji Ahmad, Ahli Parlimen Langkawi. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Yang Berhormat Dato Ir. Haji Nawawi bin Haji Ahmad atas ucapan perasmian sebentar tadi. 8.30 am Token of appreciation presentation to VIPs Majlis dengan sukacitanya menjemput En. Wan Shahriman untuk tampil menyampaikan cenderahati kepada Yang Berhormat Dato Ir. Haji Nawawi bin Haji Ahmad atas kesudian hadir dan menyempurnakan perasmian pembukaan KKK2013. Dipersilakan. Terima kasih kepada En. Wan atas kesudian menyampaikan cenderahati. Contingent Marching Out (Brass Band) Hadirin dan hadirat sekalian, mengumumkan perarakan keluar oleh kontinjen pancaragam dan pasukan peserta KKK2013. Dengan ini maka sempurnalah majlis perasmian pembukaan KKK2013. Majlis mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pasukan yang

bakal bertanding. Di kesempatan ini saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini. Sehingga berjumpa lagi pada petang ini, sekian, wa billahit taufiq walhidayah, wasalamualaikum warah matullahi wa barakatuh. Dijemput Yang Berhormat Dato Ir. Haji Nawawi bin Haji Ahmad diiringi dif-dif jemputan untuk menikmati hidangan minum pagi yang telah disediakan. Morning Tea & Coffee Competition to kick-off Departure of YB. Dato Ir. Haji Nawawi bin Haji Ahmad Majlis dengan ini, ditangguhkan.

8.45 am

9.00 am

CLOSING CEREMONY PROGRAM TIME 4.30 pm 4.45 pm PROGRAM Arrival of distinguish guests Arrival of YS PPjB Awang Hidzel Awang Bujang, Assistant Director of Fire & Rescue Department Kedah Darul Aman. Arrival of YB. Dato Ir. Haji Nawawi bin Haji Ahmad, Member of Parliament Langkawi

4.50 pm

4.55 pm

5.00 pm

Arrival of YAB. Dato Paduka Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir, Menteri Besar of Kedah (YAB. Will be introduced to all FFC2013 Working Committee) Emcee announcing the arrival of Dato Paduka Menteri Besar

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Rawi Abd Hamid Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Merangkap ADUN Ayer Hangat, Langkawi Mewakili YAB Dato Paduka Mukhriz bin Tun Dr Mahathir Menteri Besar Kedah Darul Aman

Contingents Marching In (Lead by Brass Band from JBPM Malaysia)

Mengumumkan perarakan masuk kontinjen perbarisan yang diiringi oleh pancaragam dari Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kuala Kubu Baru, diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan 1, Mohd b. Hashim. Perbarisan diketuai oleh En. Rohizat Omar dari One Hotel Helang dan diikuti oleh pasukan yang mengambil bahagian Seperti yang dapat kita saksikan 1. Kedah Medical Center 2. Holiday Villa Langkawi 3. Langkawi Port Sdn. Bhd 4. Rebak Marina 5. The Westin Langkawi A 6. Langkawi Fair Symphony Life 7. MAS Cargo A 8. Putra Medical Center 9. Bousted Langkawi Shipyard A 10. TLDM 11. Sheraton Langkawi 12. MAS Cargo B 13. Pusat latihan Polis A 14. Jab. Keselamatan Kesihatan pekerjaan Neg. Kedah 15. Lembaga Pembangunan Langkawi A 16. Malaysia Airport 17. The Danna

18. Berjaya Langkawi 19. Taliworks Langkawi 20. The Andaman 21. Lembaga Pembangunan Langkawi B 22. The Datai 23. The Four Seasons Resort 24. TLDM 25. Four Points 26. The Westin Langkawi B 27. Bousted Langkawi Shipyard B 28. Kadet Bomba Langkawi 29. Underwater World 30. Pusat Latihan Khidmat Negara Langkawi 31. Hospital Langkawi 32. Akademi Koreksional Malaysia Langkawi 33. Agensi penguatkuasaan maritime Malaysia Demikian tadi perarakan masuk dan perbarisan oleh 33 pasukan, 10 dari agensi Kerajaan dan 23 dari agensi swasta.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan YAB. Dato Paduka Mukhriz on saluting Yang Berhormat Encik Mohd Rawi Abd Hamid dice for taking Salute untuk menerima tabik hormat. from marching contingents

Official salute & National Anthem (Brass Band to play) Introduction to all contingents (Brass Band to play music along)

Kini, marilah sama-sama bersatu menyemarakkan semangat patriotik menerusi nyanyian lagu Negaraku.

Welcome note by the emcee

Bismillahirahmanirahim Alhamdulillahirabbilalamin Rabbissrahli sadri wayassirli amri wahlul uqdattan millisani yaf qohu qouli Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Rawi Abd Hamid Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Merangkap ADUN Ayer Hangat, Langkawi Mewakili YAB Dato Paduka Mukhriz bin Tun Dr Mahathir Menteri Besar Kedah Darul Aman Yang Setia PPjB Awang Hidzel Awang Bujang Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah Yang Berhormat Dato Ir. Haji Nawawi bin Haji Ahmad Ahli Parlimen Langkawi Yang Berhormat En. Noor Saidi bin Nanyan ADUN Kuah En. Wan Shahriman b. Abdullah Presiden Majlis Keselamatan Persatuan Pelancongan Langkawi En. Safian Omar Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Kawad Kecekapan Kebombaan 2013

Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Negeri Pengurus-pengurus besar Hotel dan Resort Langkawi Urusetia, Pegawai-pegawai Pertandingan Peserta-peserta Pertandingan Pempamer-pempamer Dif-dif jemputan Dato-dato, datin-datin Tuan-tuan dan puan-puan

Hadirin yang saya hormati sekalian Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia Selamat datang ke Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Kawad Kecekapan Kebombaan 2013. Sayang selasih berisi minyak Bunga cengkih di atas jerami Terima kasih banyak-banyak Sudi hadir ke majlis kami Puji dan sykur ke hadrat Ilhai kerana dengan limpah dan kurnianya dapat sama-sama kita berkumpul di Perkarangan LADA ini untuk menyempurnakan upacara penutupan Pertandingan Kawad Kecekapan Kebombaan 2013. Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Rawi atas kapasiti beliau sebagai wakil Menteri Besar Kedah untuk memberikan ucapan seterusnya menyempurnakan upacara perasmian penutup. Sesungguhnya kehadiran Yang Berhormat ke majlis ini menterjemahkan sokongan serta dokongan mentradisikan acara penuh gemilang gabungan kerjasama Langkawi Security Council dan JBPM. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Recite Doa

Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon rahmat Moga majlis sentiasa diberkati Hadirin dan hadirat yang dihormati Allah sekalian, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah daripada Yang Maha Esa. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pegawai Bomba Razli bin Rafie untuk

memimpin bacaan doa. Dengan limpah takzimnya, dipersilakan. Amin amin ya rabbal alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pegawai Bomba Razli bin Rafie di atas bacaan doa itu tadi. Semoga dengan kalimah doa ini, diberkati hendaknya segala hasrat yang direncanainsyaAllah. Hadirin yang dirahmati sekalian, Penganjuran Pertandingan Kawad Kecekapan Kebombaan 2013 ini adalah antara usaha dan komitment bersepadu Langkawi Tourism Security Council, satu gabungan badan bukan kerajaan dan pelbagai agensi penguatkuasaan, keselamatan dan penyelamat di daerah Langkawi. Selain dapat menguji kecekapan dan kesiapsiagaan pasukan tindakan kecemasan masing-masing, program ini adalah terjemahan keseriusan pihak Security Council dalam meningkatkan persepsi keselamatan pelancongan. Welcome speech by En. Safian bin Haji Omar, the Chairman of Fire Fighting Competition 2013 Tuan-tuan dan puan-puan siding hadirin yang dihormat sekalian, Majlis dengan sukacitanya mempersilakan En Safian bin Haji Omar, Pengerusi Program Pertandingan Kawad Kecekapan Kebombaan 2013, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan. Demikian tadi ucapan penuh bermakna oleh Pengerusi FFC2013. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih En. Safian atas ucapan sebentar tadi. Tanpa beliau, program ini tidak mungkin segah pada petang yang mulia ini. Speech by YS PPjB Awang Hidzel Awang Bujang, Assistant Director of Fire & Rescue Department Kedah Darul Aman Seterusnya majlis dengan hormatnya menjemput Penolong Pesuruhjaya Bomba Awang Hidzel Awang Bujang Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kedah untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

Terima kasih kepada Penolong Pesuruhjaya Bomba Awang Hidzel atas ucapan yang penuh bersemangat sebentar tadi. Official closing speech by YAB. Dato Paduka Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir, the Menteri Besar of Kedah Hadirin yang dihormati, majlis, kini, dengan penuh besar hati mempersilakan Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Rawi bin. Abd Hamid untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan upacara penutupan Pertandingan Kawad Kecekapan 2013. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Rawi kerana sudi menyampaikan ucapan dan merasmikan penutupan program pada hari ini. 5.45 pm Prizes giving ceremony: Best Team / Placard / Queen / Bombaton by En. Safian Omar Hadirin-hadirat yang dikasihi sekalian, Kini tibalah saat yang dinantikan oleh kesemua peserta pertandingan Kawad Kecekapan Kebombaan 2013. Tanpa melengahkan majlis, dijemput En. Safian b. Haji Omar untuk memulakan sesi penyampaian Hadiah. Dipersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Safian.

Individual discipline (private) by PPjB Awang Hidzel

Seterusnya kini, majlis menjemput pula Penolong Pesuruhjaya Bomba Awang Hidzel untuk tampil menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

Terima kasih kepada YS PPjB Awang Hidzel atas kesudian menyampaikan hadiah. Individual discipline (government) YB- Ir. Dato Haji Nawawi Bagi kategori seterusnya, majlis dengan penuh sukacita mempersilakan, YB. Tuan Haji Mohd Rawi untuk menyampaikan hadiah, dipersilakan.

Terima kasih kepada YB. atas kesudian menyampaikan hadiah. Overall championship by YAB. Dato Paduka Mukhriz Majlis menjemput Dato Alex untuk menyampaikan hadiah. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dato Alex atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Closing Gimmick from Fire & Rescue Department Langkawi

Tuan-tuan dan puan-puan, Dipersembahkan gimik penutupan yang dipersembahkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Sebagai penghargaan kepada tetamu kehormat, majlis dengan sukacitanya menjemput En Safian Haji Omar untuk menyampaikan cenderahati kenangan. Dipersilakan Penolong Pesuruhjaya Bomba Awang Hidzel untuk menerima cenderahati. Terima kasih kepada En Safian. Majlis menjemput Tuan Awang Hidzel untuk menyampaikan cenderahati kenangan kepada YB. Tuan Haji Mohd Rawi. Terima kasih kepada Tuan Awang Hidzel.

Token of appreciation presentation to VIPs

Contingents Marching Out (Brass Band)

Hadirin dan hadirat sekalian, Mengumumkan perarakan keluar oleh kontinjen pancaragam dan pasukan perbarisan Kawad Kecekapan Kebombaan 2013. Demikian sempurnalah majlis perasmian penutup Kawad Kecekapan Kebombaan 2013, Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir memeriahkan perasmian penutupan pada petang ini.

Inilah yang dikatakan umpama belayar telah sampai ke pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai ke destinasi Dan kita telah pun sampai ke penghujung majlis. Kalau ada sumur di ladang Boleh hamba menumpang mandi Kalau ada umur yang panjang Bolehlah kita berjumpa lagi Kalau ada jarum yang patah Jangan disimpan di dalam peti Kalau silap dan salah Jangan disimpan di dalam hati Evening Tea & Coffee Saya bagi pihak warga kerja dan jawatankuasa penganjur KKK2013 menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada sebarang kekurangan kata dan kesalahan bahasa sepanjang mengendalikan majlis ini. Semoga bertemu di lain kesempatan. Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum wbt. Dijemput Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Rawi Abd Hamid diiringi tetamu kehormat untuk menikmati minum petang. Dipersilakan. Press Conference Departure of Dato Paduka Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir Departure of all VIPs

6.45 pm

6.50 pm

Anda mungkin juga menyukai