Anda di halaman 1dari 3

STRATEGIMENJAWABSOALANPEMAHAMANNOVELSPM.

STRATEGI MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN NOVEL SPM. KERTAS 2 SPM: SOALAN 4 (a) dan (b)
1. Berdasarkan keperluan peperiksaan, ingatlah bahawa jawapan anda untuk ceraian soalan (a) dan soalan (b) mestilah berdasarkan sebuah novel sahaja, maksudnya novel yang sama untuk kedua-dua ceraian soalan berkenaan. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Seterusnya, teknik menjawab soalan mestilah menepati kehendak konsep. Contohnya, untuk soalan berkonsep pengajaran, jawapan anda mestilah menggunakan kata janganlah dan hendaklah. Begitu juga halnya, jawapan anda untuk soalan berkonsep watak mestilah menekankan sifat watak dan bukannya peristiwa yang melibatkan watak. Setiap isi jawapan mestilah disertai contoh. Contoh dapat mengukuhkan isi jawapan dan contoh dapat juga membuktikan bahawa anda telah membaca teks novel yang berkenaan. Jumlah markah = 15 4a = 7 markah 4b = 8 markah Soalan yang dikemukakan berdasarkan aspek i) KOMSAS ii) KEMAHIRAN BERFIKIR Jawaban mesti ditulis dalam beberapa perenggan Perenggan pertama, tulis nama novel yang dikaji dan hala tuju jawaban Perenggan kedua dan seterusnya ialah perenggan isi Perenggan isi mesti ada : Pernyataan Isi Huraian/contoh peristiwa berkaitan Kepanjangan jawapan anda seharusnya disesuaikan dengan jumlah markah yang diperuntukkan. Oleh sebab markah yang diperuntukkan hanya tujuh dan lapan sahaja, maka lapan hingga sepuluh ayat sudah cukup untuk anda mendapat markah penuh bagi setiap ceraian soalan. 14. Yang penting anda berikan sebagai jawapan ialah isi yang betul dan contoh yang tepat. Empat isi yang betul dengan contohnya yang tepat sudah memadai bagi anda memperoleh markah penuh. CONTOH SOALAN DAN SKEMA PERMARKAHAN Jawab soalan-soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut (i) PAPA(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof (ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah (iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah (iv) Renyah karya Gunawan Mahmood (v)Kembara Amira oleh Amir Hmzah (a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan maksud tema dan huraikan tema novel tersebut. ( 7 markah ) Berdasarkan novel Azfa Hanani, karya Halis Azhan. Tema bermaksud sesuatu atau subjek yang menjadi dasar sesuatu penceritaan. Tema dianggap perkara idea pokok atau utama yang menjadi keutamaan kepada persoalan-persoalan lain yang terdapat dalam mana-mana cerita. Tema dalam novel ini ialah pengorbanan dan kemuliaan hati seorang gadis dalam menghadapi desakan hidup. Contohnya, Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni kerana tidak mahu membebankan Pak Long yang terpaksa menanggung pembelajarannya. Dengan menyamar sebagai Tengku Murni dia juga dapat membantu mendapatkan kos rawatan untuk Zuraini yang lumpuh. ****************************************************************************************************************************

9. 10. 11. 12.

13.

(b) Huraikan dua nilai pengorbanan watak beserta contoh dalam novel yang telah anda kaji. ( 8 markah ) Azfa Hanani sanggup berkorban dengan menyamar menjadi Tengku Murni supaya Datin Maziah tidak terus tertekan akibat kematian anaknya, Tengku Murni. Dia tetap mahu menyamar sebagai Tengku Murni walaupun kehadirannya tidak disenangi oleh Tengku Muzaffar dan Tengku Datuk Makmur. Pak Long sanggup berkorban wang ringgit untuk merawat anaknya, Zuraini yang lumpuh. CONTOH SOALAN : 4a) Ketika menggarap pelbagai peristiwa dalam novel, penulis telah menggunakan pelbagai teknik plot. Huraikan teknik plot yang terdapat dalam novel yang anda kaji. (7 markah) Perenggan 1 nama novel hala tuju jawaban Perenggan 2 Pernyataan isi 1 Huraian / contoh Perenggan 3 Pernyataan isi 2 Huraian/ contoh Novel yang saya kaji ialah novel Kembara Amira oleh Amir Hmzah. Dalam novel ini terdapat beberapa teknik plot yang telah digunakan oleh pengarang.

Antara teknik plotnya ialah dialog. Teknik dialog ini digunakan ketika peristiwa bicara adat antara Ludin dan Tau dengan beberapa orang kampung. Dalam bicara adat ini, orang kampung telah mempertikaikan tindakan Itai membawa Amira ke kawasan sungai yang mengandungi emas manakala Ludin dan Tau mempertahankan Itai dan Amira. Selain itu, teknik imbas kembali juga digunakan dalam novel ini. Teknik imbas kembali digunakan ketika Amira memberikan penjelasan sebab dia mengetahui bahawa Jacinta tidak pulang ke rumahnya pada waktu cuti. Menurut Amira, dia mendapat tahu bahawa Jacinta tidak pulang setelah ternampak pakaian Jacinta di kedai dobi. Amira kemudian diberitahu oleh Pak Cik Rama bahawa Jacinta tidak pernah pulang ketika cuti sekolah.

PERINGATAN APABILA MENJAWAB SOALAN YANG BERKAITAN DENGAN TEMA, WATAK UTAMA, PERSOALAN, LATAR MASYARAKAT, NILAI DAN PENGAJARAN Hanya ada satu tema bagi sat-satu novel. Hanya ada satu watak utama bagi satu-satu novel. Pernyataan bagi persoalan, perwatakan, latar masyarakat, nilai dan pengajaran perlu dibezakan. CONTOH:
ASPEK KOMSAS/ PERNYATAAN
Kasih sayang

PERWATAKAN
.seorang rakan yang penyayang. .seorang yang gigih. gadis

PERSOALAN
.kasih sayang antara keluarga .kegigihan menghadapi hidup. dalam dugaan

LATAR MASYARAKAT
.masyarakat menyayangi sama lain. yang satu

NILAI
Nilai sayang. kasih

PENGAJARAN
Kita menyayangi kita. mestilah ibu bapa

Gigih

.masyarakat yang gigih menuntut ilmu

Nilai kegigihan

Kita mestilah gigih menghadapi dugaan hidup

Bijaksana

pemuda bijak.

seorang yang

.. kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah. ..keberanian menempuh pelbagai halangan

. masyarakat yang bijak menguruskan masa. . masyarakat yang berani .

Nilai kebijaksanaan Nilai keberanian

Kita mestilah bijak bertindak untuk menyelesaikan masalah. Kita mestilah berani menghadapi apa-apa rintangan bagi mencapai sesuatu yang dihajati.

Berani

seorang remaja berani.

yang

ANALISIS SOALAN 4 BM SPM - NOVEL


Tahun Nov. 2005 Soalan 4 Novel (a) Memberikan pendapat tentang dua peristiwa paling menarik dalam sebuah novel. (b) Membandingkan satu latar tempat dalam dua buah novel.

Nov.2006 Nov.2007

(a) Menghuraikan pengajaran dalam sebuah novel. (b) Menjelaskan satu persoalan berdasarkan dua buah novel. (a) Men je la skan du a p e rist iwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah. (b) Menghuraikan cara watak utama dalam dua buah novel menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya.

Nov.2008

(a) Menjelaskan dua sebab bahagian permulaan novel menarik minat anda. (b) Membandingkan persamaan dan perbezaan satu latar masyarakat berdasarkan dua buah novel. (a) Menghuraikan dua bukti ketabahan watak utama. (b) Menjelaskan satu contoh nilai kasih sayang dalam dua buah novel. (a) Menjelaskan sebab-sebab novel yang dikaji dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca. (b) Menghuraikan satu peristiwa yang memaparkan nilai keberanian dalam dua buah novel yang dipelajari.

Nov.2009 Nov.2010

Nov.2011 Nov.2012 Jun. 2013

(a) Menghuraikan perwatakan watak utama dalam sebuah novel yang dipelajari. (b) Menjelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang dipelajari. (a) Jelas dua latar masa yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari. (b) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan t iga nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel tersebut. (a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut.(7m) (b) Pertentangan pendapat antara watak dalam sesebuah novel bertujuan untuk mengembangkan jalan cerita. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan pertentangan pendapat antara watak utama dengan satu watak lain dalam novel-novel tersebut.(8m)

Sumber: Diubah suai dan ditambah berdasarkan buku Kertas Soalan Peperiksaan Tahun-tahun Lepas 2005-2011 SPM Bahasa Malaysia. Terbitan Sasbadi Sdn. Bhd. & Yayasan Guru Malaysia Berhad (2012).