Anda di halaman 1dari 8

Baca petikan di bawah dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum.kebiasanya, sesuatu perayaan itu disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum adalah bertujuan untuk memperingati peristiwa penting yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu. Selain itu,perayaan juga akan disambut berdasarkan agama yang dianuti.

Di negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,terdapat pelbagai jenis perayaan untuk disambut pada setiap tahun.Negara Malaysia yang terdiri daripada tiga kaum majoriti iaitu kaum Melayu,Cina dan India pastinya berpeluang untuk menyambut perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Korban, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya.Di samping itu,masyarakat negara ini mengamalkan amalan berkongsi "perayaan" dan menghormati perayaan kaum lain.

Tambahan pula,melalui perkongsian perayaan, perpaduan dan kesepakatan masyarakat di negara kita sedikit sebanyak dapat diutuhkan.Langkah ini juga menyumbang kepada Malaysia untuk terus membangun dan menuju kearah maju dan makmur.Sememangnya, Malaysia merupakan negara yang unik dengan masyarakatnya yang berbilang kaum dan bangsa.Malaysia bukan setakat sahaja terdiri daripada kaum utama seperti Melayu,Cina dan India,malahan Malaysia juga diduduki oleh kaum-kaum minoriti seperti Kadazan, Iban dan sebagainya.

Kesemua perayaan di Malaysia disambut bersama-sama tidak mengira bangsa dan agama.Hal ini kerana wujudnya kesefahaman dan perpaduan yang utuh dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

http://rosiah70.blogspot.com/2011/08/perayaan-di-malaysia.html

Isikan tempat kosong berdasarkan peribahasa yang diberi.

Bersatu Teguh , Bercerai Roboh

Sepakat membawa berkat

Muafakat membawa berkat

Sesuatu kerja yang dilakukan dengan persetujuan bersama akan menghasilkan sesuatu yang baik._____________________________________________

Sesuatu pekerjaan jika dilakukan melalui pakatan atau mesyuarat akan membawa hasil yang baik. _______________________________________________

Persefahaman dalam sesebuah masyarakat dapat membuahkan kejayaan manakala perbalahan akan menyebabkan perpecahan. __________________________________________

Baca pantun di bawah dengan sebutan dan intonasi yang baik. Salam sejahtera pembuka bicara, Kepada anda pengunjung setia, Inilah pantun nasihat dari saya, Untuk panduan kita bersama.

Pak Salleh memasang bubu, Ketika petang cuaca redup, Kalau tuan ingin tahu, Ilmu itu penyuluh hidup.

Makan sireh duduk bersila, Sambil duduk bergurau senda, Sekiranya ilmu penuh didada, Hidup tidak gelap gelita.

Mak Munah pergi ke perigi, Pergi bersama anaknya Siti, Tuntutlah ilmu setiap hari, Untuk kesenangan diri sendiri.

Cik Ani menanam bunga, Bunga ditanam di tepi halaman, Ilmu itu besar nilainya, Harta dunia bukan tandingan.

Senaraikan nilai-nilai yang terdapat di dalam pantun yang berikut:

Orang Jawa mencari benang, Mencari benang di atas bukit; Orang jauh jangan dikenang, Lama-lama jadi penyakit.

Orang mengail di Teluk Bulang, Apalah umpannya si kulit duku; Jangan bermain kekasih orang, Nyawa tersangkut di hujung kuku.

Patah jarum dalam peti, Buat menjahit kain bertimbun; Nasihat sepatah kurang dimengerti, Rupanya penawar beribu tahun.

Senaraikan ciri-ciri persekitaran yang bersih dan persekitaran yang kotor.

Persekitaran bersih

Persekitaran kotor

Senaraikan kata adjektif yang terdapat dalam teks, kemudian bina satu ayat berdasarkan setiap kata adjektif tersebut.

1. __________________ Ayat: _________________________________________________________ _________________________________________________________

2. ___________________ Ayat : _________________________________________________________ _________________________________________________________

3. ____________________ Ayat : _________________________________________________________ _________________________________________________________

4. _____________________ Ayat : _________________________________________________________ _________________________________________________________

Senaraikan isi penting yang terdapat dalam teks pidato yang telah dibincangkan.

1._______________________________________________________

2. _______________________________________________________

3. _______________________________________________________

4. ______________________________________________________

5. ______________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai