Anda di halaman 1dari 11

Sooaaaalll seliddikkkk

5.1.2 Soal selidik Rosinah Edinin (2012), menyatakan soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat dan fakta berkaitan persepi responden berkaitan sesuatu isu yang dibincangkan di dalam kajian. Item-item yang spesifik disusun secara sistematik mengikut suatu aliran pemikiran berdasarkan objektif kajian. Responden hanya perlu menjawab ringkas atau memilih jawapan yang

disediakan. Tempoh masa selama 10 minit telah digunakan oleh responden untuk menjawab borang selidik tersebut.

Saya telah mengedarkan borang soal selidik ini selepas intervensi dilaksanakan bagi melihat sejauh mana keberkesanan intervensi dan maklum balas murid terhadap intervensi tersebut. Suasana yang kondusif amat diperlukan semasa ujian dijalankan supaya para pelajar dapat memberikan tumpuan semasa menjawab soalan. Maka, saya memilih makmal komputer supaya responden berada dalam keadaan berfikir secara kritikal yang memerlukan kepada suasana yang tenteram semasa menjawab soalan.

Sebelum responden menjawab soal selidik tersebut, saya menyampaikan satu taklimat ringkas tentang arahan soalan yang terdapat dalam kertas soalan dan peruntukan masa. Taklimat ringkas ini penting bagi memastikan pelajar dapat menjawab soalan tanpa sebarang kekeliruan. Setelah responden selesai menjawab soalan selidik tersebut, saya mengutip semula hasil responden tersebut bagi tujuan analisis data.

Bagi tujuan analisis data, saya telah menyediakan jadual yang mengandungi item-item yang terdapat dalam soalan selidik tersebut. Data tentang maklum balas responden dalam soalan selidik yang telah dijawab dimasukkan ke dalam jadual. Setelah memasukkan data dalam jadual, saya membuat ulasan naratif berdasarkan data yang terdapat dalam jadual tersebut. Perkara ini memberikan penjelasan yang lebih terperinci terhadap data soal selidik yang telah dikumpul. Kesimpulannya, instrumen-instrumen ini diguna pakai untuk menjawab persoalan kajian yang saya serta menunjukkan perkembangan responden dalam aktiviti yang telah dilakukan sekali gus dapat menunjukkan perubahan peningkatan yang positif setelah intervensi yang telah saya laksanakan.

6.2 Soal Selidik Menerusi soal selidik, data yang telah terkumpul dimasukkan ke dalam jadual 7. Seterusnya data tersebut diproses dalam bentuk peratus bagi memudahkan analisis data. Penerangan disertakan bagi menghuraikan data yang telah dikumpul. Data yang telah saya peroleh melalui hasil borang soal selidik yang telah dijawab oleh responden dimuatkan dalam Jadual 7.

Jadual 7: Analisa Dapatan Soal Selidik Bilangan Murid (orang) Ya Tidak 5 3 7 7 6 1 1 2

PENYATAAN / ITEM 1. Saya berkeyakinan menulis huruf dalam tulisan Jawi dengan betul. 2. Saya tahu terdapat huruf yang boleh disambungkan. 3. Saya tahu terdapat huruf yang tidak boleh disambungkan. 4. Saya boleh menyambung suku kata dalam tulisan Jawi menjadi perkataan. 5. Saya tahu perkataan yang sesuai untuk menulis ayat penyata berdasarkan gambar yang diberi. 6. Saya dapat mengingat ejaan perkataan dalam tulisan Jawi yang betul semasa menulis ayat penyata. 7. Saya sedar jika ejaan saya salah. 8. Saya tahu untuk menyusun perkataan menjadi ayat penyata. 9. Saya sedar jika saya menulis ayat penyata yang tidak tersusun. 10. Penggunaan Photo Thinking membantu saya menulis ayat penyata dengan betul.

6 5

2 3

6 8 4 6

2 0 4 2

Berdasarkan maklum balas yang telah diberikan oleh responden, saya telah memproses data tersebut ke dalam Jadual 7 : Analisa Dapatan Soal Selidik bagi memudahkan analisis data. Data yang dianalisis adalah merujuk kepada jumlah bilangan jawapan Ya atau Tidak yang diberikan oleh responden berdasarkan item selidik yang dikemukakan dalam borang soal selidik.

Di samping itu, bagi memudahkan lagi proses analisis data, saya telah memproses data tersebut ke dalam bentuk graf palang. Rajah 6.2 merupakan graf yang telah dihasilkan. Data

yang dianalisis adalah merujuk kepada peratus bilangan jawapan Ya atau Tidak yang diberikan oleh responden berdasarkan item dalam borang soal selidik.

120

100

80 Ya Tidak 40

60

20

0 S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10

Rajah 8 : Analisis Soal Selidik.

Bagi item pertama adalah berkenaan perasaan responden selepas

aktiviti Photo

Thinking dilaksanakan sama ada mereka berkeyakinan untuk menulis. Berdasarkan jadual, seramai 5 orang responden memberi jawapan Ya manakala 3 orang responden lagi memilih jawapan Tidak. Seramai 62.5 % responden mengakui bahawa Photo Thinking menambah keyakinan mereka dalam menulis huruf dalam tulisan Jawi manakala 37.5 % responden lagi memilih tidak bersetuju. Perkara ini menunjukkan sebahagian besar responden mempunyai keyakinan semasa menulis huruf dalam tulisan Jawi setelah aktiviti Photo Thinking. Photo Thinkingadalah mampu meningkatkan motivasi responden dalam mengikuti aktiviti pembelajaran dengan aktif.

Seterusnya, item kedua adalah berkenaan kepekaan responden bahawa terdapat huruf dalam tulisan Jawi yang boleh disambungkan atau tidak. Seramai 7 orang responden memberi jawapan Ya manakala seorang responden lagi memberikan jawapan Tidak menjadikan 87.5 % responden menyedari wujudnya huruf dalam tulisan Jawi yang bersambung manakala seramai 12.5 % responden lagi tidak menyedari bahawa terdapat huruf yang boleh disambungkan. Peratusan ini menunjukkan, sebahagian besar responden mengakui terdapat huruf dalam tulisan Jawi yang boleh disambungkan. Dapat dirumuskan bahawa sebilangan besar responden peka terhadap pembentukan huruf yang ditulis oleh saya semasa menjalankan intervensi.

Seterusnya, item ketiga adalah berkenaan kepekaan responden tentang huruf- huruf dalam tulisan Jawi yang boleh tidak boleh disambungkan. Adakah mereka sedar bahawa terdapat juga huruf dalam tulisan Jawi tidak boleh disambung? Berdasarkan jadual 6.5, seramai 7 orang responden memberi jawapan Ya manakala 1 orang responden lagi memilih jawapan Tidak dan mengikut peratusannya sebanyak 87.5 % responden menyedari bahawa terdapat juga huruf dalam tulisan Jawi tidak bersambung. Manakala seramai 12.5 % responden lagi tidak menyedari akan hal ini. Item kedua dan ketiga saling berkait untuk melihat kesinambungannya. Maklum balas yang diberikan oleh responden menujukkan mereka menyedari terdapat huruf yang boleh disambungkan dan ada juga huruf yang tidak boleh disambungkan. Analisis hasil dapatan bagi item satu hingga tiga telah menjawab persoalan kajian saya yang pertama iaitu : Bagaimanakah Photo Thinking dapat meningkatkan kemahiran menulis murid dalam menyambungkan huruf-huruf Jawi. Saya mendapati sebahagian besar daripada responden mempunyai motivasi yang tinggi apabila aktiviti Photo Thinking yang dilaksanakan.

Maklum balas responden ini menunjukkan hasil positif murid dalam mengenali dan memahami bahawa huruf-huruf yang ditulis ada yang bersambung dan ada yang tidak.

Seterusnya, item keempat adalah berkenaan kemampuan Photo Thinking untuk membantu responden menyambung suku kata dalam tulisan Jawi menjadi perkataan atau tidak. Seramai 6 orang responden memberi jawapan Ya manakala seramai 2 orang responden lagi memberikan jawapan Tidak. Secara peratusnya, sebanyak 75 % daripada responden mengakui bahawa Photo Thinking membantu responden menyambung suku kata menjadi perkataan. Namun, seramai 25 % o responden lagi tidak bersetuju. Sebahagian besar daripada responden bersetuju Photo Thinking dapat membantu mereka membentuk perkataan dengan mudah.

Bagi item kelima adalah berkenaan maklum balas responden tentang pemilihan perkataan yang sesuai untuk menulis ayat penyata berdasarkan gambar yang diberi. Hal ini bertujuan untuk menjawab persoalan : Adakah Photo Thinking memberi celik akal kepada responden untuk menulis apakah perkataan yang sesuai untuk ditulis berdasarkan gambar yang diberi? Berdasarkan jadual 6.5, seramai 6 orang responden memberi jawapan Ya manakala 2 orang responden lagi memilih jawapan Tidak. Bilangan ini dapat dinisbahkan sebanyak 75 % responden mengetahui perkataan yang sesuai untuk menulis ayat penyata berdasarkan gambar yang diberi manakala 25 % responden lagi tidak. Berdasarkan peratusan ini, majoriti responden setuju bahawa Photo Thinking mampu memberi celik akal kepada mereka untuk memilih perkataan yang ideal untuk menulis ayat penyata setelah melihat gambar yang diberi.

Seterusnya, item keenam adalah berkaitan tentang ingatan responden terhadap ejaan perkataan yang digunakan semasa aktiviti Photo Thinking dapat diaplikasi semasa menulis ayat penyata. Seramai 5 orang responden memberi jawapan Ya manakala seramai 3 orang responden lagi memberikan jawapan Tidak. Melebihi sebahagian responden iaitu, 62.5 % responden berkeupayaan untuk mengingati ejaan perkataan yang digunakan semasa aktiviti Photo Thinking serta dapat diaplikasi semasa menulis ayat penyata manakala seramai 37.5 % responden lagi tidak mampu mengingat ejaan perkataan tersebut. Ini menunjukkan sebahagian besar daripada responden bersetuju bahawa mereka dapat mengingat kembali perkataanperkataan yang telah digunakan semasa intervensi dijalankan. Kemudian mereka mampu menulis semula perkataan-perkataan tersebut untuk menulis ayat penyata.

Item ketujuh pula tentang keprihatinan responden sama ada mereka sedar jika ejaan perkataan yang ditulis adalah salah. Seramai 6 orang responden memberi jawapan Ya manakala seramai 2 orang responden lagi memberikan jawapan Tidak. Hampir keseluruhan responden iaitu 75 % responden peka dengan kesilapan sendiri jika ejaan yang ditulis adalah salah manakala 25 % responden lagi tidak sedar jika kesalahan ejaan berlaku. Ini bermakna sebahagian besar daripada responden yakin jika mereka mengeja perkataan tersebut dengan betul.

Analisis hasil dapatan item empat hingga tujuh pula telah menjawab persoalan kajian saya yang kedua iaitu : Adakah Photo Thinking dapat meningkatkan kemahiran murid menulis perkataan-perkataan dalam tulisan Jawi dengan ejaan yang betul?. Majoriti bersetuju bahawa aktiviti Photo Thinkingdapat membantu dan memudahkan responden menulis perkataan-

perkataan Jawi dengan ejaan yang betul. Selain itu, Photo Thinking juga telah memberi celik akal kepada responden untuk menulis perkataan yang tepat apabila gambar diberikan.

Seterusnya, item kelapan adalah berkenaan kebolehan responden menyusun perkataanperkataan yang telah mereka tulis menjadi ayat penyata yang lengkap. Seramai 8 orang responden memberi jawapan Ya manakala tiada seorang responden memberikan jawapan Tidak. Secara keseluhannya iaitu, 100 % responden berasa mereka berkebolehan menyusun perkataan-perkataan dengan baik supaya menjadi ayat penyata yang sempurna.

Bagi item kesembilan adalah berkenaan maklum balas responden tentang kesedaran mereka sekiranya mereka menulis ayat penyata yang tidak tersusun. Timbul persoalan dalam diri saya : Adakah mereka sedar jika mereka menulis ayat penyata yang tidak tersusun? Berdasarkan jadual 6.5, seramai 4 orang responden memberi jawapan Ya manakala 4 orang responden lagi memilih jawapan Tidak. Jelasnya, hanya 50 % responden memberi jawapan Ya manakala seramai 50 % responden lagi memberikan jawapan Tidak. Ini menunjukkan separuh daripada responden masih tidak pasti jika mereka menulis ayat penyata yang tidak tersusun.

Seterusnya, item yang terakhir iaitu soalan kesepuluh, berkenaan perasaan dan pemikiran mereka terhadap penggunaan Photo Thinking. Saya tertanya-tanya, adakah Photo Thinking ini mampu memudahkan mereka menulis ayat penyata dengan betul? Seramai 6 orang responden memberi jawapan Ya manakala seramai 2 orang responden lagi memberikan jawapan Tidak. Persoalan tersebut terjawab apabila sebanyak 75 % responden mengakui Photo Thinking

mampu memudahkan mereka menulis ayat penyata dengan betul. Namun begitu, terdapat 25 % responden lagi tidak bersetuju.

Analisis hasil dapatan item lapan hingga sepuluh telah menjawab persoalan kajian saya yang ketiga iaitu : Adakah Photo Thinking dapat membantu murid menyusun perkataanperkataan dalam tulisan Jawi menjadi ayat penyata?. Majoriti bersetuju bahawa menggunakan Photo Thinking dapat membantu murid menyusun perkataan menjadi ayat penyata yang sempurna. Kemahiran ini merupakan langkah kemuncak bagi responden untuk membentuk dan menulis ayat penyata yang betul.

Secara keseluruhannya, maklum balas soal selidik ini menunjukkan persepsi responden terhadap intervensi Photo Thinking adalah baik dan positif. Ketiga-tiga persoalan kajian saya juga terjawab apabila majoriti daripada responden tahu menyambung huruf-huruf Jawi untuk membentuk perkataan dan menyusun perkataaan-perkataan tersebut menjadi ayat penyata menggunakan Photo Thinking.

Pemerolehan markah ujian responden dalam ujian pra dan ujian pasca telah menunjukkan dengan jelas bahawa murid telah mencapai peningkatan yang memuaskan. Kelapan-lapan responden telah mencapai peningkatan dalam ujian pasca berbanding dengan markah yang diperolehi dalam ujian pra. Jika dalam ujian pra terdapat responden yang gagal tetapi dalam ujian pasca semua responden lulus. Malah, peratus pencapaian setiap gred juga meningkat. Melalui ujian ini juga saya dapat melihat perubahan dan perkembangan positif responden terhadap peningkatan kemahiran menulis secara jelas.

Peningkatan kemahiran menulis yang ditunjukkan responden adalah selari dengan aspekaspek yang terdapat pada objektif kajian saya iaitu kemahiran menyambungkan huruf-huruf Jawi, menulis perkataan-perkataan dalam tulisan Jawi dan menyusun perkataan-perkataan dalam tulisan Jawi menjadi ayat penyata yang sempurna menggunakanPhoto Thinking. Ini telah membuktikan kaedah Photo Thinking telah mendatangkan banyak kebaikan dan kekuatan dalam pengajaran saya.

Selain itu, persepsi responden terhadap intervensi ini juga baik dan memuaskan apabila soal selidik yang dijalankan telah menjawab ketiga-tiga persoalan kajian saya melalui sepuluh item yang diberikan. Sepuluh item tersebut telah dibahagikan kepada tiga bahagian bersesuaian dengan objektif kajian saya. Merujuk hasil analisis item satu hingga tiga, saya mendapati sebahagian besar daripada responden menyukai dan berminat dengan aktiviti Photo Thinking yang dilaksanakan. Analisis hasil dapatan ini menunjukkan maklum balas adalah positif serta

mencapai objektif kajian saya yang pertama iaitu untuk meningkatkan kemahiran murid menulis dan menyambungkan huruf Jawi dengan betul menggunakan Photo Thinking.

Majoriti bersetuju bahawa aktiviti Photo Thinkingdapat membantu responden menulis perkataan-perkataan Jawi dengan ejaan yang betul berdasarkan maklum balas responden terhadap item empat hingga tujuh. Analisis hasil dapatan ini menunjukkan maklum balas positif serta mencapai objektif kedua apabila Photo Thinking dapat membantu dan responden untuk menulis perkataan dalam tulisan Jawi dengan betul.

Bagi item lapan hingga sepuluh, majoriti daripada responden bersetuju bahawa menggunakan Photo Thinking dapat membantu murid menyusun perkataan menjadi ayat penyata yang sempurna. Analisis hasil dapatan ini menunjukkan maklum balas sangat baik serta mencapai objektif kajian saya yang terakhir yang merupkan objektif utama kajian ini. Secara keseluruhannya ketiga-tiga objektif kajian saya tercapai seperti yang saya harapkan dan mendapat reaksi yang baik daripada responden berkaitan isu-isu yang dibincangkan dalam kajian..

Anda mungkin juga menyukai