Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Bersyukur kerana akhirnya saya telah berjaya menyempurnakan tugasan yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya ini. Hasil tugasan ini telah memberi pengalaman dan pengetahuan serta impak yang besar kepada saya hingga saya mendapat banyak pengalaman, ilmu dan pengetahuan yang saya berkaitan Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya di sekolah. Tidak dinafikan, semasa menjayakan tugasan ini, telah timbul sedikit masalah seperti masalah kekangan waktu untuk berjumpa dengan rakan-rakan sekumpulan dan bebanan tugas di peringkat sekolah dan daerah. Namun begitu, saya mengambil inisiatif membuat tugasan yang diagihkan pada sebelah malam atau petang. Saya tidak mempunyai kemahiran untuk membuat laporan yang baik. Saya mencari sumber di Internet dan bertanya pada rakan-rakan sekelas. Setelah berbincang dan berpandukan sumber yang ada, akhirnya saya dan rakan kumpulan berjaya membuat laporan yang diamanahkan. Kemahiran penggunaan komputer yang terbatas juga menjadi masalah buat saya. Bagi menyiapkan tugasan ini, saya belajar menggunakan chit chat translator, cara mengaplikasikan email, cara mengakses bahan-bahan daripada internet dan sebagainya. Pada mulanya agak sukar bagi saya melakukan semua itu tetapi berkat kesungguhan akhirnya saya boleh menyiapkan tugasan ini. Saya bersyukur kerana dengan menjayakan tugasan ini, akhirnya saya agak mahir menggunakan komputer berbanding sebelumnya. Hinggalah saya dapati tugasan ini memberi keseronokan kepada saya selain dapat meningkatkan daya kreativiti sepanjang menyiapkan tugasan. Untuk menyiapkan tugasan ini saya amat berterima kasih kepada Pensyarah Pembimbing Puan Norhashimah Binti Hj. Mohd Yusof yang banyak memberi bimbingan. Kerjasama dan bantuan daripada rakan sekumpulan juga amat saya hargai. Tanpa bantuan mereka tidak mungkin tugasan ini dapat disiapkan.

Melalui tugasan ini saya dapat mengenal pasti dan diberi pendedahan tentang pentingnya ilmu ketamadunan bagi sebuah negara majmuk seperti Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada berbilang bangsa, budaya dan agama. Pada dasarnya setiap rakyat Malaysia perlu mengenali prinsip, nilai dan amalan setiap bangsa dan agama secara dekat dan tepat supaya perhubungan dan interaksi tidak dicemari prasangka, ketegangan dan kebencian. Ilmu ketamadunan harus diterapkan di kalangan rakyat Malaysia di peringkat awal lagi. Mengalas tanggungjawab sebagai pendidik, saya akan menerapkan pengetahuan ilmu ketamadunan ini kepada anak-anak didik semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Disediakan oleh

. ZAHROL BAHI BIN SALIM

Anda mungkin juga menyukai