Anda di halaman 1dari 31

Menurut Kamus Dewan ,Adat bermaksud suatu peraturan yang diamalkan secara turun temurun (sejak dahulu kala)

di dalam masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Adat juga didefinasikan sebagai suatu cara yang sudah menjadi kebiasaan.

Perkahwinan adalah hubungan sah di sisi undang-undang yang disempurnakan melalui upacara sivil atau keagamaan antara dua individu yang ingin tinggal bersama sebagai pasangan seksual dan serumah.

Penggunaan istilah adat resam adalah bermaksud adat kebiasaan, aturan-aturan yang menjadi adat resam seperti makan bertertib, bersopan santun ketika bertutur adalah menjadi sifat dan tabiat manusia secara semula jadi yang diikuti turun-temurun (Teuku Iskandar , 1984, 1975). Pendapat di atas berkait pula dengan pendapat yang mengatakan adat resam adalah kebiasaan daripada suatu perbuatan yang diulang-ulangkan dan telah diterima oleh masyarakat sebagai suatu peraturan hidup yang mesti dipatuhi (Van Dijk, 1974,4). Menurut Kamus Dewan, adat bermaksud suatu peraturan yang diamalkan secara turun temurun (sejak dahulu kala) di dalam masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi.

Manakala setengah pendapat telah mendefinisikan budaya sebagai warisan sosial sesuatu masyarakat, sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma, dan adat yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam masyarakat (Ahmad Fauzi dan Abdul Rahman, 1996). Ahli-ahli sosiologi pula mendefinisikan budaya sebagai satu sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma, adat dan teknologi yang dikongsi oleh semua orang dalam sesebuah masyarakat (Eshleman & Cashion,1985). Traditional memberi maksud suatu tradisi, kepercayaan, adat resam dan suatu adat tradisional yang menurut adat resam dan kebiasaan ( Mansur Ahmad Saman,1997)

Pemodenan tidak menghalang masyarakat Hindu di negara ini mengekalkan adat tradisi perkahwinan mereka tetapi dipermudahkan sesuai dengan peredaran zaman. Semoga perkahwinan ini mendapat kebahagiaan hingga ke akhir hayat. Setiap pasangan dapat menghormati mertua masing-masing. Kedatangan menantu dalam sebuah keluarga mampu mendapat banyak tuah dan mempunyai bilangan cahaya mata yang ramai. Begitulah antara kata-kata yang diungkapkan oleh seorang sami dalam bahasa Sanskrit sebaik keduadua mempelai selamat disatukan sebagai suami isteri.

Selain adat dan ritual dalam perkahwinan masyarakat India, majlis menyatukan dua hati itu tidak berakhir di situ. Selepas bacaan mantera sami itu, kedua-dua mempelai akan bertukar mengikat thali, diikuti kalungan bunga sebelum mengelilingi api sebanyak tujuh kali yang melambangkan tujuh kelahiran. Kemudian mereka akan saling menyarungkan cincin di jari kaki sebelum mendapat restu daripada ibu bapa dan saudara-mara kedua-dua belah pihak.

Di sebalik pemodenan hari ini, masyarakat Hindu masih mengekalkan adat budaya dan tradisi perkahwinan mereka. Walaupun ada yang melihat adat adalah sesuatu yang agak remeh, namun itulah keistimewaan dan keindahan perkahwinan mempelai yang beragama Hindu. Ketelitian adat perkahwinan itu bermula daripada proses lamaran, pertunangan, memilih tarikh perkahwinan mengikut bintang, majlis mandi kunyit dan mendapat restu keluarga lima atau tiga hari sebelum perkahwinan sehinggalah upacara perkahwinan yang sarat dengan istiadat.

THAALI merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalung pada leher pengantin perempuan. Upacara perkahwinan masyarakat India di negara ini secara keseluruhannya masih dikekalkan dengan adat-adat tradisi bagaimanapun dalam hal-hal tertentu ia dipermudahkan mengikut peredaran zaman. Perkara asas dalam perkahwinan masih ada tetapi di India ia lebih meluas kerana kelengkapan perkahwinan di sini tidak sehebat di India, kata Pensyarah Jabatan Pengajian India Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. M. Rajantheran Kata beliau, tidak kira sama ada keluarga itu daripada golongan Cettiar (ceti) mahupun Tamil, upacara yang dijalankan tetap sama. Mungkin perbezaan hanya dari segi majlis yang diadakan samaada secara besar-besaran atau sederhana.

Katanya, kelainan yang dapat disaksikan apabila kaum India mula mengikut budaya memberi hadiah yang lazimnya menjadi sebahagian daripada amalan perkahwinan kaum Melayu. Kepada pengacara sebuah program bual bicara Vaanavil, di Astro, Sushmeetha Morugan juga mempunyai memori perkahwinan yang cukup indah. Perkahwinannya dengan jejaka dari India, Arunkumar Sethuraman, 31, bukan sahaja mengikut adat sepenuhnya bahkan majlis tersebut dilangsungkan di India.

HANTARAN yang terdiri daripada kalungan bunga, sari, buah-buahan dan barang kemas untuk pengantin perempuan. Majlis perkahwinan di India lebih teliti dan banyak adat ritualnya. Majlis perkahwinan kebanyakannya masih diadakan di kuil dengan jamuan dihidangkan di atas daun pisang. Sebaliknya majlis perkahwinan di Malaysia sedikit moden seperti diadakan di hotel kerana segala-galanya tersedia, katanya sambil memberitahu belum ada ahli keluarganya yang melangsungkan majlis perkahwinan di India. Mengenali suaminya menerusi laman interaktif sosial Friendster sejak tiga tahun lalu, majlis yang diadakan pada Disember 2008 itu beritahu Sushmeetha, seramai 30 orang ahli keluarganya terbang ke Madurai, India untuk majlis itu sementara ibu bapa Arun sememangnya menetap di India.

Persiapan majlis Menceritakan keindahan tradisi perkahwinan masyarakat India, Sushmeetha, 29, berkata, setelah kedua-dua keluarga bersetuju dengan pasangan masing-masing, mereka mula sibuk dengan sesi pemilihan tarikh mengikut kepercayaan kaum India. Upacara menilik bintang begitu diutamakan memandangkan gerbang perkahwinan tidak boleh dipandang remeh. Kaum wanita dianggap suci dan perlu diberi penghormatan sebaik mungkin. Antara pantang larang yang perlu dipatuhi termasuklah pengantin lelaki dan wanita tidak boleh bersemuka antara tiga atau lima hari sebelum majlis perkahwinan, ceritanya. Menceritakan detik-detik persiapan, Sushmeetha terpaksa berhubung dengan keluarga pihak lelaki menerusi Internet tidak pernah berhadapan dengan masalah seperti perselisihan pendapat. Meskipun ibu mertuanya berasal dari India dan ingin mengamalkan perkahwinan mengikut adat budaya lama, beliau dan keluarganya tidak membantah.

Keluarga saya memang mementingkan adat resam, jadi segala persiapan berjalan lancar daripada kedua-dua belah pihak, jelasnya. Selepas meneliti tarikh sesuai untuk memetrai perkahwinan, antara persiapan utama yang perlu dititikberatkan ialah kad jemputan, penyediaan thaali dan mukuurtta kaal. Kad jemputan dianggap cukup istimewa kerana yang sudah siap dicetak akan disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian. Terang Sushmeetha, setiap majlis yang ingin diadakan haruslah dijemput menggunakan kad berlainan. Jadi tidak mustahil jika dia dan suaminya mempunyai empat kad jemputan bagi empat majlis berlainan. Saudara-mara ternanti-nanti kad jemputan perkahwinan. Kalau tidak ada kad mungkin mereka tidak akan datang. Di dalam kad jemputan itu akan tertera dua bahasa iaitu bahasa Tamil dan bahasa Inggeris, jelasnya yang melangsungkan perkahwinan di Madurai Sri Meenakshi Sundareswarar Amman Temple, Madurai, India. Anak kedua daripada lima adik-beradik itu amat bertuah apabila keluarga lelaki mengadakan majlis khas dengan menjemput tukang emas untuk membuat thaali. Thaali merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher pengantin perempuan. Biasanya thaali yang diperbuat daripada emas akan disambungkan hujungnya dengan segumpal ikatan benang putih yang disapu kunyit. Thaali tidak semestinya diperbuat daripada emas ia bergantung kepada kemampuan keluarga lelaki, terang Sushmeetha. Disebabkan mengagungkan kehadiran orang baru, kediaman pengantin lelaki akan menjalankan adat mukuurtta kaal. Adat tersebut memerlukan sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang dan ditanam di hadapan rumah. Tujuannya ialah untuk memberitahu orang kampung bahawa keluarga tersebut akan mengadakan majlis perkahwinan dan menerima menantu. Lazimnya bahan-bahan seperti sirih pinang, kum kum dan kunyit turut digunakan.

Ikatan suci Ahli keluarga pengantin akan memohon kepada Tuhan supaya perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa sebarang gangguan. Batang kayu tersebut akan dibersihkan terlebih dahulu dan kulitnya dibuang.

Selepas itu batang tersebut akan dicat dengan warna merah dan putih secara berselang -seli serta dipacakkan sedalam setengah meter, manakala bahan-bahan tadi akan ditanam ke dalam lubang tersebut sebagai lambang kekayaan, ungkapnya lagi. Bagaimanakah acara perkahwinan bermula? Upacara perkahwinan dimulakan oleh sami dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Sami akan menabur sembilan jenis bijirin sebaik acara menyarung cincin selesai. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang dibuat khas dengan mengikatnya kepada pengantin perempuan hingga ke paras dada. Sesi bertukar dulang diteruskan dengan memilih dua dulang yang mempunyai keistimewaan. Setiap keluarga akan memilih dulang yang berisi kain sari dan barangan kemas. Kain sari akan dipilih secara teliti dan harga memainkan peranan penting. Mereka sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk sehelai sari. Selepas upacara itu, kedua-dua mempelai memberi penghormatan kepada ibu bapa atau mertua dengan bertukar-tukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci di dahi pengantin antara satu sama lain. Upacara diteruskan dengan memberi penghormatan. Kedua-dua pengantin perlu menyembah kaki orang paling tua dalam keluarga iaitu ibu bapa, nenek atau datuk. Masa merupakan antara faktor penting yang perlu diambil kira sebelum upacara perkahwinan dilangsungkan. Masa yang ditetapkan perlu dipatuhi kerana waktu yang telah dipilih itu mempunyai pelbagai kebaikan, jelas Arun bahawa pengantin dan tetamu dijamu dengan menu sayur-sayuran. Antara hidangan yang disediakan ialah acar, dal, bendi, papadom, kesari dan laddu. Di India sajian untuk majlis perkahwinan adalah 100 peratus sayur-sayuran. Itu merupakan keunikan majlis di India, katanya.

Perkahwinan Masyarakat India KEISTIMEWAAN PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA

Perkahwinan

masyarakat

India

di

Malaysia

diklasifikasikan

kepada

beberapa

jenis

iaitu vaitiikat tirumanam, tamil tirumanam, eliyat tirumanam. Perkahwinan masyarakat India biasanya dilaksanakan mengikut golongan etnik iaitu Tamil, Malayalam, Telugu dan sub etnik iaitu Chetti, Mutaliyar, Veelaalar, Teevar dan sebagainya serta status ekonomi, pedanda iaituBrahmin Gurukkal, Gurukkal, Pandaaram dan sebagainya. Peringkat pertama iaitu merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Seterusnya ialah kunjungan ke rumah pengantin. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Seterusnya ialah mengkaji kecocokan antara kedua-dua bakal pengantin. Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thirumanam Poruttam Paartaldijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu. Justeru, prosedur ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal. Adat parisam pula terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan

parisam. Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali. Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana

kumbum dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau kalungan tunggal. Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin. Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perlu dijalankan terlebih dahulu, antaranya , kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian. Adat mukuurtakaal dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan.

Adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter. Majlis perkahwinan pula dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan. Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan. Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin. Selepas perkahwinan, terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan.

cerita kedai kopi.blogspot

Perkahwinan (Thirumanam /Kalyanam) Sehari sebelum hari perkahwnan 'Muhurtha kaal' (Pokok mangga /kayu yang disapu kunyit dan diletak kum kum serta diikat dengan daun mangga,tharpai pul dengan menggunakan kain berwarna kuning atau merah, akan ditanamkan menandakan suatu upacara yang baik akan diadakan di rumah tersebut. Bagi kaum India, perkahwinan juga merupakan peristiwa yang penting.Ianya boleh berlangsung tanpa mengadakan jamuan mewah dan sebagainya tetapi,perkahwinan tidak akan sempurna tanpa benang kunyit (Thaali) dimana ianya sebagai simbol penyatuan pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Thaali akan diikat dileher pengantin perempuan sebagai tanda pengantin tersebut telah menjadi isteri yang sah kepadanya dan mereka boleh melahirkan zuriat secara halal. Selepas upacara kemuncak tersebut,mereka akan meminta restu dari kedua-dua ibubapa mereka dan juga Tuhan yang menjadi saksi bagi perkahwinan mereka. Ini merupakan hari yang amat penting dalam kehidupan seorang yang beragama Hindu dimana mereka akan mengenakan warna yang menandakan keceriaan dan terang (Mangalakaramaana niram) dimana,pengantin lelaki akan mengenakan dhoti dan jippa yang diperbuat daripada sutera dan berwarna puthi keemasan (Paddhu veashti).Disamping itu, pengantin perempuan kebiasaanya memakai sari sutera (Paddhu saaree) yang berwarna Merah, Santhanam (Warna Cendana) danKuning. Warna lain seperti Hijau dianggap akan membawa kepada kepahitan hidup,Biru(Kehidupan akan membawa kesedihan),Putih(Dilarang dipakai oleh seorang gadis yang belum berkahwin,bersuami,pada hari perkahwinan) Putih dianggap sebagai warna yang suci dan hanya orang yang telah habiskan kehidupan duniawi harus memakainya,jadi tidak dibenarkan bagi pasangan yang baru hendak memulakan perjalanan kehidupan mereka. Wanita berkahwin dianggap sebagai 'Sumangali'. Selepas acara kemuncak tersebut,majlis akan dimeriahkan lagi dengan mengadakan upacara pemakaian 'Minju' (Cincin kaki) sambil melihat bintang arunthati,iyer akan bertanya kepada pengantin lelaki : Adakah awak nampak bintang arunthathi? dan pengantin lelaki harus menjawab ya,saya nampak.Menandakan dia sanggup memberi penghormatan yang setimpal dengan pasangannya dengan meminta Bintang Arunthathi sebagai saksi (Bintang arunthathi mempunyai suatu kisah dimana ianya ialah insan biasa dan isteri yang taat kepada suami dan telah menjadi idola kepada semua pengantin yang beragam Hindu dan wajib melihatnya supaya dapat hidup seperti bintang tersebut.

Segala istiadat yang dilakukan dipercayai bertujuan menjamin kesejahteraan kedua pengantin dan keluarga mereka. Upacara perkahwinan dikatakan mendominasikan kehidupan sosial masyarakat Hindu dan memainkanperanan penting dalam agamanya. Ini adalah kerana masyarakat Hindu menganggap perkahwinan sebagai upacara keagamaan yang

menghubungkan sistem keagamaan dengan struktur dan ekonomi masyarakat. Upacara perkahwinan dianggap sebagai satu upacara yang agak meriah dan menelan belanja yang banyak serta merupakan tempat penemuan mereka dari kasta yang sama dan juga mereka yang kasta berlainan. Upacara perkahwinan iniadalah satu upacara yang sangat penting dalam masyarakat hindu, di mana menurut beliau , ibu bapanya sanggup berhutang untuk menjalankan perkahwinan agar meriah. Perkahwinan dikatakan meninggikan status seseorang lelaki. Mereka haruslah menghasilkan zuriat kerana jika tidak seorang lelaki itu akan dipandang rendah oleh masyarakat. Jika seseorang wanita gagal melahirkan zuriat maka lelaki bolehlah berkahwin lagi. Status wanita pula dikatakan selalunya rendah daripada lelaki, maka wanita haruslah dilindungi oleh lelaki dan tanggungjawab wanita adalah untuk melahirkan anak dan memuaskan nafsu lelaki ( Srinivas, 1970 : 47 ). Bagi seseorang wanita perkahwinan pada kali kedua adalah dilarang sama sekali. Pada zaman dahulu wanita wanita yang kematian suaminya akan dibakar bersama suaminya. Keadaan ini sedemikian biasanya wujud di kalangan mereka yang dari kelas atasan atau raja. Walaupun perkahwinan semula wanita yang kehilangan suami ini dilarang dalam amalan masyarakat Hindu dari kelas atasan namun kini didapati kebanyakan ahli kasta ini membenarkannya. Perkahwinan kedua bagi seseorang wanita biasanya diadakan secara sederhana sahaja manakala seseorang lelaki boleh memilih sama ada perkahwinan itu perlu sederhana atau sebaliknya.

Mencari Jodoh

Biasanya apabila sesebuah keluarga mempunyai anak lelaki atau perempuan yang sudah dewasa untuk mendirikan rumah tangga, maka ibu bapa akan mula mencari jodoh. Bagi seseorang lelaki, apabila menjangkau usia 25 tahun, dia dianggap sudah boleh mendirikan rumah tangga.

Manakala bagi seseorang perempuan pula umur 21 tahun ke atas sudah layak berkahwin. Dari kajian penulis sendiri di dapati purata umur ( 3 Kajian telah dilakukan ) pengantin perempuan berumur lebih daripada 23 tahun manakala pengantin lelaki pula lebih daripada 28 tahun. Dalam mencari jodoh ini ibu bapa yang mempunyai anak yang boleh dikahwinkan biasanya mendapat pertolongan orang tengah atau broker perkahwinan untuk mendapatkan jodoh yang sesuai bagi anak mereka. Ada juga di antara mereka yang mendapatkan pertolongan saudara mara dalam usaha mencari jodoh ini. Mereka juga akan memberitahu syarat syarat atau kriteria kriteria yang harus ada pada bakal menantu mereka. Misalnya dari segi pelajaranm, paras rupa yang cantik, latar belakang atau keadaan kewangan yangstabil dan sebagainya. Biasanya pihak lelaki yang lebih cenderung mencari jodoh bagi anak mereka berbanding dengan pihak perempuan. Pemilihan jodoh ini adalah biasanya diatas kesukaan ibu bapa dan adakalanya adalah pilihan anak mereka. Selain daripada itu, mereka juga cuba mencari pasangan dari kasta yang sama. Menurut seorang informan, jika berkahwin dengan kasta yang berlainan ianya boleh menjejaskan amalan keluarga. Masyarakat Hindu menggalakkkan perkahwinan di kalangan saudara mara untuk menjaminkan kedua pasangan adalah dari kasta yang sama. Perkara ini biasanya boleh dilihat dalam proses mencari jodoh bagi mereka dari kasta yang tinggi seperti Brahmin. Dalam prosedur pemilihan yang melibatkan broker pula apabila broker dapat mencari jodoh yang dianggap sesuai, maka proses merisik akan dilakukan. Ibu bapa pihak lelaki ini akan cuba merisik tentang jodoh yang dipilih. Misalnya rupa paras, pendidikan dan umur. Latar belakang keluarga dan juga kedudukan kewangan keluarga gadis ini. Mereka berbuat demikian untuk memastikan gadis ini adalah sepadan dengan anak lelaki mereka dalam setiap aspek. Jika tidak, biasanya jodoh ini ditolak atau dikenakan bayaran mas kahwin yang sewajarnya. Melihat Gadis sebelum pihak lelaki datang untuk melihat gadis, keluarga gadis akan diberitahu terlebih dahulu oleh broker di mana proses ini akan diteruskan apabila pihak gadis setuju dengan pilihan broker ini. Rombongan pihak lelaki akan ke rumah gadis pada satu hari yang dianggap sesuai oleh kedua dua pihak. Biasanya ahli ahli

kluarga yang terdekat sahaja yang akan mengikuti rombongan pihak lelaki ini dan lazimnya mereka tidak akan membawa sebarang buah tangan bersama mereka kerana ianya cuma sebagai lawatan biasa sahaja. Apabila sampai di rumah, keluarga pihak lelaki akan dijemput masuk oleh kedua ibu bapa atau keluarga gadis terseut. Gadis yang dipilih akan dihidangkan minuman di mana dengan berbuat demikian pihak lelaki secara tidak langsung akan berpeluang melihat gadis itu. Jika mereka suka dengan gadis itu, maka hasrat mereka akan dinyatakan. Kalau tidak berkenan mereka biasanya akan menghantar orang ketiga atau broker untuk menyatakan ketidakinginan mereka dengan cara yang sebaik mungkin agar tidak menyinggung perasaan pihak perempuan. Setelah pihak lelaki bersetuju dengan pilihan, maka proses penilikan akan dilakukan.
Menilik (Jodi Porutham) Proses menilik ini akan dilakukan secepat mungkin mengikut kehendak kedua pihak selepas pihak lelaki bersetuju dengan jodoh yang dipilih. Biasanya ibu bapa yang akan pergi menilik.Tilikan ini dilakukan oleh sami di kuil ( iyer ) atau tukang tilik ( johsier ). Dalam penilikan ini, surat penilikan kedua dua bakal pengantin akan dilihat. Surat tilikan ini adalah surat yang mengandungi segala maklumat tentang seseorang itu, biasanya ditulis oleh sami di kuil berdasarkan waktu kelahiran seseorang itu. Ianya akan memberikan unjuran tentang kehidupan seseorang itu, malah nama seseorang juga dipilih bersasarkan tilikan ini. Surat ini akan dibawa kepda tukang tilik setiap kali berlakunya peristiwa penting dalam kehidupan seseorang seperti waktu kematangan, perkahwinan dan sebagainya. Jika serasi maka jodoh ini dianggap sepadan. Setelah proses menilik ini dijalankan dan di dapati pasangan ini adalah secocok maka kedua piahk ini akan menentukan tarikh perkahwinan. Suatu upacara khas akan diadakan bagi tujuan ini.

Penentuan Hari Pertunangan dan Perkahwinan (Nichaya Thaartha Muhurtham / Kalyana Muhurtham) Upacara ini biasanya diadakan di rumah pengantin perempuan bersandarkan suatu tarikh yang ditentukan oleh (sami atau pandithar) mengikut tilikan beliau mengikut panjaangam(Lima elemen). Ianya diadakan secara kecil kecilan sahaja di mana para tetamu terdiri daripada ahli keluarga yang terdekat, sami serta kawan kawan rapat sahaja. Keluarga si gadis akan memasak bagi upacara ini memandangkan tidak ramai yang dijemput bagi upacara ini.

Pihak lelaki akan membawa bersama mereka hantaran bagi pengantin perempuan dalam talam talam yang berisi dengan barangan seperti kum kum, cendana, kelapa, sirih pinang dan buah buahan misalnya oren, epal, pisang dan buah anggur. Setibanya rombongan pihak lelaki ini, mereka akan disambut oleh ahli keluarga pihak perempuan dan dijemput di atas tikar tikar yang sedia ada di ruang tamu bagi para tetamu. Semua yang hadir bagi upacara ini akan duduk di atas lantai. Pihak lelaki akan meletakkan talam talam yang dibawa ini ditengah tengah ruang tamu ini dan biasanya mereka yang datang akan duduk disekelilingnya. Kemudian sami akan menjemput wakil dari kedua dua pihak ( biasanya bapa kedua bakal pengantin ) dan wakil pihak lelaki akan menyerahkan talam talam yang dibawa oleh pihak lelaki kepada wakil pihak perempuan. Penyerahan talam talam oleh pihak lelaki dan penerimaannya oleh pihak perempuan menunjukkan bahawa jodoh telah diterima oleh kedua dua pihak. Setelah itu, kedua dua pihak akan berbincang tentang penentuan tarikh perkahwinan. Ini dilakukan berdasarkan kepad atarikh yang dianggap baik dan biasanya diperolehi daripada penilikan yang dilakukan pada surat tilikan kedua bakal pengantin. Bagi tujuan ini mereka akan mendapatkan bantuan sami yang memberikan tarikh tarikh yang sesuai mengikut tilikan beliau. Selain daripada itu, kedua pihak juga akan membincangkan tentang pembayaran mas kahwin (Varathakshanai) oleh pihak perempuan. Biasanya jumlah permintaan 'varathakshani' adalah jumlah yang mampu dibayar oleh pihak perempuan namun terdapat juga di antara mereka yang meminta jumlah yang tinggi menyebabkan sesuatu perkahwinan ini ditangguhkan ataupun menyebabkan pihak perempuan terpaksa meminjam wang bagi melangsungkan perkahwinan mereka. Pembayaran ini adalah kerana si gadis ini adalah dari kasta yang lebih rendah daripada pembayaran mas kahwin, kedua dua pihak juga akan membincangkan jumlah emas serta hantaran ( dalam bentuk barangan keperluan dan set bilik tidur ) yang sanggup diberi oleh bakal pengantin perempuan. Apabila semua syarat ini dipersetujui, maka mereka menentukan tarikh pertunangan dan perkahwinan. Upacara menentukan tarikh perkahwinan ini diakhiri dengan satu jamuan bagi para tetamu di mana masakan ini akan di sediakan oleh pihak perempuan.

Pertunangan (Nichaya Thaartham) Upacara pertunangan ini diadakan di rumah pengantin perempuan dan dalam upacara ini juga hanya saudara masa dan kawan kawan rapat sahaja dijemput. Pihak perempuan sekali lagi bertanggungjawab menyediakan makanan bagi para jemputan dan biasanya bagi upacara ini juga pihak perempuan akan memasak di rumah mereka sendiri.

Upacara pertunangan biasanya diadakan beberapa bulan sebelum perkahwinan. Dalam ketiga tiga upacara yang dikaji, upacara pertunangan ini telah diadakan dua bulan sebelum perkahwinan, bagi upacara ini pihak lelaki akan membawa talam talam berisi sari pertunangan, sirih, pinang, kelapa, cendana, kum kum, barangan kemas, bunga melur, alat solek, pisang, gula batu dan kalung bunga untuk diberikan kepada pengantin perempuan.

Jumlah barangan kemas ( jumlah ini bergantung kepada apa yang dijanjikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan dalam upacara menentukan tarikh perkahwinan seta kemampuan pihak lelaki ini ).

Barangan ini dibawa dalam talam yang biasanya dalam angka ganjil seperti tujuh, sembilan atau sebelas. Angka ganjil dianggap bertuah dalam masyarakat Hindu dan menandakan amalan yang baik.

Perkahwinan Masyarakat India Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pesangan suami isteri agar kekal ke akhir hayat. Terdapat 3 jenis perkahwinan dalam masyarakat India yang dijalankan berlandaskan aspek suku kaum iaitu: iaitu: (a) (b) (c) vaitikat tamil diya thirumanam thirumanam thirumanam

Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerahkan sebiji kelapa yang dilubangkan di atas dan susu dituangkan ke dalamnya, memberi sireh, mencium tapak kaki kedua-dua ibubapa, memberi hadiah dhoti (bapa mertua) dan sari (ibu mertua) serta wang.

Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak 3 kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam gelas. Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.

Di Malaysia majlis perkahwinan masyarakat India dijalankan oleh pendanda. Pedanda memulakan upacara perkahwinan dengan sembahyang memohon restu kepada Tuhan supaya perkahwinan berjalan lancar tanpa apa-apa halangan. Dulang berisi atchatai dibawa kepada hadirin. Atchatai ialah beras yang dicampur kunyit serta bunga yang ditaburkan diatasnya. Beras ini digunakan untuk merestui pengantin sewaktu upacara mengikat thali berlangsung. Pedanda akan menyerahkan thaali kepada pengantin lelaki. Sebaik sahaja diarahkan oleh pedanda, pengantin lelaki akan mengikat thaali pada leher pengantin perempuan. Thaali hendaklah menyentuh dada dan benang suci akan disimpul sebanyak tiga kali. Sewaktu upacara ini berlangsung atchatai akan ditaburkan ke atas pengantin sebagai tanda restu. Seterusnya pengantin akan bertukar kalungan bunga yang dipakai sebanyak tiga kali. Selepas itu pengantin lelaki akan memegang tangan pengantin perempuan dan mengelilingi api sebanyak tiga kali. Pengenalan

Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.

Merisik

Merisik Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Selalunya maklumat-maklumat ini diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi sahabathandai dan saudara mara. Ada kalanya orang tengah yang dipanggil tirumana taraga akan membantu dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh ejenejen perkahwinan yang berdaftar. Kunjungan Ke Rumah Pengantin Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut ramai. Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyibunyian serta serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan orang yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-barang tersebut.

Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan menghidang air minuman. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu melayani para tetamu yang bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan. Kali ini pengantin perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat India, adat pen paarttal juga bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal pengantin lelaki. Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu. Diantara yang masih diamalkan oleh masyarakat Hindu iaitu Tina poruttam/Natcattira poruttam, Kana poruttam, Mahentira poruttam, Pentiikka poruttam, Yooni poruttam, Raasi poruttam, Raasiyaati paati poruttam, Vaiya poruttam, Racau poruttam dan Veetai poruttam.

Ikat Janji Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan. Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut. Sekiranya bapa salah seorang bakal pengantin telah meninggal dunia, perbincangan akan diadakan dengan saudara-mara. Sekiranya keduadua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji. Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal. Kemudian mereka akan membincangkan mengenai hari perkahwinan dan tentang belanja untuk pengantin perempuan, kad jemputan dan sebagainya. Kemudian upacara niccayam akan dilakukan dan lazimnya akan dijalankan dengan bertukar-tukar kalungan bunga. Parisam Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam. Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala

udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali.

Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin lelaki dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama alat muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak perempuan akan menyediakan buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum yang diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak yang dipanggil sebagai kuttu vilakku diletakkan bersebelahan puurana kumbum sebagai menunjukkan kurniaan tuhan.

Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbum dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau kalungan tunggal. Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin.

Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal), adat ikat janji (niccayam) dan pemberian hadiah (parisam) merupakan adat yang sering dilakukan oleh masyarakat India. Namun begitu ada di kalangan mereka yang tidak lagi melakukan upacara tersebut untuk mengelakkan pembaziran. Sebelum Majlis Perkahwinan Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perlu dijalankan terlebih dahulu, antaranya :

Kad Jemputan

Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.

Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang (arccanai). Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini dinamakan sebagai paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi. Penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam) Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India seperti lingath thaali, pottut thaali, tennant thaali dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat pelbagai suku di kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Pihak pengantin adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali.

Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai thaalippadaiyal. Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk pasangan pengantin. Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini kerana thaali masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat dan tidak dicuri orang. Mukuurtta Kaal Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta

kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter.

Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-bahan lazim seperti sirih pinang, kum kum, kunyit dan sebagainya disediakan. Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon pada Tuhan supaya perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa gangguan. Batang kayu diambil dan dibersihkan serta dibuang kulitnya. Lima orang perempuan yang sudah berkahwin akan menyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang kayu tersebut dari pangkal hingga hujung. Kemudian hujung kayu diikat dengan daun ara atau mangga menggunakan kain bewarna merah. Kayu akan dipacak sedalam setengah meter dan bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke dalam lubang tersebut sebagai lambang kekayaan. Kemudian upacara sembahyang dilakukan oleh pengantin beserta lima orang perempuan tersebut. Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan lampu minyak dinyalakan. Pada masa yang sama pengantin berikrar akan menjaga alam sekitar sebagai lambang persahabatan dengan alam sekitar. Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di rumah pengantin lelaki.

Thirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat India iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil Thairumanam dan Diya Thairumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum.

Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan. Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan.

Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga

aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.

Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang. Biasanya pasangan pengantin akan bertukartukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.

Beberapa faktor penting yang diambil kira sebelum upacara perkahwinan dilangsungkan untuk mendapat kebahagiaan hidup, antaranya seperti masa yang baik untuk melangsungkan perkahwinan, pengertian thaali, valatu kal, pemberian manisan, hadiah, penghormatan kepada pengantin lelaki, simbol pokok pisang, jamuan perkahwinan dan meroboh khemah perkahwinan. Selepas Majlis Perkahwinan Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan.

Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan dirobohkan. Sebelum khemah dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara

perkahwinan. Namun amalan tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan ringan sahaja yang diberikan kepada mereka yang merobohkan khemah perkahwinan.

Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas upacara perkahwinan dijalankan. Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan kepada para tetamu. Sekiranya jamuan diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan, kecuali

daging kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu. Jamuan tersebut akan turut disertai oleh saudara mara serta sahabat handai. PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA Perkahwinan masyarakat India di Malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu vaitiikat tirumanam, tamil tirumanam, eliyat tirumanam. Perkahwinan masyarakat India biasanya dilaksanakan mengikut golongan etnik iaitu Tamil, Malayalam, Telugu dan sub etnik iaitu Chetti, Mutaliyar, Veelaalar, Teevar dan sebagainya serta status ekonomi, pedanda iaitu Brahmin Gurukkal, Gurukkal, Pandaaram dan sebagainya.

Peringkat pertama iaitu merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira.

Seterusnya ialah kunjungan ke rumah pengantin. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya.Seterusnya ialah mengkaji kecocokan antara kedua-dua bakal pengantin. Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thirumanam Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu.

Justeru, prosedur ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan keduadua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal.

Adat parisam pula terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam. Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala

udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali. Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbum dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orraimaalai atau kalungan tunggal. Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin.

Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perlu dijalankan terlebih dahulu, antaranya , kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian. Adat mukuurtakaal dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter. Majlis perkahwinan pula dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan. Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan. Upacara perkahwinan dilakukan oleh

Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buahbuahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.

Selepas perkahwinan, terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu, ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan.

pengenalan Masyarakat India meruapakan etnik ketiga terbesar di Malaysia,dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arahpembentukan sesebuah masyarakat majmuk di negara kita.separti masyarakat lain,masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini.Adat resam yang di amalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat melayu.Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan.Seperti juga masyarakat lain,masyarakat India juga terdiri daripada pelbagai suku kaum,justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum. Sejarah Orang india Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu. Orang india telah berhijrah ke Malaysia sejak 2000 tahun yang lalu.Kedatangan mereka secara berkumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak semasa kesultanan Melaka dan semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Tujuan penghijrahan mereka ke Tanah Melayu ialah mensasarkan tujuan perniagaan atau perdagangan.Pada tahun 2005,orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta rakyat. Perkahwinan masyarakat India

Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat.Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat india iaitu vaitikat thirumanam,tamil thirumanam, dan diya thirumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum.Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan di bahagian atasnya, menuang air susu kedalamnya,memberi sireh, mencium tapak kaki kedua ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa,memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua)dan wang.Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas.Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri 36914203-Adat-Perkahwinan-Kaum-India

SEJARAH PERKEMBANGAN PERKAHWINAN KAUM INDIA DI MALAYSIA 1.1: Perkahwinan Masyarakat India Pada Tahun 1990an. Perkahwinan atau Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci antara suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Orang bijaksana Vedic menyatakan bahawa asas untuk kebahagiaan dan penyempurnaan perkahwinan ialah kerjasama dan kasih sayang di antara kedua-dua bakal suami isteri. Mengikut sejarah juga, terdapat lapan jenis perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat India dan di antaranya ialah Brahma kalyanam, Daiva kalyanam, Prajayapta kalyanam, Ghandarva kalyanam, Asura kalyanam, Rakshasha kalyanam dan Paishacha kalyanam.

Sejarah perkahwinan kaum India di Shah Alam, Malaysia menyatakan bahawa persatuanpersatuan terdahulu untuk sosial dan politik telah menjamin dan mengikat maksud untuk pengabadian untuk spesies dan sebuah institusi dijalankan untuk menunaikan hak milik.Perkahwinan merupakan institusi untuk menunaikan keperluan itu.Dalam budaya masyarakat kaum India, perkahwinan yang ditentukan oleh ibu bapa atau penjaga diamalkan sejak tahun 1990 an.Perkahwinan yang ditentukan oleh ibu bapa dianggap lebih menjamin kebahagiaan dan dipandang tinggi oleh masyarakat kaum India,kerana pasangan untuk anak akan dipilih dengan menilai kelebihan dan kelemahan diri,dan juga dengan melihat keserasian kedua-dua bakal pengantin melalui tilikan nasib,horoskop dan sebagainya yang mampu menilai dengan tepat.Terdapat seorang medium yang bertanggunjawab untuk mencari perikatan yang sesuai dan memberitahu tentang kesesuaian jodoh pada keluarga kedua-dua

pasangan.Medium tersebut turut berperanan sebagai perunding,yang akan mencadangkan tarikh dan masa yang sesuai untuk menjalankan perkahwinan,setelah melihat kesesuaian mengikut carta kelahiran kedua-dua pengantin.Di samping itu,sesetengah pengantin akan mencadangkan tempat yang sesuai untuk keluarga pengantin,untuk melangsungkan

perkahwinan,Perkahwinan pada masa dahulu kebanyakannya dilangsungkan di rumah pengantin lelaki,ataupun di kuil yang terletak berhampiran dengan rumah kedua-dua pengantin.Pelamin ataupun Manavarai akan digunakan sekiranya perkahwinan berlangsung di kuil.Pelamin biasanya mempunyai corak-corak seperti burung merak,pelita,dewa cinta dan sebagainya.Pelamin tersebut agak besar dan rupa bentuknya lebih kurang sama. Pengantin perempuan akan disolekkan oleh ahli keluarga dan sanak saudara di rumah.Inai akan dihiasi di tangan dan juga di kaki.pengantin.Seterusnya,mereka akan bertocang hingga ke paras pinggang atau memakai rambut palsu,dengan bunga melur.Pengantin lelaki juga akan bersiap sedia di rumahnya.Para hadirin yang datang ke majlis perkahwinan tidak ramai,dan hanya terdiri daripada ahli keluarga,sanak saudara dan kawan-kawan yang terdekat.Mereka akan diberi kad jemputan dan pihak pengantin akan datang sendiri ke rumah orang untuk menjemput mereka ke perkahwinan.Makanan untuk jamuan selepas perkahwinan pula akan dimasak dengan bantuan ahli keluarga terdekat dan jiran-jiran yang datang menolong.

1.2:Poligami Dan Mas Kahwin Poligami tidak begitu digalakkan bagi masyarakat kaum India di Malaysia.Terdapat rujukan tentang poligami dalam epik Hindu yang bernama Mahabharatha.Menurut rujukan

tersebut,pasangan yang telah berkahwin harus hidup dengan bahagia hingga ke akhir hayat.Namun begitu,poligami dihadkan,dan dibenarkan kepada yang mampu.Lama-

kelamaan,perkahwinan mula menitikberatkan maruah dan kebahagiaan pasangan.Hal ini kerana,sesetengah pasangan yang berkahwin tanpa persefahaman telah menghadapi masalah rumah tangga yang keterlaluan dan akhirnya bercerai.Lama-kelamaan,lelaki dan perempuan dibenarkan memilih pasangan hidupnya sendiri,kerana faktor perubahan sosial.Selepas itu,telah menjadi tanggungjawab ibu bapa,untuk memilih dan mengahwinkan anak mereka dengan pasangan tersebut,sekiranya mereka secocok.

Mas kahwin,ataupun hantaran yang dipanggil Dawry diminta oleh hampir setiap keluarga pihak pengantin lelaki,daripada pihak keluarga pengantin perempuan.Tujuan mas perkahwinan tersebut dihantar adalah kerana bakal pengantin perempuan yang akan hidup bersama keluarga pengantin lelaki sehingga ke akhir hayat,tidak harus membebankan mereka dari segi

kewangan dan sebagainya.Dawry yang diminta secara berlebihan oleh sesetengah pihak keluarga pengantin lelaki kadangkala membebankan keluarga pihak pengantin perempuan.

Pada masa sekarang,perkahwinan masyarakat India di Shah Alam,Malaysia kebanyakkanya dilangsungkan di dewan serbaguna atau dewan komuniti.Ada juga segolongan masyarakat India yang masih gemar melangsungkan perkahwinan secara tradisional di kuil yang dekat dengan rumah kedua-dua pengantin.Pada masa kini,peranan medium telah diambil alih oleh pejabat-pejabat pendaftaran perkahwinan.Pelamin-pelamin yang digunakan sekarang amat menarik dan mempunyai pelbagai jenis tema,warna dan corak.Pihak keluarga pengantin kini boleh memilih pakej perhiasan dewan dan pelamin untuk perkahwinan,dengan tawaran harga yang berbeza.Makanan pula akan ditempah secara katering,untuk memudahkan urusan perkahwinan.Pengantin perempuan lebih gemar bersolek di pusat solekan dan

kecantikkan.Namun,tocang,pemakaian rambut palsu dan bunga melur masih diamalkan sehingga kini.Pengantin lelaki juga ada yang gemar melaram dan mendapatkan perkhidmatan di pusat kecantikkan.Pengantin perempuan akan memakai sari manakala pengantin lelaki akan memakai veshti dan baju yang dipanggil jippa.Para hadirin yang datang ke perkahwinan terdiri daripada ahli keluarga,saudara mara,kawan-kawan dan juga kenalan yang berada di jauh. . Orang India semakin memberi perhatian kepada kad jemputan apabila berlangsungnya perkahwinan.Ramai yang berpendapat bahawa kad jemputan bukan hanya sekadar mengingatkan tentang perkahwinan tersebut,malah merupakan perkara yang akan dikenang sehingga ke akhir hayat.Oleh itu,masyarakat India sekarang menempah kad jemputan yang terdiri daripada pelbagai jenis corak dan bentuk.Malah,ada juga yang menempah mengikut idea sendiri,agar kad tersebut kelihatan unik dan menepati kehendak mereka.Corak dan keunikkan kad jemputan yang ditempah itu dapat menggambarkan kemeriahan perkahwinan tersebut. Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin(pen paarthal),adat ikat

janji(niccayam),dan pemberian hadiah(parisam) merupakan adat yang sering dilakukan oleh masyarakat India.Namun begitu ada di kalangan mereka yang tidak lagi melakukan upacara tersebut untuk mengelakkan pembaziran.

Rumusan: Bermula hanya sebagai istiadat yang diwarisi dari zaman-berzaman,majlis perkahwinan seolaholah mengalami anjakan sehingga berkembang menjadi satu perniagaan dan industri yang menguntungkan.Perkahwinan sekarang dapat dilangsungkan dengan mudah dengan adanya

penganjuran pameran dan ekspo perkahwinan yang mempamerkan pelbagai tawaran dan keperluan sehenti pengantin.Suasana yang cukup selesa ini membolehkan pasangan bakal pengantin dan ibu bapa mereka membuat pilihan dan keputusan dalam keadaan yang tenang.Terbaru ini,sebuah Ekspo Perkahwinan India(IWF) telah diadakan oleh Agenda Suria Communications di Pusat Pameran Midvalley, Kuala Lumpur dari 13 hingga 15 April 2012.Ekspo-ekspo seperti ini membolehkan perkahwinan masyarakat India berkembang.

Majlis perkahwinan bukannya sesuatu perkara yang mudah kerana setiap pasangan perlu mempunyia perancangan yang rapi bagi memastikan sempurna sepanjang berlangsung dengan kemeriahan dan diingati sepanjang hayat.Begitu juga dengan perkahwinan India yang semakin berkembang sehingga hari ini tanpa meninggalkan adat istiadat.

Adat Perkahwinan India

Sebagaimana kaum-kaum lain di Malaysia, kaum India juga mempunyai adat resam perkahwinannya yang tersendiri. Sebelum sesuatu perkahwinan itu berlaku, terdapat beberapa adat yang perlu dilakukan, sama ada untuk memenuhi tuntutan agama mahupun budaya kaum India itu sendiri. Di antara adat yang perlu dilakukan adalah seperti Parisam, proses membuat kad jemputan, mukurtta kaal dan lain-lain.

Parisam adalah suatu adat seumpama pertunangan di dalam masyarakat melayu. Ia adalah adat memberi hadiah kepada bakal pengantin perempuan. Terdapat dua jenis adat parisam iaitu parisam biasa dan udan parisam. Adat ini akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Parisam akan disediakan dalam jumlah yang ganjil oleh pihak lelaki.

Bakal pengantin lelaki akan mengetuai rombongan membawa parisam ke rumah pengantin perempuan. Ketibaan rombungan akan disambut dengan bunyian alat-alat muzik tradisional. Selepas upacara sembahyang dijalankan, bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari kepada anaknya. Setelah memakai sari tersebut, bakal pengantin perempuan akan dibawa keluar ke ruang tamu. Saudara mara akan mengalungkan bunga yang dinamakan orrai-maalai, pada masa yang sama kad jemputan akan diberikan kepada kedua-dua belah pihak.

Bagi masyarakat India beragama Hindu, kad jemputan kahwin memainkan peranan yang penting. Ia akan dibuat berpandukan kalender Hindu, yang mana akan dipasti tidak berlaku sebarang kesilapan. Kad yang telah siap dihasilkan akan menjalani beberapa upacara keagamaan seperti disapukan dengan cecair kunyit dan dibawa ke kuil, kemudian barulah dibawa kerumah bakal pengantin untuk diberikan kepadanya.

Thaali atau Tjrumaanggalyam adalah suatu kalungan berupa rantai leher yang dikalungkan ke leher kedua-dua pengantin semasa upacara perkahwinan dijalankan. Ia adalah lambang suci sesuatu perkahwinan itu. Thaali boleh diperbuat daripada emas ataupun hanya daripada kunyit sahaja yang kemudiannya diikat pada benang. Proses pembuatan thaali dilakukan tujuh atau sembilan hari, sebelum hari perkahwinan oleh pembuat thaali. Apabila siap ia akan menjalani upacara sembahyang dan akan dinamakan sebagai thaalippadaiyal.

Lima hari sebelum hari perkahwinan adat Mukuurta Kaal akan dilakukan dirumah pengantin lelaki. Untuk menjadikan mukuurtta kaal, sebatang pokok muda akan ditebang, pokok tersebut hendaklah lurus, berukuran dua atau tiga meter dan berukur lilit diantara 20 hingga 30 sentimeter. Mukuurtta Kaal akan didirikan setelah menjalani upacara keagamaan yang khusus. Adat ini dilakukan bagi menandakan bahawa perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut.

Thirumanan bermaksud penyatuan melalui ikatan perkahwinan antara suami dan isteri. Terdapat tiga jenis Thirumanan di dalam masyarakat India, ianya berbeza mengikut suku kaum masyarakat India itu sendiri iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil Thairumanam dan Diya Thairumanam.

Upacara

perkahwinan

akan

dilakukan

oleh

Pedanda.

Pengantin

lelaki

akan

mengalungkan thaali ke leher pengantin perempuan. Kemudian kedua-dua pengantin akan memberi hormat kepada kedua-dua ibubapa dan mertua. Setelah selesai segala upacara keagamaan dan jamuan, pengantin perempuan akan ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas disahkan sebagai suami isteri. Kemudian pengantin lelaki akan dikehendaki ke rumah pengantin perempuan pula selama tiga hari.

Tiga hari selepas majlis perkahwinan upacara meroboh khemah akan lilakukan. Sedikit jamuan akan dilakukan yang mana hanya melibatkan mereka yang terlibat sahaja.

Rujukan : http://malaysiana.pnm.my/01/0103ind

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA MERISIK Faktor: umur, latar belakang,etnik, kasta,pendidikan,jenis pekerjaan diambil kira. Maklumat diperoleh: sahabat handai,saudara mara.

KUNJUNGAN KE RUMAH PENGANTIN. Dikenali sebagai pen parttal Pengantin lelaki kunjung ke rumah bakal pengantin perempuan- utk lihat paras rupanya. Buah tangan dibawa (kelapa,sirih,pinang,kumkum dll.) Tanda :eratkan hubungan kekeluargaan. Pengantin perempuan dikehendaki menghidang air minuman kepada pihak lelaki dan tetamu. Kaji kecocokan pengantin diadakan (PORUTTAM PARTTAL) IKAT JANJI( NICCAYAM). - Wakil lelaki datang ke rumah perempuan dgn bawa buah-buahan,sirih,pinang,kelapa & kumkum. Bakal pengantin akan melafazkan ikat janji perkahwinan. Tanda ikatan: taambulam maruttal( adat menukar sirih). Perbincangan perbelanjaan juga dititikberatkan. Pengantin akan bertukar kalungan bunga dalam upacara itu.

PARISAM(pertunangan) - Ada 2 jenis parisam: 1) parisam biasa( pemberian hadiah lebih drpd awal perkahwinan) 2) udan parisam (pemberian hadiah yg diberikan pd sebelah pagi sblm perkahwinan). Hantaran perlu disediakan oleh wanita yang bersuami(cumanggali). Upacara ini dibawa ke rumah pengantin perempuan.

Mereka menyediakan puurana kumbam yang diletakkan sebelah kuttu

Peringkat pertama Merisik (Tirumana taraga) Melihat bakal isteri (Pen Paarttal) Tilikan dimanak Hindu Ikat janji (Niccayam) Pemberian hadiah (Parisam)

Sebelum Majlis Perkahwinan Kad jemputan Penyediaan Thaali (Tjirumaanggalyam) Mendirikan mukuurtta kaal

Perkahwinan Menanam pokok (Kanggenam) Ikatan Suci (Thirumanan)

Selepas majlis perkahwinan Saling berkunjung Meroboh khemah Jamuan perkahwinan

ASPEK PERKAHWINAN-pantang larang i. Selepas bertunang, bakal pengantin lelaki tidak boleh pergi atau keluar jauh dari rumah dibimbangi berlaku kemalangan. ii. Sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan bakal pengantin tidak dibenarkan keluar daripada rumah. iii. Sebelum berkahwin, pasangan akan menilik nasib melalui tarikh lahir dan masa kelahiran untuk memastikan jodoh berpanjangan. iv. Mestilah mengikut umur, lelaki hendaklah lebih tua daripada perempuan. v. Tidak boleh berpoligami.

i. ii. iii. iv.

Merisik (Tirumana taraga) Melihat bakal isteri (Pen Paarttal) Tilikan dimanak Hindu Ikat janji (Niccayam)

v.

Pemberian hadiah (Parisam)