Anda di halaman 1dari 4

LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP

Disediakan oleh

Muhazir Mohamad ADC Pentadbiran PPM Tampin

LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA

LAMBANG PENGAKAP SEDUNIA

PERSETIAAN PENGAKAP Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan TAAT KEPADA TUHAN RAJA DAN NEGARA MENOLONG ORANG PADA SETIAP MASA MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP

BENDERA MALAYSIA

1.

UNDANG-UNDANG PENGAKAP Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. Pengakap adalah seorang yang taat kepada SPB YDP Agong serta Raja-Raja, pemimpin Pengakap, ibu bapanya, majikannya dan orang di bawahnya Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan bersaudara kepada lain-lain Pengakap walau apa negeri, pangkat dan agama sekali pun Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan setiasa berbudi Pengakap adalah baik dan kasihkan kepada segala binatang Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapa, ketua atau pemimpin Pengakapnya dengan tiada apa-apa soalan Pengakap adalah seorang yang setiasa sabar, tabah hati dan manis mukanya walaupun kesusahan Pengakap adalah seorang yang berjimat cermat Pengakap adalah seorang yang bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya

2.

3.

4.

5.

6. 7.

8.

BENDERA NEGERI SEMBILAN

9. 10.

PRINSIP RUKUNEGARA Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada raja dan negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang, Kesopanan dan kesusilaan.

COGANKATA PENGAKAP

BUAT HABIS BAIK

CERITA HUTAN DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak anak serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka mengadakan men Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatu-batu berbatu yang dipanggil Batu Sidang. Di sinilah nasib anak-anak anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah sud diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga. Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya anak termasuk Mowgli, sudah boleh berlarilari. Kemudian, pada suatu malam lam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anak-anak anak mereka ke Batu Sidang itu. Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak masing-masing, masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu ibu serigala menunjukkan anak masing-masing masing untuk dilihat oleh anggotaanggota Kumpulan. Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut sebaliknya bergurau dengan anak-anak anak serigala lain seolah-olah seolah dia pun serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota anggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba tiba Shere Khan mengaum dari belakang batu besar. "Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak hidup bersama kumpulan kum Serigala!" katanya. Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak dewasa menyatkan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Undang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan bu ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan. "Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan. Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan n Ibu Serigala pun bersedialah hendak bertempur bermati-matian bermati untuk mempertahankan Mowgli. Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekor beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang-undang undang Hutan. Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan. Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan m lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undang-undang undang Hutan, nyawa seekor anak serigala serig boleh ditebus dengan seekor buruan. Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota Kumpulan. AnggotaAnggota anggota Kumpulan segera bersetuju menerima nerima Mowgli sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu. Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai beramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu. Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka memang baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada suatu hari kelak.

HORMAT PENGAKAP

ISTIADAT LAUNG AGUNG


PENGASAS PENGAKAP LORD ROBERT STEPHENSON SMYTH BADEN POWELL

SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP MALAYSIA

Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.

Akela berteriak 'Pek' semua Pengakap Kanak-kanak berdiri diam dalam keadaan sedia. Akela berteriak 'Pek!', 'Pek!','Pek!'. PKK akan menyahut panggilan Akela 'Pek!!!!!!!!!!!' sambil berlari mengelilingi Akela. Akela mendepakan tangan untuk menandakan arahan kepada PKK membuat bulatan besar. PKK lantas memegang tangan membuat bulatan besar. Bila bulatan telah tersedia, PKK menjatuhkan tangan. Akela mendepakan tangan sekali lagi, PKK mengangkat tumit, Akela rapatkan tangan ke peha, PKK mencangkung dengan kedua-dua belah tangan mencecah ke tanah, kepala diangkat dan terus berteriak 'Akela, Kami Buat Habis Baik' Sebaik sahaja perkatan Baik dilaungkan, PKK lantas bangun tegak dalam keadaan sedia. Petugas mencabar dengan hormat kepada Akela. Petugas berteriak dengan intonasi mencabar. Kamu Buat Habis Baik?' PKK berdiri hormat pada akela dan terus menjawab: Kami Buat Habis Baik.' Akela membalas hormat, PKK tidak menjatuhkan tangan mereka sehingga Akela selesai membalas hormat. Ketua sekawan membuat laporan kepada Akela. Istiadat diteruskan dengan : Disediakan oleh o Bacaan doa / Bertakafur Muhazir Mohamad ADC Pentadbiran PPM Tampin o Persetiaan Pengakap o Istiadat mengibarkan bendera o Ucapan dan arahan untuk meneruskan aktiviti.PKK keluar baris dan bergerak kepada Sekawan untuk meneruskan aktiviti.