Anda di halaman 1dari 5

KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN ANATOMI DAN FISIOLOGI SISTEM ENDOKRINA AMALI

13 Latihan: Nama Ahli Kumpulan; 2 1 ONG SOW CHANG Opsyen: PPG SAINS

Arahan; Dalam kumpulan kecil, pelajar dikehendaki menyelesaikan soalan yang diberikan dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. 1. Lukiskan peta minda dan senaraikan bahagian-bahagian kelenjarkelenjar dan hormon-hormon yang dirembeskan. 2. Nyatakan kesan kelebihan dan kekurangannya. 3. Melaksanakan amali dan mengenalpasti lokasi kelenjar.

Kesan kelebihan dan kekurangan (a) Gangguan pertumbuhan Kelebihan hormon pertumbuhan akan menyebabkan seseorang itu mengalami pertumbuhan yang luar biasa. Pada anak-anak, kelebihan hormon pertumbuhan disebut gigantisme dan pada orang dewasa disebut ackromegali. Sebaliknya, bila anak-anak mengalami kekurangan hormon, ia akan mengalami kekerdilan. (b) Hyperprolactinemia Disebabkan oleh sekresi prolaktin yang berlebihan. Hal ini biasanya menyebabkan produksi air susu ibu (galactoorhea) walaupun tidak mengandung atau tiada haid (amemorrhea). (c) Kegagalan fungsi gonad hypogonadisme Akibat kekurangan sekresi Hormon Peluteinan (LH) dan Hormon Perangsang Folikel (FSH). Keadaan ini biasanya dialami oleh lelaki, iaitu kegagalan menghasilkan jumlah sperma yang normal. (d) Penyakit tiroid Hormon tiroid yang berlebihan sebagai hasil dari kelenjar tiroid yang terlalu aktif disebut hyperthyroidisme. Hal ini akan menyebabkan badan meningkatkan keadaan metabolik yang naik. Kondisi ini akan mengakibatkan banyak sistem dalam tubuh mengembangkan fungsi yang tidak normal. Hypothyroidisme adalah kondisi di mana kekurangan hormon tiroid dirembes dari kelenjar tiroid yang kurang aktif. Hal ini akan melambatkan proses-proses dalam tubuh bdan dan mungkin mengakibatkan kepenatan, denyut jantung lemah, kulit menjadi kering, berat badan meningkat, dan sembelit. Pada anak-anak, penyakit ini menyebabkan pertumbuhan yang lambat. (e) Penyakit kencing manis Terdapat dua jenis penyakit kecing manis, iaitu

i. terjadi

apabila

pankreas

gagal

menghasilkan

insulin

yang insulin

mencukupi. ii. terjadi akibat badan tidak mampu merespon terhadap dengan normal. Penyakit kencing manis ini biasanya menyebabkan kegagalan ginjal berfungsi, neuropathy dan kerosakan saraf, kebutaan, amputasi kaki, sakit jantung, serta strok. (f) Osteoporosis Penyakit ini boleh terjadi baik pada wanita mahupun lelaki. Ini terjadi bila struktur tulang menjadi semakin lemah dan kelihatan seperti retak atau patah. Banyak faktor penyebabnya, termasuk kekurangan hormon estrogen pada masa putus haid wanita, atau kekurangan hormon testis pada lelaki yang bertambah usia. (g) Sindrom Ovari Polisistik PholycysticOvary Syndrome (PCOS) adalah penyakit endokrin yang menyerang lebih kurang 5% daripada jumlah wanita. Wanita yang mengalami PCOS ini menghasilkan jumlah hormon seks lelaki (endogren) yang berlebihan. Hal ini akan menghalang proses ovulasi dan menyebabkan ketidaksuburan. Pesakit PCOS mungkin akan mengalami gangguan masalah haid atau malah tiada haid, tidak subur, rambut yang tumbuh berlebihan. Penyakit ini biasanya akan mengakibatkan gangguan kesihatan jangka panjang pada wanita. (h) Menopause (Putus haid) Masa perubahan badan di mana tahap estrogen, testis dan progesteron semakin berkurangan dan akhirnya sama sekali berhenti memproduksi. Kekurangan estrogen menyebabkan badan terasa panas, berpeluh, emosi tidak stabil, murung, faraj kering, urin terganggu dsb. Ada banyak risiko jangka panjang yang terjadi seperti penyakit kardiovaskular meningkat, kegemukan, perubahan tingkat kolesterol, risiko osteoporosis meningkat, penyakit Alzhiemer dsb. (i) Diabetes insipidus

Penyakit yang diakibatkan oleh kekurangan hormon antidiuresis. Masalah ini timbul akibat kerosakan tangkai pituitari atau kelenjar pituitari posterior. Pesakit yang mengidap diabetes insipidus ini selalu berasa dahaga dan kerap kencing. (j) Ketidakcukupan Adrenal atau penyakit Addison Penyakit ini diakibatkan kerosakan fungsi korteks adrenal dan secara langsung mengakibatkan kekurangan pengeluaran hormon kortikosteroid adrenal. Gejala-gejalanya ialah badan lemah, penat, turunnya berat badan, murung, lesu, muntah-muntah, anoreksia, dan hiperpigmentasi. (k) Sindrom Cushing Keadaan akibat daripada hipersekresi (perembesan yang berlebihan) glukokortikoid dari korteks adrenal. Gejalanya termasuklah kegemukan, gagal pertumbuhan, lemah otot, kulit mudah lebam, jerawat, tekanan darah tinggi, dan perubahan psikologi.