Anda di halaman 1dari 15

Tajuk: Bagaimana cabaran globalisasi mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia

Pengenalan
Dunia telah banyak melalui arus permodenan yang telah banyak dibawa oleh dunia barat. Antara arus permodenan yang banyak diperkatakan hingga ke hari ini adalah globalisasi.

Konsep globalisasi
Dalam Kamus Dewan edisi ketiga, globalisasi memberi makna suatu fenomena yang

menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkab

kepesatan dan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.

Contoh isu globalisasi


Kemasukan maklumat dan ilmu pengetahuan yang cepat dan murah melalui perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) akan memberi manfaat yang besar kepada pembangunan tamadun kita.

Cabaran Globalisasi
Globalisasi selalu dikaitkan dengan dunia tanpa sempadan di mana perhubungan menjadi semakin pintas dan cepat. Kita boleh mengetahui keadaan dunia luar dengan pantas dan cepat dan segala maklumat boleh disalurkan tanpa sempadan. Globalisasi boleh membawa kemudahan dan kebaikan sejagat jika diurus dengan baik dan globalisasi juga boleh

mendatangkan kehancuran dan keburukan jika disalah


guna.

Pengaruh Barat dari segi ideologi,budaya hedonisme & nilai

negatif, ekonomi bebas, sains & teknologi yang memusnahkan,


serta sistem politik yang dianggap terbaik bagi semua manusia dieksport / dibawa masuk seluruh dunia. Malaysia tidak dikecuali daripada pengaruh aris pembaratan dan globalisasi yang mendesak. Globalisasi menjadi faktor

perubah budaya yang amat kuat dan deras, mengakibatkan


lenyapnya nilai-nilai luhur secara tidak disedari dan pemikiran Barat diterima secara halus ke dalam masyarakat.

Kesan positif
Jika dilihat dari sudut positif, kita dapat bergerak maju melalui pendedahan menggunakan teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang sistematik menyebabkan Malaysia menjadi seperti yang dapat kita rasai perbezaannya kini.

Kesan Negatif

Kurang penentangan masyarakat Melayu ke atas perubahan dasar pendidikan ini


Apakah masyarakat Melayu sudah semakin terbuka dan bersedia bertolak ansur ke atas beberapa perkara yang sebelum ini dianggap sangat sensitif dan emosional kepada mereka? Apakah pula tindak balas masyarakat bukan bumiputera, mungkinkah mereka juga sedang berubah?

Malangnya perkara sebaliknya yang berlaku. Etnik lain seperti etnik Cina dan India melahirkan penentangan dan kebimbangan ke atas pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dan mendakwa pengajaran itu lebih sesuai disampaikan dalam bahasa Ibunda kerana ia lebih mudah diterima dan difahami.

Globalisasi menjadi alasan yang paling kukuh untuk menurunkan taraf bahasa Melayu. Mereka menyokong penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam bidang Sains dan Matematik supaya masyarakat Malaysia mampu terus maju dan berdaya saing kerana bahasa Inggeris telah menjadi bahasa utama di dunia pada masa kini.

Globalisasi merubah segala budaya masyarakat tempatan dan akhirnya budaya- budaya luhur yang terdapat dalam masyarakat berbilang kaum mula hancur. Setiap yang datang dari barat sama ada dalam bidang pemikiran, politik dan budaya mula diterima dan dikatakan baik. Cabaran ini perlu difahami dan ditangani kerana kegagalannya akan membawa perselisihan dan prasangka yang memang telah sedia wujud di hati setiap kaum.

pengaruh Barat ini mewujudkan unsurunsur yang negatif


budaya hedonisme yang telah berjaya menyesatkan para remaja yang akan menjadi bakal pemimpin negara lenyap kerana budaya kuning yang songsang ini. Budaya hedonisme ini banyak memberikan nilai-nilai yang negatif seperti terlibat dalam kancah jenayah, pemakaian yang kurang sopan serta pergaulan yang melampaui batas.

Sains dan teknologi


Dari segi sains dan teknologi yang memusnahkan kebanyakan golongan remaja terdedah dengan pornografi-pornografi yang menyongsangkan jiwa dan akidah remaja itu sendiri. Bermacam-macam keburukan yang memusnahkan alam sekitar, budaya hiburan dan penyalahgunaan sumber manusia dan bahan mentah juga datang daripada negara Barat.