Anda di halaman 1dari 5

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMUKUL PERMAINAN HOKI MENGGUNAKAN KAD KRITERIA DALAM STAIL RECIPROCAL BAGI MURID TAHUN 4 Oleh:

NUR AJLALI ASMAA BINTI ISMAIL & MOHD KHAMDANI BIN SAIRI (PhD) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan kad kriteria dalam stail reciprocal dalam meningkatkan kemahiran memukul dalam permainan hoki. Subjek kajian adalah 10 orang murid Tahun 4 yang terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan yang dikenalpasti bermasalah semasa tinjauan awal dijalankan. Subjek telah menjalani intervensi dengan menggunakan kad kriteria dalam stail reciprocal. Pemerhatian dengan menggunakan borang senarai semak telah digunakan sebagai instrumen untuk melihat kriteria teknik perlakuan memukul bola hoki manakala Ujian Pukulan Leret 12 meter digunakan untuk melihat peningkatan ketepatan sasaran semasa memukul. Keputusan kajian menunjukkan semua subjek meningkat dari segi ketepatan sasaran selepas perbandingan antara ujian pra dan ujian pasca dilakukan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan kad kriteria dalam stail reciprocal berjaya meningkatkan teknik lakuan kemahiran memukul selepas perbandingan antara pemerhatian semasa ujian pra dan ujian pasca dibuat. Cadangan pengkaji untuk kajian masa hadapan ialah menambah bilangan pembolehubah yang dimanipulasikan, kajian juga melibatkan lebih ramai sampel kajian, membandingbeza antara dua kemahiran atau permainan yang berlainan melalui intervensi yang sama dan juga menggunakan guru sebagai subjek kajian. Kata kunci: Kad Kriteria, stail reciprocal, Set Pra Impak, Set Impak, dan Set Pasca Impak 1.0 PENDAHULUAN Pendidikan Jasmani merupakan salah satu mata pelajaran teras yang diajar di sekolah-sekolah di Malaysia. Mata pelajaran ini diajar selama 11 tahun yang merangkumi tunjang kecergasan, kemahiran, dan kesukanan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999). Pendidikan Jasmani adalah satu proses pembelajaran yang menyeluruh merangkumi kesemua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan juga emosi yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Melalui Pendidikan Jasmani ini, murid akan diberikan ruang untuk mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalani (Pettitor dalam Wee Eng Hoe, 2005). Terdapat tiga tunjang di dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani iaitu kecergasan, kemahiran dan kesukanan. Ketiga-tiga tunjang ini dibentuk kerana matlamat utama Pendidikan Jasmani ialah melahirkan murid yang cergas melalui pengajaran dan pembelajaran disamping menekankan aspek keselamatan serta penglibatan yang aktif dari semua murid. Kemahiran memukul hoki juga adalah termasuk di dalam sukatan pelajaran yang perlu dilaksanakan. Teknik lakuan untuk melakukan kemahiran memukul perlu diajar untuk membolehkan murid menguasai permainan hoki dengan baik dan ketepatan ke arah sasaran dapat dihasilkan. Hal ini kerana, ketepatan akan dapat dihasilkan sekiranya kemahiran dilakukan dengan teknik yang betul (Grice, 2007). Cara pengajaran boleh dipelbagaikan untuk menarik minat murid dalam kemahiran. Disiplin pendidikan jasmani dan sains sukan kaya dengan teori pedagogi pengajaran seperti teori spektrum pengajaran Mosston dan Ashworth (2002). Stail pengajaran ini menyediakan pilihan kepada guru tentang pelbagai pilihan stail mengajar bagi memenuhi tujuan pengajaran (Doherty, 2003). Menurut Philip dan Wikersoon (1990), stail pengajaran perlu dipelbagaikan untuk memberi faedah kepada murid. Stail reciprocal daripada spektrum pengajaran ini menekankan pengajaran secara berpasangan. Penggunaan kad kriteria pula akan menjelaskan secara lebih terperinci mengenai konten yang ingin diajar dan menjadi panduan kepada murid dalam memperbaiki kesalahan yang dilakukan sepanjang pengajaran dilaksanakan 1

2.0 FOKUS KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk melihat terdapat peningkatan tahap kemahiran memukul dalam permainan hoki bagi murid Tahun 4 dengan menggunakan kad kriteria dalam stail reciprocal. Teknik lakuan untuk memukul perlu dikuasai untuk menghasikan ketepatan ke arah sasaran. menurut Taverner (2005), ketepatan sasaran semakin sukar sekiranya kemahiran memukul tidak dilakukan mengikut teknik yang betul. Oleh itu, penggunaan kad kriteria dalam stail reciprocal digunakan untuk meningkatkan lagi ketepatan sasaran dan juga penguasaan teknik lakuan dalam kemahiran memukul hoki. Permasalahan kajian ini ialah murid tidak dapat melakukan kemahiran memukul bola hoki dengan teknik yang betul serta ketidaktepatan pada sasaran dikesan semasa Pendidikan Jasmani yang lepas walaupun telah didemonstrasikan. Murid juga takut untuk melakukan percubaan seterusnya kerana menganggap akan tetap gagal melakukan kemahiran. Kemhiran memukul amat penting dalam permainan hoki kerana kemahiran ini merupakan ibu; kepada kemahiran hoki yang lain. John (1980), kemahiran memukul bola hoki adalah amat penting bagi seseorang yang baru belajar untuk bermain hoki dan dengan memukul bola hoki, seseorang itu dapat membiasakan diri dengan kayu hoki. Saya merancang untuk melakukan intervensi kepada murid yang mempunyai masalah ini dengan menggunakan kad kriteria dalam stail reciprocal . Ujian diagnostik yang diambil daripada Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (2011) telah dijalankan bagi menilai murid yang lemah dalam ketepatan ke arah sasaran dan juga lemah dalam teknik lakuan kemahiran memukul. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Berikut merupakan objektif umum bagi kajian yang telah dijalankan. 1. Meningkatkan kemahiran memukul permainan hoki dengan menggunakan kad kriteria dalam stail reciprocal sebagai kaedah pembelajaran.

3.2 Objektif Khusus Berikut merupakan objektif khusus bagi kajian yang telah dijalankan. 1. 2. Meningkatkan ketepatan sasaran murid semasa melakukan kemahiran memukul dalam permainan hoki melalui penggunaan kad kriteria dalam stail reciprocal bagi murid-murid Tahun 4. Meningkatkan tahap penguasaan kemahiran memukul permainan hoki dengan teknik yang betul melalui penggunaan kad kriteria dalam stail reciprocal bagi murid-murid Tahun 4.

4.0 KUMPULAN SASARAN Jadual 1 Kumpulan sasaran subjek kajian


Subjek S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 Jantina Perempuan Perempuan Perempuan Lelaki Perempuan Perempuan Lelaki Lelaki Lelaki Lelaki Jumlah Mata Sasaran 1 2 2 1 2 2 0 2 1 2 Jumlah Teknik Lakuan Yang Betul 2/8 5/8 3/8 2/8 4/8 5/8 2/8 5/8 3/8 3/8 Wakil Sekolah (Ya/Tidak) Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN 5.1 Cara Mengumpulkan Data Saya telah menggunakan dua kaedah bagi melakukan kajian ini iaitu kaedah ujian dan kaedah pemerhatian berstruktur. Ujian yang dipilih ialah Ujian Pukulan Leret 12 meter yang dirujuk daripada Manual TID Spesifik Hoki (2007). Ujian ini digunakan sebagai ujian pra dan ujian pasca untuk menilai peningkatan kemahiran memukul dalam permainan hoki sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Data dari kedua-dua ujian ini direkod di dalam borang skor Ujian Pukulan Leret 12 meter. Hasil daripada kedua-dua data telah dibandingkan ketepatan sasaran semasa melakukan kemahiran memukul. Pemerhatian berstruktur dilakukan berdasarkan borang senarai semak yang disediakan untuk menilai peningkatan teknik kemahiran memukul bola hoki. Data pemerhatian dikumpul semasa subjek kajian melakukan Ujian Pukulan Leret 12 meter. Melalui data yang direkodkan, saya membuat perbandingan antara pemerhatian semasa ujian pra dengan pemerhatian semasa ujian pasa. 5.2 Cara Menganalisis Data Data dianalisis berdasarakan keputusan yang diperolehi selepas Ujian Pukulan Leret 12 meter dilakukan. Dapatan kajian telah dianalisis dengan bantuan perisian media Microsoft Rxcel. Saya menggunakan perbezaan skor bagi membolehkan saya membandingbezakan peningkatan yang diperolehi sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Pengiraan peratus dibuat untuk melihat peningkatan subjek kajian. Analisis data juga dibuat melalui min iaitu hasil purata yang diperolehi oleh seorang subjek kajian. Jadual dan graf membantu untuk melihat perbezaan ketepatan sasaran yang dapat dihasilkan oleh subjek kajian dan perbezaan peningkatan teknik kemahiran memukul bola hoki. 5.2 Tindakan Menangani Masalah Saya melaksanakan intervensi ke atas subjek kajian yang lemah dalam kemahiran memukul dalam permainan hoki. Saya telah menetapkan tempoh pelaksanaan intervensi ialah selama 30 minit. 10 minit terawal, subjek kajian menjalankan intervensi. Guru meniup wisel menandakan masa tamat, dan subjek kajian berehat selama 5 minit dan membuat refleksi. Subjek kajian menukar peranan antara pelaku dan pemerhati. Aktiviti dilaksanakan selama 10 minit. Selepas intervensi selesai, refleksi dijalankan sekali lagi. jarak ditambah dari 2, 4, 6, 8, 10, dan 12 meter. Penambahan gambar pada kad kriteria juga dilakukan selepas mendapat maklum balas daripada subjek kajian. 5.3 Keputusan Kajian Jadual 2 Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca
Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Subjek Jantina Skor Ujian Pra 3 5 4 5 5 3 1 3 3 4 3 Skor Ujian Pasca 6 10 6 7 8 6 5 8 5 5 6 Peningkatan Skor +3 +5 +2 +2 +3 +3 +4 +5 +2 +1 +3 Peratus (%) 100 100 50 40 60 100 400 166 66 25 100

S1 Perempuan S2 Perempuan S3 Perempuan S4 Lelaki S5 Perempuan S6 Perempuan S7 Lelaki S8 Lelaki S9 Lelaki S10 Lelaki Min/Purata

Jadual 1 menunjukkan semua subjek kajian dapat meningkatkan ketepatan sasaran semasa melakukan kemahiran memukul. Purata peningkatan skor ialah sebanyak 3 peningkatan. Hanya 4 orang subjek 3

kajian sahaja yang tidak melepasi purata peningkatan skor. Walaubagaimanapun, keempat orang subjek kajian ini menunjukkan peningkatan yang positif.

Rajah 1. Graf bar perbandingan antara pemerhatian Ujian Pra dan Ujian Pasca Graf di atas menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang positif dari segi teknik lakuan dalam kemahiran memukul permainan hoki. Semua subjek meningkat dan terdapat 3 orang subjek kajian yang dapat melakukan semua kriteria teknik lakuan yang ditetapkan. 5.4 Rumusan Kajian Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan ketepatan sasaran dalam kemahiran memukul dan meningkatkan teknik lakuan dalam kemahiran memukul bagi murid tahun 4 dengan menggunakan kad kriteria dalam stail reciprocal. Subjek kajian merupakan 10 orang murid yang lemah semasa tinjauan awal dibuat. Bagi menguji objektif kajian tercapai atau tidak, satu ujian dan pemerhatian berstruktur telah dijalankan. Ujian yang digunakan untuk menguji ketepatan ialah Ujian Pukulan Leret 12 meter. Ujian diambil sebelum dan selepas intervensi menggunakan kad kriteria dijalankan. Manakala pemerhatian dibuat semasa Ujian Pukulan Leret 12 meter untuk melihat peningkatan teknik lakuan subjek kajian. Pada akhir intervensi, semua subjek kajian menunjukkan peningkatan yang positif dalam ketepatan sasaran dan penguasaan teknik lakuan. Selaras dengan kajian yang dilakukan oleh Athanosios Kolovenosis (2011) yang menunjukkan bahawa stail reciprocal berkesan dalam meningkatkan prestasi murid kerana terdapat perbincangan sesama mereka sepanjang proses pembelajaran yang membolehkan mereka berkongsi idea antara satu sama lain. Penambahan gambar pada kad kriteria juga meningkatkan lagi pemahaman subjek kajian. Menurut Hazrat Abu Yazid (2009), penggunaan gambar pada kad kriteria membolehkan subjek kajian memahami dengan lebih mendalam mengenai item kriteria lakuan. Menurut Rozianah (2005), grafik dapat mengilustrasikan pelbagai mesej. 5.5 Refleksi Antara kekuatan yang dapat dikenalpasti sepanjang kajian ini dijalankan ialah pengurusan masa kerana semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut perancangan. Subjek juga mematuhi masa yang telah ditetapkan. Arahan yang diberikan juga jelas. Subjek kajian dapat memahami perkara yang perlu dilakukan mengikut arahan yang diberikan. Subjek kajian juga bermotivasi sepanjang intervensi dijalankan disamping memberi motivasi kepada pasangan masing-masing. Kelemahan yang dikenalpasti ialah kekurangan tempat. Saya telah memindahkan kawasan intervensi dan kawasan ujian ke tempat yang lebih selesa. Penggunaan teks sahaja pada kad kriteria menyebabkan subjek kajian kurang memahami perlakuan yang dikehendaki. Saya telah menambahkan gambar pada kad kriteria untuk menambahkan lagi pemahaman mereka.

6.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA Antara cadangan yang boleh saya usulkan ialah mengadakan kajian dengan mengambil kira pembolehubah-pembolehubah yang lain seperti bangsa, umur, lokasi sekolah dan pelbagai tahap kebolehan murid diambil kira. Hal ini akan membolehkan kesimpulan yang lebih kukuh dapat dihasilkan. Untuk kajian masa hadapan juga, saya mencadangkan agar kajian lanjutan perlu melibatkan lebih ramai sampel kajian untuk melihat keberkesanan kaedah stail reciprocal ini. Penggunaan sampel kajian akan menambahkan lagi kuasa ujian (the power of test) itu sendiri. Cadangan saya yang seterusnya ialah penggunaan kaedah yang sama iaitu stail reciprocal tetapi menilai kemahiran yang berbeza dalam permainan yang sama. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan stail reciprocal ini ke atas kemahiran yang berbeza. Selain itu, pengkaji juga boleh membuat banding beza di antara kedua-dua kemahiran ini. Selain itu juga, pengkaji boleh membuat kajian berkenaan perbezaan di antara penggunaan stail reciprocal dengan kaedah atau pendekatan yang lain. Pengkaji membuat penilaian berkenaan perbezaan peningkatan di antara penggunaan stail pengajaran dengan kaedah lain yang dipilih. Pengkaji juga membuat penilaian tentang kaedah mana yang dapat memberikan keberkesanan yang paling tinggi baik. Selain dari mengkaji murid, kajian lain juga boleh dilakukan dengan menggunakan guru sebagai subjek kajian. Dapatan daripada kajian yang melibatkan guru amat berguna kepada pelbagai pihak yang terlibat di dalam sistem pendidikan. RUJUKAN Athanasios Kolovelonis. (2011). The effects of the reciprocal and the self check styles on pupils performance in primary physical education. European Physical Education Review, 17(1) 3550. Bahagian Sukan, Seni Dan Kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (2007). Manual TID Spesifik Hoki. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Sukan. (2011). Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah . Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia Grice, T. (2007). Siri Meniti Kejayaan Badminton. Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn. Bhd. Hazrat Abu Yazid Bin Mansor. (2009). Perbandingan penggunaan kaedah gambar dan tanpa penggunaan kaedah gambar dalam meningkatkan penguasaan kemahiran menyangga bola tampar. (Projek Penyelidikan Pelajar IPG Kampus Dato Razali Ismail yang tidak diterbitkan). Terengganu Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 25/1998:Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.18 Nov 1998, KP(BS)8591/Jil.XIV/(25). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia Mosston, M., Ashworth, S. (2002). Teaching Physical Education. (5th ed.). San Cummings. Francisco: Benjamin

Taverner, C. M (2005). Field Hockey Technique & Tactics. Champaign, IL: Human Kinetcs. 5