Anda di halaman 1dari 9

Sejarah Bugis Di Tanah Melayu

From Wikipedia
Jump to: navigation, search

Raja Haji [sunting]

Raja-raja Melayu dan orang Bugis Luwok Sultan a Jalil Rahmat Shah Tengku Kecil Shah yang memerintah Johor Riau-Lingga sabagai Raja Kerajaannya, mendirikan pusat pemerintahan Raja Kerajaan Johor-Riau di Siak, Sumatera pada tahun 1718. Maka, Sultan Sulaiman I, Raja Kerajaan Bendahara 2 Johor-Riau, menggunakan orang-orang Bugis dari Luwok, Makassar kecil, yang berkampung di Kelang untuk mendapat balik kerajaan Johor-Riau dari Sultan a Jalil Rahmat Tengku Kecil Shah. Sebaik sahaja orang Bugis menerima persetujuan dari Sultan Sulaiman I, angkatan Bugis Luwok terus datang dengan tujuh buah kapal menuju ke pusat kerajaan Johor-Riau di Riau untuk menyerang. Kerajaan Johor-Riau alah di dalam peperangan ini dalam tahun Hijrah 1134. Sebagai upahan, Sultan Sulaiman I bersetuju untuk melantik seorang Bugis Luwok menjadi Yang Di-Pertuan Muda di Riau, bagi mempertahankan agama dan kerajaan Johor, Riau dan Lingga diserang dari luar dan dalam. Setelah Riau berjaya ditawan, orang-orang Bugis Luwok balik ke Kelang untuk mengumpulkan orang Bugis untuk menyerang kerajaan Johor-Riau yang telah dapat menawan Riau kembali dari Sultan Sulaiman 1; raja bendahara-bendahara. Sebaik sahaja mendapat tahu penawanan Riau oleh Raja Kerajaan Johor-Riau-Lingga, Bugis Luwok, dengan 30 buah kapal, menuju ke Riau untuk berperang sekali lagi. Di dalam perjalanan, mereka menawan Linggi, sebuah daerah di Negeri Sembilan yang ketika itu dibawah

kuasa kerajaan Johor-Riau-Lingga. Setelah mendapat tahu tentang penaklukan itu, pasukan raja kerajaan Johor-Riau-Lingga segera ke Linggi untuk menyerang balas. Pihak Bugis Luwok telah berpecah dimana 20 buah daripada kapal meneruskan perjalanan menuju ke Riau dan diketuai oleh tiga orang daripada mereka. Sultan Sulaiman I telah datang dari Terengganu dan turut serta memberi bantuan untuk menawan semula Riau. Dalam peperangan ini, mereka telah berjaya merampas kembali tapak kerajaan Johor-Riau di Riau dimana kemudiannya Sultan Sulaiman I mendirikan kerajaan baru Johor-Riau. Setelah mengetahui penawanan tapak kerajaan Johor-Riau di Riau, Sultan A Jalil Rahmat Tengku Kecil Shah, raja kerajaan Johor-Riau-Lingga kembali ke Siak kerana baginda juga telah gagal menawan semula Linggi dari tangan Sultan Sulaiman I. Pada tahun 1729, Bugis Luwok sekali lagi menyerang raja kerajaan Johor-Riau-Lingga di Siak ketika Raja Kecil ingin memindahkan alat kebesaran Diraja Johor-Riau-Lingga (sebuah meriam) ke Siak. Setelah mengambil semula kebesaran Diraja tersebut, Sultan Sulaiman I kemudiannya naik takhta Johor-Riau-Lingga sebagai Sultan Johor dengan membawa gelaran "Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah" yang memerintah Johor, Riau, dan Lingga. Sultan Sulaiman telah melantik Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda Riau pertama dari Sapuloh. Kemudian adik perempuannya, Tengku Tengah, pula dikahwinkan dengan Daeng Parani yang mana suaminya telah mangkat di Kedah semasa menyerang raja kerajaan Johor-Riau Sultan A Jalil Rahmat Raja Kecil Shah disana. Seorang lagi adik Sultan Sulaiman Tengku Mandak dikahwinkan dengan Daeng Chelak (1722-1760). Dalam tahun 1730-an, seorang Bugis bernama Daeng Mateko yang berbaik dengan raja kerajaan Siak mengacau ketenteraman Kelang; negeri Melayu yang diserahkan kapada orang Bugis Luwok sabagai upah membantu Sultan Sulaiman I mendapat kembali kerajaan Johor-Riau-Lingga. Ini menjadikan Daeng Chelak datang ke Kuala Selangor dengan angkatan perang dari Riau. Daeng Mateko dapat dikalahkan dan kemudiannya beliau lari ke Siak. Semenjak itu, Daeng Chelak sentiasa berulang-alik dari Riau ke Kuala Selangor. Ketika Daeng Chelak berada di Kuala Selangor penduduk Kuala Selangor memohon kepada beliau supaya terus menetap di situ sahaja. Walau bagaimanapun, Daeng Chelak telah menamakan salah seorang daripada puteranya, iaitu Raja Lumu, datang ke Kuala Selangor. Waktu inilah datang rombongan anak buahnya dari Riau memanggil Daeng Chelak pulang ke Riau dan mangkat dalam tahun 1745. [sunting] Raja Lumu (1742-1778)

Tuhfat alNafis Daeng Lumu adalah punca kerajaan awal di Kuala Selangor. Daeng Lumu dilantik menjadi Yang DiPertuan Kelang pertama, dan Daeng Loklok dilantik menjadi Datuk Maharaja Lela. Sultan Iskander Zulkernain (1752-1765), Raja Kerajaan Perak ke-15 pun menyambut utusan dari Daeng Lumu di Kuala Bernam sebagai pertemuan dengan baginda. Ketibaan Daeng Lumu disambut dengan penuh istiadat raja. Setelah semua ujian itu tidak mendatangkan apa-apa bencana terhadap Daeng Lumu, baginda Sultan Iskander Zulkernain pun mengesahkan perlantikan tersebut; setelah Sultan Sulaiman I, Raja Kerajaan Johor-Riau-Lingga menolak permohonan Bugis Luwok Diraja sabagai Raja Kelang. Pertabalan penuh sejarah itu dilakukan di Pulau Pangkor dalam tahun 1756. Selesai sahaja pertabalan, Raja Lumu pulang ke Kuala Selangor. Itulah Raja Selangor yang pertama bersemayam di atas Bukit Selangor yang dikenal dengan nama "Bukit Malawati". Menurut Tuffatul al Nafis karangan Almarhum Raja Ali Al Haji, Riau, disitu ketika Tengku Raja Selangor (Raja Lumu) pergi bermain ke Pulau Pangkor, Raja Lumu dijemput oleh Yang DiPertuan Perak untuk mengadap. Kemudian Raja Lumu pun berangkat pulang ke Kuala Selangor. Kemangkatan Raja Lumu meninggalkan empat orang anak, iaitu Raja Ibrahim, Raja Nala, Raja Punuh dan Raja Sharifah. Baginda juga telah melantik seorang Bugis bernama Daeng Loklok bergelar Datuk Maharaja Lela Husain. Seorang daripada anak perempuannya bernama Cik Long Halijah berkahwin dengan Raja Ibrahim, putera Raja Lumu dan juga Raja Selangor Kedua. Raja Lumu mangkat dan dikebumikan di atas Bukit Selangor dan dinamakan "Marhum Salleh". Baginda memerintah kerajaan Daeng Lumu adalah punca kerajaan awal di Kuala

Selangor. Daeng Lumu dilantik menjadi Yang DiPertuan Kelang Pertama, Daeng Loklok dilantik menjadi Datuk Maharaja Lela. Kemangkatan Raja Lumu meninggalkan empat orang anak, iaitu Raja Ibrahim, Raja Nala, Raja Punuh dan Raja Sharifah. Baginda juga telah melantik seorang Bugis bernama Daeng Loklok bergelar "Datuk Maharaja Lela Husain". Seorang daripada anak perempuannya bernama Cik Long Halijah berkahwin dengan Raja Ibrahim, putera Raja Lumu dan juga Raja Selangor kedua. Raja Lumu mangkat dan dikebumikan di atas Bukit Selangor dan dinamakan "Marhum Salleh". Baginda memerintah dari tahun 1743 (1756) hingga 1778. [sunting] Sultan Ibrahim (1778-1826) Raja Ibrahim, putera sulung Sultan Salehuddin, dilantik menjadi Sultan Selangor kedua, adiknya Raja Nala dilantik menjadi Raja Muda dan dua orang yang lain menjadi Orang Besar bergelar di Selangor. Sultan Ibrahim dianggap seorang sultan yang berani berhati waja di samping mempunyai pengalaman yang melalui percampurannya semasa dari kanak-kanak lagi. Bunga peperangan dan perang kecil sentiasa berlaku antara orang Bugis dengan orang Belanda sejak tahun 1740-an lagi. Api ini terus menyala selepas 14 Januari, 1784. Peperangan inilah yang mengakibatkan mangkatnya Raja Haji oleh Belanda, kemudiannya dimakamkan di Teluk Ketapang digelar "Marhum Ketapang". Kemangkatan Raja Haji menimbulkan kemarahan Sultan Ibrahim menyebabkan Selangor terlibat secara langsung dari persengkitaan antara Belanda dengan Johor itu. Sebagai persiapan berjaga-jaga dari serangan Belanda terhadap Selangor, Sultan Ibrahim telah membina dua buah kota. Kota batu atas Bukit Selangor dan kota tanah di atas Bukit Tanjung. Sangkaan ini tepat, pada 2 Ogos 1784, Belanda meyerang dan menakluki kedua-duanya kota tadi. Sultan Ibrahim dengan orang-orangnya lari ke Ulu Selangor, lalu ke Pahang menemui Bendehara Ab. Majid meminta bantuan. Semasa di Pahang Sultan Ibrahim sem Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Bugis_Di_Tanah_Melayu"

Pengirim: thinker

Waktu: 29/01/2005 5:45:38 PM

Bila kita nak membahaskan isu ini, kita sebenarnya sedang membandingkan realiti yang berlaku di negara kita dengan apa yang berlaku di negara lain. Isu ini bukanlah suatu yang baru diketengahkan di kalangan masyarakat kita. Malah ianya menjadi satu persoalan yang bermain di benak fikiran masyarakat kita. Adakah sistem pendidikan kita jauh ketinggalan berbanding sistem pendidikan negara maju lain. Untuk membahaskan perkara ini, kita harus kaitkan perkara ini dengan aspek-aspek yang lain. Masalah ini bukan hanya melibatkan masalah pendidikan. Negara kita masih lagi lemah dalam beberapa dalam aspekaspek yang penting terutama dalam pentadbiran khususnya. Rasuah yang kian hari, kian hangat perbincangannya masih belum dapat diatasi di dalam negara kita bahakan di negara-negara lain juga. Sistem pendidikan adalah salah satu elemen yang penting dalam sesebuah negara dimana pendidikanlah yang akan mencerminkan perwatakan dan output pada sesuatu negara itu. Jika kita lihat negara-negara kuat seperti Amerika dan British, mereka sangat kuat dari segi kemilitaran dan pengaruhnya di dunia. Ini kerana mereka sangat kuat dalam memperjuangkan ideologi kapitalisme mereka. Mereka sanggup membuat apa sahaja demi keberlangsungan ideologi yang mereka anuti dan mereka akan menyebarluaskan pengaruh mereka dengan alternatifalternatif yang mereka rancangkan. Adakah negara kita bersifat sebegitu. Cuba kita renung sejenak, ideologi apakah yang diguna pakai di negara kita? Tentu kita dapat jawapannya iaitu sistem kapitalisme yang bersandarkan kepada sekulerisme. Dalam hal ini, kita harus peka dan mengkaji secara mendalam bahawa kita belum lagi menggunakan Islam sebagai sistem pemerintaha secara total. Kita hanya mengamalkan islam dalam hal-hal yang tertentu seperti nikah, solat, talak, zakat. Adakah kita terfikir bahawa islam juga mengatur dalam bab-bab sosial, keamanan, polisi luar negara, pendidikan dan lain-lainnya. Allah swt telah menerangkan dalam Al-Quran Bahawa islam itu lengkap dan sesuai sepanjang zaman. Tapi, kita sebagai manusia yang tidak memilih islam sebagai way of life kerana pemikiran kita belum lagi terbukan dan sedar akan hal itu. Wassalam... Emel: - besz_thinker@yahoo.com

Pengirim:

Waktu: 31/01/2005 5:58:46 AM

Sistem pendidikan kita terlalu berorentasikan peperiksaan dan tidak menumpukkan pada aspek keunikkan individu sebagai manusia. Kita tidak didik utk belajar berfikir dan bertanya soalan utk tujuan meneruskan hidup tapi terlalu menitikberatkan persoalan siapa yg mendapat A pada setiap mata pelajaran yg diambil. Saban hari kita mendengar keluhan para graduan yg mendapat segulung ijazah tapi tak mampu bersuara dan memberi pendapat bernas kerana tidak ada keyakinan. Keyakinan pada individu bukan dinilai dengan sekeping kertas ijazah tapi asuhan daripada kecil. Anak kecil di sekolah harus dilatih untuk memberi pendapat di dalam kelas dan bukan hanya mengangguk utk menghabiskan sukatan pelajaran. Mana pergi suasan sekolah yg sepatutnya membina sahsiah pelajar dan memberi mereka peluang utk belajar mencari diri mereka yang sebenar. Sekolah yg ada ditempat kita sekarang hanya sesuai untuk mendiskriminasikan pelajar dari sekecil 7 tahun tanpa belas. Mereka didera mental dan fizikal hanya untuk memuaskan hati masyarakat kita yang rata-rata menyanjung tinggi kebolehan anak membaca seawal 3 tahun. Apa yang nak kita capai sebenarnya? Saya tidak jumpa kemasyukkan begini di negara luar. Mereka lebih menekankan aspek kehidupan sesama manusia untuk anak-anak nie terus hidup. Anak seawal 4 tahun sudah boleh memjawab soalan kita dan bukan lari sembunyi dibelakang ibubapa sebab malu dan tidak ada kayakinan. Pada usia yang masih kecil mereka sudah mampu membuat pilihan dalam hidup dan bertanggungjawab atas apa yang mereka pilih. Jadi tidak sukar untuk memahami kenapa graduangraduan negara kita masih tercari-cari haluan untuk hidup setelah tamat pelajaran sebab mereka tidak pernah di latih untuk memilih dan bertannggungjawab.Mereka lakukan tugas sebab disuruh dan bukan atas kemahuan sendiri. Bagaimana hendak menyedarkan semua pihak tentang masalah ini.Kualiti manusia bukan dilihat dari kepandian untuk menjawab soalan peperiksaaan tapi dari banyak aspek kehidupan yang lain. sekian Emel: - anie_alja@yahoo.com

Pengirim:

Waktu: 31/01/2005 6:28:58 PM

Berdirinya tamadun manusia sejagat yang agung pada hari ini adalah bermula daripada pengetahuan asas dan pemerhatian manusia itu sendiri terhadap proses alam semesta. Menara Berkembar Petronas yang menjadi kebanggaan seantero rakyat Malaysia atau kejayaan manusia menerokai ruang kosmik pada asasnya dicetuskan oleh evolusi ilmu dan sistem pendidikan itu sendiri. Ledakan ilmu moden boleh dikatakan bermula pada zaman kekuasaan umat islam yang pada ketika itu tertumpu di Iraq. Sarjana-sarjana islam seperti Ibnu Sina,AlKhawarizmi dan Ibnu Khaldun telah menjadi pelopor dalam bidang masing-masing. Malangnya pada hari ini kekuatan ilmu telah berpindah tangan kepada Barat yang rata-ratanya menganut ideologi kolonialisme. Justeru generasi kita pada hari ini seharusnya menagih kembali ilmu yang suatu ketika dahulu menjadi warisan yang tidak ternilai harganya kepada para cendiakawan islam. Dalam mempersoalkan ilmu tidak dapat tidak untuk mengaitkannya dengan sistem pendidikan negara. Salah satu daripada intipati falsafah pendidikan negara adalah untuk menyediakan tenaga manusia yang yang bermoral tinggi dan cekap menyelesaikan sebarang masalah. hakikatnya sistem pendidikan kita yang telalu berorientasikan peperiksaan tidak dapat menzahirkan falsafah pendidikan negara secara optimum. Tidak dinafikan 'penangan' sistem pendidikan negara yang dipakai sekaranglah yang telah melahirkan nama-nama besar seperti Tun Dr.Mahathir,Prof Diraja Ungku Aziz dan banyak lagi. tetapi kita tidak pula boleh menafikan sistem pendidikan negara jugalah yang menyebabkan ada segolongan yang pendek akal menamatkan riwayat hidup mereka lantaran tidak lulus peperiksaan-peperiksaan yang besar.jadi kerajaan sepatutnya mengkaji semula sistem pendidikan yang sedia ada demi menyelaraskannya dengan keperluan semasa negara. Janganlah membunuh bakat dan kreativiti generasi baru malaysia dengan membebankannya seratus peratus dengan peperiksaan sematamata.peperiksaan hanya dapat membuktikan kecemerlangan seseorang di atas kertas sahaja dan belum tentu dalam dunia realiti yang memang meruntun bakat dan kreativiti seseorang untuk cemerlang. Ubahlah sistem pendidikan negara ke arah yang lebih memupuk bakat semulajadi dan kreativti pelajar bagi melahirkan semula Albert Einstein celupan malaysia. Emel: - muah_jije@hotmail.com

Pengirim:

Waktu: 12/04/2005 11:30:58 PM

Selaku pelajar yang dibelenggu oleh "persepsi sempit masyarakat" di mana kecemerlangan pelajar dikira dengan bilangan "a", para pelajar belajar di sekolah sekadar "lulus cemerlang dalam peperiksaan" tanpa memahami konsep ilmu itu sendiri. Berbalik kepada topik, saya ingin menyentuh tentang bilangan pelajar di dalam sebuah kelas. Secara purata, sebuah kelas terpaksa menampung kira-kira 35 orang pelajar di dalam ruang kelas yang terhad. Bilangan pelajar yang ramai membuatkan wujudnya perasaan rendah diri di kalangan pelajar apabila gagal menjawab soalan yang diutarakan oleh guru. Oleh itu, proses perkembangan kreativiti dan yakin diri pelajar disekat. Persoalan kedua ialah para pelajar diwajibkan mengambil matapelajaran teras mengikut aliran. Terdapat pelajar yang hanya mampu mengikuti matapelajaran tertentu, sebagai contoh pemudahcara, pelajar A berada di dalam aliran sains tetapi gagal menguasai matapelajaran sejarah kerana kurang minat sebaliknya meminati perdagangan di dalam aliran sastera. Di sini wujud pembaziran masa iaitu ketika waktu matapelajaran sejarah dan ketika pelajar ini mengulangkaji matapelajaran perdagangan sendirian. Oleh itu, cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah membahagikan kelas mengikut matapelajaran dan bukannya berdasarkan aliran yang dipilih. Sistem pendidikan di Malaysia mempunyai ujian,OTI, dan peperiksaan. Masa untuk sesi pelajaran dan pembelajaran dihabiskan semata-mata demi memberi laluan kepada ujian dan peperiksaan yang diadakan hampir dua kali bagi satu semester. Kesannya ialah kesuntukan masa bagi para guru bagi menghabiskan sukatan pelajaran dan para guru terpaksa menyentuh subjek secara sepintas lalu tanpa penerangan secara menyeluruh. Para pelajar tidak dapat mengaplikasikan pelajaran tersebut dalam kehidupan seharian mereka akibat kekhilafan yang berlaku. Walaupun terdapat ramai pelajar yang berjaya tetapi bilangannya adalah terlalu kecil, kebanyakan daripada mereka yang berjaya mempunyai motivasi dalaman yang menggerakkan mereka demi mencapai kejayaan. Isu ini telah banyak kali diperdebatkan, namun telah menjadi "adat" dan "tradisi" kita supaya menjadi "seperti tukul dan pemahat" dan "hangat-hangat tahi ayam" tanpa mengambil tindakan supaya "pisang tidak berbuah dua kali". Pendidikan di sekolah adalah asas kepada pembinaan jati diri pelajar, oleh itu, pelajar harus mendapat pendidikan yang terbaik dan bukannya sekadar "melepaskan batuk di tangga"! Emel: - lanun_boyz2000@yahoo.com

Pengirim: WUTING87

Waktu: 19/04/2005 10:42:14 AM

Sistem pendidikan hari ini kurang menjana kreativiti pelajar. Saya bersetuju dengan ungkapan ini. Sistem pendidikan hari ini terlalu menekankan peperiksaan sehingga mengabaikan penjanaan kreativiti pelajar-pelajar. Mereka belajar untuk peperiksaan dan ini tidak mendatangkan manfaat dalam jangka masa yang panjang. Pelajar perlu lebih kreatif dengan kemajuan semasa yang menekankan aspek kreativiti. Walau bagaimanapun, Menteri Pelajaran Malaysia yang baru, Datuk Hishammuddin telah membawa sinar harapan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Anjakan paradigma oleh beliau telah mengubah pandangan orang ramai tentang Kementerian Pelajaran. Tahniah, Datuk. Semoga pelajar-pelajar boleh menjadi manusia serba guna yang dapat merealisaikan Wawasan 2020. Emel: - godmantwu@hotmail.com

Anda mungkin juga menyukai