Anda di halaman 1dari 16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN 22200, BESUT TERENGGANU.

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JANUARI 2010

Rancangan Pendidikan Individu ( RPI ) adalah satu program yang berkaitan dengan Pendidikan Khas dan perkhidmatan yang dibentuk khusus bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid dengan keperluan khas. Program ini dibentuk dalam beberapa siri mesyuarat dalam bentuk rancangan setiap murid.

Menurut Hallahan dan Kauffman ( 1977 ), RPI adalah satu perjanjian bertulis antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluan-keperluan murid dan cara bagaimana keperluan-keperluan itu dapat dipenuhi. Dari segi pelaksanaan, RPI adalah kontrak tentang perkhidmatanperkhidmatan yang perlu disediakan untuk murid itu. Manakala menurut Bender W.N ( 1995 ) pula, RPI adalah satu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin dan direka bagi memenuhi keperluankeperluan individu murid kurang upaya.

dibentuk oleh satu jawatankuasa yang melibatkan pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan juga murid itu sendiri jika difikirkan sesuai. mengandungi matlamat dan objektif berdasarkan pencapaian sedia ada bagi murid dengan keperluan khas itu.

Matlamat dan objektif ini dibentuk oleh mereka yang terlibat dalam perancangan dan penyediaan perkhidmatan

menentukan penempatan pendidikan yang diperlukan bagi mencapai matlamat dan objektif. dinyatakan juga tarikh perkhidmatan diberi, jangka masa pelaksanaan dan corak penilaian bagi menentukan pencapaian murid. ibu bapa dan guru dapat bekerjasama dalam beberapa aspek seperti menentukan keperluan pembelajaran murid, keperluan bagi mencapai keperluan itu dan hasil pembelajaran yang dijangkakan. Perlu disemak dan diteliti apabila berlaku perubahan dalam keperluan pembelajaran murid.

RPI membolehkan murid mengikut program pendidikan yang dirancangkan sama ada yang telah diadaptasi atau dimodifikasi dengan lebih berkesan. Dalam konteks ini, RPI bertujuan untuk menyimpan rekod dalam aspek-aspek berikut :a) jenis modifikasi dan adaptasi yang dibuat ke atas kurikulum asal

b) perkara yang perlu dipelajari oleh murid


c) jenis strategi dan teknik pengajaran yang perlu digunakan

d) penilaian pencapaian kemahiran

Murid a) setiap perancangan pendidikan digubal bertujuan membantu murid dalam proses pembelajaran. b) memberi peluang untuk terlibat dalm program pembelajaran yang dirangka c) menjadikan matlamat dan objektif lebih jelas

Guru

a) menerangkan peranan dan tugas mereka dengan jelas b) memberi peluang untuk mendapatkan maklumat tentang murid c) menyediakan forum untuk mendapatkan pandangan, bantuan resos, sokongan dan perkhidmatan daripada pihak yang berkenaan. d) Menyediakan dokumentasi bagi tujuan kesinambungan amalan dalam segala aspek perkhidmatan yang disediakan dan resos yang diperlukan e) Menyediakan bantuan dalam menyelesikan masalah f) Mendapatkan maklumat yang tepat daripada

Bahagian penting dalam proses pembinaan RPI ialah pendokumentasian. Perlu diingat bahawa dalam pendokumentasian RPI, tidak ada format khusus yang harus diikut. Penulisan RPI perlu mempunyai komponen-komponen berikut : Objektif yang khusus untuk murid Strategi pengajaran yang terperinci

Profesional atau individu yang akan bertanggungjawab terhadap tugas berkenaan.


Resos yang diperlukan untuk mencapai objektif.

PROSEDUR PENYEDIAAN RPI


1.

Jawatankuasa guru besar guru khas

ibu bapa
para profesional dll.
2.

Matlamat jangka panjang jangka pendek

3.Pencapaian Murid jangka masa untuk mencapai objektif pilih bidang-bidang yang penting sahaja tumpu kepada satu atau dua perkara pada satu-satu masa.

4.Objektif objektif merupakan pencapaian sasaran dalam jangka masa yang ditetapkan objektif perlu dinyatakan dengan terperinci dan tepat objektif-objektif hendaklah disenaraikan menurut keutamaan.

5.Prosedur dan Kriteria Penilaian kriteria Penilaian boleh juga dijadikan sebagai sebahagian daripada objektif

6.Strategi Pengajaran

bahagian ini menentukan murid dapat mencapai objektif


pengajaran perlu ditulis oleh AJK yang terlibat dengan penggubalan RPI.

5.Prosedur dan Kriteria Penilaian 7.Resos guru perlu memastikan ini tersedia pada kriteria Penilaian bolehresos juga dijadikan sebagai waktunya. RPI juga perlu menyatakan dengan jelas sebahagian daripada objektif objektif yang akan dicapai dan resos yang akan digunakan, seterusnya bagaimana resos itu dapat digunakan untuk mencapai objektif berkenaan. 6.Strategi Pengajaran 8.Orang yang bahagian iniBertanggungjawab menentukan murid dapat mencapai objektif menyatakan individu yang bertanggungjawab untuk pengajaran murid mencapai objektif pembelajaran. memastikan perlu ditulis oleh AJK yang terlibat dengan penggubalan RPI.

9.Inklusif

harus dijelaskan jangka masa dan sebab-sebab mengapa


murid-murid berkenaan diinklusif ke kelas biasa

10.Catatan digunakan untuk ulasan penulis atau pihak-pihak yang

berkaitan
digunakan sebagai rekod digunakan untuk mencatat penggunaan resos

ditulis selepas penilaian dijalankan

PENILAIAN RPI
Pada peringkat ini, mesyuarat penilaian perlu dibuat.

Maklumat tentang pencapaian dan perkembangan murid


dikumpul dan diedarkan kepada ahli. Maklumat yang tepat tentang pencapaian dan perkembangan murid perlu

dibentang oleh guru. Segala maklumat ini perlu dibincang


bersama oleh ahli jawatankuasa bagi tujuan pemantauan. Jika perlu, strategi yang lain boleh dirangka untuk mencapai objektif yang dirancang. Sekiranya objektif dan matlamat telah dicapai, program perancangan yang seterusnya perlu dirangka sesuai dengan matlamat berikutnya.

Rancangan Pendidikan Individu menumpukan kepada perancangan, penyediaan dan pelaksanaan RPI. Guru-guru akan mengetahui kepentingan RPI dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid bekeperluan khas serta menyedari bahawa setiap murid adalah istimewa, mempunyai keupayaan dan pencapaian yany berbeza.

Anda mungkin juga menyukai