Anda di halaman 1dari 1

MEMPROMOSI JUALAN

A. Promosi melalui Poster 1. Promosi bermaksud aktiviti yang dilakukan oleh peniaga untuk memberitahu pembeli maklumat barang jualannya 2. Poster adalah kaedah promosi yang dibuat secara notis atau gambar. 3. Bahan yang digunakan untuk membuat poster adalah seperti kertas, kain rentang kad manila dan sebagainya. 4. Poster amat sesuai digunakan dalam mempromosi barang jualan kerana : a) Mudah disediakan dan berkesan b) Kos penyediaannya lebih murah c) Dapat dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak d) Mudah ditampal atau dipasang di merata tempat. 5. Maklumat penting yang perlu ada dalam sesuatu poster ialah : a) Jenama dan jenis barang jualan b) Rupa bentuk barang jualan c) Ciri-ciri istimewa barang jualan d) Nama pengeluar e) Alamat dan nombor telefon pengeluar f) Harga barang jualan g) Tarikh dan masa 6. Poster yang baik harus mempunyai cirri-ciri seperti berikut : a) Mesej yang hendak disampaikan perlu ringkas, jelas dan tepat. b) Maklumat dalam poster betul dan menarik c) Perkataan-perkataan yang digunakan sesuai dan mudah difahami. d) Warna poster adalah terang dan dapat menarik perhatian e) Saiz huruf yang jelas dan sesuai dengan saiz poster. f) Poster dibuat daripada bahan yang tahan lama

Anda mungkin juga menyukai