Anda di halaman 1dari 11

PENGHARGAAN

Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya akhirnya dapat menyiapkan kerja kursus bagi Perkongsian Ibu Bapa Dalam Pak. Saya, Farah Najwa binti Asri mengucapkan ribuan terima kasih kepasa Puan Hazina Zakaria selaku pensyarah Perkongsian Ibu Bapa Dalam Pak yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat sepanjang penghasilan kerja kursus ini. Terima kasih juga saya hadiahkan buat kedua ibu bapa saya, yang telah banyak memberi dorongan kepada saya selama ini. Tidak lupa buat rakan seperjuangan yang banyak membantu dan memberikan kerjasama pada setiap masa. Selepas berjaya menyiapkan tugasan ini, secara tidak langsung dapat membantu saya mengulang kaji subjek ini. Saya juga mendapat gambaran yang semakin jelas mengenai Perkongsian Ibu Bapa Dalam Pak. Fakta-fakta seperti ini perlu diketahui oleh saya sebagai bakal guru agar sesi pembelajaran dan pengajaran dapat berjalan dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

Yang menghargai,

__________________ (Farah Najwa Binti Asri)

PENDAHULUAN

Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak pula ialah penglibatan yang dapat ditakrifkan sebagai usaha bersama-sama atau saling bantumembantu antara dua pihak ataupun beberapa pihak. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan membantu mengekalkan kejayaannya (Rohani Abdullah, 2007). Sebagai ibu bapa, anda lebih mengenali anak anda, dan anda mempunyai kuasa untuk terlibat secara aktif didalam pengalaman prasekolah anak anda. Sekiranya dari pemerhatian anda memberikan gambaran bahawa di situlah anakanak anda akan dapat berkembang dengan sepenuhnya, maka anda telah pun menemui prasekolah yang betul. Kanak-kanak juga mempunyai sifat-sifat yang diperolehi melalui tindak balas dengan alam sekeliling tempat mereka dilahirkan (Rosmah & Salma, 1985). Menurut Siti Fatimah Abdul Rahman (2006), terdapat kajian membuktikan bahawa ada kaitan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian kanak-kanak. Dalam kata lain, kajian ini merumuskan bahawa sekiranya kita mahu anak-anak berjaya dalam bidang pendidikan, kita perlu terlibat secara langsung dalam arus pembelajaran mereka. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak secara tidak langsung memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak antaranya sikap bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran di samping menunjukkan tingkah laku yang lebih baik dan seimbang. Di Malaysia Event et al. (1999) mendapati bahawa dalam penglibatan ibu bapa terdapat ruang lingkup yang agak terbatas. Corak penglibatan ibu bapa ditentukan oleh penganjur sesebuah tadika. Ada pola yang menunjukkan kecenderungan ibu bapa terlibat dalam aktiviti kokurikulum tetapi ibu bapa tidak dijangka dan dirancang terlibat dalam pengendalian pengajaran harian dalam kelas tadika. Hanya 10% daripada ibu bapa yang aktif di tadika, sementara majoriti tidak terikat dalam aktiviti tadika. Diantara sebab yang dinyatakan adalah kekurangan masa dan ibu bapa mempunyai tanggungjawab di rumah, serta kurangnya latihan ibu bapa mengenai peranan mereka sebagi pendidik kanak-kanak pra sekolah.

Selain dari itu, Penglibatan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak pula menurut Rohani Abdullah (2007) komuniti merujuk kepada orang yang ada kaitan rapat dengan kanak-kanak. Antaranya ibu bapa, saudara mara, semua ahli keluarga yang tinggal serumah dengan mereka,guru-guru, jiran, rakan sebaya dan orang dewasa yang mengenali mereka. Golongan yang paling penting adalah orang yang bertanggungjawab dengan kebajikan mereka.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Perkembangan mempunyai beberapa ciri-ciri yang boleh dilihat. Antara ciriciri perkembangan yang penting adalah seperti berikut: Pertama, ia merupakan satu proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dengan pembelajaran. Kedua, perubahan-perubahan ini adalah dari segi jasmani, emosi, mental dan sosial. Ringkas kata, perubahan itu bersifat kualitatif. Ketiga, perubahan-perubahan itu adalah dari segi fungsi. Keempat, proses perkembangan membawa perubahan ke arah sifat-sifat yang sejagat serta mengikut aturan semula jadi. Contohnya, seseorang kanak-kanak kecil berupaya meniarap sebelum merangkak, duduk sebelum berdiri dan berjalan sebelum berlari. Kelima, proses perkembangan berterusan sepanjang hayat seseorang individu. Keenam, perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Ketujuh, peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju kearah tertentu serta

dijangkakan. Kelapan, perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan menolong

perkembangan mencapai tahap yang maksimum.

JENIS PENGLIBATAN IBU BAPA DENGAN INSTITUSI PENDIDIKAN YANG DAPAT MEMBANTU DALAM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

DERMA Ibu bapa boleh melibatkan diri dengan institusi pendidikan melalui memberi sumbangan seperti menderma kepada pihak institusi pendidikan. Melalui cara ini ibu bapa akan lebih dapat mendekatkan diri dengan pihak tadika. Terdapat pelbagai jenis sumbangan yang boleh diberi kepada pihak tadika adalah seperti dalam bentuk kewangan, makanan, pakaian sukan, alatan sukan, alat bantu mengajar, alat permainan, alat tulis, buku rujukan dan buku latihan. Ada diantara sumbangan yang diberi oleh ibu bapa dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Sumbangan pertama, pakaian sukan, alatan sukan dan alat tulis dapat membantu dalam perkembangan fizikal kanak-kanak dimana kanak-kanak yang kurang berkemampuan dapat bersukan dengan memakai pakaian sukan yang diberikan oleh ibu bapa. Selain dari itu, kanak-kanak dapat bermain peralatan seperti bola untuk meningkatkan perkembangan motor kasar dan alat tulis pula dapat meningkatkan perkembangan motor halus kanak-kanak didlam perkembangan fizikal kanak-kanak. Sumbangan kedua, alat bantu mengajar. Sumbangan ini boleh meningkatkan perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak dimana alat bantu mengajar yang diberikan oleh ibu bapa dapat menyentuh emosi mereka dengan cara pengajaran yang diberikan oleh guru. Contohnya seperti kit lipatan, permainan puzzle dan sebagainya dapat meningkatkan perkembangan emosi dan sosialnya dimana kanakkanak dapat bergaul rapat dengan kanak-kanak yang lain dan juga guru. Selain itu, sumbangan dalam bentuk kewangan, pihak institusi dapat memberikan sedikit sumbangan kepada kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang tidak

berkemampuan dalam membeli pakaian dan sebagainya, maka dengan itu emosinya tidak aka tergangu dan akan berkembang dengan baiknya. Sumbangan ketiga, buku rujukan dan buku latihan dapat memperkembangkan perkembangan kognitif kanak-kanak. Dengan cara ini ia dapat belajar dan berfikir

dengan menggunakan buku rujukan dan buku latihan yang diberi oleh ibu bapa melalui sumbangan tiap-tiap tahun atau bulanan. Sebagai seorang ibu bapa yang bertanggungjawab dan berkemampuan, mereka perlulah memberi sumbangan kepada pihak institusi dengan hati yang ikhlas. Selain dari itu, ibu bapa manakah yang mahu melihat anak-anak mereka tidak cukup peralatan untuk bermain, belajar dan sebagainya di institusi tersebut. Sekiranya peralatan cukup di dalam sesebuah institusi pendidikan yang di mana anak mereka di hantar itu mencukupi segala keperluan maka dengan itu anak-anak mereka turut berasa senang berada di dalam institusi tersebut. Dengan sumbangan yang diberi oleh pihak ibu bapa maka pihak institusi juga tidak akan terlepas pandang pada semua keperluan kanak-kanak di situ.

MELIBATKAN DIRI DENGAN PENGLIBATAN SEKOLAH

Ibu bapa perlulah mendekatkan diri dengan penglibatan di sekolah. Hal ini ternyata dapat memberikan sumbangan atau idea yang bernas demi menjamin perkembangan kanak-kanak kelak. Ibu bapa haruslah melibatkan diri dengan kegiatan sekolah contohnya seperti, gotong royong, sukaneka, hari kantin dan sebagainya. Sumbangan yang diberi oleh ibu bapa dalam penglibatan sekolah ini amat penting dan sangat di perlukan di sekolah. Pada zaman moden seperti sekarang, jarang ada ibu bapa yang mampu melibatkan diri dalam penglibatan sekolah. Tetapi sekiranya sekolah melakukan aktiviti yang mendatangkan faedah kepada anak-anak mereka, kebarangkalian ibu bapa akan turut serta memberi dukungan kepada anakanaknya. Diterangkan disini, sumbangan yang perlu diberikan oleh ibu bapa ialah tenga untu bergotong royong di sekolah. Dengan aktiviti ini, ia dapat memperkembangkan perkembangan fizikal, sosial dan emosi dikalangan kanak-kanak dan ibu bapa. Dimana yang dikatakan dengan perkembangan fizikal ini apabila kanak-kanak itu melakukan aktiviti mengutip sampah dan dengan cara itu ia dapat meningkatkan perkembangan fizikal. Perkembangan sosial dan emosi pula dimana kanak-kanak itu bersama ahli keluarga masing-masing dan berkomunikasi bersama ahli keluarga rakan-rakan yang lain. Dengan ini, kanak-kanak itu dapat mempelajari cara berkomunikasi dengan orang yang lebih tua darinya. Sebaliknya, jika ibu bapa kanak-kanak ada yang tidak dapat menghadirkan diri dalam aktiviti gotong royong ataupun sukaneka kanak-kanak tersebut akan menjadi muram dan tidak banyak bercakap dengan orang di sekelilingnya. Selain dari itu, ibu bapa juga boleh menghadirkan diri dalam kegiatan hari kantin, dimana ibu bapa boleh memberi makanan percuma pada semua kanakkanak disitu, dengan cara ini perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak tersebut akan berkembang dengan baiknya.

MEMBERI BANTUAN KEPAKARAN KEPADA GURU

Selaku ibu bapa yang prihatin terhadap pembelajaran anak-anaknya, ibu bapa perlu juga memberi bantuan kepakaran kepada guru sekiranya ibu bapa tersebut mempunyai kepakaran contohnya seperti doktor, jururawat, angkasawan dan sebagainya. Sekiranya ia mempunyai kepakaran dalam bidang kedoktoran, ibu bapa juga boleh memberikan rawatan percuma kepada guru dan kanak-kanak. Dengan cara ini ia boleh membantu dalam perkembangan fizikal kanak-kanak sekiranya ia demam, selsema dan batuk. Sebegitu juga dengan kepakaran seorang jururawat, iaitu dengan memberi kepakarannya dalam mengajar kanak-kanak itu memberus gigi, membasuh tangan selepas makan dan sebagainya dapat mempertingkatkan perkembangan fizikal, sosial dan emosi dimana kanak-kanak tersebut dapat bertanya kepada jururawat dan melakukan pergerakan yang di ajar oleh jururawat tersebut. Selain dari itu, sekiranya ada ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam saintis seperti angkasawan juga dapat membantu dalam perkembangan kognitif kanak-kanak, dimana sekara kita lihat bahawasanya kanak-kanak sekarang sangat berminat pada angkasawan kita yang pertama iaitu Datuk Dr. Sheikh Muzaffar. Sekiranya ada dikalangan ibu bapa yang mengetahui tentang kepakaran seorang angkasawan juga boleh memberi sumbangan kepakarannya. Seterusnya, ibu bapa yang ada masa kelapangan juga boleh mengajar kanak-kanak bermasak, itu juga antara perkembangan kognitif dan fizikal yang dimana seorang kanak-kanak itu akan berfikir dan berlari untuk melihat sesuatu yang di ajar oleh ibu bapa mereka. Dengan cara ini juga ia dapat membantu perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak dimana kanak-kanak tersebut akan terus bertanya dan bercakap sesama mereka kerana cara memasak ini akan menarik minat kanak-kanak terutama kanak-kanak perempuan. Perkembangan emosi pula dapat di tingkatkan kerana kanak-kanak yang sunyi dapat menghiburkan hati melihat apa yang di ajar dan di masak oleh ibu bapa mereka.

GURU SUKARELA

Jenis penglibatan ibu bapa yang seterusnya ialah ibu bapa menjadi guru sukarela terhadap kanak-kanak. Ibu bapa juga boleh memberi ilmu dan juga boleh meningkatkan perkembangan fizikal, emosi, sosial dan kognitif kanak-kanak. Sumbangan yang boleh di berikan oleh ibu bapa adalah seperti mengajar mengenai bahasa, mengajar melukis, mengajar bersenam, mengajar bermain bola dan sebagainya. Penglibatan ibu bapa bermaksud melibatkan aktiviti di bilik darjah secara sukarela, membantu guru menyediakan bahan dan menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak. Pihak pengurusan tadika dan taska amat menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam memberikan bantuan secara sukarela khususnya dalam aktiviti kemahiran akademik seperti membaca dan menulis. Ibu bapa juga boleh membantu guru menyediakan bahan aktiviti yang akan digunakan oleh guru di tadika. Ibu bapa boleh mengajar secara sukarela ini di saat mereka cuti dan di masa lapang. Ibu bapa boleh member sumbangan dalam mengajar bahasa, contohnya seperti menyebut perkataan, huruf dan sebagainya. Teori Vygotsky memberi penekanan terhadap pengaruh persekitaran sosial terhadap perkembangan kanakkanak, khususnya aspek perkembangan bahasa kerana bahasa adalah alat utama interaksi yang berperanan sebagai penyampai maklumat. Bahasa kanak-kanak berkembang dalam persekitaran sosialnya. Menurut teori ini, bahasa ialah alat berfikir bagi manusia untuk membina konsep-konsep dalam fikiran sebagai respons kepada masalah dan rangsangan persekitaran. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan mempunyai kesan yang positif kepada anak-anak. Anak-anak akan merasakan pembelajaran bukan sahaja diperolehi daripada guru di sekolah tetapi juga akan berterusan sehingga di rumah. Permuafakatan antara guru dan ibu bapa, penjaga dan komuniti dapat membantu dalam perkembangan dan kemajuan murid secara berterusan ke arah melahirkan warganegara yang baik dan bertanggungjawab. Kanak-kanak akan lebih senang belajar bersama ibu bapa mereka sendiri. Dengan ini ia dapat mempertingkatkan perkembangan kanak-kanak secara keseluruhannya.

KEGIATAN LUAR

Dalam jenis penglibatan ibu bapa yang seterusnya, ialah kegiatan luar. Pihak institusi boleh menganjurkan seminar keibubapaan dan perkembangan kanakkanak. Ia bertujuan mendedahkan ibu bapa cara-cara menguruskan dan mendidik anak di rumah terutama dalam meningkatkan perkembangan pemikiran anak-anak. Ibu bapa juga boleh menjadi pengajur untuk sesuatu aktiviti, contohnya seperti berkelah, mengadakan hari membuat latihan berfikir, mengadakan lawatan, membuat hari keluarga dan guru bersama-sama. Dengan cara ini dapat kita lihat perkembangan sosial kanak-kanak dapat di pertingkatkan. Selain itu, dengan aktivitiaktiviti yang dianjurkan ibu bapa itu juga boleh meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak dimana mengadakan hari membuat latihan berfikir itu adalah aktiviti seperti diberi satu kertas bergambar dan harus kanak-kanak tersebut mencari gambar yang ada didalam kertas tersebut. Aktiviti tersebut diadakan diluar pusat institusi, contohnya seperti zoo. Sekarang ini, ibu bapa juga kerap dilihat dalam aktiviti di luar tadika seperti menemani anak mereka dalam lawatan ke muzium dan taman hiburan. Penglibatan ibu bapa lebih merupakan pendekatan satu arah, iaitu daripada atas ke bawah. Kesinambungan penglibatan ibu bapa lebih bersifat inisiatif guru daripada inisiatif ibu bapa pada andaian tadika pula ibu bapa perlu diberitahu mengenai apa yang harus dilakukan. Penglibatan ibu bapa boleh meningkatkan kualiti tadika. Ibu bapa perlu dididik mengenai peranan dan tanggungjawab mereka supaya matlamat pendidikan tadika berkenaan dapat dicapai dan peranan mereka sebagai pendidik di rumah dilatih.

KESIMPULAN

Penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian mulia di kalangan kanak-kanak. Peranan ibu bapa, keluarga dan komuniti sebagai rakan kongsi aktif dalam proses pembelajaran kanak-kanak selalunya memberikan kesan kepada kualiti perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa juga adalah pendidik pertama dan utama kanak-kanak sebelum kanak-kanak berhadapan dengan guru-guru pembimbing di tadika. Ibu bapa juga membantu meningkatkan kualiti sesebuah program tadika dengan menyumbang tenaga, berkongsi bakat dalam program tadika. Penglibatan ibu bapa juga boleh meningkatkan kendiri kanak-kanak dan ibu bapa itu sendiri. Kefahaman ibu bapa dapat meningkatkan tahap proses pembelajaran di tadika dan ibu bapa berpeluang melaksanakan peranan sebagai pendidik. Oleh yang demikian, ibu bapa dan komuniti seharusnya mengambil pendekatan yang serius dalam membimbing kanak-kanak seawal usia lagi kerana mereka bakal menerajui pentadbiran dunia kelak. Penglibatan ibu bapa, penjaga dan komuniti adalah sangat digalakkan kerana ia adalah elemen penting dalam pelaksanaan kurikulum prasekolah. Permuafakatan antara guru dan ibu bapa, penjaga dan komuniti dapat membantu dalam perkembangan dan kemajuan murid secara berterusan ke arah melahirkan warganegara yang celik akal dan berintegriti.

10

RUJUKAN

Abdul Rahman Rashid. (1995). Kepentingan alat bantu mengajar dalam pengajaran bahasa, Jurnal Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Azizah Lebai Nordin. 2002. Pendidikan Awal Kanak-Kanak Teori Dan Amali. Penerbitan Universiti Malaya.

11