Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR SEREMBAN NEGERI SEMBILAN TUGASAN PROJEK PROGRAM PENSIAWAZAHAN GURU (PPG)

SESI JUN NOV 2012

TAJUK PROGRAM : PPG AMBILAN JUN 2011 TAJUK KURSUS : PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (elektif) KOD KURSUS : BMM 3101

NAMA GURU PELATIH : SEMESTER : 3

TARIKH MULA : 4 JULAI 2012

TARIKH HANTAR : 11 OGOS 2012

Hasil Pembelajaran 1. 2. Mengenal pasti jenis-jenis Kemahiran Bahasa Melayu, Sistem Bahasa dan Pengisian Kurikulum Mengenal pasti Hasil Pembelajaran dan Huraian Hasil Pembelajaran Kemahiran Bahasa Melayu yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah bagi tahun tertentu. 3. 4. Memilih aktiviti yang sesuai untuk mengajar Kemahiran Bahasa Melayu Membina langkah-langkah pengajaran untuk mengajar Kemahiran Bahasa Melayu dengan menggunakan aktiviti yang dipilih. Objektif Projek Pelajar dapat melaksanakan tugas yang berikut : 1. 2. Menyenarai dan menghuraikan dengan terperinci Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu ; Mengenal pasti Hasil Pembelajaran dan Huraian Hasil Pembelajaran Kemahiran Bahasa Melayu yang terkandung dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu bagi tahun tertentu; 3. 4. Menerangkan aktiviti untuk mengajar Kemahiran Bahasa yang dipilih; Membina langkah-langkah pengajaran secara bersepadu untuk mengajar kemahiran bahasa dengan menggunakan aktiviti yang dipilih.

Tajuk Projek Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Tugasan Projek (50%) Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus kepada Hasil Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil Pembelajaran ini berteraskan Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Hasil Pembelajaran ini juga menggabungkan peraturan dalam Sistem Bahasa dan disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum . Dengan itu, Hasil Pembelajaran dicapai melalui penggabungjalinan Kemahiran Bahasa ,Sistem Bahasa dan Pengisian Kurikulum. Justeru, seseorang guru itu perlulah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kemahiran Bahasa Melayu dengan melibatkan elemen-elemen yang terkandung dalam Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Secara Bersepadu. Berdasarkan penyataan di atas , secara individu, anda dikehendaki memilih sekurangkurangnya dua Hasil Pembelajaran bagi Kemahiran Bahasa secara gabungjalin, yang terkandung dalam Huraian Sukatan Pelajaran mengikut tahun yang dipilih. Bina langkahlangkah pengajaran secara bersepadu yang melibatkan Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran dalam satu persediaan mengajar yang lengkap. Sub-tugasan 1. 2. 3. 3. Memilih Hasil Pembelajaran dan Huraian Hasil Pembelajaran yang hendak diajar. Menetapkan tajuk pelajaran yang sesuai dengan Hasil Pembelajaran. Memilih teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh mencapai Hasil Pembelajaran. Merancang langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran secara bersepadu yang melibatkan elemen-elemen Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran, dalam satu persediaan mengajar yang lengkap.

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus

1. Tugasan ini adalah tugasan individu. 2. Kajian terhadap Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran secara menyueluruh. 3. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat. 4. Gunakan maklumat yang dikumpul sebagai bahagian utama isi tugasan taksiran anda. 5. Anda boleh memaparkan maklumat kajian dalam bentuk grafik . 6. Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut: i. ii. iii. iv. v. Font Arial Saiz huruf ialah 12 Langkau satu setengah baris Rujukan mengikut format APA Lampiran

7. Amalan plagiat tidak dibenarkan. 8. Panjang tugasan tidak kurang daripada 15 muka surat . 9. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 50%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut: 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci 2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara yang berikut: a. Huraian konsep dan fakta-fakta tentang Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu b. Penggabunjalinan sekurang-kurangnya dua Hasil Pembelajaran Kemahiran Bahasa yang terkandung dalam Huraian Sukatan Pelajaran tahun yang dipilih c. Pemilihan teknik dan aktiviti yang sesuai untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran d. Pembinaan persediaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran Bahasa Melayu yang melibatkan Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran e. Refleksi terhadap kerja kursus yang telah dijalankan

3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. 4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan ilmiah. 5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.

6. Penulisan laporan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara analitikal.

Kriteria Pentaksiran Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pentaksiran yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh Hjh Amanah bt Mohd Noor Penyelaras Kerja Kursus BMM 3101 elektif

Disahkan oleh _______________________ Ketua Jabatan Pengajian Melayu