Anda di halaman 1dari 36

1.

Pengenalan Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan

manusia. Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan, mendapatkan informasi, menambahkan ilmu pengetahuan,

memahami orang lain dan sebagainya (Raminah Hj. Sabran, 1993). Pembelajaran bahasa secara formalnya berlaku di sekolah. Oleh itu, guru-guru bahasa Melayu perlu memainkan peranan yang utama bagi memastikan murid-murid di sekolah dapat mempelajari bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya. Kepentingan terhadap penguasaan bahasa lebih ketara dalam bidang pendidikan kerana bahasa menjadi medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan murid. Hal ini jelas dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia (Melayu) sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Banyak aktiviti dan kemahiran yang menekankan aspek-aspek kemahiran bahasa dalam sukatan pelajaran. Perkara ini diberi tumpuan utama bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran bahasa Melayu iaitu membolehkan murid-murid mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Sharbi Ali, 2005) dengan jelas menyenaraikan matlamat dan objektif mata pelajaran Bahasa Melayu. Matlamat yang hendak dicapai dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan murid yang berketerampilan dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMSR) [Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), 2001] telah menjelaskan objektif pengajaran bahasa Melayu adalah untuk membolehkan kanak-kanak bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan. Oleh itu, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah menyediakan dokumen sebagai garis panduan kurikulum untuk semua sekolah dibawah KPM. Tugasan ini akan dimuatkan dengan perkara-perkara penting yang terdapat dalam sukatan pelajaran BMSR.

RUKUN NEGARA

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Nota: Malaysia mendukung cita-cita berdasarkan Rukun Negara untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;melihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Merupakan usaha berterusan memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.

Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani.

Berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, beertanggangjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

Memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Nota: Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai kemahiran menyeluruh agar berkualiti dan berkeupayaan mengendali dan membangunkan nagara tanpa mengenepikan sahsiah dan keagamaan.

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah bertujuan untuk:

Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.

Menyediakan murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara betul dan tepat.

Mampu mengungkapkan bidang ilmu daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran.

Mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Nota: Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu merupakan perincian kepada kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dan berfungsi sebagai panduan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran mengandungi matlamat, objektif, Organisasi Kurikulum, Penerangan tentang Huraian Sukatan Pelajaran. Organisasi kurikulum merangkumi Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa dan Pengisian Kurikulum.

MATLAMAT HURAIAN SUKATAN


Melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi

Perhubungan sosial

Memenuhi keperluan diri

Urusan harian

MATLAMAT

Memperoleh ilmu

Nota: Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar murid mempunyai kemahiran dan kebolehan yang lengkap bagi mempersiapkan diri menempuh cabaran serta dugaan pada masa hadapan.

Pada akhir sekolah rendah murid dapat:

OBJEKTIF MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

i) mendengar dan memahami pengucapan dengan teliti serta menghayatinya dalam konteks perbualan harian dan situasi formal.

viii) menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, ejaan, kosa kata serta sebutan dan intonasi yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

ix) menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya bukan sastera.

ii) bertutur dengan petah menggunakan intonasi dan sebutan yang betul dalam pelbagai situasi.

vii) mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan dengan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai.

x) menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik dan kewarganegaraan.

iii) memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan.

vi) memperkembang imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis.

iv) membaca bahan sastera dan bahan bukan sastera dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis.

v) berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara.

ORGANISASI KURIKULUM

Kemahiran Bahasa

Pengisian Kurikulum

ORGANISASI KURIKULUM

Hasil Pembelajaran

Sistem Bahasa

Nota: Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu meliputi Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa dan Pengisian Kurikulum.

2.0

Kemahiran Bahasa

Kemahiran bahasa merupakan isu yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah sejak dahulu lagi. Siti Hajar (2008:111) berpendapat bahawa terdapat sebilangan murid yang masih tidak menguasai kemahiran bahasa. Beliau juga mengatakan bahawa satu faktor menyebabkan kelemahan tersebut berlaku adalah kerana pelajar tidak mendapat peluang mendirikan asas berbahasa yang kukuh sewaktu di sekolah. Bebanan tugas guru yang sangat banyak di sekolah mungkin juga memberikan kesan dan mempengaruhi prestasi berbahasa murid. Masalah kurangnya mengusai bahasa dalam kalangan murid ini haruslah diatasi sebaiknya dengan cara yang betul. Oleh itu, setiap murid akan diajarkan beberapa jenis kemahiran bahasa dalam aktiviti pembelajaran mereka.

KEMAHIRAN BAHASA

KEMAHIRAN MENDENGAR
Merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat memberi maklum balas.

KEMAHIRAN BERTUTUR
Merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan.

KEMAHIRAN MEMBACA
Merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan sebagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan.

KEMAHIRAN MENULIS
Merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas.

HASIL PEMBELAJARAN
-Dibina dengan menyepadukan kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisiam kurikulum. -Dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan.

-Pendekatan yang berfokus pada gaya pembelajaran yang pelbagai dapat membantu murid mencapai hasil pembelajaran.

-Membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.

Nota: Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang set kemahiran yang perlu dicapai oleh murid.

SISTEM BAHASA
Tatabahasa Peribahasa Sistem Ejaan

SISTEM BAHASA
Kosa Kata Sebutan dan Intonasi

Nota: Pelaksanaan sistem bahasa dalam pendidikan Bahasa Melayu membolehkan murid menggunakan dan mengamalkan Bahasa Melayu baku.

TATABAHASA

MORFORLOGI

SINTAKSIS Merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata. Struktur kata yang merujuk kepada pola suku kata bagi: a) kata asli Bahasa Melayu. b) kata pinjaman Bahasa Melayu. Bentuk kata terdiri daripada: a) kata tunggal b) kata terbitan c) kata majmuk d) kata ganda Struktur kata yang merujuk kepada pola suku kata bagi: a) kata asli Bahasa Melayu. b) kata pinjaman Bahasa Melayu. Golongan kata terdiri daripada: a) kata nama b) kata kerja c) kata adjektif d) kata tugas

Merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat.

Aspek sintaksis yang diberi tumpuan ialah: i) Unsur utama ayat yang terdiri daripada kata, frasa, klausa dan pembinaannya serta pembahagian subjek dan prediket. ii) Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. iii) Ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif. iv) Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang . v) Binaan ayat (ayat tunggal /ayat dasar/ ayat terbitan atau majmuk) vi) Proses penerbitan ayat: -konsep ayat terbitan. -proses pengguguran. -proses penyusunan semula. -proses peluasan. vii) Aspek tanda baca.

SISTEM EJAAN
1 2 3
Pola keselarasan huruf vokal.

Ejaan kata pinjaman.

Ejaan kata dasar dan kata terbitan.

SEBUTAN DAN INTONASI

i) SEBUTAN
Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut kata dengan betul. Sebutan Bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku.

ii) INTONASI
Intonasi ayat Bahasa Melayu hendaklah diajarkan mengikut pola ayat yang berikut:
-ayat penyata. -ayat tanya -ayat perintah -ayat seruan -ayat terbalik atau songsang -ayat aktif -ayat pasif

Nota: Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul serta memahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang dipupuk ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya murid dapat menyampaikan maksud dengan tepat. Pola intonasi bagi ayat yang panjang juga perlu diajarkan agar murid dapat menyampaikan maksud dengan jelas.

KOSA KATA
-Terdiri daripada kosa kata umum dan istilah.

PERIBAHAS A -Merangkumi simpulan

bahasa, perumpamaan, pepetah, bidalan, perbilangan dan kata hikmat .

-Penguasaan kosa kata di peringkat sekolah rendah perlu dikukuhkan, ditingkatkan dan dikembangkanselaras dengan pertambahan ilmu dalam mata pelajaran peringkat sekolah rendah.

-Pemilihan peribahasa hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian dan nilai murni masyarakat Malaysia.

-Peribahasa hendaklah diajarkan dalam konteks.

Nota: Buku-buku peribahasa Bahasa Melayu boleh dijadikan sumber rujukan.

PENGISIAN KURIKULU M

ILMU

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

PENGISIAN KURIKULUM

NILAI MURNI

PERATURAN SOSIOBUDAYA

KEWARGANEGARAAN

Nota: Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang mencantumkan teras utama dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Di samping itu, nilai murni serta patriotisme dan kewarganegaraan diberi penekanan selaras dengan matlamat negara untuk membangunkan masyarakat madani.

PENGISIAN KURIKULUM

ILMU
Merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin, yang boleh digunakan untuk memperkembang ilmu bahasa dankemahiran bahasa. Termasuk perkara semasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

NILAI MURNI
Bertujuan melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. Harus dipupuk sama ada secara langsung atau tidak langsung.

KEWARGANEGARAAN
Penyerapan unsur patriotisme dan kewarganegaraan dalam pendidikan Bahasa Melayu mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air. Bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen terhadap bangsa dan negara.

PERATURAN SOSIOBUDAYA
Meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa. Mencerminkan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia.

Nota: Semua elemen ini diserapkan dalam konteks bagi kemahiran bahasa yang terdapat dalam Hasil Pembelajaran.

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

KEMAHIRAN BERFIKIR
PEMBELAJARAN KONSTEKTUAL

KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

PEMBELAJARAN KONSTRAKTIVISME

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

KEMAHIRAN BELAJAR CARA BELAJAR

KECERDASAN PELBAGAI

KAJIAN MASA DEPAN

Nota: Kemahiran Bernilai Tambah ialah kemahiran yang diajarkan dalam bilik darjah dan dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan dalam scenario dunia yang global.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDEKATAN BERPUSATKAN MURID


murid boleh berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Murid dapat membina keyakinan berbahasa. Selari dengan pembelajaran masteri di mana murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka sendiri.

KEPELBAGAIAN TEKNIK
Penggunaan pelbagai kaedah mengajar digalakkan. Guru boleh memilih pendekatan, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkessanan pengajaran bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu dan teknologi yang dapat merangsang murid.

KEPELBAGAIAN SUMBER BAHAN


Penggunaan pusat sumber dan komputer sangatlah digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bahan-bahan seperti akhbar, buku, majalah, bahan rujukan, kamus, bahan daripada internet, perisian kursus, serta bahan sastera dan bukan sastera hendaklah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dan untuk bacaan luas.

PENGGUNAAN TATABAHASA YANG TEPAT


Pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah menekankan penggunaan tatabahasa yang tepat. Guru perlu merancang dan memilih aspek tatabahasa yang hendak diajarkan berserta contoh penggunaannya dalam pelbagai konteks dan kegiatan bahasa yang bermakna sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERTEMA


Amat digalakkan dalam pengajaran bahasa. Melalui pengajaran dan pembelajaran bertema, kemahiran bahasa, pembelajaran tatabahasa dan pengembangan kosa kata dapat disepadukan dan dikukuhkan. Ilmu daripada mata pelajaran dan disiplin lain lebih mudah diserapkan. Guru perlu merancang dan menentukan tema bagi pengajaran yang meliputi bidang ilmu, hal persendirian dan kemasyarakatan serta isu semasa.

BACAAN LUAS
Memberi peluang kepada murid untuk menimba ilmu pengetahuan dan membentuk sahsiah yang baik bagi meningkatkan daya fikir dan minat ingin terus membaca. Menggunakan bahan ilmiah dan bahan sastera. Boleh dilaksanakan secara serapan.

PENGGABUNGJALINAN
Proses penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Berlaku antara hasil pembelajaran serta antara kemahiran bahasa dengan tatabahasa, kosa kata dan peribahasa. Kemahiran bahasa boleh digabungkan sekurangkurangnya antara dua kemahiran. Tatabahasa boleh digabungkan secara terancang. Kosa kata dan peribahasa yang hendak diajarkan harus digabungkan secara terancang dengan semua aktiviti kemahiran bahasa.

PENYERAPAN
Proses menyerap pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Menyerap pelbagai bidang ilmu serta pelbagai tema. Menyerap semangat kewarganegaraan dan nilai murni yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan kemahiran bahasa.

PENILAIAN
Sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Melalui penilaian yang berterusan, guru dapat memastikan tindakan susulan yang perlu diambil terhadap murid.

PEMULIHAN
Untuk membantu murid menguasai hasil pembelajaran yang belum dicapai. Dilaksanakan mengikut kadar kemampuan murid.

PENGAYAAN
Perlu diberi penekanan kerana murid berbeza tahap kebolehan, keupayaan, bakat dan minat. Murid yang menguasai hasil pembelajaran lebih awal atau dalam jangka masa yang ditetapkan diberi aktiviti atau tugasan yang lebih mencabar. Dilaksanakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru.

Nota: Stretegi Pengajaran dan Pembelajaran amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar murid dapat menguasai kemahiran yang diajar dengan berkesan dan semaksimum mungkin.

KEMAHIRAN BERFIKIR
menentukan urutan mencirikan membuat infrens mengenal pasti sebab akibat meramalkan mensi ntesiskan mengintlak menga nalogik an membuat kesimpulan menginterpret asikan mentafsirkan mengenal pasti idea utama dan idea sokongan menilai menjan akan idea. mereka cipta merumuskan meringkaskan

mengelaskan, mengumpulkan, mengkatagorikan.

mengenal pasti kenyataan benar atau palsu. membezakan fakta dengan pendapat. menganalisis mengesan kecondongan pendapat

membuat keputusan
menyelesaik an masalah.

menghubungkaitkan membandingkan dan membezakan menyusun atur

Nota: Kemahiran berfikir hendakalah diserapkan secara terancang dengan kemahiran bahasa . Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu memberikan penekanan kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Untuk membolehkan kemahiran berfikir dikuasai oleh murid, alat berfikir seperti penyusun grafik, soalan (bertumpu, bercapah dan lingkaran soalan) serta peta minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

KEMAHIRAN
BERNILAI TAMBAH

PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME

APAKAH KONSTRUKTIVISME?

Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain. (McBrien & Brandt, 1997) Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasinya kepada situasi baru dan mengintegresikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud. (Briner, M, 1999) Dalam teori konstruktivisme, penekanan diberikan kepada murid lebih daripada guru. Ini adalah kerana muridlah yang yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, murid membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. (Sushkin, N, 1999)

KONSTRUKTIVISME

Konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada individu yang lain. Setiap insan membentuk pengetehuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih. (Nik Aziz Nik Pa,1999)

PENGERTIAN KONSTRUKTIVISME

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

Nota: Berdasarkan kepada pandangan-pandangan beberapa individu, maka pengertian pembelajaran secara konstruktivisme telah dirumuskan seperti di atas.

GAMBARAN PENGERTIAN KONSTRUKTIVISME

Maklumat

Pengetahua n

KONSTRUKTIVISME

Idea Kemahiran

Konsep

Nota: 1) Pengetahuan yang diterima. 2) Pengetahuan sedia ada. 3) Pengetahuan baru yang telah dibina.

IMPLIKASI DARIPADA PENGERTIAN KONSTRUKTIVISME

Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.

Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah.

IMPLIASI DARIPADA PENGERTIAN KONSTRUKTIVISME

Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif.

Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.

Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut.

KEMAHIRAN BAHASA DALAM HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
2.0 Kemahiran Bahasa

Kemahiran bahasa merupakan isu yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah sejak dahulu lagi. Siti Hajar (2008:111) berpendapat bahawa terdapat sebilangan murid yang masih tidak menguasai kemahiran bahasa. Beliau juga mengatakan bahawa satu faktor menyebabkan kelemahan tersebut berlaku adalah kerana pelajar tidak mendapat peluang mendirikan asas berbahasa yang kukuh sewaktu di sekolah. Bebanan tugas guru yang sangat banyak di sekolah mungkin juga memberikan kesan dan mempengaruhi prestasi berbahasa murid. Masalah kurangnya mengusai bahasa dalam kalangan murid ini haruslah diatasi sebaiknya dengan cara yang betul. Oleh itu, setiap murid akan diajarkan beberapa jenis kemahiran bahasa dalam aktiviti pembelajaran mereka.

2.1 Jenis Kemahiran Bahasa

2.1.1 Kemahiran Lisan atau bertutur 2.1.2 Kemahiran Mendengar 2.1.3 Kemahiran Membaca 2.1.4 Kemahiran Menulis

Kemahiran Mendengar Keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami, dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat memberikan maklum balas. Mendengar bukan merupakan satu mata pelajaran khas seperti pelajaran membaca dan menulis. Namun demikian, mendengar memainkan peranan penting dalam pembelajaran di sekolah. Kemahiran mendengar yang lemah boleh mengakibatkan salah faham dan impak negatif yang lain.

Kemahiran Bertutur Bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi bahasa yang bermakna. Keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan tatabahasa yang sesuai dan betul.

Kemahiran Membaca Keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan diberi pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Murid berupaya menghayati teks yang dibaca.

Kemahiran Menulis Keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid digalakkan menggugunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan

berunsurkan pengetahuan dan penulisan maginatif.

Berdasarkan kepada hasil kajian pembelajaran yang terdapat didalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR,saya memilih kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar untuk di analisis.

Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur atau lisan merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap orang. Menurut Siti Hajar (2008:112), kemahiran lisan perlu dikuasai terlebih dahulu sebelum mereka menguasai kemahiran bahasa yang lain. Pada kebiasaannya, kanak-kanak yang dapat menguasai kemahiran lisan dengan baik akan dapat menguasai kemahiran yang lain juga. Kemahiran lisan meliputi dua aspek iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. Untuk menguasai kemahiran lisan, murid perlu dilatih untuk menggunakannya secara kerap dan diajar secara terancang. Bagi mereka yang tidak dapat menguasai kemahiran lisan dengan baik akan mendatangkan masalah kepada dirinya, iaitu dia tidak dapat memahami pertuturan orang lain dan tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Kemahiran lisan ini berkait rapat dengan kemahiran mendengar dimana kedua-dua kemahiran ini perlu digunakan secara serentak.

Berdasarkan Kemahiran bertutur atau Lisan : Ketika guru menjalankan Kemahiran bertutur atau lisan ini, aspek penting yang perlu diambil kira oleh guru termasuklah aspek sosiobudaya dan tatasusila. ini bertujuan untuk menjamin kesejahteraan hubungan dikalangan murid,guru dan masyarakat. Kemahiran ini dapat dilakukan ketika berada dirumah,disekolah,dan ketika berada bermasa masyarakat. Kemahiran bertutur juga merupakan kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara), jeda serta helaan yang betul.Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan suprapenggalan ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsurunsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna. Mengenal pasti intonasi

yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi mencapai kefasihan bertutur,murid mesti digalakan melakukan aktiviti bertutur atau bercakap dengan menggunakan intunasi dan gaya bahasa yang betul. Selain daripada itu,murid juga digalakan untuk bersoal jawab dengan rakan,ahli keluarga dan masyarakat setempat. Hal ini dapat meningkatkan keyakinan dan kemahiran bertutur murid tersebut. Selain daripada itu,murid juga boleh

menggunakan kaedah gabungjalin dengan mata pelajaran muzik iaitu menyanyi lagu-lagu kegemaran mereka. Dengan ini,murid dapat belajar menyebut perkataan dengan betul dan juga dapat mengetahui intonasi yang betul. Guru dapat menguji akan tahap penguasaan kemahiran bertutur murid dengan meminta murid melakukan aktiviti bercerita,berpidato,syarahan,pantun, mendeklamasi sajak dan puisi.

Contoh aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru: a) Bersoal jawab mengenai isu yang berkait rapat dengan diri murid. b) Berkomunikasi dengan rakan sebaya,ahli keluarga dan masyarakat. c) Menyanyi dan berpuisi. d) Mengadakan perbincangan tentang isu.

Kemahiran Mendengar Kemahiran mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami, dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat memberikan maklum balas. Mendengar bukan merupakan satu mata pelajaran khas seperti pelajaran membaca dan menulis. Namun demikian, mendengar memainkan peranan penting dalam pembelajaran di sekolah. Kemahiran mendengar yang lemah boleh mengakibatkan salah faham dan impak negatif yang lain Kemahiran mendengar merupakan salah satu aspek dalam kemahiran komunikasi dan juga merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting yang dilakukan di peringkat kanak-kanak dan dewasa. Mengikut Thomas Gordon (1970), pendengaran yang baik merupakan kemahiran berkomunikasi yang boleh menolong orang lain menyelesaikan masalahnya.Barker (1971) telah menjalankan satu kajian terhadap kemahiran pendengaran. Hasil daripada kajian itu, beliau merumuskan, dalam keadaan manusia itu sedar, 45%digunakan untuk mendengar, 30% bercakap, 16% membaca dan 9% menulis. Ini menunjukkan proses pendengaran berperanan penting dalam komunikasi. Seseorang pelajar yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan dapat memahami maksud serta boleh mentafsir apa sahaja yang didengar itu dengan tepat. Kemahiran ini juga dimulakan pada peringkat awal pengajaran bahasa yang bertujuan untuk memungkinkan pelajar fasih bercakap dalam bahasa yang dipelajari itu. Menurut ILA (1996), kemahiran mendengar merupakan satu proses menerima atau memahami makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan percakapan untuk mendengar sesuatu yang melibatkan proses minda atau pemikiran. Menurutnya lagi, terdapat dua cara komunikasi yang berkesan iaitu, bergantung kepada percakapan dan pendengaran. Menurut Yahya Othman dalam buku Pedagogi Bahasa pula menyatakan bahawa mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif terutama semasa belajar di sekolah rendah dan menengah seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Aktiviti mendengar penting untuk dikuasai kerana penggunaannya begitu meluas dalam kehidupan seharian.

Sehubungan itu, dianggarkan lebih kurang 60 peratus daripada masa yang digunakan adalah bagi tujuan mendengar. Keupayaan mendengar yang berkesan perlu ditekankan supaya pelajar dapat menguasai semua mata pelajaran ketika di dalam kelas. Pada peringkat yang lebih tinggi, pelajar mendengar pada jangka masa yang lama sebelum mencuba untuk bertutur. Kemahiran mendengar juga memberikan peluang kepada pelajar mendapatkan makna bagi mesej yang didengar bagi bahasa itu. Hal ini juga dapat membantu pelajar memperbaiki kemampuan dari segi penggunaan bahasa dengan lebih baik lagi. Sekirannya pelajar tidak menguasai kemahiran mendengar ini dengan baik, maka mereka tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian dan tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru semasa pengajaran di dalam kelas. Pendengaran (listening) merupakan suatu kemahiran yang asas dan utama dalam proses komunikasi. Tetapi, aktiviti ini diabaikan dan tidak diberikan perhatian yang serius oleh kebanyakan orang. Menurut Markgraf (1957) yang dipetik oleh Koh Boh Boon dalam bukunya iaitu Perspektif-perspektif Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia menyatakan , kajian terhadap murid-murid sekolah tinggi pula menunjukkan bahawa pelajar ini telah menggunakan 46% daripada masa mereka di sekolah untuk mendengar sahaja dan 60% daripada aktiviti pendengaran itu adalah untuk mendengar percakapan guru. Seterusnya, terdapat beberapa kaji selidik yang dijalankan yang berkaitan tentang kepentingan kemahiran mendengar yang diajar di luar dan dalam bilik darjah. Kesimpulannya, kemahiran mendengar ini merupakan sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia. Mendengar adalah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar. Guru-guru menyatakan proses mendengar merupakan proses paling utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Kemahiran mendengar juga merupakan kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku di peringkat penerimaan. Seseorang pelajar yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh guru atau pelajar lain dan dapat pula memahami maksud serta boleh menginterpretasi apa yang didengar. Kemahiran mendengar ini perlu diterapkan diperingkat awal pengajaran

bahasa dan ianya bertujuan untuk pelajar fasih bertutur dalam bahasa yang dipelajari.

Definisi Kemahiran Mendengar Terdapat perbezaan antara listening dan hearing. Kedua -dua perkataan bahasa Inggeris tersebut mempunyai maksud yang sama dalam bahasa Melayu. Namun sebenarnya hearing adalah mendengar yang bersifat fizik, bermaksud ada suara yang didengari oleh telinga kita, namun tidak diperhalusi oleh fikiran kita, jadi apa-apa yang didengari oleh kita bersifat angin lalu, iaitu tidak berkesan. Listening pula melibatkan usaha-usaha aktif dari fikiran kita dan perhatian penuh atas apa yang kita dengar melalui telinga kita. Dengan demikian mendengar yang efektif adalah seperti listening dalam Bahasa Inggeris yang merupakan sebuah proses serius yang tidak boleh dilakukan hanya dengan mengandalikan kebiasaan, refleks atau perasaan. Mendengar yang efektif adalah upaya untuk menghubungkan titik-titik yang kadangkala menyatakan nasihat yang tersembunyi yang perlu kita tahu. Sayangnya kita kurang memberi perhatian tentang pentingnya mendengar secara efektif, sehingga seringkali menyebabkan kesilapan dalam komunikasi, salah menerima maklumat atau tindak balas dari pendengar yang tidak diharapkan. Salah satu penelitian menunjukkan rata-rata orang menghabiskan satu pertiga daripada waktunya dalam organisasi untuk mendengar. Sehingga jika kita memiliki kecekapan mendengar yang baik, waktu yang kita habiskan untuk mendengar akan lebih bermakna. Kemahiran mendengar adalah satu proses yang melibatkan dua peringkat kemahiran. Peringkat pertama ialah menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahsa yang hampir sama seperti b dan p yang mewakili badang dan padang., d dan t yang mewakili datang dan tatang. Peringkat kedua pula ialah memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat. Pemahaman tentang bunyi bahasa itu bergantung kepada pengetahuan, pengalaman budaya dan sikap pendengar itu. Untuk memahami bunyi bahasa, seseorang itu perlu mempunyai unsur-unsur kefahaman seperti pengetahuan sedia ada pada pendengar, seperti fakta dan budaya bahasa yang didengar serta bagaimana bahasa digunakan. Sejurus itu

adalah pengetahuan tentang situasi berlakunya pertuturan yang didengar dan pengetahuan tentang sistem bahasa. Apabila ketiga-tiga unsur ini ada, maka seseorang itu akan memahami unsur bahasa yang didengar dengan lebih senang. Proses mendengar adalah suatu aktiviti yang aktif. Si pendengar mesti mengenal pasti dan mengetahui makna bunyi bahasa. Selain itu pendengar juga memilih dan menyimpan apa yan difahami dalam ingatannya. Ini menunjukkan mendengar adalah suatu proses yang aktif kerana berlaku tindak balas selepas mendengar. Implikasi kurangnya perhatian pada kecakapan mendengar secara efektif adalah fakta bahawa menjadi pembicara yang efektif sudah seringkali kita dengar, namun latihan untuk mendengar yang efektif rasanya jarang kita temui. Padahal kecekapan mendengar sangatlah penting. Orang bijak mengatakan kita dikurniakan oleh Tuhan dengan dua telinga untuk lebih banyak mendengar dan hanya satu mulut untuk lebih sedikit berbicara.

Tanda-Tanda Pendengar Yang Kurang Baik Dalam kemahiran mendengar, terdapat beberapa jenis bentuk kemahiran yang boleh diguna pakai. salah satu darinya adalah bentuk kemahiran mendengar secara pasif. bentuk kemahiran mendengar secara pasif merupakan peringkat kemahiran mendengar yang paling rendah. Pada peringkat ini si pendengar biasanya tidak berupaya menangkap makna keseluruhan ujaran yang dilafazkan dalam sesuatu pertuturan atau percakapan yang didengarnya. Si pendengar juga jarang-jarang dapat memahami dan mengingati serta menyebutkan semula perkaraperkara yang didengar itu. Banyak perkara yang boleh mendorong pelajar mendengar secara pasif. Antaranya ialah, mungkin kerana bahan yang

diperdengarkan itu tidak menarik minat mereka atau kerana bahan itu terlalu sukar untuk difahami dan tidak bermakna kepada mereka.Untuk memastikan proses komunikasi berjalan lancar dan berkesan di dalam bilik darjah, seharusnya seseorang guru dapat mengenal pasti tanda-tanda tertentu yang terdapat pada seseorang pelajar yang dikelaskan sebagai seorang pendengar yang kurang baik iaitu:--kelihatan mengantuk atau tertidur. Rasa mengantuk atau tertidur yang pastinya menjejaskan tumpuan dan perhatian ketika proses pembelajaran, mendengar ceramah atau mendengar penerangan guru. Ini mungkin disebabkan

oleh penglihatan pelajar terhadap guru tidak jelas dan terhalang. Ini seharusnya diselesaikan kerana pertembungan empat mata adalah penting kerana hal itu merupakan satu bentuk komunikasi yang dapat menarik perhatian pelajar terhadap penyampaian guru.

Tiada Maklum Balas: Pelajar tidak menunjukkan sebarang maklumbalas seperti anggukan kepala, senyuman atau perubahan rawakan air muka dan sebagainya sebagai menunjukkan pelajar itu faham, bersetuju atau sebaliknya. Guru dapat menilai keadaan ini berlaku sekiranya murid tidak mendengar dengan baik.

Contoh aktiviti yang dapat dilakukan oleh guru: a) Menceritakan semula apa yang didengari b) Cuba untuk mengajuk bunyi yang telah diperdengarkan c) Bersoal jawab tentang apa yang telah diperdengarkan