Matematik
Tarikh : 24 Ogos 2013 Masa : 60 minit Kelas : 3 Cekal Bilangan murid : 20 orang Mata pelajaran : Matematik Tajuk : Masa dan Waktu Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk: 10.1 Menyatakan waktu dalam jam dan minit
FASA/MASA
Set Induksi (5 minit)
CADANGAN AKTIVITI
1. Guru memainkan video Bangun Pagi kepada murid. 2. Murid diminta untuk menyanyikan lagu Bangun Pagi bersama dengan video lagu. 3. Murid diminta untuk menyanyi lagu Bangun Pagi untuk kali kedua dan sambil beryanyi, murid diminta untuk membuat pergerakkan seperti yang ditunjukkan dalam video atau guru.
CATATAN
Lirik lagu : Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, pakai baju, makan roti, minum susu, Pergi sekolah, senang hati ABM: Video Bangun Pagi
FASA/MASA
Langkah 1 (20 minit)
CADANGAN AKTIVITI
1. Guru menunjukkan model jam kepada murid. 2. Murid memberitahu apa yang terdapat pada muka jam - Jarum minit - Jarum jam 3. Guru memperkenalkan jarum jam dan jarum minit Jarum Minit Jarum Jam
CATATAN
Kaedah demonstrasi: Jarum pendek : Jarum jam Jarum panjang : Jarum minit Setiap senggat = 5 minit
1 jam = 60 minit
ABM:
Model Jam
FASA/MASA
CADANGAN AKTIVITI
4. Guru menunjukkan cara membaca jam dengan menggunakan model jam. 5. Murid menyebut waktu dalam jam.
CATATAN
FASA/MASA
Langkah 2 (15 minit)
CADANGAN AKTIVITI
1. Guru memanggil murid untuk menulis waktu pada papan putih selepas melihat jam yang ditunjukkan oleh guru. a. Menulis waktu dalam jam Pukul enam 6:00 b. Menulis waktu dalam setengah jam. ABM:
CATATAN
Model Jam
FASA/MASA
Langkah 3 (20 minit)
CADANGAN AKTIVITI
1. Guru edarkan lembaran kerja kepada setiap murid. 2. Murid diminta untuk melukis jam yang tersendiri dan dikehendaki untuk melukis waktu yang diarahkan oleh guru. 3. Murid diminta untuk mempersembahkan jam lukisan mereka di hadapan kelas. 4. Guru membincangkan hasil kerja murid. ABM:
CATATAN
Lembaran kerja
FASA/MASA
Penutup
CADANGAN AKTIVITI
1. Murid diminta untuk menunjukkan jam waktu dengan menggunakan kedua-dua belah tangan mereka.
CATATAN