Anda di halaman 1dari 15
MODEL PEMIKIRAN P.I.E.S STRUKTUR PEMIKIRAN HOLISTIK ABSTRAK Masyarakat diancam krisis pemikiran yang kronik dengan

MODEL

PEMIKIRAN

P.I.E.S

STRUKTUR PEMIKIRAN HOLISTIK

ABSTRAK

Masyarakat diancam krisis pemikiran

yang

kronik

dengan

sistem

kehidupan

sedia

ada.

Budaya

materialistik

bukan

sahaja menyerang golongan yang sinis

terhadap agama, bahkan golongan Islamik

juga

terkesan

dengan

budaya

tersebut

tanpa

sedar,

sebagai

contoh,

merasa

kekuasaan Allah hanya apabila nampak

perkara-perkara

pelik

seperti

awan

berbentuk kalimah Allah. Sedangkan kelak,

Dajal

diberi

kemampuan

untuk

mendatangkan

pelbagai

jenis

keajaiban

untuk menundukkan manusia. Oleh itu,

satu bentuk pemikiran yang berstruktur dan

holistik

perlu

diperkenalkan

manusia: Model P.I.E.S

kepada

Muhammad Qayyum

EKSPO BUKU ISLAM PAHANG 02/10/2013

MODEL PEMIKIRAN P.I.E.S

1. PENDAHULUAN

Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk membentangkan kerangka pemikiran

berasaskan Model P.I.E.S. Dalam penulisan kertas kerja ini, Model P.I.E.S akan

dibincangkan secara mendasar akan konsep pembentukannya dan falsafah yang

terdapat di sebaliknya. Seterusnya, kertas kerja ini akan menunjukkan teknik dan

pengaplikasian Model P.I.E.S sebagai kerangka pemikiran.

2. KEPENTINGAN PEMURNIAN KERANGKA PEMIKIRAN MASYARAKAT

Masyarakat hari ini sebenarnya mengalami krisis pemikiran yang besar akibat

sistem kehidupan sedia ada yang cukup mengelirukan. Sebagai contoh, terdapat

sebuah buku resipi masakan yang bertajuk Hidangan Sunah 1 . Penulis buku tersebut

mendakwa bahawa hidangan-hidangan dalam buku tersebut adalah hidangan sunah

kerana ramuan-ramuannya dicampurkan dengan bahan-bahan yang dipopularkan

sebagai makanan sunah seperti buah kurma, buah zaitun, buah tin, dan lain-lain.

Persoalan yang timbul adalah, adakah benar status hidangan sunah terletak pada

ramuan-ramuan tersebut? Sedangkan al-Quran menganjurkan manusia untuk makan

apa-apa sahaja hidangan yang halal dan baik, seperti mana yang diterjemahkan

daripada surah al-Baqarah, ayat 168, “hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari

apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan,

1 Ditulis oleh Marina Mustafa, terbitan Alaf 21.

1

kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu.” Mustahil untuk

beranggapan al-Quran menyalahi Sunnah ataupun sebaliknya.

Daripada ayat di atas, dapat difahami bahawa hidangan sunah itu sebenarnya

adalah luas, apa-apa sahaja masakan yang menepati kriteria halalan toyyiban adalah

hidangan yang menuruti sunah. Perbuatan menjenamakan hidangan serta ramuan

tertentu sahaja dengan perkataan sunah sebenarnya secara tidak langsung telah

menyempitkan perlaksanaan hidup beragama. Bahkan boleh menimbulkan pula

peluang untuk golongan optimis menjual ramuan-ramuan tersebut dengan harga yang

mahal dengan menggunakan nama sunah.

Seperkara lagi, menjenamakan hidangan sunah dengan hanya berasaskan

keberadaan ramuan-ramuan yang dinyatakan itu juga boleh menimbulkan kekeliruan.

Sekiranya, sesuatu masakan itu mengandungi kadar kolesterol tinggi, bukankah ianya

berlawanan dengan ayat 168 surah al-Baqarah yang menekankan tentang faktor

toyyiban dalam hidangan. Justeru itu, hanya dengan meletakkan buah zaitun ataupun

buah delima, tidak boleh dijadikan syarat untuk memberi berstatus hidangan sunah.

Kes kajian yang dibawakan ini adalah salah satu contoh kesan langsung daripada

dikotomi pemikiran yang membarah dalam masyarakat. Iaitu, mereka memisahkan

kehidupan ini kepada perkara agama dan perkara bukan agama. Perkara ini akhirnya

membawa kepada kesempitan ruang untuk beramal. Sedangkan, dalam Islam, setiap

perkara yang kita lakukan adalah ibadat kepada Allah.

2

Krisis pemikiran ini juga merebak kepada kecelaruan pemikiran materialistik bukan

sahaja kepada kumpulan masyarakat Muslim yang sinis terhadap agama, bahkan juga

kepada kumpulan masyarakat yang Islamik. Kes ini akan dibentangkan dalam

bahagian lain.

Kerangka pemikiran berasaskan Model P.I.E.S ini adalah jawapan terhadap isu-

isu ini. Kerangka ini dibina untuk menstrukturkan pemikiran bagi membolehkan

masyarakat memproses maklumat dengan konsisten dan tepat.

3. KONSEP MODEL P.I.E.S

Dalam bahagian ini, konsep asas P.I.E.S akan diperkenalkan dahulu secara

ringkas. Kemudiannya disusuli dengan penerangan terhadap pembentukan Model

P.I.E.S 2 . Seterusnya Model P.I.E.S akan disentuh melalui satu model contoh dalam

bentuk penceritaan dan analisis.

I.

P.I.E.S

Secara ringkasnya P.I.E.S adalah akronim kepada empat elemen yang telah

dianugerahkan oleh Allah dalam diri manusia, iaitu fizikal (physical), intelektual

(intellectual), emosional (emotional), dan spirituil (spiritual).

Elemen fizikal (P) adalah berkaitan dengan sesuatu yang boleh dikesan oleh

deria tubuh badan manusia. Apabila sesuatu perkara itu boleh dilihat, didengar,

disentuh, dihidu, ataupun dirasa, bermakna, perkara tersebut melibatkan elemen

2 Model ini telah didesain oleh Fazrul Ismail pada tahun 2007. Model ini diterangkan secara terperinci dalam buku beliau yang bertajuk Master P.I.E.S, terbitan PTS.

3

fizikal. Manusia boleh membezakan secara kasar, antara orang yang sihat dengan

orang yang sakit, panas dengan sejuk, manis dengan pahit melalui deria-deria

yang ada. Selain daripada itu, elemen ini juga sangat berkaitan dengan saiz dan

kuantiti.

Elemen

intelektual

(I) pula adalah berkenaan

dengan rasionalisasi

dan

penterjemahan maklumat-maklumat yang telah didapati daripada deria tubuh

badan. Elemen ini sangat bergantung kepada

penguasaan kemahiran dan

perkembangan ilmu. Oleh itu, yang membezakan keupayaan intelektual seorang

individu

dengan

seorang

individu

yang

lain

adalah

perbezaan

jenis

ilmu

pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai oleh mereka.

Elemen emosional (E) adalah mengenai konsep percaya pada diri sendiri, iaitu

emosi dalaman, dan juga hubungan dengan makhluk lain, iaitu emosi luaran.

Maklumat yang telah diterjemahkan oleh daya intelektual seseorang individu akan

dibandingkan dengan pengalaman silamnya, seterusnya, akan menghasilkan

kesan emosi terhadap sesuatu perkara itu. Sebagai contoh, lidah individu tersebut

mengesan rasa manis pada air minuman, kemudiannya rasa manis tersebut

diterjemahkan sebagai sesuatu yang sedap, lalu menyebabkan individu itu suka

pada minuman tersebut. Berbeza pula dengan individu yang daya intelektualnya

menterjemahkan rasa manis sebagai ancaman terhadap kesihatan, ianya akan

menyebabkan individu tersebut tidak sukakan minuman itu.

Pada pandangan kasar, elemen P.I.E dilihat sudah cukup untuk seseorang

individu itu hidup di dunia. Pengalaman-pengalaman hidupnya berinteraksi dengan

4

alam akan membolehkannya untuk terus belajar dan berikhtiar agar terus hidup di

dunia. Namun, elemen spirituil (S) pula adalah sangat penting bagi manusia,

kerana elemen ini membekalkan tujuan hidup. Dengan tujuan hidup yang jelas,

seseorang individu mampu untuk hidup berprinsip dan berpegang pada satu-satu

nilai. Bagi Muslim, elemen ini adalah berkaitan dengan kehambaan kepada Allah

SWT dan dalam masa yang sama bertindak sebagai khalifahNya untuk mengurus

tadbir dunia.

bertindak sebagai khalifahNya untuk mengurus tadbir dunia. Rajah 1 Rajah 1.0 memperincikan beberapa contoh terhadap

Rajah 1

Rajah 1.0 memperincikan beberapa contoh terhadap keterlibatan elemen-

elemen P.I.E.S dalam kehidupan seharian manusia. Pembangunan individu yang

berteraskan kepada semua elemen-elemen ini adalah pembangunan yang bersifat

holistik.

5

II.

MODEL P.I.E.S

II. MODEL P.I.E.S Rajah 2 Rajah 2.0 memaparkan struktur Model P.I.E.S yang dibentuk berasaskan konsep yang

Rajah 2

Rajah 2.0 memaparkan struktur Model P.I.E.S yang dibentuk berasaskan

konsep yang telah diterangkan pada bahagian sebelum ini. Model ini disusun

dengan meletakan elemen S sebagai teras dengan elemen P.I.E di lingkaran luar.

Lingkaran luar adalah lingkaran interaksi seseorang individu dengan makhluk.

Sama ada makhluk itu bernyawa ataupun tidak. Contohnya seperti bersalaman,

membaca buku, berbual, mendengar muzik dan sebagainya.

6

Manakala, teras model tersebut adalah interaksi dengan al-Khaliq, pencipta,

iaitu Allah SWT. Bagaimanapun, perlu dijelaskan di sini, berinteraksi dengan al-

Khaliq bukanlah pada perbuatan fizikal pada ritual ibadat semata-mata, seperti

solat, puasa dan sebagainya, sebaliknya, interaksi spirituil dengan al-Khaliq

adalah kesedaran hidup bertuhankan Allah (god-conscious) dalam setiap perkara

yang dilakukan perkara inilah yang merupakan asas kepada taqwa.

Interaksi dengan al-Khaliq adalah sangat halus, tidak dapat dilihat oleh mata,

difikirkan dengan akal, serta dirasa oleh perasaan orang lain di sekitar. Walaupun

secara umumnya, memang ada tanda-tanda yang terlihat pada fizikal atau

perwatakan orang-orang yang mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah,

seperti wajah yang menyenangkan, perwatakan yang soleh, namun hakikatnya,

tanda-tanda itu boleh dibuat-buat, dan disebabkan itulah, banyak kes anggota

masyarakat yang tertipu dengan individu-individu yang memaparkan perwatakan

keagamaan, antara contoh popular baru-baru ini adalah kes Mohd Razis Ismail 3 .

Kes Mohd Razis Ismail sebenarnya adalah satu contoh pemikiran materialistik

yang menyerang golongan masyarakat yang Islamik. Mereka mudah diperdayakan

oleh kumpulan manusia yang mematerialkan lingkaran luar P.I.E mereka dengan

hiasan-hiasan Islamik. Melalui pengaplikasian Model P.I.E.S, masyarakat akan

dapat menstrukturkan pemikiran mereka untuk menilai dengan lebih berhati-hati,

3 Lebih dikenali masyarakat sebagai Ustaz Razis. Dia didakwa telah berkahwin sebanyak 11 kali dengan cara memperdayakan wanita-wanita yang dinikahinya. Namun dalam rakaman wawancara oleh wartawan Hadzlan Hassan dan Shahrul Redzuan melalui myMetro TV, dia menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan dia hanya sudah berkahwin sebanyak 9 kali dengan beberapa penceraian, atas alasan mahu mencari isteri yang terbaik, tetapi gagal. Dia kini didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kajang atas dua tuduhan, iaitu memalsukan dokumen untuk bernikah dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah.

7

kerana apa yang dipaparkan pada lingkaran luar P.I.E seseorang individu, tidak

semestinya memaparkan apa yang berada dalam teras spirituil individu tersebut.

Kes ini juga adalah sama seperti kes-kes biasa yang dialami masyarakat yang

cenderung kepada agama Islam, tetapi mengalami krisis materialisme tanpa

sedar.

Iaitu

hanya

merasakan

kekuasaan

itu

terletak

kepada

kemampuan

mendatangkan perkara-perkara ajaib. Sebagai contoh, apabila nampak perkara-

perkara

pelik

seperti

awan

berbentuk

kalimah

Allah,

terasa

ianya

amat

menakjubkan dan sebagai tanda kekuasaan Allah. Bagaimana reaksi mereka

apabila ternampak awan berbentuk salib ataupun simbol-simbol agama lain?

Satu kes 4 yang cukup membimbangkan adalah berkenaan kisah seorang lelaki

yang mengalami kerugian dalam perniagaannya. Lelaki itu berdoa kepada Allah

untuk menunjukkan jalan keluar, dan selepas itu lelaki tersebut mendakwa

ternampak muka Jesus Christ 5 pada cermin. Lelaki itu akhirnya memilih untuk

murtad. Dan membawa bersama-sama ahli keluarganya keluar daripada Islam dan

memeluk agama Kristian. Lelaki ini kemudiannya berjaya dalam perniagaan

setelah murtad. Sedangkan, jika diteliti, bagaimana lelaki tersebut tahu itu adalah

wajah Jesus Christ? Pernahkah lelaki tersebut bertemu dengan Jesus Christ?

Mungkin sahaja semua itu adalah permainan syaitan mengaburi mata lelaki

tersebut, tetapi kesan pergantungan kepada keajaiban dan perkara yang pelik-

pelik telah membawa kepada isu murtad.

4 Kisah ini diceritakan oleh Hasrizal Abdul Jamil dalam pembentangan beliau ketika Seminar Pengurusan hidup Berteraskan Surah al-Kahfi pada 21,22,28, dan 29 Januari 2012 di Universiti Putra Malaysia.

5 Nabi Isa bin Maryam. Namun kerana kisah ini tidak merujuk kepada susuk sebenar Nabi Isa, penulis menggunakan sahaja nama Jesus Christ.

8

Sedangkan kelak, Dajal diberi kemampuan untuk mendatangkan pelbagai

jenis keajaiban untuk menundukkan manusia. Dajal berupaya menghidupkan

orang yang mati dan membuat seribu satu keajaiban yang cukup mustahil. Pada

waktu itu, hanya sistem pemikiran yang telah dijernihkan sahaja dapat menangkis

ancaman materialisme yang menjadi senjata Dajal.

III. KISAH DUA KEBUN JAGUNG

Bagi menerangkan lagi kaedah penggunaan Model P.I.E.S sebagai kerangka

pemikiran dan tindakan, kisah dua orang pengusaha kebun jagung 6 adalah model

untuk dijadikan rujukan.

Di sebuah kampung, terdapat dua orang pengusaha jagung. Seorang dikenali

sebagai Pak Haji dan seorang lagi dikenali sebagai Ah Chong. Kebun jagung Ah

Chong terletak di sebelah kiri kampung, berdekatan ladang babi dan menghadap

negara Israel. Kebunnya dilalui air hasil buangan daripada ladang babi tersebut.

Kebun Pak Haji pula terletak sebelah kanan kampung, bersebelahan surau, malah

menghadap ke arah kiblat. Kebunnya dilalui air-air wudhuk daripada surau.

Jagung-jagung yang ditanam oleh Ah Chong adalah daripada benih gred A

yang dibeli Ah Chong di kedai. Semasa menanam benih tersebut, Ah Chong sudah

cukup teliti. Beliau menyediakan batas-batas tanaman, menggali longkang bagi

memastikan tiada air yang bertakung kerana bimbang akan merosakkan biji benih.

6 Kisah ini diambil daripada pembentangan bertajuk ‘Sinergi Syariatullah dan Sunatullah sebagai Fondisi Pendidikan Islam’ oleh Hasrizal Abdul Jamil di Seminar Transformasi Pendidikan pada 18 Disember 2011.

9

Beliau juga mengaplikasikan apa yang beliau belajar daripada kursus perladangan

jagung yang diikuti beliau, iaitu menanam benih jagung sekitar 4 inci, tidak terlalu

dalam sehingga sukar untuk tumbuh, dan tidak terlalu dekat dengan permukaan

tanah sehingga mudah terkeluar.

Setiap hari Ah Chong bangun seawal jam 6.00 pagi dan terus ke kebunnya.

Pada waktu itu dia akan memerhatikan pagar kebunnya dalam keadaan yang baik,

jika ada berlaku kerosakan, beliau akan terus membaikinya, bagi mengelakkan

kebunnya dimasuki binatang-binatang yang akan memakan hasil tanamannya.

Selepas berpuas hati, membancuh baja gred A untuk disiram pada tanamannya.

Beliau

kemudiannya

akan

memerhatikan

batas-batas

tanamannya

untuk

memastikan tidak ada siput atau serangga perosak yang lain. Rumpai-rumpai

ataupun rumput-rumput liar yang tumbuh juga akan dicabut beliau supaya pokok

jagungnya boleh tumbuh dengan baik. Beliau akan berada di kebunnya sehingga

petang sekiranya tidak ada apa-apa kerja lain yang perlu beliau uruskan. Sebelum

balik, ke rumah, beliau akan meletakkan racun di sekitar kebunnya sebagai

langkah berjaga-jaga dan mengunci pintu pagar kebunnya. Pada malamnya,

beliau akan bersama keluarganya ataupun pergi ke kedai-kedai yang menjual

minuman keras untuk menghilangkan penat.

Berbeza dengan Ah Chong, Pak Haji menanam benih jagung termurah yang

boleh didapatinya kerana mahu berjimat. Pak Haji menanam benih-benih jagung

seperti amalan biasanya, iaitu menggali lubang menggunakan penyodok kecil,

letakkan biji benih dan kambus semula lubang tersebut. Bagi menjimatkan ruang,

10

Pak Haji menanam jagungnya rapat-rapat. Semasa menanam biji benih tersebut,

Pak Haji tidak pernah lupa berzikir kepada Allah.

Jadual harian Pak Haji pula bermula seawal jam 5.30 pagi. Beliau akan bangun

qiamullail dan kemudian solat Subuh di surau. Selepas solat Subuh, beliau akan

bersarapan bersama-sama ahli kariah surau di warung bersebelahan surau. Pada

waktu itu mereka akan berbual-bual mengenai perkembangan kampung dan juga

mengenai berita-berita yang terdapat dalam surat khabar pada hari tersebut.

Kemudian beliau akan kembali ke surau untuk membaca al-Quran sehingga

sekitar jam 8 pagi. Selepas itu beliau balik ke rumah dan bersiap-siap ke kebunnya.

Di kebun, Pak Haji melihat-lihat pokok jagungnya, mengira-ngira bila hasilnya

boleh dituai. Beliau akan menyiram pokok-pokoknya pada waktu itu. Sekitar jam

10 pagi, Pak Haji akan ke surau untuk solat sunat Dhuha dan selepas itu pulang

ke rumah. Selepas makan tengah hari bersama isterinya, Pak haji akan ke surau

semula sekitar waktu tengah hari untuk melaungkan azan. Pada waktu petang,

beliau jarang ke kebun kerana cuaca yang panas. Sebaliknya beliau lebih gemar

berada di rumah dan bermain dengan cucu-cucunya. Pada waktu malam, Pak Haji

meluangkan masa di surau dan mendengar kuliah-kuliah maghrib.

Selepas beberapa bulan, hasil tanaman jagung kedua-dua kebun mula

menunjukkan hasil. Hasil tanaman jagung Pak Haji banyak yang rosak, buahnya

kurus dan berwarna kekelabuan, bahkan ada yang tidak berbuah pun. Sedangkan

Ah Chong pula mendapat hasil tanaman yang baik, buah jagungnya kuning

keemasan dan berisi penuh, ramai pengaut datang mengambil hasil tanaman Ah

Chong untuk dijualkan di pasar-pasar.

11

Persoalannya, kenapakah begitu? Sedangkan, Pak Haji adalah orang yang

berakhlak mulia, rajin beribadah, dan sentiasa mengingati Allah. Bahkan kebunnya

juga dalam kedudukan yang sangat diberkati berbanding kebun Ah Chong.

Sedangkan Ah Chong pula peminum arak dan tidak pernah kenal Allah.

Apabila kita merujuk kembali kepada model P.I.E.S, Pak Haji telah berinteraksi

dengan baik dengan al-Khaliq, tetapi pihak yang menunaikan tanggungjawab

berinteraksi dengan makhluk dalam aspek penanaman jagung adalah Ah Chong,

bukan Pak Haji. Maka, sedang Pak Haji menjadi seorang hamba Allah yang soleh,

Ah Chong pula menjadi penanam jagung yang baik. Oleh sebab itu, Ah Chong

yang akan memperoleh hasil tanaman jagung yang baik.

Walaupun begitu, Ah Chong gagal daripada aspek interaksi spirituil. Hidupnya

kosong dan tiada arah tuju. Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dapat diduga,

seperti

banjir

yang

merosakkan

keseluruhan

tanamannya,

Ah

Chong

berkemungkinan tidak ada sesuatu pegangan yang menyebabkannya rasa perlu

meneruskan hidup.

Manakala Pak Haji pula, perlu memainkan peranan yang lebih holistik jika

benar-benar

mahu

berfungsi

sebagi

kalimah

Allah.

Iaitu

menunaikan

tanggungjawab berinteraksi dengan perkara-perkara di lingkaran luar P.I.E

selain

daripada

meneruskan

interaksi

bersama

al-Khaliq

yang

biasa

diamalkannya. Jika interaksi dengan Allah menuntut Pak haji untuk menelaah al-

12

Quran, maka berinteraksi dengan aspek P.I.E menuntut Pak Haji untuk menelaah

buku agrikultur, sebagai contoh.

13

4. PENUTUP

Pembentangan daripada kertas kerja bertujuan untuk mencadangkan kaedah

pemikiran

holistik

berdasarkan

Model

P.I.E.S

kepada

anggota

masyarakat

keseluruhannya. Seperti yang telah dikupaskan pada bahagian-bahagian sebelum ini,

gejala

kekeliruan

pemikiran

masyarakat

secara

umumnya

telah

mendedahkan

mereka kepada pelbagai bentuk ancaman sosial. Model P.I.E.S bertujuan untuk

menstrukturkan

kembali

pemikiran

masyarakat

menjauhi

ancaman

seperti

sekularisme dan materialisme yang mengelirukan. Model ini berjaya membentuk

pemikiran holistik kerana mengambil kira kesemua elemen yang mempengaruhi

manusia dan digarapkan dengan struktur dan susunan yang betul.

14