Anda di halaman 1dari 19

Peraturan Dan Langkah Keselamatan

Apabila menganjurkan sesuatu pertandingan di sekolah, pihak penganjur perlu mengambil kira peraturan dan langkah-langkah keselamatan.

Peraturan dan langkah-langkah keselamatan dibahagikan kepada 3 bahagian: Peserta Penonton Jurulatih dan Pegawai Sukan

Peserta perlu:
Mematuhi semua peraturan dan undang - undang permainan. Menghormati keputusan pengadil Mematuhi arahan jurulatih. Menjaga disiplin dan maruah diri semasa perlawanan. Menjaga imej dan nama baik keluarga dan sekolah. Menghormati pasukan lawan.

Mematuhi semua peraturan dan undang - undang permainan. Bermain dengan tenang dan tidak mengikut emosi. Bermain dengan adil dan berlaku jujur. Elak daripada bermain kasar. Bermain sebagai satu pasukan.

Penonton perlu:
Menghormati keputusan pengadil. Menghormati pemain dan pegawai pertandingan dan pegawai keselamatan. Menjada disiplin dan maruah diri. Menjaga imej dan nama baik keluarga dan sekolah. Menjaga kebersihan padang atau tempat pertandingan.

Jurulatih dan Pegawai Sukan:


Mematuhi peraturan dan undangundang permainan setiap masa. Menerapkan semangat kesukanan dalam diri semua atlet. Memastikan keselamatan dan kebajikan pemain. Menghormati permainan yang bersih.

Sebelum Pertandingan Dilaksanakan


Taklimat mengenai aktiviti pertandingan yang dilaksanakan. Taklimat dan mesyuarat dengan guru penasihat atau jurulatih . Memberi peluang dan masa untuk membuat latihan asas. Mengetahui latar belakang peserta Menyediakan kemudahan alat kecemasan .

Memikirkan perkara yang boleh menyebabkan kemalangan. Kebenaran pihak tertentu perlu diperoleh. Kebenaran ibu bapa dan penjaga perlu diperoleh. Menyediakan borang-borang markah. Memastikan semua alat pertandingan yang digunakan selamat . Menyediakan hakim, pegawai dan urusetia yang seimbang dan cukup .

Semasa Melaksanakan Pertandingan


Memastikan tempat dan peralatan pertandingan selamat digunakan. Memastikan pegawai/ pengadil/ hakim sentiasa berada di tempat pertandingan. Mengedarkan borang pemarkahan kepada pengadil/ hakim. Memastikan semua peserta melapor diri.

Menyediakan peralatan pertandingan yang secukupnya . Mengawasi dan memantau pelaksanaan pertandingan. Memastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil. Memberi taklimat kepada peserta . Memastikan peserta memakai pakaian yang selesa dan sesuai.

Membuat pemeriksaan yang rapi terhadap alat-alat yang digunakan. Menunjuk ajar teknik menggunakan alat dengan betul. Memastikan hakim dan pegawai yang mencukupi. Memastikan pegawai dan hakim mengisi borang-borang markah. Menyemak bilangan peserta cukup .

Memastikan semua peserta adalah sihat. Mengemas kini borang -borang markah dan memberitahu keputusan kepada peserta. Memastikan peralatan yang digunakan adalah cukup seperti asal dan tidak ada yang tertinggal.

Selepas Pertandingan Dilaksanakan


Membersihkan kawasan yang digunakan. Membayar semua bil dan pembelanjaan. Memastikan barang-barang/ peralatan yang dibawa cukup. Memastikan semua peralatan yang dipinjam dipulangkan.

Memastikan semua peralatan dan barang disimpan di tempat yang asal. Menyampaikan hadiah, cenderahati dan sijil kepada peserta. Membuat laporan. Menghantar surat penghargaan.

Penilaian, Pelaporan dan Post Mortem


Penilaian sesuatu pertandingan boleh dilaksanakan secara formal dan tidak formal. Formal : Borang soal selidik Tidak formal : Perbualan Membincangkan isu yang berkaitan dengan peranan dan tugas jawatankuasa mereka. Kadangkala setiausaha boleh memanggil semua jawatankuasa bermesyuarat post- mortem serentak .

Selepas itu, setiausaha perlu membuat laporan lengkap. Antara kandungan laporan pertandingan ialah : Pengenalan (jenis pertandingan, tempat dan masa) Dif Jemputan Atur cara pertandingan. Jawatankuasa Pengelola dan Jawatankuasa Kecil Senarai nama hakim dan Jawatankuasa Kecil Penyertaan Keputusan pertandingan bagi setiap acara Laporan bagi setiap Jawatankuasa Kecil

Selepas laporan, satu mesyuarat Jawatankuasa Pengelola boleh diadakan bagi membincangkan laporan tersebut, laporan yang siap perlu disimpan untuk rekod dan menjadi rujukan untuk pertandingan pada tahun-tahun berikutnya.

SEKIAN TERIMA KASIH