Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TISANG BATU 8, JALAN BINTULU-MIRI, 97000 BINTULU, SARAWAK

KERTAS KERJA

PROGRAM MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI SK SUNGAI TISANG, BINTULU 2013

Anjuran : Panitia Pendidikan Islam 2013

MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI 2013

1.0

PENGENALAN

Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu perayaan yang disambut oleh umat Islam setelah menunaikan ibadat puasa selama sebulan. Semasa perayaan ini, umatnya akan bermaaf-maafan dan saling mengunjungi untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara mereka. Namun kini, perayaaan ini telah diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum. Justeru itu, Panitia Pendidikan Islam SK Sungai Tisang mengambil kesempatan kemuliaan bulan Syawal ini untuk mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri untuk mengeratkan jalinan persaudaraan di antara warganya. Mudah-mudahan majlis ini akan memupuk jalinan silaturrahim dan dapat melahirkan modal insan yang saling menghormati dan menghargai antara satu sama lain. 2.0 MATLAMAT

Melalui majlis ini, murid, guru dan staff sekolah dapat mengukuhkan jalinan persaudaraan semasa meraikan sambutan perayaan ini. 3.0 OBJEKTIF

Dengan terlaksananya program ini, diharap pelajar-pelajar dapat: i. Meraikan sambutan perayaan bersama-sama dalam suasana harmoni. ii. Menjalinkan hubungan silaturrahim antara warga sekolah. iii. Menghayati amalan dan nilai ajaran yang terkandung dalam sambutan perayaan yang diraikan bersama. 4.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh dan masa yang dicadangkan adalah seperti berikut: Tarikh : Masa : Tempat : 26 Ogos 2013 (Isnin) 10.30 pagi Kelas Tahun 4 dan Tahun 5

5.0

PENGANJUR DAN KUMPULAN SASARAN

Penganjur Sasaran 6.0

: Panitia Pendidikan Islam SK Sungai Tisang : Murid, guru dan staff SK Sungai Tisang

TEMA PROGRAM

Jalinan Kemesraan mengukuhkan silaturrahim. 7.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran 1 JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANAAN Rujuk Lampiran 2 ANGGARAN BELANJAWAN Rujuk Lampiran 3 SUMBER KEWANGAN 11.1 Yuran Pendidikan Islam dan Moral PENUTUP

8.0

9.0

10.0

11.0

Oleh itu, pihak penganjur berharap agar majlis ini dapat dijadikan pemangkin untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim kepada semua warga SK Sungai Tisang. Disamping itu, diharapkan agar majlis ini akan menjadi amalan berterusan untuk memantapkan kesejahteraan dan kemakmuran hidup masyarakat majmuk yang wujud di negara kita.

Disediakan oleh:

Disahkan Oleh:

________________________ (NORINI BASLERI HASHIM) Pengerusi Pengelola, Majlis Ramah Tamah Aidilfitri, SK Sungai Tisang, Bintulu.

_____________________________ (ALI SABRI BIN SABER ALI KHAN) Guru Besar, SK Sungai Tisang, Bintulu.

Lampiran 1

TENTATIF MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI 2013

10.00 pagi:

- Ketibaan semua guru & murid-murid di dalam dewan - Bacaan doa (En. Rahmat bin Salleh) - Ucapan Pengerusi (Pn. Norini Basleri Hashim) - Ucapan Aluan dari Guru Besar - Takbir Raya - Nyanyian Lagu Raya - Pertandingan: a) Karaoke Lagu Raya b) Anyaman Ketupat c) Pakaian Baju Raya

Penyampaian Hadiah

12.00 tghari: - Jamuan

Lampiran 2 JAWATANKUASA KERJA

AJK Induk Penasihat Pengerusi Timb. Pengerusi Setiausaha Bendahari Pengacara Majlis : : : : : : En. Ali Sabri bin Saber Ali Khan Puan Norini Basleri Hashim En. Rahmat bin Salleh Cik Wan Athirah bt Wan Mohd Aminuddin Pn. Nor Hilmiah bt Hasuni Tuan Mohd Hakimi bin Tuan Abdul Manaf

AJK AJK Persediaan Tempat En. Muhd. Syafik bin Muhamad Surur (K) En. Muhammad Syafiq bin Mokhtar Yazid En. Muhammad Yusri bin Shadan Cik Nur Asyilah bt Mustaain Cik Nurul Amirah bt M. Loai AJK Buku Program Cik Anis Farhana bt Mohd Noor (K) Pn. Rosila bt Mohd Noor AJK Disiplin Pn. Nor-Ain bt Mohd Yusuf (K) Cik Aida Zameera bt Anuar AJK Hadiah & Cenderamata Cik Nurul Ain bt Ariff (K) Cik Wan Athirah bt Wan Mohd Aminuddin Pn. Nor Hilmiah bt Hasuni

AJK Makanan Pn. Nor Hajijah bt Chee (K) Pn. Hasmah bt Mohamad Pn. Noridah bt Arshit Pn. Haimah bt Kader AJK Pertandingan Cik Nur Asyilah bt Mustaain (K) Cik Nurul Amirah bt M. Loai Cik Aida Zameera bt Anuar AJK Siaraya En. Rahmat bin Salleh (K) En. Muhammad Yusri bin Shadan Tuan Mohd Hakimi bin Tuan Abdul Manaf AJK Dokumentasi En. Muhd Syafik bin Muhamad Surur AJK Kebersihan Pn. Noridah bt Arshit (K) Pn. Haimah bt Kader Pn. Norini Basleri Hashim Pn. Rosila bt Mohd Noor Hakim Pertandingan a) Karaoke Lagu Raya i. En. Ali Sabri bin Saber Ali Khan (K) ii. Pn Nor-Ain bt Mohd Yusuf b) Pakaian Baju Raya i. En. Awang Noordin bin Abu Bakar (K) ii. Pn. Nor Hajijah bt Chee iii. Cik Nur Asyilah bt Mustaain iv. En. Muhammad Syafiq bin Mokhtar Yazid c) Menganyam Ketupat i. Pn. Hasmah bt Mohamad (K) ii. Pn. Rosila bt Mohd Noor

Lampiran 3

Anggaran Belanjawan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri SK Sungai Tisang, Bintulu

Bil. 1.

Perkara Jamuan Makanan a) Guru dan staff

Perincian Perbelanjaan RM 7.00 x 50

Jumlah RM 350.00 RM 200.00 RM 120.00 RM 50.00

2.

b) Murid-murid Hadiah

(Mee goreng) RM 30.00 x 4 RM 25.00 x 2

3. 4.

Cenderahati Lain-lain perbelanjaan

RM 20.00 x 2 RM 5.00 x 30 JUMLAH

RM 40.00 RM 150.00 RM 50.00 RM 960.00

YBB9110/SK1358

Ruj. Kami : JPS(W)/SKST(perh)153/09/01/02 Tarikh : 21 Ogos 2013

Semua Murid Islam, Sk Sg.Tisang, Bintulu. Tuan, MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI 2013 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sehubungan itu, adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri untuk murid-murid SK Sungai Tisang pada: Tarikh : Hari : Tempat : Masa : 26 Ogos 2013 Isnin Kelas Tahun 4 & 5 SK Sungai Tisang. 10.00 pagi hingga 12.40 tengahari

3. Berhubung perkara di atas, murid-murid disarankan agar membawa pinggan, cawan dan sudu serta juadah hari raya seperti ketupat/ nasi himpit/ kuah kacang/ kuih raya/ makanan ringan dan minuman untuk menjayakan majlis tersebut. Justeru itu, pihak kami memohon agar pihak tuan/puan dapat menyediakan juadah hari raya untuk anak-anak tuan/puan. Juadah tersebut perlu diserahkan kepada Pn. Norhajijah sebelum waktu rehat. 4. Oleh itu, pemakaian pada hari tersebut adalah seperti berikut: Murid Lelaki Murid Perempuan 5. : Baju Melayu dan bersampin : Baju Kurung dan bertudung

Perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih. Yang benar,

....................................................... (ALI SABRI BIN SABER ALI KHAN) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Sungai Tisang, Bintulu.
s.k. Fail Sekolah Fail Panitia

YBB9110/SK1358

Ruj. Kami : JPS(W)/SKST(perh)153/09/01/02 Tarikh : 21 Ogos 2013

Semua Murid Bukan Islam, Sk Sg.Tisang, Bintulu. Tuan, MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI 2013 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sehubungan itu, adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri untuk murid-murid SK Sungai Tisang pada: Tarikh : Hari : Tempat : Masa : 26 Ogos 2013 Isnin Kelas Tahun 4 & 5 SK Sungai Tisang. 10.00 pagi hingga 12.40 tengahari

3. Berhubung perkara di atas, murid-murid disarankan agar membawa pinggan, sudu dan minuman untuk menjayakan majlis tersebut. Manakala pemakaian pada hari tersebut adalah seperti biasa bagi murid lelaki dan murid perempuan. 4. Perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

....................................................... (ALI SABRI BIN SABER ALI KHAN) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Sungai Tisang, Bintulu.
s.k. Fail Sekolah Fail Panitia