Anda di halaman 1dari 30

STRES DIKALANGAN GURU-GURU DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DALAM BIDANG PENDIDIKAN

1.0

PENGENALAN

Profesion perguruan adalah bidang yang memberi perkhidmatan yang unik dan diperlukan oleh masyarakat. Keunikannya hanya akan dirasai dan diketahui oleh mereka yang terlibat dalam profesion ini. Hanya warga profesion ini sahaja yang berkemampuan memberi perkhidmatan pendidikan terbaik kepada masyarakat dan memberi kesan yang besar terhadap perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap insan (Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan, dalam Abd Rahim Hamdan, 2006: 1). Menurut Musgrave dalam Amir Hasan Dawi (2006: 212), tugas yang dianggap profesion ialah hanya menggunakan ilmu yang dimiliki untuk faedah pelanggannya. Sungguhpun begitu untuk menterjemahkan konsep profesion perguruan dalam satu ayat yang lengkap bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan kerana ia perlu dijelaskan daripada pelbagai perspektif. Namun terdapat ciri-ciri umum untuk menerima sesuatu pekerjaan sebagai profesion iaitu mempunyai ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam bidang yang khusus, mempunyai latihan khas dan sebagainya. Profesion perguruan dianggap satu profesion yang mencabar. Guru memainkan pelbagai peranan untuk menjadikan dirinya seorang pendidik yang berkesan.

Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh mencabar. Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini dalam proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber, dan pencapaian matlamat pendidikan (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Justeru itu, dengan pelaksanaan pelbagai-bagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru menjadi lebih mencabar. Di Malaysia, fenomena stres di kalangan guru kini sedang hebat diperbincangkan dan dijadikan sebagai bahan kajian ilmiah. Malahan, kajian-kajian yang lepas juga mendapati bahawa profesion perguruan adalah bidang kerjaya yang menghadapi stres kerja yang tinggi (Cooper 1995, Hart et al.,1995) dalam Mokhtar (1998).

Hatta Sidi dan Mohamed Hatta ( 2005), mentakrifkan stres sebagai tindak balas minda dan fizikal yang terhasil daripada permintaan ( atau cabaran ) mengikut sesuatu
1

keadaan atau tempat. Stres melibatkan perasaan subjektif, yang pada mulanya di terima oleh diri seseorang secara aman, tetapi lama-kelamaan menjadi semakin kacau apabila permintaan atau cabaran semakin bertambah. Stres terjadi akibat perubahan yang berlaku di dalam tubuh dan mempunyai kaitan dengan alam sekeliling. Menurut Nor Hanani ( 2007 ) pula stress merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, enxieti, kemurungan dan hilang daya. Gejala stres ini terhasil apabila seseorang itu berasa yang keperluan melebihi daripada keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya.

Arus pendidikan hari ini semakin mendesak para professional pendidikan untuk bekerja keras dan lebih masa demi mencapai permintaan tinggi pendidikan tersebut. Di samping usaha peningkatan dan perlaksanaan, guru-guru semakin mula tertekan atau sekurang-kurangnya pernah berasa tertekan dengan demand tinggi bebanan kerjaya pendidikan ini. Menurut Sapora Sipon (2007), stres terhadap guru memang

berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbingan. Guru yang gagal mengawal diri akibat stres akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan murid dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan mutu pendidikan. 2.0 DEFINISI KONSEP Menurut Burhanuddin Abdul Jalal (2010), stress merupakan suatu ungkapan yang sering dikaitkan dengan hal-hal yang negatif seperti gila, gelisah, tertekan, tidak mampu berfikir, jiwa yang resah, pemarah dan hal-hal negatif yang lain. Kita barangkali amat biasa dengan istilah atau ungkapan ini. Ini mungkin kerana setiap hari kita mengalami stress. Mengapakah ini berlaku? Stress berlaku apabila keadaan tubuh badan atau jiwa kita mengalami suatu keadaan atau situasi di luar kebiasaan kita. Tekanan boleh didefinisikan sebagai tindak balas emosi yang tidak spesifik terhadap desakan sama ada yang sebenar atau yang diimaginasikan. Ia merupakan satu fenomena semula jadi yang tidak boleh dielakkan sekiranya seseorang itu membuat kerja-kerja profesional. Tekanan merupakan normal dalam kehidupan yang sentiasa dipenuhi dengan kesibukan. Setiap orang akan mengalami tekanan (stres) dalam kehidupan seharian mereka.

Tekanan (stres) yang berterusan dan keterlaluan boleh mengganggu kesihatan mental mahupun kesihatan fizikal. Tekanan merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Kehidupan manusia pada alaf ini amat mencabar dan kompleks. Kepelbagaian dan kekompleksian kehidupan ini menyebabkan munculnya Sindrom Baru yang menyerang manusia iaitu tekanan atau lebih dikenali sebagai stres. Menurut Hatta Sidi dan Mohamed Hatta Shaharom (2002) stres merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia sejak dahulu lagi tanpa disedari. Ia berubah wajah mengikut peredaran masa. Stres bukanlah suatu perkara yang asing bagi masyarakat negara ini. Stres biasanya dialami oleh semua manusia apabila berada dalam keadaan yang tidak menyeronokkan. Stres akan menjadi lebih teruk dan semakin sukar dikawal apabila timbulnya perasaan marah. Contohnya, kesan-kesan stress seperti kenaikan tekanan darah, hilang sabar dan cepat marah akan menjadi lebih teruk apabila kemarahan memuncak.(Mohd. Razali Salleh, 2010). Tekanan atau stres adalah satu tindakbalas fisiologikal dan psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang. Ini bermaksud, tekanan yang melanda seseorang akan menyebabkan fikiran dan fizikal individu tersebut bertindak balas mengikut keadaan dan tahap tekanan tersebut. Sekiranya tahap tekanan tersebut adalah rendah maka tindakbalas individu terbabit juga tidak terlalu besar dan begitu juga sebaliknya. Smither (1994), kenyataan ini disokong oleh Schafer (1992), yang menyatakan bahawa tekanan sebagai kebangkitan minda dan fizikal seseorang dalam memberi tindakbalas kepada sesuatu permintaan terhadap diri seseorang. Tambahan pula, Fontana (1989), juga menyatakan bahawa tekanan adalah satu bentuk permintaan yang dibuat ke atas keupayaan untuk menyesuaikan minda dan fizikal serta seterusnya menjelaskan sekiranya seseorang itu dapat menerima dan menangani permintaan tersebut, maka tekanan tersebut akan mendatangkan kesan yang positif.

Hal ini menunjukkan bahawa cara seseorang menangani tekanan bergantung kepada tahap kesediaan minda dan fizikal seseorang untuk menerima atau menyerap sesuatu tekanan yang diterima. Sekiranya individu terbabit tidak bersedia dari segi fizikal dan mental, maka sudah pastinya tekanan yang datang dalam bentuk permintaan ini tidak mampu dihadapi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan individu tersebut tertekan dan menghadapi masalah yang lebih besar. Sementara itu, menurut Levine dan Ursin (2009),
3

tindakbalas tekanan ini adalah satu perubahan fisiologi dan perlakuan yang berlaku terhadap mereka yang menghadapi tekanan. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa, tekanan bukanlah satu perkara yang boleh diambil ringan kerana seseorang itu akan menghadapi risiko untuk berubah perlakuannya dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti bercakap kasar, memulakan pertengkaran, terlibat secara fizikal dalam pergaduhan, penyalahgunaan dadah, terlibat dalam jenayah dan sebagainya yang membuktikan walau sekecil mana sekalipun tekanan tersebut sekiranya tidak diuruskan dengan betul mampu membawa malapetaka yang lebih dahsyat lagi kepada mereka yang terlibat. Namun semuanya bergantung kepada kekuatan mental dan fizikal seseorang kerana ianya dapat membantu seseorang untuk menyerap tekanan dan dapat menerima tekanan tersebut secara positif.

Tekanan kerja pada tahap yang tinggi juga akan membawa kepada ketidakpuasan dalam membuat kerja dan akhirnya sikap suka mengelak dan mengabaikan kerja akan terhasil. Tindakbalas penyesuaian tekanan oleh guru merangkumi tindakbalas psikologikal (keletihan dan kemurungan), fisiologikal (sakit kepala dan tekanan darah tinggi) dan berkaitan sikap (pengambilan alkohol, merokok, gaya hidup dan masalah tidur). Akibat suasana kerja yang teruk akan menyumbang kepada faktor tekanan dan seterusnya membawa kepada ketidakpuasan kerja serta keinginan untuk meninggalkan profesion keguruan. Kyriacou & Sutcliffe (1978), menyatakan bahawa tekanan guru adalah berpunca dari aspek kerja mereka yang akhirnya menganggu emosi. Gangguan emosi ini akhirnya menimbulkan rasa marah, perasaan tidak selesa, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang tinggi. Dalam hal ini , guru yang menghadapi tekanan adalah guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan budaya pendidikan yang bukan sahaja untuk memberi ilmu pengetahuan tetapi perlu mendidik manusia agar menjadi manusia yang berguna. Oleh itu, bagi mewujudkan satu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan guruguru terpaksa melakukan kerja lebih masa bagi menyediakan alat bantu mengajar, menghadiri kursus dan bengkel sepanjang minggu bagi membuat penyesuaian terhadap kaedah pengajaran yang baru. Pada masa yang sama pula guru perlu melakukan kerja-kerja pengkeranian dan ini telah meningkatkan tekanan di kalangan guru di sekolah. Namun begitu, dalam perspektif pendidikan, sejak tahun lapan puluhan Kyriacou (1987) telah menjelaskan bahawa terdapat bukti yang kukuh menunjukkan stres yang berpanjangan boleh melemahkan mental dan fizikal seseorang guru. Seterusnya kajian
4

Jamaliyah (1999) juga menunjukkan stres membawa risiko ke atas kesihatan seseorang guru. Di samping itu, menurut kajian Ali Murat Sunbul (2003) pula, terlalu banyak stres yang dihadapi oleh guru juga boleh mendatangkan pelbagai kesan yang negatif dan boleh mengganggu prestasi serta kepuasan kerja seseorang guru. Kebanyakan guru melaporkan stres dalam pekerjaan mereka dan mengalami burn out pada peringkat tertentu dalam pengalaman perkerjaan mereka (Cormaks, 2000). Di Malaysia, profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh mencabar. (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai usaha dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu usaha dalam meningkatkan mutu sistem pendidikan di Malaysia. Dengan pelaksanaan pelbagai reformasi ini, tugas, peranan dan tanggungjawab guru menjadi semakin mencabar.Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan.

Bukan sekadar itu, masalah ini akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikan. (Dr.Sapora Sipon, 2007). Peratusan kadar stress dalam kalangan pekerja di Malaysia yang telah dicatatkan pada tahun 2011 juga menunjukkan bahawa guru berada pada tempat keempat dengan peratusan sebanyak 45.8 % berbanding pekerjaan-pekerjaan yang lain seperti jururawat, doktor dan sebagainya. Statistik ini membuktikan bahawa tugas guru ini bukan tugasan biasa dan mudah seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak. Satu kajian telah dijalankan oleh Mohamad Abdillah Royo dan Woo Sew Fun dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya bagi mengenalpasti punca sebenar dan jalan penyelesaian bagi masalah ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelbagai perkara yang dikenalpasti menyumbang kepada masalah ini antaranya bebanan tugas, kerenah murid, kurang motivasi dan sebagainya.

Tekanan merupakan satu pengalaman yang lumrah dalam kehidupan manusia. Setiap manusia tidak dapat lari daripada tekanan yang berpunca daripada peristiwa-peristiwa dalam kehidupan baik dalam bentuk fizikal, sosial mahupun psikologikal. Kesan tekanan ke atas
5

seseorang individu banyak bergantung pada ciri-ciri dan sikap individu itu bagaimana untuk mengatasinya. Smither (1994) menakrifkan tekanan sebagai respon fisilogikal dan psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang. Schafer (1992) mendefinisikan tekanan sebagai kebangkitan minda dan badan seseorang dalam bertindak balas kepada permintaan terhadap dirinya. Fontana (1989) pula memberi definisi tekanan sebagai permintaan yang dibuat ke atas keupayaan penyesuaian minda dan badan seterusnya menjelaskan sekiranya keupayaan seseorang itu dapat menangani permintaan itu, maka tekanan itu akan mendatangkan kesan yang positif. Kesedaran tentang perlunya menguruskan tekanan ini digambarkan dengan kajiankajian yang banyak dijalankan sama ada di dalam ataupun di luar negeri. Antaranya ialah kajian oleh Nelson dan Sutton (1990) dan Jung (1995) di Amerika Syarikat; Cooper dan Kelly (1993) , Abouserie (1996) dan Cockburn (1996) di United Kingdom; Chan dan Hui (1995) di Hong Kong. Di dalam negeri pula telah dijalankan oleh Noor Azzuddin (1990), Noriah (1995), Abu Omar (1996) dan Ungku Norulkamar (1997). Kebanyakan kajian yang dimaksudkan adalah berkaitan langsung dengan persoalan tekanan dalam kalangan guru-guru. Gold dan Roth (1993) menggambarkan status profesion perguruan masa kini dianggap mempunyai tiga keadaan negatif, iaitu keadaan yang bertekanan, moral guru yang rendah, dan peletakan jawatan (mungkin bukan dalam keadaan kegawatan sekarang). Di Malaysia, persoalan tekanan dalam kalangan guru bukan lagi setakat bahan kajian ilmiah, malah menjadi isu dalam media masa. Menurut Muhamad (1995) , kajian oleh Kongres Kesatuan Guru-guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (KONGRES) menunjukkan guru-guru mengeluh terhadap kerja-kerja persediaan guru seperti menyediakan perancangan tahunan, penggal, mingguan, dan harian. Dalam konteks negeri Sarawak, Menteri Pembangunan Industri, Datuk Abang Johari Abang Haji Openg selaku menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pendidikan telah menjelaskan sebab-sebab mengapa 75 guru di Sarawak telah meninggalkan profesion perguruan (semenjak 1993 hingga Mei 1996). Antara alasannya ialah masalah peribadi, tawaran yang lebih baik, tidak mahu berjauhan dengan keluarga, persekitaran kerja yang tidak sesuai dan beban tugas yang berat (Borneo Post, 1996). Perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan terutamanya masalah pelajar, bebanan kerja , isu SSB, dan perubahan dasar yang tidak pernah selesai. Kesemua ini menuntut perubahan pandangan guru terhadap persekitaran mereka. Perubahan ini pasti menyebabkan tekanan ke atas guru.
6

Menurut Zaba (1963), stres adalah satu paksaan atau desakan kepada sesuatu perkara yang diutamakan atau yang terpenting. Hans Selye (1963) pula, mendefinisikan stres sebagai suatu tindakbalas tubuh kepada tuntutan-tuntutan dalaman dan luaran terhadap dirinya sehingga melibatkan kadar Wear and tear of the living body . Menurutnya lagi, stres merupakan satu komponen kehidupan yang memberikan kesan positif mahupun sebaliknya terhadap seseorang. Kesan yang positif disebut sebagai eutress dan kesan negatif pula dipanggil distress. Stres boleh menjadi positif sekiranya dipandang sebagai satu cabaran yang boleh meningkatkan potensi diri dan produktiviti.

3.0

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB STRES

Daripada beberapa definisi yang diberikan di atas, maka boleh dikatakan tekanan terbukti mempunyai hubungan dengan faktor dalaman dan luaran seseorang. Faktor luaran ini bermaksud persekitaran fizikal seperti tugasan dan tanggungjawab di pejabat, tahap perhubungan dengan manusia lain, keadaan fizikal kediaman, tahap kebisingan, kesesakan jalanraya dan sebagainya yang berkaitan dengan kehidupan seharian manusia. Faktor dalaman pula bermaksud faktor yang mempengaruhi seseorang di dalam menangani faktorfaktor luaran tadi seperti tahap kesihatan fizikal dan mental, emosi dan perasaan serta rehat yang mencukupi. Bagi mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang tinggi, kemungkinan untuk mereka menghadapi tekanan disebabkan perkara yang remeh-temeh adalah rendah dan cara mereka bertindakbalas juga adalah secara sederhana. Manakala mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang rendah mempunyai kemungkinan untuk mengalami tekanan dan bertindakbalas secara agresif walaupun atas sebab-sebab yang kecil akibat ketahanan mental dan fizikal yang lemah.

Kadar stres yang dirasai oleh seseorang guru terhadap sesuatu perkara atau isu adalah berbeza. Perbezaan stres yang dialami oleh sesorang guru bukan sahaja disebabkan oleh faktor luaran tetapi juga oleh faktor dalaman.

Beban kerja ( Workload) Karenah Pelajar ( Student Misbehaviour) Pengiktirafan Professional ( Professional Recognition) Sumber Pengajaran (Classroom Resources) Resources) Perhubungan Kurang Baik Dengan Rakan Sekerja (Poor Colleaque Relations) Tekanan Stres

Rajah 1 : Model Tekanan Stres Guru oleh Boyle, Borg, Falzon & Baglioni

Rajah 1 di atas menunjukkan model stres yang dihadapi oleh guru. Model ini dibentuk oleh Boyle, Borg, Falzon & Baglioni. Model dibina berpandukan kepada lima sumber yang dimaksudkan ialah beban kerja, karenah murid, pengiktirafan professional, sumber pengajaran dan perhubungan dengan rakan sekerja yang kurang baik. Dalam konteks perguruan, stress berpunca dari faktor luaran diri individu seperti faktor organisasi atau pun majikan, pekerjaan, dan hubungan sosial.

Stres boleh berlaku kepada semua guru sama ada guru sekolah menengah mahupun rendah. Satu kajian yang dijalankan oleh Azizi Yahya dan Norliza Othman mengenai punca sebenar berlakunya masalah stres dalam kalangan guru matematik di negeri Johor. Hasil kajian mendapati bahawa faktor yang paling mempengaruhi stres adalah faktor masalah disiplin pelajar yang mencatatkan nilai min keseluruhan tertinggi iaitu 3.83. Kajian juga dijalankan oleh Azrul Hisham Abdul Manaf pada tahun 2009 menunjukkan bahawa guru tidak terlepas daripada perlakuan dan sikap segelintir pelajar yang kadangkala menyakitkan hati. Antara contoh perlakuan pelajar yang membangkitkan kemarahan guru termasuklah datang lewat ke kelas, membuat bising ketika sesi pengajaran dan pembelajaran bermula, tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah dan bersikap biadap dengan guru.

Perkara ini menyebabkan guru mengambil keputusan yang agak drastik dan berasaskan emosi untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Walaupun tindakan ini melanggar etika dan tatatertib seorang pendidik, namun kadangkala emosi yang tidak stabil boleh menguasai kekuatan akal fikiran yang waras. Terdapat banyak contoh kes sebenarnya yang berkaitan dengan tindakan disiplin berdasarkan emosi yang dilakukan oleh guru yang berkait dengan masalah disiplin pelajar. Antaranya ialah kejadian
8

di mana 200 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan di Sarawak yang telah dihukum dengan cara berendam di dalam sebuah kolam yang kotor oleh warden asrama mereka disebabkan masalah disiplin (Utusan Malaysia, 28 Julai 2007). Setahun sebelum itu,seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Kelantan telah bertindak memukul seorang pelajar berulang kali di kawasan sekolah kerana memakai seluar jeans pada hari terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ( Berita Harian, 20 Mei 2006 ).

Guru bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan para pelajar yang bermasalah tetapi juga berhadapan dengan ibu bapa pelajar yang memberikan harapan yang amat tinggi kepada para guru untuk menjadikan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran. Hal ini dapat dibuktikan menerusi kajian yang telah dijalankan oleh Unit Kaunseling Jabatan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada tahun 2006 yang mendapati bahawa 83% daripada guru telah mengalami tekanan akibat harapan tinggi yang diletakkan oleh ibu bapa pelajar yang mengharapkan guru-guru di sekolah boleh membantu untuk menjadikan anak-anak mereka sebagai pelajar yang cemerlang dalam akademik.

Kajian yang sama juga menyatakan bahawa kebanyakan ibu bapa akan melepaskan sepenuhnya tanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka kepada guru sekolah sambil mengharapkan anak mereka memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Abu Bakar Hamzah dalam artikelnya yang dimuatkan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 23 Februari 2007 mengatakan bahawa ibu bapa kebiasaannya akan mengukur kejayaan mutlak seseorang pelajar berdasarkan kecemerlangan akademik semata-mata tanpa mengira aspekaspek lain yang tidak kurang pentingnya seperti kemahiran dalam bidang vokasional. Akibat daripada harapan yang terlampau tinggi, kebanyakan guru terpaksa menghabiskan banyak masa mereka di sekolah untuk mengadakan kelas-kelas tambahan di luar waktu persekolahan bagi memastikan harapan ibu bapa dipenuhi.

Selain itu, faktor bebanan kerja yang terlampau banyak juga menyebabkan guru-guru mengalami masalah stres. Menurut Esah Sulaiman (2003), guru merupakan pengurus pembelajaran yang bertanggungjawab untuk merancang pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak diajar kepada pelajar setiap hari. Ini menunjukkan tanggungjawab guru untuk menyediakan maklumat-maklumat untuk diajar tidak semudah yang disangkakan. Guru juga dibebankan dengan tugas-tugas lain seperti tugas pentadbiran sekolah contohnya merancang

dan menjalankan aktiviti sekolah, menjadi penasihat persatuan dan kelab, menjalani kursus yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri dan sebagainya.

Perkara ini mungkin dilihat mudah oleh sesetengah pihak namun ia merupakan bebanan yang amat tinggi kepada para guru kerana mereka terpaksa melakukan pelbagai jenis kerja yang berkaitan dengan akademik, kokurikulum dan pentadbiran sekaligus setiap hari. Tambahan pula, adakalanya tugas-tugas ini perlu diselesaikan pada hari minggu sehingga menyebabkan guru tidak mendapat ruang waktu untuk berehat dan bersama keluarga. Ia menjadi menjadi satu masalah yang besar dan dipandang serius oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga wujudnya satu Jawatankuasa Khas bagi mengkaji bebanan tugas guru yang terlampau banyak. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Don yang mempengerusikan jawatankuasa itu, beberapa cadangan sudah dikenalpasti bagi menangani masalah ini. Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi memberi maklumbalas terhadap aduan yang dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) terhadap bebanan tugas guru dalam satu sidang media yang diadakan pada tarikh 30 Mac 2010. Ini membuktikan bahawa banyak pihak yang menyedari akan bebanan tugas guru yang semakin mencabar.

Bagi pekerja di setiap organisasi, etika kepimpinan seseorang pemimpin atasan memainkan peranan yang penting dalam memajukan organisasi tersebut. Perkara yang sama juga berlaku di sekolah apabila etika kepimpinan pengetua atau guru besar yang memainkan peranan yang sangat penting di dalam kemajuan dan pembangunan sekolah serta sumber manusianya. Guru sememangnya bergantung harap kepada guru besar untuk memastikan kelancaran pentadbiran di sekolah di samping menjaga kebajikan mereka sebaik-baiknya. Sekiranya perkara ini tidak berlaku, guru akan mengalami tekanan kerana persekitaran tempat kerja yang tidak membantu mereka untuk menjadi lebih produktif di dalam perkhidmatan. Hal ini kerana, adakalanya dalam melaksanakan sesuatu program di sekolah, terdapat corak pentadbiran dan tindakan pengetua yang kurang disenangi di sekolah. Malahan, ada juga program yang diatur bukanlah untuk kepentingan sekolah atau pelajar sebaliknya untuk kepentingan peribadi pengetua dan guru besar semata-mata.

Keputusan-keputusan tentang peraturan dan dasar sekolah yang tidak adil dan kerap berubah juga akan membangkitkan ketidakpuasan hati guru. (Hamedah binti Wok Awang, 2004). Selain itu, ada juga pengetua yang menyalahgunakan peruntukan sekolah untuk
10

kegunaan peribadi seperti hanya menumpukan usaha membesar dan mencantikkan bilik guru besar dan pengetua sahaja walaupun peruntukan tersebut sebenarnya harus digunakan untuk pembangunan fizikal sekolah serta kebajikan kakitangan dan pelajar. Isu ini telah dilaporkan oleh BERNAMA pada 17 Februari 2000, apabila Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan segera terhadap pengetua yang menyalahgunakan kuasa mereka termasuk yang terlibat dalam rasuah.

Menurut mantan Menteri Pelajaran Malaysia, hal ini kerana terdapat beberapa kes yang diterima oleh pihak kementerian setiap tahun yang menyebabkan tindakan tegas perlu diambil secara serta merta. Hal ini secara langsung akan mengundang tekanan emosi terhadap guru kerana mereka akan berasa kurang senang dengan keputusan-keputusan yang dibuat tanpa mengambil kira kebajikan perkhidmatan mereka. Apabila keadaan ini semakin berlarutan, ianya akan menghakis kepercayaan guru terhadap kredibiliti dan ketelusan pengetua dan guru besar terbabit. Akhirnya perasaan hormat guru akan hilang dan mereka akan kehilangan motivasi untuk terus berkhidmat dengan cemerlang.

Menurut Dunham (1992), terdapat lima faktor utama yang menyebabkan berlakunya tekanan kerja guru iaitu salah laku pelajar, keperluan penghargaan, kekangan masa dan tekanan kerja di kalangan guru sekolah menengah sumber, dan hubungan interpersonal. Keadaan ini juga berlaku di Malaysia seperti mana yang dinyatakan oleh Faridah dan Zubaidah (1999) di mana guru berhadapan dengan masalah sosial, anak muda yang terbiar dan masalah disiplin yang menakutkan serta disusuli pula oleh tekanan kerja yang kuat. Di dalam bilik darjah guru berhadapan dengan masalah salah laku pelajar yang mana faktor ini dipercayai antara faktor yang menyebabkan guru-guru di sekolah menengah menghadapi tekanan. Guru-guru terpaksa berhadapan dengan masalah pelajar-pelajar yang suka membuat bising, biadap atau kurang ajar dan kesukaran mengawal pelajar dalam kelas (contoh, kelas tingkatan peralihan kerana masalah berkomunikasi dalam bahasa Melayu).

Sehubungan itu, kita perhatikan bahawa faktor penghargaan merupakan faktor yang boleh menyebabkan tekanan kerja kepada guru. Faktor penghargaan ini merujuk kepada penghargaan yang sepatutnya diberikan kepada guru-guru yang rajin, berdedikasi, dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Terdapat guru-guru yang benar-benar memberi komitmen yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran, namun penghargaan yang sewajarnya masih belum diperolehi. Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak berpeluang
11

untuk kenaikan pangkat dan masih diiktiraf senioritinya untuk memegang sesuatu jawatan. Adakalanya pandangan, pendapat dan suara guru-guru terhadap kebaikan sekolah tidak dihargai atau kurang mendapat perhatian yang baik dari pihak pentadbiran sekolah. Ini juga boleh menimbulkan perasaan tersinggung dan kecewa sehingga menyebabkan guru-guru itu menjadi kurang proaktif lagi. Terdapat segelintir guru yang melihat gaji yang diterima tidak seimbang dengan tugasnya sedangkan mereka ini mengharapkan gaji yang seimbang dengan tugas-tugas yang ditanggungnya. Sepatutnya apabila guru-guru tersebut memegang sesuatu jawatan atau tugas yang berat, pihak pentadbir harus peka terhadap mereka yang dibebani kerja yang banyak.

Faktor kekangan masa dan sumber merupakan faktor seterusnya yang menjadi penyebab berlakunya tekanan kerja kepada guru. Kekangan sumber merujuk kepada kekurangan peralatan dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran, keadaan bilik guru, kekurangan kelas, tuntutan sukatan pelajaran dan lain-lain. Kekangan masa pula ialah kekurangan masa guru-guru untuk mengajar, menghabiskan sukatan pelajaran yang diajar, pelajar dan masa rehat yang singkat. Pelbagai kursus juga perlu dihadiri oleh guru, kadang kala memakan masa yang lama sehingga terpaksa meninggalkan kelas yang diajar. Tambahan pula, guru tersebut tidak dapat menghabiskan sukatan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajarnya. Setelah tamat kursus, guru perlu menghabiskan dan menyiapkan tugasan yang tertangguh sebelum ini. Ini tentunya akan menambahkan tekanan kerja kepada guru tersebut.

Faktor hubungan interpersonal dalam sekolah juga merupakan faktor yang menyebabkan berlakunya tekanan di kalangan guru-guru. Hubungan antara personal ini merujuk kepada hubungan guru dengan guru, guru dengan pengetua, guru dengan pegawai dan jabatan pendidikan, hubungan guru dengan staf sokongan, hubungan guru dengan pelajar dan hubungan antara guru dengan ibu bapa, penjaga atau waris pelajar. Perhubungan yang ada kalanya dingin antara guru-guru dengan personel yang terdapat di sekolah akan mempengaruhi dan memberikan implikasi yang kurang baik terhadap kualiti kerja guru-guru tersebut.

Walau bagaimanapun, geografi juga menjadi faktor penting dalam menentukan tekanan kerja di kalangan guru. Kedudukan sekolah dan masyarakat di kawasan sempadan adalah berbeza dengan tempat-tempat lain di Malaysia. Antara tempat yang agak unik dan perlu dibuat kajian ialah kawasan sempadan Malaysia dengan Thailand. Ini
12

dapat kita lihat di Rantau Panjang, Kelantan di mana 35 peratus pelajar di sekolah menengah berasal dari Sungai Golok, Thailand. Pelajar-pelajar di sini adalah terdiri daripada pelajar Melayu dan mereka berulang-alik melalui jambatan dan sebahagian lagi datang dengan menaiki sampan. Budaya hidup di sini agak berlainan dengan tempat lain di Malaysia kerana sedikit sebanyak budaya dari Thailand telah mempengaruhi masyarakat di Rantau Panjang. Selain daripada itu, satu lagi kelainan jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain kegiatan penyeludupan yang menjadi sumber pendapatan penduduk di sini.

Sebahagian besar penduduk di sini tidak menganggap kegiatan ini sebagai satu kesalahan, malah ia dianggap sebagai satu mata pencarian. Guru baru yang ditempatkan di sini memerlukan masa untuk menyesuaikan dengan keadaan dan guru lama di sini mungkin telah menerima aktiviti ini sebagai satu kenyataan. Tidak mustahil sekiranya guru-guru yang ditempatkan di sini mengalami masalah tekanan kerja yang lebih berat dari tempat-tempat lain.Satu kajian telah dibuat oleh NUTP, pada tahun 2005 mengenai stres di kalangan kakitangan perguruan. Seramai 9328 guru telah memberikan maklumbalas terdiri daripada guru kelas, pengetua, pensyarah dan pegawai jabatan pelajaran. Daripada kajian itu, didapati seramai 69 peratus responden bersetuju bekerja dalam keadaan stres dan faktor utama yang menyebabkan stres ialah tekanan daripada ibu bapa dan pelajar yang sering menimbulkan masalah sehingga ada yang ingin menyaman dan membawa kes kesalahan guru ke mahkamah.

Faktor lain seperti bebanan kerja dan prospek kenaikan pangkat yang tidak mencukupi iaitu daripada 320 000 orang guru, hanya 40 000 kekosongan sahaja untuk kenaikan pangkat. Oleh yang demikian, ramai guru yang kecewa sehingga mereka bersara. Ini ditambah lagi dengan ketidakadilan dalam penilaian kenaikan gaji oleh pengetua sedangkan prestasi guru cemerlang. Akibatnya stres berpanjangan ketidakpuasan dalam bekerja menyebabkan guru ingin berhenti kerja atau meluahkan ketidakpuasan melalui tingkahlaku yang tidak sepatutnya.

13

4.0

JENIS-JENIS STRES Quick dan Quick (1984) mengkategorikan jenis stres menjadi dua, iaitu: 4.2.1 Eustress, hasil dari respon terhadap stres yang bersifat sihat, positif, dan

konstruktif (bersifat membangun). Hal tersebut termasuk kesejahteraan individu dan juga organisasi yang diuruskan dengan pertumbuhan, fleksibel, kemampuan adaptasi, dan tahap pencapaian yang tinggi.

4.2.2

Distress, hasil dari respon terhadap stres yang bersifat tidak sihat, negatif, dan

destruktif (bersifat merosak). Hal tersebut termasuk konsekuensi individu dan juga organisasi seperti penyakit kardiovaskular dan tingkat ketidakhadiran (absenteeism) yang tinggi, yang ditonjoikan dengan keadaan sakit, penurunan, dan kematian.

4.2.3 respon non

Systemic stres yang didefinisikan oleh Selye (dalam Holahan, 1981) sebagai fisik dari tubuh terhadap beberapa tuntutan lingkungan. Selye

mengidentifikasikan 3 tahap respon sistemik tubuh terhadap kondisi-kondisi penuh stres, Yng diistilahkan General Adaption Syndrome (GAS). Tahap pertama adalah alarm reaction. Tahap ini ditakrifkan sebagai pertahanan tubuh, tahap kedua adalah resistance atau adaptasi dan tahap ketiga adalah exhaustion atau kelelahan.

5.0

PUNCA-PUNCA STRES DI KALANGAN GURU Stres atau tekanan boleh berlaku kepada semua guru, sama ada guru sekolah rendah,

menengah atau peringkat pengajian tinggi. Punca stres di kalangan guru boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu punca profesional dan punca peribadi. 5.1 Punca professional 5.1.1 Persekitaran kerja

Persekitaran kerja yang kurang kondusif boleh menjadi punca berlakunya stres di kalangan guru. Misalnya ruang kerja yang sempit dan kelas yang tidak selesa boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada guru. Ditambah dengan kemudahan sekolah yang tidak mencukupi untuk keperluan sendiri dan pelajar serta pelbagai isu pendidikan dalam negara.
14

5.1.2

Perubahan

Perubahan peningkatan populasi dalam masyarakat, peningkatan taraf hidup dan jenayah yang memberikan impak negatif dalam tingkah laku pelajar menyebabkan seseorang guru itu harus melakukan perubahan dalam kehidupan profesional dan peribadinya. Perubahan boleh menyebabkan terganggunya sistem keseimbangan dalam diri seseorang individu itu. Contohnya, banyak perubahan telah berlaku dalam mobiliti masyarakat Amerika Syarikat pada hari ini. Antaranya, penambahan golongan etnik dalam pendidikan. Pelajar dari golongan etnik ini kurang fasih atau tidak tahu langsung berbahasa Inggeris. Oleh itu, hal ini memberikan tekanan kepada guru Bahasa Inggeris untuk memenuhi kurikulum pendidikan.

5.1.3

Punca Peribadi Kesihatan Keadaan kesihatan guru yang terjejas akibat kemalangan

(i)

atau berlaku kematian dalam kalangan keluarga. Perhubungan Oleh sebab banyak perubahan dalam masyarakat pada

(ii)

hari ini, misalnya peningkatan kadar jenayah, guru memerlukan sokongan dan hubungan yang baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Apabila berlaku perselisihan faham maka ini boleh menyebabkan stres terhadap guru tersebut. (iii) Kewangan Gaji yang rendah berbanding dengan profesion yang lain membataskan aktiviti riadah dan taraf hidup seseorang guru. (iv)Taraf hidup Gaji yang rendah menyebabkan sukar untuk guru menikmati dan memberikan taraf hidup yang baik bagi keluarga mereka. Di samping itu, memiliki rumah sendiri juga sukar terutamanya bagi guru yang baru mengajar. (v) Aktiviti riadah Gaji yang rendah membataskan pilihan guru melakukan aktiviti riadah bersama keluarga (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).

15

6.0

TANDA-TANDA STRES

Stres yang dialami oleh seseorang dapat dikenali melalui tanda-tanda berikut :

6.1 Tanda-Tanda Fizikal Rasa keletihan dan ketandusan Kerap sakit kepala Gangguan penghadaman Sukar untuk tidur

6.2 Tanda- Tanda Perlakuan Mudah marah Sukar mengawal perasaan Mudah menangis Rasa beban tugas

6.3 Tanda-Tanda Burn Out Terlalu penat, jemu dengan kerja rutin/ berulang-ulang dalam jangka masa yang panjang Kurang kemahiran Penempatan kerja yang tidak sesuai Rasa tidak dihargai Masalah peribadi a. Personaliti b. Psikososial c. Psikopersonal d. Perkahwinan e. Kesihatan f. Kewangan g. Ahklak/ Agama

16

Stres jika tidak dapat dikawal akan memberikan pelbagai kesan kepada seseorang guru. Antara kesan yang mungkin dialaminya adalah seperti berikut : i. Keletihan emosi Terlalu letih sehingga tidak bermaya untuk melayan pelajar,rakan sekerja dan ahli keluarga. Emosi tidak stabil, menjadi murung, cepat sedih, mudah terasa dan memandang negative terhadap sesuatu perkara atau perkataan yang diucapkan oleh orang lain. Hilang tumpuan

ii.

Kesan Fizikal Kesihatan terjejas Kardiovaskular Gastrik Radang kulit Selalu cuti sakit/ kecemasan Mengasingkan diri Bergaduh secara terbuka

iii.

Kesan organisasi Penurunan produktiviti Pengurusan tentang cuti bertambah Kes tatatertib/ disiplin bertambah

7.0

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN STRES Stres yang baik juga perlu dalam situasi individu mempertingkatkan taraf hidup. Ini

penting dalam diri kita kerana setiap individu punyai matlamat untuk capai ke satu tahap dan mencapainya dalam jangka masa tertentu. Secara tidak langsung ia akan membuatkan kita memaksa diri secara sihat dalam perkembangan jati diri, psikologi dan motivasi diri. Menurut kajian sarjana barat, stres akan hanya dialami oleh pekerja-pekerja yang bermotivasi tinggi, dedikasi, kuat bekerja dan komited. Prosesnya bermula apabila sikap dan tingkah laku golongan professional berubah kepada negatif disebabkan oleh ketegangan dan tekanan kerja yang tinggi. Terdapat aliran mendadak guru berhenti awal sejak 1993, disebabkan faktor hilang semangat kerja akibat tekanan kerja, bebanan waktu mengajar dengan lebih 30 waktu
17

seminggu dan keletihan kerana perkhidmatan yang memerlukan pelbagai pengorbanan daripada golongan pendidik, sama ada berbentuk material, wang ringgit, masa mahupun tenaga. Dalam satu kajian peringkat kedoktoran (Ph.D) yang dilakukan oleh penyelidik Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Zubaidah Aman, di enam buah sekolah di Selangor mendapati 41.5 peratus guru mengakui mereka tidak mendapat kepuasan bekerja dalam profesion itu. Sebanyak 23.9 peratus lagi menyatakan mereka bercadang meletak jawatan, dan 52.8 peratus lagi mahu bersara awal. Dapatan beliau juga menunjukkan sebanyak 62 atau 38.9 peratus guru mengalami tahap keletihan yang tinggi.

8.0

CARA DAN KAEDAH MENGATASI STRES

Peningkatan masalah stres yang dialami oleh para guru masa kini tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak terutama oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika ianya tidak diatasi dengan cara atau kaedah yang betul bukan sahaja merugikan guru itu sendiri tetapi juga akan melibatkan pengurusan pengajaran dalam pembelajaran di sekolah terganggu, kemerosotan pencapaian pelajar akan kita lihat bila guru guru yang sepatutnya berada di sekolah kerap tidak hadir ke sekolah kerana mendapat cuti sakit, bercuti atau tidak hadir langsung ke sekolah untuk bertugas. Seorang guru yang gagal menjalankan tanggungjawab dan tugas akan memberi mudarat kepada seluruh generasi (Chek Mat, 2008 ). Terdapat dua cara untuk mengatasi masalah stres ini, ianya adalah daripada cadangan pakar psikologi, hasil dari kajian moden dan dengan mempraktikkan kaedah - kaedah perubatan Islam. 8.1 Kaedah Moden Diantara kaedah moden yang telah berjaya dilakukan ialah dengan menjalani sesi Fisioterapi Khas yang diperkenalkan oleh Mohd Rozaimi Che Kamaruddin dari Great Life Physio and Rehabilation. 8.1.1 Fisioterapi Khas Program ini telah berjaya dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading, Sungai Buluh, Selangor yang melibatkan 135 orang guru dan kakitangan sekolah tersebut. Program tersebut bertujuan mendedahkan cara dan panduan menguruskan stres semasa bertugas.
18

8.1.2

Pemeriksaan Kesihatan Berskala Guru guru perlu menjalani pemeriksaan kesihatan secara berskala di klinik -

klinik kesihatan untuk memastikan tahap kesihatan diri. Memastikan tekanan darah sentiasa berada pada tahap yang baik. Pengambilan ubat ubatan diperingkat awal dapat mencegah gejala ini daripada semakin merebak. Tahap kesihatan yang rendah akan mengundang masalah stres dikalangan guru guru di sekolah. Terkecuali daripada penyakit penyakit kronik yang lain dapat menyediakan mental dan fizikal guru di tahap yang tinggi untuk melaksanakan tugas tugas yang telah diamanahkan. 8.1.3 Perbincangan antara Rakan Sejawatan. Cara ini boleh dipraktikkan bersama rakan rakan setugas semasa berada di sekolah pada bila bila masa. Guru boleh menggunakan masa terluang bersama sama rakan berbincang perkara perkara yang berkaitan dengan masalah pengajaran dan pembelajaran, tugasan tugasan yang diberi tanggungjawab oleh pihak pentadbir sekolah untuk diselesaikan. Perlakuan menyimpan permasalahan dalam diri sendiri akan mengundang stres . 8.1.4 Senaman Pernafasan Stres boleh menyebabkan seseorang bernafas secara sukar dan adakalanya terpaksa bernafas secara kerap tanpa teratur atau dikenali sebagai simptom hyperventilation yang menyebabkan mangsa stress berasa panik secara tiba tiba. Pengoksigenan darah yang dibawa ke otak mendatangkan banyak manfaat kepada seseorang. Ia boleh melegakan otot dan mententeramkan minda kita. Oksigen yang cukup di dalam otak kita akan memastikan ia dapat berfungsi dengan baik tanpa tekanan dan dapat berfikir dengan cara yang positif semasa mengalami sebarang masalah. Cara senaman penafasan ialah dengan menarik nafas secara perlahan lahan dan kuat , kemudian lepaskan udara melalui hidung, lakukan berulang ulang kali. Cara ini boleh dilakukan dimana- mana sahaja dan ia ternyata dapat memberi kesan positif dengan serta merta. 8.1.5 Tafakur ( Meditasi ) Bertafakur secara sendirian tanpa sebarang ganggu membolehkan otak kita kembali tenang dan ia dapat membebaskan hormon anti anxiety. Minda yang tenang
19

dapat melegakan tekanan otak kita semasa menhadapi sebarang permasalahan. Tempoh tafakur yang dicadangkan adalah diantara 10 minit ke 15 minit secara minimum. 8.1.6 Menghapuskan Halangan Keadaan fizikal tempat kita bekerja juga menjadi punca kepada stress yang kita hadapi, di antara contohnya meja kerja yang berselerak, kekurangan pencahayaan, pengudaraan yang kurang menyenangkan, kebisingan yang melampau dan bauan yang tidak menyenangkan. Tindakan drastik perlu dilakukan agar punca punca masalah ini dapat diatasi dengan segera. Di antara langkah- langkah positif ialah dengan menyusun kembali kedudukan meja kerja guru tersebut, mengumpul semua buku - buku atau alatan di atas meja kerja dengan susunan yang teratur, buang atau simpan segala buku atau bahan-bahan yang tidak diperlukan di atas meja. Mengalih kedudukan meja kerja ke arah cahaya agar kedudukan meja dan kerusi kerja berada dalam keadaan yang terang, cara ini dapat menampak keadaan yang bersih dan melapangkan keadaan sekeliling. Jika perlu letakkan meja kerja berdekatan dengan tingkap agar udara dapat melalui ruang meja kita, udara yang segar dan pemandangan luar dari bilik guru dapat menyegarkan minda. Kebisingan yang melampau boleh mengganggu aliran pemikiran seseorang, cari sudut atau ruang yang jauh dari kebisingan yang tidak diperlukan. Letakkan haruman yang disukai di atas meja atau mencantikkan meja kerja dengan hiasan bunga bungaan yang disukai agar kelihatan berwarna warni dan harum. Bauan yang menyegarkan dapat mengurangkan tekanan stres yang dialami. Ia merupakan salah satu terapi diri yang sangat berkesan. 8.1.7 Penggambaran ( Visualisasi ) Penggambaran atau memgambar adalah satu kaedah yang dimana kita membayangkan kejayaan dalam mencapai sesuatu tujuan atau pun cita cita contohnya seperti menjadi sihat dan tenang, menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik serta berjaya. Cara ini dapat menenangkan perasaan dan minda daripada terlalu takut dalam menghadapi sebarang cabaran atau masalah.

20

8.1.8

Pengurutan Terapi ini sudah lama diamalkan di Negara India. Cara ini dapat

mengurangkan denyutan jantung dan melegakan otot otot yang kejang semasa menghadapi atau melakukan tugasan. Khidmat bantu boleh didapati dari seseorang yang profisional . 8.1.9 Kelegaan Otot Anda perlu berbaring di tempat yang selesa dan lapang, biarkan otot otot seperti otot mata, muka, tengkuk, tangan, bahu mengendur dengan secara sendiri selama sekurang kurang tiga minit. Cara ini dapat mengalirkan darah secara normal kembali, aliran darah yang baik akan menyegarkan anda kembali setelah menghadapi tekanan. Pastikan anda berbaring ditempat yang lembut dan suhu tidak panas atau terlalu kering. 8.1.10 Muzik Kita ketahui muzik adalah satu hiburan yang amat digemari oleh semua manusia dalam semua peringkat. Ia sentiasa didengar dan didendangkan untuk memenuhi halwa telinga. Muzik juga merupakan terapi minda jika alunan muzik itu dipilih dengan betul. Dalam satu kajian terbukti muzik dapat menenangkan seorang bayi didlam kandungan ibunya. Muzik dapat menenangkan tekanan darah, melegakan badan dan memenangkan fikiran mereka yang tertekan perasaan. Pilihlah rentak muzik yang lembut dalam keadaan yang santai. 8.1.11 Pengurusan masa Pastikan menyusun kerja harian dengan mengikut keutamaan dan menetapkan masa untuk pelaksanaannya, dengan cara ini kerja kerja yang penting dapat diselesaikan dengan tanpa tekanan dan dapat memastikan sikap berlengah lengah dapat dikurangkan ataupun terus dibuang. Kerja kerja atau perbuatan yang tidak mendatangkan faedah seperti berbual bual kosong, bergossip, memerhatikan dan memperkatakan perbuatan buruk seseorang. Memenuhi masa berinteraksi dan berkomunikasi juga dapat digunakan untuk menenangkan fikiran dan melepaskan tekanan stress.

21

8.11.12 Bersenam ( Beriadah ) Badan yang cergas akan membentuk otak yang cerdas. Segala tekanan dapat dilepaskan apabila kita bersenam atau beriadah. Melakukan senaman yang kerap dan beriadah juga dapat mengurangkan stress seseorang. Aktiviti ini juga dapat mengurangkan pertumbuhan hormon stres yang dikenali sebagai epinephrine dalam diri seseorang. Kesan ketegangan otot akibat sres akan mengakibatkan sakit kepala, migraine dan kekejangan otot dianggota badan. Bersenam merupakan ubat semulajadi untuk mengubati penyakit kesukaran untuk tidur, mengurangkan kegelisahan ( anxiety ) dan dapat menyegarkan tubuh terutama otot badan seseorang. Senaman boleh dilakukan di dalam rumah dan di luar rumah seperti di taman taman permainan, taman bunga ataupun di sekitar halaman kediaman. Menghadirkan diri dalam kelas kelas aerobik juga salah satu kaedah untuk menghilangkan stres. Aktiviti aktiviti psikomotor yang dilakukan dapat memantapkan kecergasan fizikal dan minda seseorang. Lakukan senaman dalam masa sekurang kurangnya tiga puluh minit dalam satu hari. Lakukan senaman ringan seperti berjalan laju, larian perlahan di kawasan yang sesuai agar dapat membina otot yang kuat dan menenangkan minda. 8.1.13 Bercuti Pilih masa yang sesuai dengan bercuti ke tempat tempat yang boleh membuat seseorang itu berasa tenang dan tidak terlalu berfikir tentang beban kerja yang ditanggung. Luangkan waktu pada waktu itu untuk bersendirian dengan melihat dan menikmati keindahan tempat tersebut. 8.1.14 Disiplin Diet Pemakanan. Pengambilan atau amalan makan makanan yang berlebihan juga dapat

menyumbangkan kepada terjadinya stres. Kita perlulah memastikan makanan yang kita ambil seharian mempunyai zat yang berguna kepada kestabilan kesihatan mental dan fizikal kita. Pengamalan makanan yang yang terlalu banyak dan tidak teratur akan mengakibatkan kita mengalami berat badan atau obesiti, kandungan kolestrol yang terlalu tinggi yang mana punca kepada beberapa penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis. Bebanan kerja dan masalah kesihatan akan membuatkan seseorang itu mengalami simptom stres dan jika ini tidak dapat dikawal masalah akan bertambah teruk bila gejala awal masalah jantung dapat dikesan. Langkah yang berkesan untuk
22

mengelakkan terjadi masalah ini ialah dengan mendapatkan nasihat pakar pakar pemakanan yang diiktiraf. 8.2 Kaedah Islam Manusia adalah sebaik baik kejadian yang diciptakan oleh Allah, walaupun bagaimanapun perlu menghadapi segala masalah dengan cara yang bijak dengan menggunakan akal yang telah dianugerahkan olehNya. Kerunsingan dan stres akan membuatkan seseorang itu berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tidak mampu berfikir secara positif dan kesannya ia membuatkan seseorang itu berubah tingkah laku dan perwatakan. Mungkin pada awalnya seseorang itu memiliki sifat yang lemah lembut tetapi kerana menghadapi gejala stres beliau telah bertukar menjadi seorang yang panas baran, tidak mampu membuat pertimbangan secara waras, tidak bermotivasi dan berkelakuan kasar bila berhadapan dengan orang lain. Jika beliau seorang guru, perangainya akan menjadi perengus, cepat lupa dan ada kalanya menghukum pelajar pelajar dengan hukuman yang tidak masuk akal seperti yang terjadi di Sekolah Menengah Bawang Assan, Sarawak pada tahun 2007, dimana seramai 200 pelajar perempuan dipaksa berendam di dalam kolam yang mengandungi air limbahan dan kes yang melibatkan seorang pelajar dipukul berulang ulang kali di Kelantan pada tahun 2006. Di antara kaedah kaedah untuk mengendurkan stress yang dialami oleh seseorang adalah dengan mengamalkan beberapa cara, iaitu: 8.2.1 Sentiasa Berwuduk. Bukan sahaja berwujud semasa ingin melaksanakan rukun solat tetapi sentiasa memastikan anggota badan dibasahi dengan air wuduk. Wuduk dapat memelihara kita dari melakukan perkara perkara yang tidak baik atau melampaui batas. Ia juga dapat mengingatkan seseorang tentang kekuasaan Allah Taala dan dapat memastikan pemikiran yang rasional jika sesuatu yang tidak diingini berlaku. 8.2.2 Membaca Al Quran. Kaedah ini amat berkesan kerana kekerapan membaca Al Quran dapat menenangkan jiwa yang mungkin mengalami masalah tidak tenang, bimbang dan terhimpit oleh sesuatu kejadian yang tidak dijangka akan berlaku. Menurut pengamal perubatan berdasar Al Quran Dato Harun Sani yang memperkenalkan Pusat Perubatan Darul Syifah, segala penyakit kecuali mati dapat diubati dengan mengamalkan ayat ayat tertentu di dalam Al Quran. Mengamalkan bacaan Al Quran juga dapat
23

mengindari diri daripada mengalami stres yang keterlaluan yang mungkin membuatkan seseorang yang mengalami tekanan stress. Tahap penat atau kelesuan dengan menamatkan riwayat mereka kerana pada tahap ini seseorang itu tidak lagi berpegang kepada realiti hidup dan sentiasa dipengaruhi oleh kemurungan serta hilang kepercayaan kepada orang di sekelilingnya. 8.2.3 Solat Sunat. Selain melaksanakan rukun wajib solat lima waktu, kita juga digalakkan melakukan solat sunat bagi memberi ketenangan jiwa. Di antara solat sunat yang boleh dilakukan adalah solat sunat taubat, dhuha, hajat, tasbih dan hajat. Amalan amalan ini bukan sahaja memberi kesihatan kepada tubuh badan tetapi juga mampu menenangkan dan menajamkan tahap pemikiran seseorang agar sentiasa dapat berfikir dan bertindak secara rasional. 8.2.4 Berdoa Kepada Allah Taala. Digalakkan sentiasa berdoa dalam apa juga keadaan kepada Allah. Dengan sentiasa berdoa seseorang itu dikurniakan kekuatan dalaman dan dapat melipat gandakan usaha dalam mengecapi kesempurnaan hidup di dunia dan di akhirat kelak. Antara waktu yang paling mustajab untuk melakukan doa adalah pada malam Jumaat, sepertiga malam. Pagi sebelum waktu Subuh juga digalakkan, pagi hari raya, ketika azam berkumandang dan semasa iqamah. Waktu sujud semasa solat juga amat digalakkan kerana pada waktu itu kita dikatakan terlalu hampir dengan Allah Taala. Berdoalah dengan secara seikhlas ikhlasnya dan kita perlu sedar kemakbulan sesuatu hanya Allah yang menentukannya. Lambat atau cepat sesuatu doa itu makbul juga adalah hak mutlak Allah Taala. 8.2.5 Bersangka Baik dengan Allah Sebagai manusia biasa yang dilahirkan ke dunia ini tidak akan terlepas daripada dugaan atau cabaran kerana ia adalah resam dan rencah kehidupan. Ujian demi ujian sepanjang hayat perlu ditempuhi kerana ia adalah sebahagian daripada ujian Allah melihat keimanan seseorang. Kita mesti sentiasa bersangka baik kepada maha pencipta kita iaitu Allah Taala dalam semua kejadiaan yang menimpa kita kerana sesungguhnya segala ujian itu telah Allah ukur dengan kemampuan keimanan dalam diri kita , apa yang perlu kita buat adalah redha dan menempuhi semuanya
24

dengan penuh ketakwaan dan sentiasa berfikiran positif kerana ada hikmat disebaliknya. 8.2.6 Hargai Kebolehan Diri Sendiri Meningkatkan keyakinan diri adalah satu cara untuk menghilangkan tekanan stres. Melihat sesuatu tugasan atau kerja yang diamanahkan itu bukan sebagai bebanan tetapi sebagai tanggungjawab dan kita diberi kepercayaan oleh ketua jabatan untuk melaksanakannya. Melaksanakannya mengikut kebolehan atau kepakaran yang dimiliki dan melakukannya dengan penuh komitmen. Cara ini dapat mengelakkan stres menguasai diri. Keyakinan diri yang tinggi dapat mengelakkan diri kita daripada terpengaruh dengan hasutan - hasutan daripada pihak yang berfikir negatif dari rakan rakan sejawat kita yang berkemungkinan tidak berapa menyukai kita atau cemburu dengan kejayaan kita. 8.2.7 Tersenyum Senyum yang sederhana akan mampu menciptakan kekuatan (power). Senyuman yang kadang-kadang dianggap hal yang tidak penting mampu memberikan sesuatu yang luar biasa. Senyum merupakan ekspresi wajah yang terjadi akibat bergeraknya atau timbulnya suatu gerakan di bibir atau kedua hujungnya atau pula di sekitar mata. Kebanyakan orang tersenyum untuk menampilkan rasa bahagia dan senang. Apabila seseorang tersenyum, maka wajahnya akan kelihatan lebih menarik, menyenangkan dan nyaman untuk dipandang, daripada ketika berada keadaan biasa atau bahkan ketika sedang marah. Senyum juga merupakan simbul perdamaian dan persahabatan (Thobrani, 2010).

Dalam ajaran Islam memberi senyuman kepada orang lain bernilai ibadah, kerana tersenyum kepada orang lain sama dengan bersedekah, tentu saja senyum yang tulus. Suatu saat ketika Anda tidak tahu harus berbuat apa ? atau memberi apa kepada orang lain, Anda masih punya senyuman, maka tersenyumlah. Yakinlah bahawa setiap senyuman membawa manfaat. Senyum membuat fikiran lebih jernih, segar dan terhindar dari stres.

25

Stres boleh dikurangkan dan boleh dihapuskan dengan pelbagai cara. Kaedah kaedah moden dan keagamaan boleh digabungkan dalam memastikan minda sentiasa cerdas dalam melakukan sebarang kerja yang semakin hari semakin mencabar kepada golongan pendidik dalam memastikan pelaksanaan tugas berpandukan dasar dasar yang diperkenalkan untuk memajukan kecemerlangan dan kejayaan para pelajar dibawah tanggungjawab seorang pendidik. Kemampuan mengatasi tekanan stres dalam diri seorang pendidik dapat menyumbangkan kejayaan negara menuju negara maju demi Wawasan 2020.

9.0 IMPLIKASI STRES TERHADAP PROFESSION PERGURUAN Punca-punca stres seperti yang dinyatakan di atas akan membawa kepada tekanan terhadap guru dan menyebabkan mereka mengambil jalan-jalan tertentu untuk

menyelesaikannya. Guru yang tertekan akan melakukan apa sahaja untuk memastikan tekanan yang melanda mereka berakhir. Ini termasuklah melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan etika pengurusan. Ponteng kerja adalah perkara serius yang dilakukan oleh individu-individu yang tertekan ( Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin, 2011 ). Perkara ini dibuktikan melalui pendedahan yang dibuat oleh akhbar Berita Harian bertarikh 12 Disember 2009 iaitu seramai lima peratus daripada keseluruhan penjawat awam di Malaysia terlibat dalam kes ponteng kerja di mana ada sesetengahnya yang tidak hadir ke tempat kerja selama tiga bulan.

Satu laporan akhbar daripada Berita Harian bertarikh 27 Mac 2008 menyebutkan isu seorang guru di Perak yang tidak menghadirkan diri ke sekolah selama lebih dari 30 hari tanpa alasan yang kukuh. Akibat dari perlakuan tersebut, pihak Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan disipilin yang tegas terhadap guru terbabit dan mungkin akan memecat beliau dari perkhidmatan perguruan. Hal ini disokong melalui pernyataan yang dibuat oleh Ho (1997) bahawa guru yang ponteng kerja akan menyebabkan proses pembelajaran terganggu untuk satu jangka masa yang panjang. Akibatnya, banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan dengan segera seperti kegagalan menghabiskan sukatan pelajaran dan kelewatan menganjurkan aktiviti-aktiviti ko kurikulum di sekolah. Selain itu, rancangan pengajaran yang telah ditetapkan juga tidak dapat diikuti lagi kerana telah tersasar dari perancangan asal menyebabkan perancangan baru perlu disusun semula. Akhirnya, pelajar-pelajar akan
26

mendapat impak yang sangat negatif apabila mereka tidak mampu menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik terutamanya apabila melibatkan peperiksaan-peperiksaan umum seperti UPSR, PMR dan SPM kesan dari proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak lancar.

Selain daripada ponteng kerja, guru-guru juga akan cenderung untuk melakukan tindakan yang lebih besar iaitu berhenti kerja kerana tidak lagi mampu untuk bertahan dalam kerjaya ini. Tekanan-tekanan yang datang dari bebanan tugas yang melampau, etika kepimpinan pihak atasan sekolah dan tahap disiplin pelajar yang rendah merupakan faktor utama mengapa guru berniat meninggalkan kerjaya utama mereka. (Azrul Hisham Abdul Manaf, 2009). Isu ini turut disentuh oleh satu kajian kes yang telah dijalankan oleh Erkultu dan Chafra (2006) yang menyebut bahawa tekanan yang terlampau tinggi boleh mengakibatkan pekerja berfikir untuk meletakkan jawatan. Justeru, tidak hairanlah para guru yang sememangnya berhadapan dengan bebanan kerja yang tinggi akan berniat untuk menarik diri daripada jawatan ini. Kajian juga telah dijalankan oleh Jesus (2000), beliau mendapati 50 peratus daripada guru yang menjawab borang soal selidik mengakui bahawa mereka mahu mencari kerja lain akibat tekanan yang berlebihan di sekolah. Pada pandangan saya, adalah menjadi satu kerugian yang sangat besar sekiranya kebanyakan guru yang menghadapi masalah tekanan ini meneruskan niat untuk meletakkan jawatan kerana ianya akan mengganggu keseluruhan proses pendidikan di sekolah. Selain itu, kerajaan juga terpaksa mengeluarkan kos yang besar dan menghabiskan masa yang panjang untuk memberi latihan kepada guru-guru baru bagi menggantikan kekosongan tersebut.

Pelbagai langkah yang telah diambil bagi menangani masalah stres dalam kalangan guru yang semakin parah. Antaranya ialah memperkenalkan program latihan fisioterapi khas untuk golongan-golongan guru di seluruh Negara. Menurut pengarah urusan Great Life Physio and Rehabilation, Mohd Rozaimi Che Kamaruddinata, program itu disediakan khas oleh pakar-pakar fisioterapi untuk para guru dalam memberi panduan bagaimana menguruskan stres semasa bertugas. Program ini telah berjaya dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading, Sungai Buloh Selangor dengan melibatkan 135 orang guru dan kakitangan sekolah tersebut. Program ini disokong penuh oleh pengetua sekolah tersebut, Siti Endon Mohamad Dahlan yang berpendapat bahawa program itu banyak memberi kesedaran kepada guru dalam menangani masalah stres di tempat kerja.

27

Selain daripada itu, guru sepatutnya diberi pengkhususan tugas iaitu memberikan tumpuan kepada pengajaran sahaja. Memetik ucapan presiden NUTP, Hashim bin Adnan, beliau mengatakan bahawa pada hari ini, kita dapat melihat bahawa tugas guru bukan sahaja mengajar sebaliknya melakukan tugas-tugas pengurusan yang lain, di mana tugas-tugas tersebut sepatutnya dijalankan oleh individu lain. Umpamanya, pengurusan data-data murid dan sekolah menggunakan aplikasi atas talian yang baru sahaja diperkenalkan baru-baru ini .

Menurut Jaafar Muhammad (2003), kebanyakan individu bekerja selama 45 jam dalam masa seminggu. Baki masa yang selebihnya pula sepatutnya digunakan untuk mengukuhkan perhubungan sosial dengan masyarakat setempat seperti berkomunikasi, menyelesaikan masalah dan melakukan aktiviti bersama keluarga, jiran tetangga dan rakanrakan mahupun ahli bagi persatuan yang disertai oleh mereka. Sekiranya guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk dihabiskan bersama masyarakat setempat, mereka akan membawa masalah-masalah di luar pejabat ke sekolah untuk diselesaikan. Perkara ini seterusnya akan mengganggu pula komitmen mereka terhadap tugas-tugas hakiki di sekolah. Hal ini akan menjadi semakin serius apabila murid-murid mendapat implikasi negatif seperti gagal dalam peperiksaan utama dan seterusnya negara mengalami kerugian besar terhadap penghasilan sumber manusia.

10.0

KESIMPULAN

Tekanan kerja merupakan satu fenomena yang memang wujud dalam kalangan guru di sekolah. Ia boleh dianggap sebagai satu petunjuk kepada kesihatan mental guru. Pengurusan stres memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh semua anggota di dalam organisasi pendidikan. Kegagalan mengawal tekanan boleh mendatangkan kesan yang buruk bukan sahaja kepada individu terbabit, tetapi juga imej organisasi. Secara kesimpulannya, kerjaya sebagai seorang guru adalah satu kerjaya yang cukup mencabar. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk memberi yang terbaik kepada para pelajar. Sesuatu yang positif perlu dilakukan segera oleh pihak atasan sekolah dan juga guru bagi mengelakkan punca-punca tekanan ini membawa kesan yang lebih teruk sekiranya dibiarkan berterusan. Guru-guru juga haruslah sentiasa positif dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan hari ini bagi mengelakkan mereka terus berada dalam keadaan stres dan menjejaskan karier mereka sebagai guru. Dalam pada itu,
28

setiap pihak juga harus memberi sokongan dan membantu mengurangkan beban stres yang dihadapi oleh guru ini. Boleh dikatakan tekanan dapat dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka mementingkan kepada cara-cara untuk menguruskan tekanan tersebut. Pengurusan tekanan memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh guru bagi memastikan mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran dalam dunia perguruan yang mendatang.

Perubahan demi perubahan yang pantas berlaku akan menjadikan kerjaya seorang guru lebih sukar ataupun complicated. Sekiranya guru tidak mampu mengawal diri dan tekanan mereka dengan baik, sudah pastinya kerjaya mereka bukan sahaja akan berakhir lebih awal malahan dikenakan tindakan-tindakan disiplin yang keras pula atas segala kesalahan yang dilakukan. Perubahan demi perubahan yang berlaku dalam persekitaran dunia pendidikan pada hari ini pula ternyata menyebabkan guru juga perlu berubah, namun tidak ramai yang mampu untuk membuat perubahan secara drastik menyebabkan tekanan mula menguasai mereka dan akhirnya membawa kesan yang besar kepada sistem pendidikan yang dilaksanakan di sekolah amnya dan di Malaysia khasnya.

Akhirnya, sokongan yang berterusan daripada pihak

guru besar dan pengetua

sehinggalah kepada kakitangan pentadbiran amat penting bagi menjamin persekitaran tempat kerja yang harmoni dan aman untuk semua pihak. Konflik yang sedang berlaku akan berterusan tanpa noktah sekiranya masih tiada ruang untuk bekerjasama dibuka seluasluasnya untuk kedua-dua belah pihak iaitu pentadbiran dan akademik. Keprihatinan terhadap beban tugas guru perlu ditingkatkan oleh segenap lapisan masyarakat demi memastikan kelangsungan sistem pendidikan di Malaysia seterusnya usaha melahirkan generasi pewaris negara berterusan dan tidak terhenti.

29

11.0

BIBLIOGRAFI Abd. Rahim Abd Rashid (2005).Prof esionalisme Keguruan:Prospek dan Cabaran. Selangor:Dawama Sdn. Bhd. Burhanuddin Abdul Jalal. et..al., (2010). Pengurusan Stres Secara Holistik. .Kuala Lumpur : Blue-T Publication Sdn. Bhd. Malek Muhamat Said (2004). Siri Motivasi : Studi Smart. Kuala Lumpur: PTS Publication and Distribution Sdn. Bhd. Mohd. Razali Salleh (2010). Pengendalian Stres Dan Kebimbangan:Penilaian Kognitif dan Tingkah Laku.Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Mok Soon Sang (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku: Siri Pengajian Profesional. Selangor:Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Sidang Pengarang (2000). Tekanan dan Cara Mengendalikannya Dengan Berkesan. Skudai Post:Universiti Teknologi Malaysia, Skudai (Januari). Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content. http://kulanzsalleh.com/stress-di-kalangan-guru/

http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/

http://beritasemasa.com/guru-bermasalah-di-sekolah http://lhakim-suarahati.blogspot.com

30

Anda mungkin juga menyukai