Anda di halaman 1dari 62

PJM 3110

ISL Minggu 1

K9

Kepentingan Pendidikan Jasmani -Pertumbuhan dan Perkembangan Fizikal -Perkembangan Mental -Perkembangan Emosi -Perkembangan Sosial

Kecergasan Fizikal

Kecergasan Sosial

Komponen Kecergasan

Kecergasan Mental

Kecergasan Emosi

Keupayaan memenuhi keperluan kehidupan seharian dan masih Kecergasan mempunyai tenaga Fizikal untuk bertindak balas terhadap perkara yang tidak diduga.

Kepentingan PJ dalam Pertumbuhan dan Perkembangan Fizikal

Bertujuan untuk melahirkan masyarakat menjadi cergas melalui aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

Perkembangan Fizikal
Dapat melahirkan murid yang mempunyai kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. Dapat menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri berdasarkan apa yang guru mengajar. Memberikan jadual senaman dan aktiviti fizikal supaya menjadi sebagai rutin harian serta dilaksanakan secara berterusan.

Sambungan
Dapat membantu murid dalam perkembangan diri individu terutamaya dari segi fizikal, sosial, mental dan emosi individu. Dapat mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal dengan bantuan guru. Dapat membentuk sahsiah dan disiplin diri yang baik dalam kalangan masyarakat pada masa depan.

Sambungan
Dapat mengurangkan risiko kecederaan dan penyakit-penyakit kronik melalui pengajaran pendidikan jasmani. Dapat memupuk kanak-kanak menyemai sikap bersenam pada setiap hari dan mengakibatkan mereka mempunyai badan yang cergas dan sihat. Memberikan keseronokkan kepada murid-murid dan murid tidak akan berasa bosan dan akan meningkatkan semangat dalam pembelajaran.

Sambungan
Dapat memelihara dan meningkatkan kesihatan diri dengan pengetahuan Pendidikan Jasmani yang diberikan. Menjadikan kanak-kanak berdikari dan lebih bermotivasi dalam melakukan aktiviti. Dapat menguasai pergerakkan-pergerakkan asas dengan mudah dan dapat membantu murid-murid semasa melakukan aktivitiaktiviti sukan.

Kecergasan Mental

Keupayaan kognitif individu; keupayaan untuk belajar dan berkembang secara intelektual. Seseorang itu berupaya untuk berfikir, menyoal dan menganalisis peristiwa untuk menyelesaikan masalah kehidupan seharian. Pengalaman formal dan tidak formal meningkatkan kecergasan mental.

Kepentingan PJ dalam Perkembangan Mental


Keupayaan Berfikir

Pengetahuan

Mengintepretasikan Pengetahuan

Pembangunan Kognitif

Perkembangan Mental
Pendidikan Jasmani dapat membantu seseorang individu untuk mengawal perkembangan dan pertumbuhan mental yang cergas dan sihat melalui aktivitiaktivit tunjang Pendidikan Jasmani.

Aktiviti-aktiviti tunjang Pendidikan Jasmani


Kecerdasan Kemahiran Kesukanan

Perkembangan Mental
Contohnya, Tujang Kesukanan dapat membantu menjana ketahanan mental yang kuat dalam kalangan pelajar apabila menghadapi cabaran sama ada dari segi mental atau fizikal. Ketahanan mental yang kuat akan dapat melahirkan individu yang sihat, cergas dan cerdas. Melahirkan individu untuk berfikir secara logik dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup seharian.

Sambungan
Mengembangkan pengetahuan dan keterampilan yang berkaitan dengan aktiviti jasmani dan perkembangan estetika. Mengembangkan kepercayaan diri dan kemampuan untuk menguasai keterampilan gerak dasar yang akan mendorong melibatkan diri dalam aktiviti. Menikmati kesenangan dan keriangan melalui aktiviti jasmani, termasuk permainan olahraga.

Sambungan
Menggalakkan pembinaan kualiti mental murid-murid yang waras seperti sahsiah yang murni, bersemangat, berdisplin dan lain-lain. Meningkatkan dan memajukan kemahiran, keupayaan untuk menbanding beza, menganalisi, menilai dan kesimpulan. Membantu dan meningkatkan kefahaman, kejelasan, menggunakan maklumat dengan berkesan serta menyelesaikan masalah.

Sambungan
Sebagai contoh, guru membahagikan muridmurid kepada beberapa kumpulan bertujuan untuk menjalankan pertandingan bola keranjang.
Untuk mendapat kemenangan setiap kumpulan akan berusaha untuk memikirkan pelbagai strategi yang berkesan untuk mendapatkan kedudukan pertama.

Sambungan
Mengembangkan nilai-nilai peribadi melalui melibatkan diri dalam aktiviti jasmani baik secara kelompok mahupun perseorangan. Nilai-nilai:
berdikari Bertanggungjawab bertinbang rasa berkeyakinan diri

Aspek

Emosi

Kecergasan Emosi

Keupayaan untuk mengawal emosi supaya seseorang itu berasa selesa untuk meluahkan perasaan dan berbuat demikian dengan cara yang sesuai.

Perkembangan Emosi
Kecergasan emosi boleh membantu murid mengawal emosi kerana tubuh badan yang cergas berupaya membantu mengawal perasaan dan berupaya mengenalpasti cara mengawal atau melepaskan tekanan. Kecergasan emosi dapat merangsang individu berfikiran positif dan rasional. Keadaan ini boleh melahirkan individu yang seimbang dan berfikiran positif dalam menangani sebarang situasi.

Sambungan
Dalam aspek pembangunan emosi dan sahsiah, pendidikan jasmani membantu murid meneroka kelemahan dan kelebihan mereka sendiri seterusnya memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk mengenali dirinya.

Kepentingan PJ dalam Perkembangan Emosi


Menghilangkan tekanan
Memenuhi kehendak lahiriah Meningkatkan keyakinan diri

Pengaruh sosial

Pengaruh mental dan fizikal

Menghilangkan Tekanan
Aktiviti dalam pendidikan jasmani dapat menghilangkan tekanan akibat daripada aktiviti seharian kita. Aktiviti seperti berlari dapat melupakan sebentar tugasan dan masalah yang dihadapi ketika di dalam kelas. Manusia dapat dipengaruhi emosinya berdasarkan beberapa peringkat persekitaran. Mikrosistem adalah lapisan persekitaran dalaman yang merujuk kepada aktiviti dan interaksi yang melibatkan hubungan secara langsung.

Meningkatkan Keyakinan Diri


Aktiviti yang menjurus kepada tahap kemahiran yang tinggi dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang. Keyakinan diri merujuk kepada tahap sejauh mana kita percaya akan kemampuan diri kita. Seseorang yang tampil dengan kesihatan yang baik dan bentuk fizikal yang mantap akan lebih berkeyakinan apabila berada di depan khalayak ramai.

Pengaruh Mental dan Fizikal


Apabila mental dan fizikal seseorang berada dalam keadaan yang baik, maka emosi juga akan menjadi terkawal. Tubuh yang sihat mempengaruhi mental yang sihat seterusnya menerbitkan emosi yang baik.

Pengaruh Sosial
Bentuk perhubungan yang baik ketika melakukan aktiviti akan mempengaruhi kawalan emosi kita. Sekiranya persekitaran sosial yang tegang, sudah pasti emosi seseorang tidak akan berada dalam keadaan yang baik.

Memenuhi Kehendak Lahiriah


Fitrah manusia terutama kanak-kanak suka akan bermain terumata yang berbentuk hiburan dan sosial. Oleh itu, melalui pendidikan jasmani dapat memenuhi tuntutan lahiriah manusia ini seterusnya menggalakkan perkembangan emosi yang positif. Ekspresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang, gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya.

Sambungan
Kehebatan dan kesensitifan perasaan selalunya diluahkan dari dalaman kepada tingkah laku tertentu atau cara kita menyampaikan perasaan. Perasaan-perasaan kuat ini akan mempengaruhi tindak balas luaran sama ada pada perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimik muka dan tidak terkawal seperti badan berpeluh kerana ketakutan.

Aspek

Sosial

Kecergasan Sosial

Keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan persekitaran. Ia merujuk kepada keupayaan seseorang individu menyesuaikan diri dalam institusi sosial melalui tingkah laku sehariannya.

Perkembangan Sosial
Pendidikan Jasmani adalah suatu aliran yang dapat membantu dalam pembangunan sosial seperti menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan masyarakat. Dengan kata lain, Pendidikan Jasmani berupaya membantu pembangunan sosial individu serta menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat.

Sambungan
Hal ini merupakan satu proses perkembangan di mana kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Hal ini melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajarai tingkah laku sosial.

Sambungan
Sifat kepimpinan yang baik melalui Pendidikan Jasmani merupakan medium utama untuk mencapai matlamat sosial. Penglibatan dengan aktiviti Pendidikan Jasmani mampu menjadi tapak yang kukuh untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seperti melakukan kerja berkumpulan, yang boleh diperolehi melalui permainan berpasukan.

Meniru
Pengiktirafan Sosial

Bertanding

Kepentingan PJ dalam Perkembangan Sosial

Bersimpati

Berkawan

Berkerjasama

Meniru
Meniru sikap dan tingkah laku individu yang disukainya. Contohnya, murid perempuan suka meniru sebagai seorang guru.

Bertanding
Cuba melakukan sesuatu yang lebih baik atau supaya dapat menang. Contohnya, murid-murid bertanding sesiapa yang berlari dengan lebih pantas.

Berkawan
Senyum, mendekati, bercakap, bermain bersama dan menunjukkan kemesraan kepada kawan. Contohnya, setiap murid mempunyai kawan sendiri dan akan sentiasa bermain dengan kawan yang baik dengan mereka.

Berkerjasama
Melibatkan diri secara bantu-membantu ke arah pencapaian matlamat bersama dalam aktiviti berkumpulan dan bermain bersama tanpa mengganggu atau merebut permainan orang lain. Contohnya, apabila bermain bola keranjang,murid akan menghantar bola kepada murid yang dekat jaringan sehingga memasuki bola keranjang.

Bersimpati
Menunjukkan perasaan kasihan apabila melihat orang lain dalam keadaan yang menyedihkan. Contohnya, apabila seseorang murid terjatuh, murid yang lain akan membantu dia kerana mereka berasa kasihan kepadanya.

Pengiktirafan Sosial
Ingin menarik perhatian supaya diberi penghormatan oleh rakan sebaya. Contohnya, ketua pasukan merupakan pemain yang boleh mengarah dan membentuk pasukan. Oleh itu, muridmurid yang lain boleh memberi penghormatan kepada murid tersebut.

SOALAN

1. Apakah tujuan Pendidikan Jasmani dalam membina pertumbuhan dan perkembangan fizikal? A. Ketahanan mental yang kuat akan dapat melahirkan individu yang sihat, cergas dan cerdas. B. Meningkatkan dan memajukan kemahiran, keupayaan untuk menbanding beza, menganalisi, menilai dan kesimpulan. C. Membantu murid meneroka kelemahan dan kelebihan mereka sendiri seterusnya memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk mengenali dirinya. D. Membina dan membentuk masyarakat menjadi cergas melalui aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

2. Pendidikan jasmani dalam pertumbuhan dan perkembangan fizikal amat penting dalam perkembangan diri murid-murid terutamanya dari segi apa? I. Fizikal II.Sosial III.Mental IV.Emosi V. Sahsiah dan disiplin diri
A. I, II, III,IV B. II,III,IV,V C. I,II,IV,V D. III,IV,V E. Semua Sekali

3. Pada pendapat anda, apakah aktivitiaktiviti yang dapat diadakan semasa anda mengajar pendidikan jasmani dalam pembangunan dan pertumbuhan fizikal? (Soalan Bebas) (5m)

4.Yang manakah pernyataan berikut adalah maksud kecergasan mental? A. Kebolehan seseorang individu memahami alam persekitaran. B. Keupayaan sesorang untuk mentafsir dan menganalisi untuk menyelesaikan masalah. C. Keupayaan memenuhi keperluan kehidupan seharian. D. Membantu seseorang individu untuk mengawal mental.

5. Pembangunan kognitif melibatkan aspek _______?

I. Pengetahuan II.Keupayaan berfikir III.Kemahiran IV.Intepretasikan pengetahuan A. I, II,III


B. I, III, IV

C. I, II, IV
D. II, III, IV

6.Aspek perkembangan mental dapat melalui aktiviti _________?

I. Kecerdasan II.Kemahiran III.Kesukanan IV.Ketangkasan


A. I, II,III B. I, III, IV C. I, II, IV D. II, III, IV

7. Apakah kepentingan Pendidikan Jasmani dari aspek perkembangan mental ? I. Keupayaan memenuhi keperluan kehidupan seharian. II. Meningkatkan kemahiran-kemahiran berfikir III.Pembinaan kualiti mental individu yang waras. IV.Melahirkan modal insan yang celik akal

A. I, II,III B. I, III, IV

C. I, II, IV D. II, III, IV

8. Pilih definisi yang paling tepat tentang kecergasan emosi.

A. Keupayaan untuk menunjukkan perasaan dengan sesuka hati. B. Keupayaan melepaskan tekanan yang terpendam tidak kira di apa situasi. C. Keupayaan untuk membuat mimik muka yang pelbagai untuk mengekspres emosi dalaman. D. Keupayaan untuk mengawal emosi supaya seseorang itu berasa selesa untuk meluahkan perasaan dan berbuat demikian dengan cara yang sesuai.

9.Berikut yang mana merupakan kepentingan Pendidikan Jasmani dalam perkembangan emosi? i. Menghilangkan tekanan ii. Memenuhi kehendak lahiriah iii. Meningkatkan keyakinan iv. Meningkatkan kemahiran bersosialisasi
A. I, II B. II, III C. I, II, III D. II, III, IV

10. Pilih kenyataan yang betul. i. Kecerdasan emosi mendorong seseorang berfikiran negatif. ii. Pendidikan Jasmani memberi ruang untuk murid mengenali diri sendirinya. iii. Murid-murid akan mengalami ganguan emosi yang lebih teruk selepas aktiviti Pendidikan Jasmani. iv. Tubuh badan yang cergas berupaya membantu mengawal perasaan dan berupaya mengenalpasti cara mengawal atau melepaskan tekanan.

A. I, II B. II, IV

C. II, III D. I, II, III, IV

11.Apakah aktiviti Pendidikan Jasmani yang dapat menghilangkan tekanan? A. Menjerit B. Menangis C. Berlari D. Mendengar lagu

12.Yang berikut, apakah yang akan mempengaruhi keadaan emosise seorang? i. Pengaruh fizikal ii. Pengaruh mental iii. Pengaruh sosial
A. I, II B. I, III

C. II, III

D. I, II, III

13.Apakah tingkah laku yang dilakukan oleh pelajar dalam perkembangan sosial berdasarkan kepentingan PJ? I. Meniru II.Berlawan III.bekerjasama
A. I, II B. I, III

C. II, III

D. I, II, III

14.Apakah yang boleh dibuat oleh murid untuk menarik perhatian rakan sebaya? I. Memberi sokongan II.Sering bercakap dengan rakan yang disukai III.Memberi hadiah atau makanan kepada rakan
A. I, II B. I, III

C. II, III

D. I, II, III

15.Apakah tingkah laku yang positif boleh dilakukan dalam perkembangan sosial? I. Berkerjasama II.Bergosip III.Bersimpati

A. I, II

B. I, III

C. II, III

D. I, II, III

16.Apakah maksud perkembangan sosial?


A.Berinteraksi dengan orang lain B.Melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial C.Mentafsir tingkah laku D.Mempelajari budaya orang lain

BETUL

SALAH

Anda mungkin juga menyukai