Anda di halaman 1dari 5

NADZIRUL AKMAL BIN MOHAMAD HAMZAH

RBT2

REFLEKSI PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya jua saya telah berjaya menyiapkan tugasan Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani PJM3110 ini dengan jayanya. Tugasan projek pada kali ini berkehendakkan kami untuk membuat satu Rancangan Pengajaran Harian (satu permainan padang dan satu permainan gelanggang) bagi murid-murid tahap 2 sekolah rendah. Seterusnya, kami dikehendaki untuk melaksanakan pengajaran mikro secara berpasangan bagi salah satu RPH yang dipilih. Pengajaran ini kami lakukan secara bergilir-gilr dalam tempoh lebih kurang 15 minit seorang dan yang terakhir adalah penulisan refleksi berdasarkan RPH serta pengajaran mikro yang telah dilakukan. Pada kali ini, saya telah memilih Muhammad Ifran bin Md Lazim sebagai rakan kumpulan saya dalam tugasan kali ini. Pertama sekali, begitu banyak pengalaman yang dapat saya peroleh sepanjang melaksanakan tugasan ini. Pada awalnya, saya mengalami sedikit masalah dari segi merangka RPH Pendidikan Jasmani Tahap 2 ini. Hal ini kerana saya kurang berpengalaman membuat RPH bagi subjek Pendidikan Jasmani. Masalah yang sering timbul termasuklah dari segi pemilihan tajuk untuk diajar kepada murid. Dalam tugasan RPH kali ini, saya telah memilih subjek hoki di bawah tunjang kemahiran. Tajuk ini merupakan tajuk Pendidikan Jasmani bagi tahun 4 dan fokus yang saya berikan adalah hantaran bola. Begitu susah bagi untuk saya memilih tajuk ini kerana kemahiran bermain hoki belum saya kuasai sepenuhnya. Tetapi bagi menambah cabaran dalam melaksanakan RPH ini, saya tekad untuk memilih tajuk ini. Saya mengambil sedikit masa untuk melihat teknik-teknik menghantar bola hoki di internet baik jurnal mahupun video. Selain itu, terdapat satu lagi kekangan untuk saya membuat RPH ini dengan jayanya. Hal ini termasuklah teknik membuat RPH secara betul dan tepat. Bagi saya, inilah adalah pengalaman terbaru bagi saya membuat RPH Pendidikan Jasmani. Masalah terbesar semasa membuat RPH ini adalah, saya terpaksa berhempas pulas untuk mencari aktiviti yang sesuai bagi set-set yang terdapat di dalam RPH. Dalam aspek kekuatan RPH yang telah saya buat, ternyata aktiviti yang telah dirancang mampu membuat murid faham dan jelas tentang kemahiran yang saya ajar iaitu menghantar bola dalam sukan hoki. Berdasarkan RPH tersebut juga,

NADZIRUL AKMAL BIN MOHAMAD HAMZAH

RBT2

objektif yang ditetapkan boleh dicapai dengan beberapa langkah yang saya terapkan di dalam set-set yang terdapat di dalam RPH. Selain itu, berdasarkan langkahlangkah aktiviti yang telah dirancang di dalam set permulaan, ia boleh menarik minat murid untuk bersukan dan meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran ini dengan dalam suasana yang seronok berdasarkan inovasi dari segi teknik pemanasan badan. Dari segi kelemahan pula, apa yang dapat dikesan adalah teknik membuat RPH yang lemah. Hal ini termasuklah, catatan Bahan Bantu Mengajar yang telah saya buat. Berdasarkan maklumat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah, ternyata catatan ini memerlukan saya untuk mencatatkan jumlah BBM atau alatan yang digunakan dengan lebih teperinci dan bukan hanya dicatat jenis alatan yang digunakan. Selain itu, apa yang perlu saya baiki adalah teknik dalam mengisi langkah dalam kotak RPH tersebut. Pada bahagian ini, haruslah dicatatkan jenis langkah-langkah secara terperinci seperti pada Langkah 3 dan dibawahnya hendaklah ditulis Ansur Maju berdasarkan ansur maju yang saya buat dalam aktiviti tersebut. Setelah mengenalpasti beberapa kelemahan tersebut, saya dikehendaki untuk membuat penambahbaikan dan pembetulan pada RPH tersebut berdasarkan cara dan teknik yang betul. Selain itu, dengan bertanya berkenaan teknik ini kepada pensyarah, banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam hal ini termasuklah dari segi pemilihan aktiviti. Setelah beberapa penambahbaikan dibuat, saya telah mengetahui sedikit sebanyak tentang cara dan teknik membuat RPH dengan cara yang betul dan tepat. Seterusnya, saya dan Muhammad Ifran telah melaksanakan pengajaran mikro secara berpasangan. Begitu banyak pengalaman yang dapat saya timba baik sebelum semasa mahupun selepas dalam melaksanakan pengajaran pengajaran mikro ini. Pertama sekali, sebelum melaksanakan pengajaran ini, kami telah bersepakat untuk menggunakan Rancangan Pengajaran Harian yang telah dibuat oleh Muhammad Ifran. Sebagai tambahan, RPH beliau menekan subjek menghantar dan menerima bola dalam bola baling. Kami telah membuat beberapa rujukan sebagai maklumat tambahan untuk kami sampaikan kepada murid-murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Setelah membahagikan tugas masing-masing, kami menunggu giliran untuk membuat pengajaran mikro ini. Sememangnya, begitu banyak liku-liku sebelum kami berjaya melaksanakannya. Pada mulanya, RPH yang

NADZIRUL AKMAL BIN MOHAMAD HAMZAH

RBT2

kami buat tidak diterima oleh pensyarah dek kerana kelemahan yang banyak terdapat di dalam RPH. Kami diberi peluang untuk memperbaiki kesilapan tersebut dan Alhamdulillah akhirnya kami pun melaksanakan pengajaran tersebut dengan jayanya meskipun terdapat sedikit kekurangan sepanjang pengajaran. Begitu banyak pengalaman yang dapat saya peroleh sepanjang mengajar subjek Bola Jaring kepada murid-murid. Hal ini termasuklah saya dapat belajar bagaimana menangani kepelbagaian jenis murid yang mempunyai tahap pembelajaran yang berbeza. Selain itu, saya berpeluang untuk menangani masalah tersebut dengan adanya ketegasan yang sedikit di dalam diri saya meskipun banyak unsur kencindan yang saya terapkan di dalam pengajaran. Selain itu, kekangan masa dalam

melaksanakan pengajaran membuat saya terpaksa untuk bijak membahagikan masa berdasarkan rancangan yang telah dibuat. Akhirnya, saya berasa gembira kerana murid-murid jelas dengan apa yang telah saya terangkan mengenai kemahiran menghantar dan menerima bola meskipun terdapat beberapa murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Walau bagaimanapun, mereka seronok mengikuti perkembangan pembelajaran tersebut dari mula sampai ke akhir pengajaran. Berdasarkan pengajaran mikro yang telah saya dan Muhammad Ifran, terdapat beberapa kekuatan yang dapat dikesan. Hal ini termasuklah penggunaan masa yang telah dirancang telah berjaya kami tangani. Penggunaan masa yang terhad telah kami manfaatkan dengan melajukan sedikit sesi demonstrasi dan penerangan. Selain itu, kami juga telah berjaya melaksanakan pengajaran mengikut spesifikasi yang telah dibuat di dalam RPH. Hal ini kami berjaya tangani dengan melakukan pengajaran dengan semangat keguruan yang tinggi. Dari aspek

kelemahan pula, apa yang dapat kami kesan adalah terdapat beberapa murid-murid yang tidak berminat dengan aktiviti yang telah kami rancang meskipun majoriti berminat dengan aktiviti yang telah dilaksanakan. Selain itu, semasa memberi penerangan terdapat beberapa mesej yang tidak sampai kepada pelajar. Hal ini berlaku kemungkinan dek kerana kerunsingan kepada terlebih masa dalam melaksanakan sesuatu langkah tersebut. Bagi mengatasi masalah ini, saya dapat rasakan yang setiap kelemahan yang ada dapat diatasi dengan membuat lebih banyak pengajaran mikro ketika kuliah. Hal ini sedikit sebanyak boleh membina keyakinan dalam diri saya dan guru pelatih yang

NADZIRUL AKMAL BIN MOHAMAD HAMZAH

RBT2

lain. Selain itu, berkenaaan dengan penggunaan masa, mungkin langkah positif seperti membuat latihan pengajaran mikro mengikut sesuatu langkah seperti set permulaan tersebut sehingga set permulaan tersebut kami berjaya lakukan mengikut masa yang telah dirancang. Saya percaya, sekiranya perkara ini dilakukan, setiap kelemahan akan dapat diatasi dengan jayanya. InsyaAllah. Berdasarkan tugasan projek PJM 3110 ini, ada beberapa masalah yang telah saya hadapi sepanjang melaksanakan tugasan ini secara keseluruhannya. Hal ini termasuklah dari segi pembikinan sesuatu RPH berdasarkan standart yang sebenar. Begitu banyak spesifikasi yang saya perlu teliti agar setiap kesalahan yang besar mahupun kecil dapat dibendung. Selain itu, kelemahan penggunaan masa dalam RPH adalah perkara biasa bagi seseorang guru pelatih yang baru belajar. Masa dalam melaksanakan langkah-langkah pengajaran sememangnya sukar untuk ditepati kerana adanya sedikit unsur-unsur pendekatan lain yang perlu dilakukan agar murid-murid lebih faham tentang topik yang dipelajari. Akhir sekali, kelemahan yang dapat saya dan rakan-rakan lain kesan adalah kekerapan melakukan RPH dengan teknik yang salah. Berkemungkinan hal ini berlaku akibat kesibukan kami menghadapi banyak tugasan dalam satu masa yang sama. Mungkin kami belum biasa dengan keadaan ini tetapi apa yang saya dapat simpulkan kelemahan ini harus diatasi dengan memahami sendiri tugas seorang pendidik dalam mendidik anak bangsa. Dalam erti kata lain, kelebihan tugasan projek kali ini adalah memberi ruang kepada kami untuk berlatih membuat suatu RPH yang menepati spesifikasi yang terbaik. Selain itu, tugasan ini amat berguna untuk kami jadikan satu landasan untuk kami memperkembangkan lagi potensi diri kami sebagai seorang bakal pendidik. Walaubagaimanapun, kekurangan demi kekurangan haruslah diatasi dengan suatu perubahan yang tidak begitu drastik. Dalam hal ini, sesuatu perkara yang mantap tidak mudah untuk dicapai dengan sekelip mata. Apa yang dapat saya simpulkan, usaha-usaha positif harus diteruskan meskipun ketika mengajar nanti. Semoga tugasan ini sedikit sebanyak membentuk diri kami agar menjadi seorang guru yang berkualiti. Akhir kata, ucapan ribuan terima kasih buat pensyarah PJM3110 kami iaitu Luvrina binti Jamaludin atas dorongan dan bimbingan yang diberikan baik secara

NADZIRUL AKMAL BIN MOHAMAD HAMZAH

RBT2

langsung ataupun secara tidak langsung. Saya percaya, setiap apa yang diajar beliau amat berguna buat bekalan kami di sekolah kelak. setiap teguran yang beliau berikan begitu membina jati diri kami sebagai seorang guru pelatih. Oleh kerana bimbingan beliaulah kami berjaya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sekian, terima kasih.