Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah,Sesungguhnya aku mohon pada-mu keampunan dan kesihatan di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,sesungguhnya aku mohon pada-Mu keampunan dan kesihatan dalam agamaku, duniaku, keluargaku dan harta bendaku. Ya Allah,tutupkanlah segala keburukkan dan berikanlah ketenangan daripada segala yang mengejutkan hatiku. Ya Allah,Engkau peliharalah aku daripada segala bahaya yang ada di hadapanku, di belakangku, di kananku, kiriku dan bahaya yang datang dari atasku. Aku mohon perlindungan dengan kebesaran-Mu daripada mara bahaya yang membinasakan dari bawahku. (Menurut riwayat Imam Abu Daud daripada Ibnu Umar,bahawa Rasulullah s.a.w tidak pernah meninggalkan doa-doa ini pada petang dan pagi hari)