Anda di halaman 1dari 6

Konsep pergerakan jisim

Pergerakan jisim merujuk kepada pergerakan bahan atau regolit yang telah terluluhawa dari atas ke bawah cerun akibat tarikan graviti bumi. Kata kunci pergerakan bahan atau regolit yang telah terluluhawa dari atas ke bawah cerun - akibat tarikan graviti bumi. JENIS PERGERAKAN JISIM ALIRAN CEPAT Konsep aliran cepat Aliran cepat dalam pergerakan jisim merujuk kepada pergerakan bahan atau regolit seperti tanih, batuan dan lumpur dari atas ke bawah secara cepat atau tiba-tiba cerun akibat tarikan graviti bumi. Kata kunci pergerakan bahan atau regolit seperti tanih, batuan dan lumpur dari atas ke bawah cerun secara cepat atau tiba-tiba - akibat tarikan graviti bumi. Proses aliran cepat

Batuan Runtuh

Gelungsoran / tanah runtuh berlaku di kawasan cerun yang sangat curam seperti di kawasan tebing tinggi. pergerakan tanih atau batuan berlaku dengan cepat atau tiba-tiba. terdapat berberapa jenis gelonsoran seperti gelonsoran tanah dan gelongsoran batuan. Sering kali membentuk kun talus di kaki cerun.

Aliran tanih atau lumpur merujuk kepada pergerakan tanih atau lumpur yang yang sangat lembap secara tiba-tiba daripada atas cerun. tanah yang bercampur air hujan bergerak menuruni cerun dalam bentuk aliran lumpur.

Aliran Lumpu

aliran lumpur atau tanih biasanya berlaku di kawasan yang sering menerima hujan yang lebat seperti di kawasan tropika lembap. Walau bagaimanapun di kawasan gurun panas, hujan lebat yang turun sekali sekala berupaya untuk menghasilkan aliran lumpur yang bergerak turun dari cerun melalui lurah-lurah sementara yang terbentuk. Aliran lumpur ini kemudiaannya membentuk kipas lanar di kaki cerun.

ALIRAN PERLAHAN Konsep aliran perlahan Aliran perlahan dalam pergerakan jisim merujuk kepada pergerakan bahan atau regolit seperti tanih, dan batuan dari atas cerun ke bawah cerun secara perlahan akibat tarikan graviti bumi. Kata kunci pergerakan bahan atau regolit seperti tanih, dan batuan dari atas ke bawah cerun secara perlahan - akibat tarikan graviti bumi. PROSES ALIRAN PERLAHAN

Kesotan Tanah

Kesotan

Regolit seperti batuan dan tanah di cerun terlebih dahulu terluluhawa menyebabkan regolit tersebut longgar dan peroi. Batuan atau tanah ini kemudiaannya bergerak secara amat perlahan menuruni cerun yang landai ( 10 hingga 20 ) akibat tarikan graviti bumi. Batuan atau tanah akan membentuk kun talus di kaki cerun. Pergerakannya tidak dapat dikesan melalui mata kasar sebalik dapat dilihat melalui bukti-bukti seperti batang pokok yang bengkok, tiang elektrik, pagar dan tembok yang condong.

Gelangsar merupakan pergerakan tanih dan batu tongkol. berlaku di kawasan beriklim sejuk akibat proses pencairan salji. Salji bertindak sebagai bahan pelincir bagi memudahkan pergerakan lempung ( tanah yang lembap ) di atasnya. Pergerakan lempung yang dikenali sebagai gelangsar ini dari pelbagai arah tanpa mengikut lurah tertentu.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERGERAKAN JISIM Faktor semula jadi Hujan yang lebat dan pencairan salji Hujan tahunan yang lebat ( melebihi 2000 mm ), terutama di kawasan tropika lembap menggalakkan berlakunya pergerakan jisim. air hujan yang menyerap ke dalam tanah akan menjadi agen pelincir dan pemberat. air dalam tanah memudahkan pergerakan tanah kerana fungsinya sebagai pelincir manakala tanah yang basah menjadi lebih berat dan mudah bergerak bebanding tanah yang kering. hujan apabila bercampur dengan tanah akan menghasilkan aliran lumpur.

di kawasan sederhana dunia, apabila salji mencair tanah di bahagian atas akan bergerak ke bawah cerun dalam bentuk gelangsar kerana tanah tersebut menjadi licin.

Kegiatan luluhawa Di kawasan tropika lembap luluhawa dalaman berlaku dengan giat dan jauh ke dalam bumi ( melebihi 30 meter ). Luluhawa dalaman terutama di cerun akan menghasilkan lapisan regolit yang tebal dan longgar. Regolit tebal dan longgar ini mudah untuk bergerak akibat tarikan graviti.

Letusan gunung berapi dan gempa bumi berupaya untuk membentuk gegaran yang kuat ke atas cerun gegaran ini menjadikan tanah di kawasan cerun longgar ,tidak stabil dan seterusnya mudah untuk runtuh. Faktor aktiviti manusia Penebangan / kegiatan pembalakan di cerun akar tumbuhan berfungsi untuk memegang dan mencengkam tanah di cerun. ketiadaan tumbuhan menyebabkan tanah di cerun tidak stabil dan mudah runtuh. Pertanian pertanian tanpa teres akan mengurangkan kestabilan cerun. pertanian melibatkan aktiviti penebangan tumbuhan asal sesuatu kawasan. ketiadaan tumbuhan mengurangkan cengkaman akar yang memegang dan mencengkam tanah di cerun. aktiviti pembajakan menjadikan struktur tanah menjadi longgar dan mudah untuk runtuh.

Perlombongan kuari melibatkan penggunaan bahan letupan dan kerja-kerja pengorekan tanah. struktur tanah kawasan cerun menjadi longgar. gegaran akibat penggunaan bahan letupan menyebabkan tanah di cerun mudah runtuh.

Pembinaan Aktiviti pembinaan seperti pembinaan jalan raya, bangunan di cerun akan menyebabkan hutan asal kawasan tersebut ditebang. Penebangan hutan akan mendedahkan permukaan bumi kepada aktiviti luluhahawa yang menyebabkan tanah di kawasan tersebut menjadi peroi, longgar dan tidak stabil. Tanah yang peroi, longgar dan tidak stabil mudah untuk jatuh sekiranya berlaku gegaran, hujan dan sebaginya. Pembinaan bangunan-bangunan di cerun seperti pembinaan hotel, rumah kediaman dan sebagainya akan melibatkan kerja-kerja penggorekan, pengemburan tanah dan penebangan tumbuhan asal di kawasan tersebut. Permukaan bumi yang terdedah dan tanah yang longgar akan mempercepatkan pergerakan jisim.

Penternakan berlakunya ragutan berlebihan di kawasan cerun.

mendedahkan permukaan cerun kepada proses-proses geomorfologi seperti hakisan dan luluhawa. rumput memegang dan mencengkam tanah melalui peranan akarnya. ketiadaan rumput struktur tanah di cerun menjadi longgar.

Pembinaan jalan raya / lebuh raya melibatkan kerja-kerja pemotongan cerun atau susuh bukit menyebabkan kecerunan cerun bertambah. Cerun yang curam tidak stabil dan mudah runtuh. Turut melibatkan penebangan tumbuhan asal kawasan tersebut menyebabkan permukaan bumi terdedah kepada proses-proses geomorfologi seperti hakisan dan luluhawa. Akar tumbuhan berperanan memegang dan mencengkam tanah daripada runtuh.

KESAN PERGERAKAN JISIM Kehilangan nyawa / kematian Kemusnahan harta benda rumah kediaman Kesan psikologi- penduduk dalam keadaan ketakutan / fobia. Kesan kepada aktiviti ekonomi kemusnahan kawasan pertanian, perniagaan, industri dan sebagainya. Kesan kepada infrastruktur- kemusnahan jalan raya, bekalan air, elektrik. KAEDAH MENGATASI GERAKAN JISIM DI CERUN

Langkah perundangan Kuatkuasakan undang-undang dan peraturan seperti Akta Pemeliharaan Tanah dan Akta Parit dan Bangunan. Langkah bukan perundangan Menanam tumbuhan tutup bumi tumbuhan seperti rumput dan tumbuhan jenis kekacang akar tumbuhan tersebut memegang dan mencengkam tanah di cerun sekaligus mengurangkan pergerakan jisim. Peneresan Cerun yang diusahakan pertanian dan pembinaan mestilah diteres. Peneresan akan menstabilkan cerun. Cerun yang stabil tidak mudah runtuh sekiranya berlaku gegaran.

Pembinaan tembok dibina di kawasan kaki cerun bertujuan menahan pergerakan tanah. tembok tersebut daripada bahan yang kukuh seperti simen yang telah dikonkrit. Penyimenan permukaan keseluruhan permukaan cerun disimen. Pada permukaan dibuat lubang-lubang bagi mengawal aliran air dalam tanah.

Permukaan cerun yang disimen lebih stabil kerana sifat simen yang kukuh dapat menahan cerun tersebut daripada runtuh. Penyimenan permukaan cerun juga dapat mengurangkan susupan air ke dalam tanah yang bertindak sebagai pelincir dan pemberat.

Sistem Perparitan sering digunakan di kawasan lebuh raya dibina disetiap teres di lereng bukit yang curam mengikut garis konturnya dapat mengatasi masalah air bertakung dan menyusup dalam tanah dan melonggar dan memberat tanah

Lapisan Plastik lapisan plastic di gunakan pada cerun yang curam biasanya bagi mengelakkan air hujan menyusup dan memasuki dalam tanah. kaedah ini biasa dapat dilihat di beberapa tempat di sepanjang lebuh raya Pendidikan pendidikan formal di sekolah seperti pendidikan Alam Sekitar, Geografi, dan Pendidikan Moral. Pendidikan tidak formal seperti melalui lawatan, ceramah dan sebagainya. Kempen

kempen yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu sama ada melalui media massa, maklumat melalui risalah dan sebagainya. menyedarkan orang ramai tentang kepentingan pengurusan kawasan cerun dengan berkesan.