Anda di halaman 1dari 25

1.

PENDAHULUAN Dalam kehidupan seharian, Matematik dan kita tidak dapat dipisahkan dari pelbagai aspek. Dalam setiap perkara yang kita lakukan, kita memerlukan Matematik untuk membantu kita memperoleh sesuatu, baik dari makan hingga ke bermain. Dengan adanya Matematik dalam kehidupan seharian kita, ia menjadikan segalanya mudah dan kita hidup dengan selesa. Banyak tokoh yang telah menyumbang kearah perkembangan dan kemajuan Matematik. Antara tokoh tersebut ialah Archimedes, Galileo Galilei dan juga Isaac Newton. Mereka menyumbangkan ilmu yang mereka peroleh dalam bidang-bidang tertentu Matematik dan mewujudkan satu ilmu baru dalam dalam Matematik. Matematik telah banyak melalui perkembangan sejak dari zaman purba hinggalah pada masa sekarang. Orang Mesir purba telah mengasaskan beberapa perkara dalam Matematik, dikembangkan oleh orang Yunani, diperbaiki oleh orang China, dikaji dan ditemukan sesuatu yang baru oleh sarjana Islam dan diperkembangkan oleh sarjana Itali dan Inggeris. Matematik diajar dan dipelajari agar kita dapat memudahkan urusan kehidupan seharian kita. Matematik diajar seawal pra-sekolah melalui kurikulum pendidikan pra-sekolah iaitu mengenal nombor dan bilangan kemudian ke sekolah rendah seterusnya sekolah menengah sehingga ke peringkat paling tinggi iaitu universiti. Kurikulum Matematik disediakan bagi membolehkan pembelajaran dilaksanakan secara selaras dan berperingkat. Ia menjadikan pembelajaran matematik itu lebih mudah dan teratur serta dapat difahami oleh pelajar. Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan tentang masalah yang dihadapi oleh murid dalam memahami pengajaran dan pembelajaran matematik. Kita akan melihat masalah ini dari konteks dan sudut murid pemulihan khas. Hal ini demikian kerana kita sedia maklum murid pemulihan khas mempunyai masalah dalam pemblejaran.

2.0

PRINSIP PEMULIHAN DAN TUJUAN PELAKSANAANYA Menurut Kamarudin (1992), pendidikan pemulihan mempunyai objektif dan matlamatnya sendiri. Oleh itu pelaksanaannya harus mengikut peraturanperaturan dan prinsip-prinsip tertentu (Modul OUM HBSL2203, 2009). Di antara prinsip-prinsip yang digariskan adalah seperti berikut : Program pemulihan matematik harus dijalankan secepat mungkin sebaik sahaja murid-murid dikesan mempunyai masalah tertentu di dalam pembelajaran matematik. Ia perlu diatasi segera supaya tidak menghalang pembelajaran murid. Pendidikan pemulihan matematik juga mesti diberikan kepada murid-murid yang bermasalah di dalam kemahiran-kemahiran matematik yang tertentu. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan dan pengalaman murid. Aktiviti harus dikembangkan daripada yang mudah kepada sukar dan daripada konkrit kepada abstrak. Aktiviti pembelajaran harus ditumpukan kepada bidang kelemahan matematik yang telah dikesan (Mok Soon Sang, 1986) Menggunakan kaedah mengajar yang sesuai supaya murid-murid dapat mengikuti pembelajaran matematik dengan lebih mudah. Memberi pelbagai jenis latihan yang mudah dan menarik untuk menolong murid-murid tersebut memperkukuhkan konsep dan kemahiran matematik. Kejayaan yang diperolehi dalam sesuatu aktiviti matematik akan mendorong mereka mempelajari matematik dengan usaha yang lebih gigih.

2.1

Tujuan pemulihan: Menolong murid-murid lembam membina konsep matematik asas dan menguasai kemahiran supaya tidak ketinggalan daripada murid-murid lain. Melatih murid hingga dapat menggunakan kemahiran asas untuk menyelesaikan keyakinan diri. Membetulkan konsep dan kemahiran matematik yang salah dipelajari. Memberi peluang kepada murid-murid mempelajari matematik masalah matematik dan seterusnya membina

mengikut kadar kebolehan sendiri.

3.0

MASALAH DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK Menurut Modul OUM HBSL2203, 2009 (Homan, 1970) menyatakan bahawa murid yang kurang kemahiran persepsi, seringkali bermasalah mengenai perkaitan ruang, jarak, turutan, gangguan ukuran, anggaran, penyelesaian masalah dan geometri. Manakala Hudson (1966) di dalam Sabri Ahmad et. Al (2006) menyatakan personaliti dan tanggapan negatif terhadap matematik adalah antara faktor yang menyebabkan timbulnya kesukaran mempelajari matapelajaran ini. 3.1 Faktor-faktor mempengaruhi kesukaran mempelajari matapelajaran matematik : Mempunyai masalah peribadi, masalah mental (IQ yang rendah), masalah fizikal dan masalah gangguan emosi. Mempunyai masalah dalam mengingat Belajar dengan cara yang mudah, hanya membaca tanpa membuat catatan atau rumusan Mempelajari matematik dengan cara menghafal tanpa memahami konsep Kurang teliti atau lalai dari segi pengiraan atau tulisan Tidak menggunakan alat bantuan pelajaran dengan sebaiknya Tidak boleh membaca Mempunyai masalah bahasa. Contohnya murid yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama. Kemahiran berfikir Kaedah pengajaran yang kurang berkesan

3.2

Masalah pembelajaran matematik murid pemulihan khas 3.2.1 Anxiety (Kerisauan) Ciri-ciri gangguan: Kognitif: o Rasa takut terhadap perkara yang tidak pasti. Somatik: o Menjadi terlalu berhati-hati terhadap sesuatu yang mungkin mengancam keselamatannya. o Mengalami tekanan darah, berpeluh dan gangguan sistem pencernaan. Emosi: o Mudah panik, mual, seram sejuk, takut dan benci. Tingkah laku: o Mengelakkan diri daripada keadaan atau punca anxiety. o Tidak dapat kawal diri. 3.2.2 Disleksia Pendengaran: Keliru sebelum atau selepas kiri atau kanan Sukar kaitkan bunyi nama nombor dan angka. Sukar menyebut nama nombor atau angka.

Pertuturan: Kesalahan pengiraan. Salah menyebut ayat matematik. Salah menyebut ayat matematik.

3.2.3 Mathophobia Maksud: Perasaan kecewa serta merasa rendah diri dan sukar dibantu dalam keupayaan matematik. Ciri: o Tidak suka matematik o Berasa tidak pasti/kurang yakin. o Pencapaian lemah. o Kurang minat o Sikap tidak ambil peduli.

3.2.4 Diskakulia Definisi: Kurang kebolehan mempelajari matematik

disebabkan terdapat satu kawasan yang tertentu dalam otak yang tidak berfungsi dengan normal. Ciri-ciri: o Pengiraan: Sukar untuk mempelajari dan mengingati nombor Sukar memahami konsep nombor. o Membaca dan menulis nombor: Terkeliru nombor 12 dengan 21

Salah membaca nombor 2007 dua ratus tujuh.

Arah: Sukar memahami arah kiri atau kanan. Sukar patuhi arahan semasa membaca peta.

3.3

Strategi dalam pengajaran dan pemulihan matematik 3.3.1 Kaedah Polya Menurut Model Polya, penyelesaian masalah boleh dilaksanakan melalui empat peringkat iaitu: Memahami dan Mentafsir Sesuatu Masalah Mengenal pasti kata-kata kunci dan menerangkan masalah. Merancang Strategi Penyelesaian Merancang permasalahan starateginya strategi yang ialah yang sesuai dengan Antaranya melukis

diberikan. simulasi,

membuat

gambarajah, membuat carta, mengenal pasti pola, cuba jaya, menggunakan analogi dan sebagainya. Melaksanakan Strategi Penyelesaian Melaksanakan menggunakan strategi kemahiran tersebut mengira, dengan kemahiran

geometri, kemahiran algebra ataupun kemahiran menaakul Menyemak Semula Penyelesaian

Menyemak semula penyelesaian tersebut untuk menentukan sama ada jawapannya munasabah atau tidak. Di samping itu, pelajar boleh mencari cara penyelesaian yang lain atau membuat andaian serta membuat jangkaan lanjut kepada masalah tersebut.

3.3.2

Kaedah pembelajaran koperatif Pembelajaran secara berkumpulan Unsur asas koperatif: Positif Saling interaksi Akauntabiliti Pemprosesan kumpulan

Melibatkan kemahiran sosial Pembahagian tugas untuk mempelajari satu tajuk kecil (jigsaw puzzle, number head, meja bulat)

3.3.3

Kaedah kontekstual Pembelajaran berkait rapat dengan kehidupan sebenar mereka Lebih kepada pengalaman sebenar murid Pengajaran perlu menggunakan bahan-bahan yang konkrit

Murid akan mudah memproses maklumat dengan cara yang tersendiri

3.3.4

Kaedah masteri Murid belajar mengikut hierarki atau unit pembelajaran Mematuhi prinsip belajar dari senang ke sukar Masa yang diperuntukan untuk belajar cukup Terdapat sesi pemulihan dan pengayaan Aktiviti yang menyeronokkan

3.4

Pendekatan pemulihan matematik Pengajaran dan pembelajaran matematik berbeza daripada

matapelajaran lain. Di samping kemahiran yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi, murid juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh. Oleh itu sebelum menjalankan kelas pembelajaran khas matematik, guru-guru harus mengambil kira perkaraperkara berikut kerana pengajaran matematik yang berkesan akan melibatkan beberapa perkara, antaranya : i. ii. Mengenalpasti murid-murid yang bermasalah Mengenalpasti kaedah dan teknik yang sesuai yang dijangkakan dapat menghasilkan pengajaran pemulihan yang berkesan iii. iv. Membuat analisis masalah pembelajaran Membuat perancangan dan menjalankan pengajaran
9

v. (i)

Penilaian terhadap konsep dan penguasaan kemahiran Cara mengenalpasti murid yang memerlukan kelas

pembelajaran khas matematik : Penentuan tahap penguasaan konsep dan kemahiran dalam mempelajari sesuatu topik matematik amat penting. Oleh itu sebelum seseorang murid dimasukkan ke dalam kelas pembelajaran khas matematik, guru harus mengenalpasti murid-murid bermasalah di dalam pembelajaran matematik tersebut. Untuk mengenalpasti murid-murid yang memerlukan kelas pembelajaran khas ini guruguru boleh menggunakan cara antaranya seperti berikut : Menjalankan ujian diagnostik Membuat temubual secara spontan dengan murid-murid ketika berada didalam kelas Membuat pemerhatian melalui ujian-ujian matematik yang telah dijalankan samada secara formatif atau sumatif Membuat ujian saringan dalam kalangan murid. Ini

membolehkan murid dikelaskan mengikut kumpulan menurut kecerdasan dan prestasi mereka (Modul OUM HBSL2203, 2009) (ii) Pendekatan dan kaedah pembelajaran pemulihan matematik Setiap guru mempunyai gaya dan teknik serta kebolehan yang berbeza-beza bergantung kepada personaliti, pengalaman dan latihan yang diterima oleh guru tersebut. Walaupun terdapat perbezaan dari segi cara dan gaya dan penyampaian pembelajaran, serta namun

pengendalian

aktiviti

pengajaran

pendekatan dan kaedah yang digunakan dalam P & P masih sama. Kaedah merujuk kepada tindakan guru yang bersistematik dengan tujuan mencapai objektif pengajaran tertentu dalam jangka
10

pendek. Ia juga cara mendekati sesuatu objektif pelajaran yang penyampaian langkah-langkahnya berdasarkan susunan yang teliti dan rapi. Menurut Mok Soon Sang (1995), antara kaedah-kaedah pengajaran matematik yang perlu difahami dan dikuasai oleh guru adalah kaedah kerja praktik, kaedah penemuan, kaedah induksi dan deduksi. Walaupun begitu terdapat beberapa lagi kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam menjalankan pengajaran pemilihan matematik di dalam kelas. Manakala menurut Modul OUM HBSS2203 (2009), terdapat tiga pendekatan yang boleh digunakan dalam pengajaran

matematik iaitu pendekatan berpusatkan murid, pendekatan berpusatkan bahan dan pendekatan berpusatkan guru. Tetapi untuk pembelajaran dua pemulihan pendekatan di sini sahaja kita iaitu hanya akan

membincangkan

pendekatan

berpusatkan murid dan pendekatan berpusatkan bahan. Ini adalah kerana dalam pemulihan matematik, guru biasanya akan

menjalankan pengajaran lebih kepada berpusatkan murid dan juga penggunaan bahan : a. Pendekatan berpusatkan murid Dalam pendekatan ini, murid diberi peluang untuk memainkan peranan penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil dan diberi peluang untuk berbincang, menyoal rakan dan berinteraksi secara terkawa. Guru perlu menggunakan teknik menyoal yang dapat merangsang murid berfikir secara kritis dan kreatif disamping memberi galakkan kepada murid untuk menyuarakan pendapat (Modul OUM HBSL2203, 2009).

11

Salah satu kaedah dalam pendekatan pembelajaran berpusatkan murid ialah pembelajaran secara berkumpulan. Kaedah ini mempunyai kelebihan kerana murid berpeluang berinterksi antara satu sama lain dan boleh belajar melalui pengalaman sendiri. Dalam kaedah ini, murid akan

dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu kumpulan sama kebolehan dan kumpulan pelbagai kebolehan. Ini membolehkan guru membimbing murid-murid mengikut kebolehan pemulihan. Permainan matematik juga termasuk dalam salah satu pendekatan pembelajaran berpusatkan murid dan amat sesuai untuk dijalankan kepada murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran matematik. Menurut (DAgustine, 1973), permainan adalah satu kaedah yang dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat murid terhadap matematik (http://mujahid.tripod.com). Ianya dapat mengurangkan rasa bosan dan jemu semasa menyelesaikan masalah matematik. Penggunaan permainan matematik sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip bermain sambil belajar. di samping menjalankan aktiviti-aktiviti

Contohnya permainan dan simulasi boleh dilakukan ketika menyelesaikan soalan penyelesaian masalah yang

melibatkan kehidupan seharian.

Dengan permainan atau rekreasi matematik, minat murid boleh dipupuk. Secara lazimnya, tumpuan murid akan lebih jika mereka melibatkan diri dalam permainan. Semasa
12

bermain murid secara sedar atau tidak akan meneroka dan seterusnya mengetahui serta memperoleh ilmu baru dalam matematik. Matematik berbentuk rekreasi secara lazimnya akan membantu guru memberi pendedahan konsep yang mudah diingati oleh murid. Juga menjadi kelaziman seseorang, pengetahuan atau pembelajaran yang diperoleh secara tidak formal (permainan) lebih diingati berbanding pembelajaran secara formal. Contohnya adalah lebih baik seorang guru mengajar matematik kepada seorang murid yang memerlukan

pemulihan untuk menggunakan bahasa yang biasa dengan mereka. Iaitu bahasa yang difahami oleh murid akan memudahkan mereka untuk mengambil bahagian dalam perbincangan dengan guru. Murid juga akan terdorong untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Dalam masa yang sama guru mesti menyediakan bahan, situasi cerita yang boleh merangsang mereka bercerita dan berbincang samada dengan guru atau rakan. Ramai pakar pendidikan menyatakan bahawa lebih menggunakan pengalaman sedia ada murid untuk

memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bermula dengan pengalaman mereka, guru boleh membimbing murid mempelajari sesuatu konsep matematik dengan lebih baik dan berkesan.

13

b. Pendekatan pemusatan bahan Penyampaian pengajaran dan pembelajaran

matematik haruslah disertai dengan penggunaan bahan dan teknologi sejajar dengan perkembangan arus pemikiran murid ke arah zaman maklumat. Misalnya pada peringkat awal untuk mengenal nombor, guru boleh menggunakan flash card sebagai bahan bantu yang ringkas (Modul OUM HBSS2203, 2009). Guru yang mahir dengan penggunaan ICT boleh menyediakan bahan pengajaran menggunakan

powerpoint, excell ataupun mengakses laman web dalam pencarian maklumat. Contohnya jika guru menggunakan powerpoint, guru boleh memasukkan illustrasi dan grafik , bunyi, yang dapat menarik perhatian perhatian murid untuk mempelajari matematik. Guru juga boleh

menggunakan laman web untuk mengakses permainanpermainan matematik secara online. Hasil beberapa kajian yang telah dijalankan ( Funkhouser, 1983; Henderson and Landersman, 1992; Chazan,1998;

Mccoy, 1991; Al Ghamdi, 1987) mendapati bahawa:

Pelajar

yang

menggunakan

komputer yang lebih

dalam positif

matematik mempunyai sikap

terhadap dirinya serta berkeyakinan sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan yang lebih komplek.

Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah serta berkesan.
14

Kemajuan dan pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir didapati ada menunjukkan peningkatan yang positif.

Situasi pembelajaran pelajar berbantukan komputer mempunyai dalam kemampuan jangka mengekalkan dan maklumat dapat

panjang

mengintegrasikannya dalam bidang-bidang lain. ( http://www.geocities.com/fmurni ) Selain itu guru boleh menggunakan model-model dan bahan-bahan maujud seperti kuboid, kubus, prisma dan sfera untuk mengajar geometri dan bentuk benda. Murid juga digalakkan untuk membina bentuk-bentuk seperti sfera, kubus, kuboid dari plastesin atau tanah liat. Bahan atau peralatan lain yang boleh digunakan oleh guru termasuk overhead projektor, kamera digital, carta, CDRI yang dibekalkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, CD PPSMI yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia atau CD yang dibeli oleh pihak sekolah sendiri. Dengan menggunakan bahan bantu mengajar akan dapat meningkatkan minat murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran matematik untuk mempelajari matematik dengan lebih gigih lagi. (iii) Membuat analisis masalah pembelajaran matematik Tidak dapat dinafikan, guru matematik berpengalaman juga akan berhadapan masalah dalam menghadapi murid yang mengalami dan memerlukan pemulihan dalam pembelajaran matematik. Dalam topik 1.2.1 telah dibincangkan faktor-faktor yang dihadapi oleh murid bermasalah pembelajaran matematik. Topik ini
15

boleh digunakan oleh guru-guru untuk merancang pengajaran mereka dan memilih bahan serta alatan yang sesuai untuk mengajar murid yang memerlukan pembelajaran khas atau pemulihan matematik. (iv) Membuat perancangan dan menjalankan pengajaran Untuk meningkatkan mencapai prestasi objektif pemulihan, dalam iaitu dalam

murid-murid

pembelajaran

matematik, guru matematik boleh menggunakan soalan-soalan seperti dibawah ketika membuat perancangan dan sebelum menjalankan pengajaran pemulihan matematik : Siapakah sasaran yang terlibat dalam sesi pengajaran ? Apakah kelemahan dan kebolehan setiap murid dalam kelas yang akan diajar ? Apakah perancangan yang dibuat sesuai dengan tahap dan kebolehan murid ? Adakah teknik pengajaran anda betul ? Adakah bahan dan alatan dapat menarik perhatian murid dan mereka seronok ketika sesi pengajaran pembelajaran

matematik ? Adakah permainan sesuai matematik dimainkan yang oleh dirancang murid ketika dalam sesi

pengajaran

pembelajaran ? Apakah permainan matematik tersebut hanya sesuai untuk sebahagian murid sahaja ?

16

(v)

Penilaian terhadap konsep dan penguasaan kemahiran Penilaian terhadap kefahaman sesuatu konsep dalam pembelajaran matematik perlu dilakukan untuk meramal dan mengenalpasti tahap penguasaan konsep terlebih dahulu. Selain itu ia juga adalah untuk menentukan kesediaan murid ketika mempelajari sesuatu konsep dan kemahiran baru. Ini adalah amat penting ketika menjalankan pengajaran kelas pemulihan terhadap murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran matematik. Penguasaan konsep yang mantap akan memudahkan aktiviti penyelesaian masalah. Melaksanakan proses pengajaran kepada murid yang belum bersedia dari segi fizikal dan mental akan menyebabkan kesukaran dan pembaziran masa. Penilaian tahap penguasaan konsep dan kemahiran matematik akan melibatkan beberapa instrumen seperti senarai semak, ujian diagnostik, ujian pra, ujian pencapaian dan ujian anekdot (http://mujahid.tripod.com ). Menurut Ainon & Abdullah (1995) prosedur penilaian hendaklah terdiri daripada prosedur yang mendorong murid belajar secara koperatif dan berkumpulan. Penilaian cara kompetitif seperti yang digunakan sekarang dikatakan membunuh kemahiran belajar secara bersama dan berkumpulan dan tidak menggalakkan keupayaan kreatif. Belajar secara berkumpulan, terutama dalam kelas pembelajaran pemulihan dapat membangkitkan motivasi dalam murid untuk mempraktikkan kemahiran berfikir yang sedang mereka pelajari.

17

4.0

PERMASALAHAN Jika dilihat berdasarkan situasi yang telah diberikan berdasarkan, kita boleh menganggap yang masalah yang dihadapi oleh Veronica dalam pembelajaran Matematik ialah dia mengalami diskalkulia. Diskakulia merupakan masalah dalam mempelajari dan mengingati nombor dan sukar memahami konsep nombor. Selain itu, diskalkulia juga merupakan masalah dalam memahami arah kiri atau kanan dan mengenal pasti kedudukan di antara satu titik dan titik yang lain. Veronica tidak dapat mengira dengan baik bilangan hari di antara 13 mei dan 17 Jun serta 23 November dan 29 Disember. Dia tidak membaca soalan dan memahami soalan dengan baik. Kehendak soalan mengatakan hari di antara tarikh-tarikh yang diberikan. Veronica telah mengira hari termasuk tarikh-tarikh yang diberikan. Hari di antara tarikh yg diberikan ialah sebanyak 34 hari. Aktiviti pemulihan yang boleh dilaksanakan ialah mengira objek sama warna di antara dua objek yang menjadi titik awal dan akhir yang berlainan warna dengan objek di antaranya. Menggunakan bahan maujud sangat penting dalam memberikan kefahaman tentang konsep di antara kepada Veronica dalam memahami permasalahan yang diberikan. Pelbagai objek boleh digunakan untuk menunjukkan konsep di antara secara jelas dan dapat dirasai oleh Veronica. Apabila dia sudah dapat memahami konsep tersebut, guru bolehlah melaksanakan pengiraan mudah konsep di antara.

18

5.0

APLIKASI PENTAKSIRAN MATEMATIK Pentaksiran matematik merupakan satu kaedah dalam memperolehi maklum balas tentang kefahaman dan pencapaian murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. Pentaksiran boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara dan bentuk, sama ada formal atau tidak formal melalui pelbagai sumber bahan pentaksiran. Pentaksiran sangat penting kerana melaluinya, seseorang guru dapat mengetahui keberkesanan penyampaian ilmu yang telah dilaksanakannya dan juga maklum tentang pencapaian murid sepanjang sesi pembelajaran. Melalui pentaksiran, kualiti pengajaran guru dapat diperbaiki dan guru mampu menyampaikan ilmu dengan lebih baik manakala murid pula dapat mengesan masalah dalam menguasai sesuatu topik pembelajaran. dengan itu, proses pembelajaran akan lebih baik dan mencapai objektif di kedua-dua belah pihak. Seperti yang telah dikatakan tadi, pentaksiran matematik boleh

dilaksanakan dalam pelbagai cara dan bentuk. Hal ini bagi membolehkan ia menjadi lebih menarik dan murid berasa selesa dan gembira menjalani proses pembelajaran matematik. Sumber pelaksanaan pentaksiran matematik perlu dipilih dengan betul dan bersesuaian dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, untuk menjadikan ia menarik. Antara cara yang menarik dalam melaksanakan pentaksiran matematik ialah dengan menggunakan aplikasi teknologi perisian komputer seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Powerpoint dan lain-lain lagi. Dengan menggunakan perisian seperti ini, kita akan dapat membina pentaksiran matematik dengan lebih teratur, kemas dan menarik serta memudahkan tugas.

19

5.1

Pembinaan Powerpoint

aplikasi

pentaksiran

matematik-

persembahan

Saya telah memilih untuk membina aplikasi pentaksiran matematik menggunakan perisian komputer Microsoft Powerpoint. Microsoft

Powerpoint merupakan perisian persembahan multimedia yang mana membolehkan pengguna meletakkan gambar, video, bunyi dan animasi bagi membina sebuah persembahan multimedia yang menarik. Saya memilih menggunakan Microsoft Powerpoint untuk pentaksiran matematik kerana dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kita sering melibatkan penggunaan projektor untuk tayangan slaid dan

memandangkan seiring dengan persembahan slaid sebagai nota untuk sesi pengajaran, saya selitkan terus aktiviti pentaksiran sebagai bahan aktiviti. Sehubungan dengan itu, bahan pentaksiran seperti ini mudah untuk saya kendalikan dan uruskan, juga mudah untuk diedarkan kepada murid dan dapat melibatkan murid dengan penggunaan ICT di sekolah. Dengan itu, dapatlah diselaraskan dengan kehendak proses transformasi pendidikan negara yang mana mahu murid terlibat dalam ICT dan mahir dalam penggunaan ICT. Bahan pentaksiran yang saya bina ini menggunakan slaid sebagai asas muka surat untuk setiap penerangan dan soalan. Sebagai contoh:

Rajah 1.1 dan 1.2: Contoh slaid

20

Dalam pentaksiran ini, saya memilih untuk melaksanakan bentuk pentaksiran soalan aneka pilihan. Sebagai contoh:

Rajah 1.3: Contoh soalan aneka pilihan

Murid akan menjawab soalan melalui slaid yang telah disediakan dengan mengklik pada pilihan jawapan yang telah disediakan bagi setiap soalan. Sebagai contoh:

21

Rajah 1.4: Contoh menjawab soalan

Setiap pilihan jawapan tersebut telah di hyperlink ke satu slaid yang lain yang akan menunjukkan jawapan yang telah diklik itu betul atau salah. Sebagai contoh:

Rajah 1.5 dan 1.6: Contoh paparan slaid bagi jawapan betul atau salah

22

Jika pelajar menjawab soalan dengan memberikan jawapan yang betul, paparan slaid sepertimana rajah 1.5 akan keluar. Bagi yang menjawab soalan dengan memberikan jawapan yang salah, paparan slaid seperti di rajah 1.6 pula yang akan keluar. Di paparan slaid bagi jawapan yang betul turut diberikan jawapan yang sebenar untuk semakan murid. Sebagai contoh:

Rajah 1.7: Contoh paparan slaid menunjukkan jawapan yang sebenar

Seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.7, terdapat anak panah yang menyatakan Soalan seterusnya... Anak panah tersebut juga telah di hyperlink ke paparan slide yang berikutnya untuk soalan seterusnya. Dengan mengklik pada anak panah tersebut, murid akan dibawa ke paparan soalan berikutnya jika murid berjaya menjawab soalan yang diberikan dengan betul. Jika murid menjawab soalan yang diberikan dengan salah, maka paparan slaid yang akan keluar adalah seperti berikut:
23

Rajah 1.8: Paparan slaid jawapan yang diberikan salah Dan turut dilihat di sini anak panah yang menunjukkan Kembali.. merupakan hyperlink semula ke soalan untuk memberi peluang murid menjawab soalan sekali lagi. Begitu juga seterusnya untuk paparan slaid soalan yang lain. Aplikasi yang saya sediakan ini memberi peluang kepada murid untuk mencuba dan memahami soalan berulang kali bagi membolehkan murid menyelesaikan soalan dengan baik dan inkuiri ilmu murid lebih berkesan.

24

6.0

PENUTUP Instrumen pentaksiran, pengujian dan penilaian sangat penting dalam menentukan perkembangan dan pencapaian murid sepanjang pembelajaran mereka. Penilaian dan pengujian sama penting dengan proses pengajaran kerana melalui penilaian dan pengujian, keberkesanan pengajaran seseorang guru itu ditentukan. Penilaian dan pengujian perlu selari dan berkaitan dengan proses pengajaran. Dalam membina instrumen pengujian dan penilaian, beberapa perkara perlu diambil berat yang mana menjadikan sesuatu instrumen pengujian dan penilaian itu berkesan atau tidak. Antara perkara tersebut ialah mempunyai sifat kesahan (validity), mempunyai sifat kebolehpercayaan, jenis dan bentuk pengujian dan penilaian yang dipilih dan digunakan bersesuaian dengan objektif ujian, hasil pengujian dan penilaian dan pengujian dapat digunakan untuk tujuantujuan yang telah ditetapkan dan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dapat membantu memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran. Instrumen pengujian dan penilaian yang dibina hendaklah sentiasa berhubungkait dengan Jadual Spesifikasi Ujian. Jadual Spesifikasi Ujian merupakan garis panduan dan pelan tindakan dalam merangka keberkesanan instrumen. Instrumen yang dibina berdasarkan JSU akan memudahkan guru untuk menentukan perkembangan dan pencapaian murid dalam proses pembelajaran, selain daripada menentukan keberkesanan proses pengajarannya. JSU adalah asas dalam pembinaan instrumen pengujian dan penilaian. Seorang guru perlu tahu dan berkebolehan tentang JSU dan pembinaannya serta pembinaan instrumen pengujian dan penilaian bagi menjadikan pendidikan lebih berkualiti. Pendidikan yang berkualiti dapat menjamin kemajuan dan kemakmuran negara. Oleh yang demikian, perkara ini harus dimantapkan dalam profesion perguruan agar seorang guru itu dapat menyampaikan pendidikan yang berkualiti kepada masyarakat.
25