Anda di halaman 1dari 2

1.2.

1 Teori-teori Perkembangan Sosioemosi Banyak teori-teori yg dikemukakan oleh tokoh-tokoh berkaitan dgn perkembangan sosioemosi kanak-kanak pernah menyatakan bhw kanak-kanak perlu didedahkan tentang; Kesedaran dan pengurusan kendiri, Pencapaian emosi yang positif, Kesedaran tentang keperluan, perasaan dan pandangan orang lain, Pembinaan kemahiran sosial, dan Pembinaan keyakinan menghadapi cabaran kehidupan harian. Bandura pula menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga diperoleh dengan cara peniruan. Beliau berpendapat kanak-kanak meniru tingkah laku emosi yang diperhatikannya pd orang lain dan melakukan gerak balas yg tidak pernah dibuatnya dahulu. Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang telah dipelajarinya mengenai penerimaan oleh masyarakat, cara yg paling mendatangkan kepuasan dan yg telah dipelajarinya utk mendapatkan sesuatu dgn paling mudah dan cepat. Teori Erik Erikson pula menekankan kepentingan hbgn sosial dgn individu-individu di persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak dibtk hasil drpd perkembangan psikososial ini. Di dlm teori ini, Erikson memperkenalkan 8 peringkat perkembangan psikososial. Setiap peringkat saling berkait rapat atr satu sama lain. Erikson mencadangkan individu perlu berhadapan dengan krisis perkembangan di dalam setiap peringkat yang mana pada setiap peringkat mempunyai matlamat untuk dicapai. Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri seseorang individu. Peringkat-peringkat yg terlibat untuk kanak-kanak yang berusia 2 - 6 tahun ialah: Autonomi lawan keraguan (1 hingga 3 tahun) Kanak-kanak akan cuba melakukan aktiviti fizikal tanpa memerlukan bantuan orang dewasa contohnya ingin cuba makan dan minum dengan sendiri, membuang air, memakai kasut dan sebagainya. Kanak-kanak yang diberi sokongan untuk meneroka perlakuan fizikal ini akan merasa mempunyai keyakinan diri atau autonomi manakala yang tidak diberi peluang akan merasa ragu-ragu kepada dirinya. Inisiatif lawan rasa berasa bersalah (4 hingga 6 tahun) Kanak-kanak cuba berdikari dgn meneroka persekitaran dan kemahiran baru. Mereka suka bertanya dan mahu penjelasan untuk situasi yg berlaku. Sokongan yang diberi akan menggalakkan inisiatif dlm diri kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidak diberi peluang akan rasa bersalah kepada dirinya. 1.3 Bermain Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar melalui bermain diberi penekanan khusus dalam proses pengajaran dan pembelajaran

kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak. Melalui bermain mereka gembira dan senang hati membuat penerokaan, penemuan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi. [Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003] Bermain adalah proses semula jadi dan spontan. Ia adalah kerja kanak-kanak yg dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran. Bermain membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yg kreatif. Bagi kanak-kanak yg sedang membesar, bermain adalah satu keperluan. Melalui bermain kanak-kanak dpt belajar pelbagai perkara dan ia dikenali sbg pembelajaran tidak formal. Froebel (1782 1852) pernah mewujudkan program kindergarten 1 di Jerman untuk kanak-kanak yg berumur 4 - 5 tahun berkonsepkan bermain sambil belajar. Beliau percaya proses pembelajaran yg paling berkesan adalah sst aktiviti yg menggembirakan. Bermain adalah slh satu aktiviti yg menggembirakan. Dgn bermain kanak-kank dpt meningkatkan kemahiran. John Dewey (1852 1859) pula menggalakkan proses pembelajaran melalui prinsip belajar melalui bermain di mana aspek keseronokan merupakan hak bagi setiap kanak-kanak. 1.3.1 Kategori Main Mildred Parten (1932) telah mengkaji main dari segi aspek sosial. Beliau mengkategorikan main sosial kepada 6 peringkat pembentukan sosial kanak-kanak menerusi main. Kajiannya ttg main sosial masih dianggap sesuai sehingga hari ini. Pemeringkatan main yg digunakan olh Parten terus dijadikan rujukan. Kategori main sosial mengikut Parten adalah spt berikut: Perlakuan tidak menentu (unoccupied behaviour) kanak-kanak bergerak di dalam kelas dari satu tempat ke tempat lain sambil memerhati tetapi tidak bermain; Main sendirian (solitary play) kanak-kanak bermain sendirian, tidak melibatkan kanak-kanak lain yang duduk berhampiran dengannya; Main pemerhatian (onlooker play) kanak-kanak ini berdiri memerhati kanak-kanak lain bermain tetapi tidak melibatkan diri dalam permainan; Main selari (parallel play) kanak-kanak bermain permainan yang sama tetapi tidak bermain bersama-sama dan tidak berkongsi alat permainan yang sama; Main asosiatif (associative play) kanak-kanak ini berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan berkongsi peralatan mainan tetapi tidak bersama dalam aktiviti main; dan Main koperatif (cooperative play) kanak-kanak ini bermain dalam bentuk sosial dan melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti. Jean Piaget menyarankan bahawa pembelajaran bermakna memerlukan masa untuk memainkannya dengan cara membuat sesuatu menerusi berbagai alternatif. Oleh itu kanakkanak memerlukan masa yang fleksibel dalam aktiviti main untuk mencapai matlamatnya. http://impreschoolteacha.blogspot.com/2009/09/permainan-yang-merangsangperkembangan.html

Anda mungkin juga menyukai