Anda di halaman 1dari 1

2.1.1 Takrif/Konsep: Kesusasteraan epik juga dikenali sebagai kesusasteraan kepahlawanan.

Genre ini menceritakan wira dan kepahlawanan sesuatu bangsa. Dengan kata lain, watak yang dikisahkan ialah wira bangsa dan lambang keagungan budaya bangsa sehingga menjadi sanjungan dan sumber inspirasi masyarakat khalayaknya.Watak wira dilukiskan dengan sifat yang begitu unggul sama ada dari segi keperibadian, ketokohan,kepintaran, kegagahan,mahupun ketangkasan. Sifat yang dilukiskan ini dilebih-lebihkan sehingga menjadikan watak berkenaan begitu sempurna. kadangkala watak wira itu dikatakan tidak mati dan dipercayai masih hidup hingga kini. Kesusasteraan epic ditulis dalam bentuk puisi panjang. Sebaliknya, dalam konteks kesusasteraan Melayu tradisional, genre ini ditulis dalam bentuk prosa. Kesusasteraan epik Melayu dapat diklasifikasikan kepada epik kebangsaan dan epik bersumberkan Islam (Ismail Hamid, 1993) Epik kebangsaan Melayu diwakili oleh Hikayat Hang Tuah. Dalam hikayat ini dilukiskan kehebatan dan kehandalan tokoh Hang Tuah sejak zaman kecilnya sehinggalah ia ghaib. Beliau dibantu oleh empat orang sahabatnya iaitu hang Jebat, Hang kasturi, Hang Lekir, dan Hang Lekiu. Zaman keagungan Hang Tuah melambangkan keagungan empayar Melayu Melaka. Di samping itu, Hang Tuah juga merupakan lambang kesetiaan bangsa Melayu terhadap rajanya yang tidak berbelah bagi terutama dalam masyarakat Melayu Feudal. Hang Tuah melindungi rajanya dari sebarang ancaman sehingga sanggup menggadaikan nyawanya sekalipun. Tema karya epik ialah kepewiraan tokoh pahlawan utama. Perkembangan cerita dalam karya epik lebih berpusat kepada wira tersebut. dalam lain-lain perkataan, wira menjadi landasan utama terhadap perkembangan cerita karya epik. 2.1.2 Ciri-Ciri Epik: 1. Dari segi bentuknya, sastera epik adalah bentuk karyayang ditulis dalam dua bentuk iaitu prosa dan puisi yang panjang. Hikayat Hang Tuah mengandungi lebih dari 500 halaman dan di dalamnya terdapat kira-kira 164,000 patah perkataan. 2. Latar tempat cerita dan peristiwa mengenai tokoh wira amat luas, iaitu meliputi alam nyata dan alam kayangan.Dalam Hikayat Hang Tuah, ceritanya meliputi beberapa tempat antaranya Melaka serta di serata tempat di Asia seperti di Majapahit dan benua keling. 3. Aksi-aksi watak wira digambarkan rata-ratanya bersifat berani, tangkas dan bijaksana. Biasanya wira epik dapat melaksanakan tugas yang luar biasa yang tidak mampu dilakukan oleh orang lain. Misalnya Hang Tuah dapat menewaskan musuhnya taming sari. 4. Terdapat unsur-unsur supernatural yang melibatkan kuasa-kuasa ajaib dan sakti sesuatu bangsa.Hang Tuah merupakan tokoh yang kuasa luar biasa. 5. Wira dalam sastera epik adalah tokoh agung yang berkedudukan tinggi sesuatu bangsa. Hang Tuah merupakan orang kanan Melaka yang sering diutuskan oleh sultan Melaka ke luar negara. Bahkan kemasyurannya telah sampai ke negeri-negeriMajapahit, Siam, China, Benua Keling, Arab dan Rom.
http://gcsasterastpm.blogspot.com/