Anda di halaman 1dari 4

Langkah Penyediaan Item Ujian 1) Menyediakan JPU (rujuk nota awal) 2) Menulis item ujian Prinsip-prinsip : Arahan hendaklah

ringkas dan mudah difahami Arahan jawapan hendaklah jelas Guna bahasa yang mudah dan jelas Bina item yang jawapannya berkaitan spesifik pengetahuan/kemahiran Nyatakan unit dan ketepatan ukuran 3) Menyemak item ujian Prinsip-prinsip : Arahan menjawab setiap bahagian/soalan adalah tepat dan mudah Item ditulis dengan bahasa mudah difaham dan maklumat dan kehendak soalan hendaklah jelas dan mencukupi Item dibina mencukupi dan seimbang dari sei kandungan dan objektif pengajaran Item dibina tidak mengandungi petanda (clue) 4) Menilai item ujian Prinsip-prinsip : Arahan menjawab dan bahasa adalah mudah Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan mengandungi maklumat yang diperlukan Soalan dibina mencukupi dan seimbang Jawapan yang diberi mengikut kehendak soalan dan dalam masa yang diperuntukkan 5) Membuat kajian rintis terhadap item Keperluan : Arahan menjawab dan bahasa difahami dan tiada kesilapan Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan mengandungi maklumat yang diperlukan

Tiada soalan terkeluar dari objektif Soalan dijawab mengikut dan sesuai dengan masa

Membina Item Objektif Mempunyai tiga (3) bahagian : 1) Stimulus (peransang) Maklumat khusus soalan didasarkan, berbentuk grafik, teks, jadual atau perbuatan 2) Stem (badan) Mengandungi tugasan dan berbentuk ayat lengkap , ayat tidak lengkap atau soalan 3) Jawapan pilihan Mengandungi jawapan pilihan , berbentuk angka, symbol, frasa, gambarajah atau jadual

Dikatakan sukar dibina dan sukar dijawab tapi mudah diperiksa (mudah mengunakan OMR) , perlu dijawab dengan tepat Sembilan (9) prinsip yang terkandung : Arahan hendaklah jelas dgn jawapan tepat dan betul atau terbaik Soalan dan jawapan hendaklah padat, jelas, dan tidak membuang masa Elak perkataan berulang Jawapan pilihan hendaklah menarik agar munasabah Taburan jawapan secara rawak (tidak mengikut system) Jawapan pilihan ditulis sama panjang Jawapan berbentuk semua diatas/tiada satu diatasdikurangkan Aras kesukaran perlu setara atau sama Jawapan pilihan boleh disusun ikut abjad, nilai nombor atau tahu atau mengikut susunan

Membina Item Betul-Salah Mempunyai tiga (3) bahagian : 1) stimulus 2) pernyataan dan 3) jawapan pilihan sesuai untuk untuk menguji fakta Lapan (8) prinsip yang terkandung : Arahan hendaklah jelas dgn penandaan yang jawapan tepat dan betul atau terbaik Pernyataan soalan ditulis dengan padat, jelas, dan tidak membuang masa Aras kesukaran perlu setara atau sama Soalan hendaklah pernyataan jelas betul jelas salah Pernyataan hendaklah sama panjang Elak soalan penekaan Sediakan pernyataan sama bilangan Taburan jawapan hendaklah sama banyak

Membina Item Mengisi Ruang Kosong Mempunyai dua (2) bahagian : Sesuai untuk menguji fakta dengan jawapan pendek dan tepat Enam (6) prinsip yang terkandung : Arahan hendaklah jelas dgn jawapan perlu mengisi ruang kosong dalam kertas soalan atau kertas jawapan Pernyataan hendaklah dituli secara padat, jelas dan tidak berbunga Aras kesukaran yang setara Perkataan yang dikosongkan terdiri drpd perkataan penting Elakkan drpd meninggalkan terlalu banyak ruang kosong Ruang kosong hendaklah ditempatkan dipenghujung pernyataan

Membina Item Padanan Perlu dua (2) set maklumat yang perlu dipadankan (mungkin perkataan, konsep, prinsip atau pernyataan Mempunyai enam (6) prinsip : Arahan hendaklah jelas dengan padanan Padanan hendaklah padat, jelas dan tidak berbunga Aras kesukaran yang setara Pernyataan mempunyai perkaitan dengan tepat Elakkan terlalu banyak perkataan Bilangan maksimum padanan adalah 5 sahaja

Anda mungkin juga menyukai