Anda di halaman 1dari 6

Kajian Masa Depan Strategi pengajaran untuk memikirkan tentang masa depan secara berkaedah, bermakna dan bertanggungjawab.

Rasional Pembelajaran Kajian Masa Depan

a) Membina generasi masa depan Memberi kesedaran dan merangsang murid berfikir tentang isu, masalah dan peluang yang bakal dihadapi. Ini akan membolehkan mereka memandang masa depan dengan yakin dan optimis serta mengambil bahagian dalam merancang masa depan mereka. b) Menghasilkan tenaga manusia yang berfikir Sistem pendidikan menghasilkan tenaga manusia yang berfikir untuk menggambarkan serta menjangkakan masalah yang bakal timbul. c) Menjangka masalah dan membuat pilihan yang baik. Murid mencari alternatif dan pilihan ke arah masa depan yang lebih baik. d) Membuat anjakan paradigm Pelajar membawa anjakan paradigm terhadap budaya belajar yang berasaskan pengetahuan dan ingatan semata - mata kepada budaya berfikir.

i. Kemahiran asas kajian masa depan Kemahiran asas yang perlu dibina adalah :

Membuat ramalan tentang trend dan perubahan yang akan berlaku berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang sedia ada. Menjangka kesan atau akibat sesuatu fenomena, trend atau perubahan masa depan. Menggunakan sumber manusia dan sumber lain bagi mengawal, menangani serta mengendalikan perubahan serta mendapat manfaat yang maksimum.

ii. Kemahiran khusus

9 kemahiran khusus : Pemahaman konsep Pengumpulan maklumat dan analisis trend Ramalan dan analisis Penggunaan imaginasi dan kreativiti Strategi mengatasi kebimbangan Proses inovasi sosial Pembinaan senario Penjelasan nilai dan masa depan

Matriks Pembelajaran Kajian Masa Depan

1) Konsep utama

Guru memilih konsep Kajian Masa Depan yang ada kaitan

dengan mata pelajaran. Contoh: alternatif dan pilihan; masa lalu;kini dan depan.

2) Kemahiran khusus

Teknik dan cara pengajaran Kajian Masa Depan yang

digunakan sebagai aktiviti dalam perkembangan pelajaran. Contoh: pemahaman Konsep Masa Depan, pengumpulan maklumat dan analisis trend, ramalan dan analisis. Teknik dan cara pengajaran Kajian Masa Depan yang digunakan sebagai aktiviti dalam perkembangan pelajaran. Contoh: pemahaman Konsep Masa Depan, pengumpulan maklumat dan analisis trend, ramalan dan analisis 4) Proses Proses yang akan dialami oleh murid semasa melaksanakan aktiviti Kajian Masa Depan. Contoh: kesinambungan, pertimbangan, keseimbangan, pertumbuhan, perubahan dan transformasi. Kemahiran yang dibina dan dirujuk oleh murid semasa pelajaran dijalankan. Contoh: menaakul, menganalisis, membuat aplikasi, memandang jauh, berimaginasi. Persepsi murid terhadap sesuatu (konsep, isu, tema dan sebagainya) semasa pelajaran yang akan mempengaruhinya dan murid juga akan mengalami perubahan selepas mempunyai kesedaran. Contoh: bimbang dan takut, kerisauan, prihatin, harapan.

3) Kemahiran khusus

5) Kapasiti

6) Persepsi