Anda di halaman 1dari 22

Pengenalan : Hoki merupakan permainan yang sangat popular di peringkat antarabangsa.

Permainan ini sesuai dimain oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Terdapat dua jenis hoki, iaitu satu jenis yang dimain di atas padang rumput dan sejenis lagi yang dimain di dalam gelanggang ais. Sejarah dan Perkembangan Permainan Hoki Dalam catatan rekod yang lalu telah mencatatkan permainan hoki adalah menggunakan kayu hoki dan bola hoki. Permainan hoki mula-mulanya dimainkan oleh orang Greek, Parsi dan Rom seak tahun S.M. Malangnya, permainan hoki terus lenyap sehinggalah pada tahun 1365 telah pertama kali dikenalkan di England dan telah berjaya menarik minat masyarakat di England. Akan tetapi, permainan ini Tidak ada peraturan atau undang-undang yang khusus, pelbagai cara dan teknik permainan telah digunakan oleh pemain. Hal ini menyebabkan kekecohan dan pergaduhan berlaku selalu. Akhirnya pihak atasan Britain telah mengharamkan permainan ini. Kemudiannya, undang-undang dan peraturan tentang permainan hoki telah mula direka. Dengan adanya undang-undang dan peraturan ini, maka pemain dapat bermain dengan lebih teratur dan mudah dipelajari. Pada zaman dahulu, permainan hoki dikenali sebagai banty atau bandy di Wales. Manakala, perkataan hockey pula diambil dari perkataan Perancis, iaitu hoquet dan kemudiannya nama ini telah diinggeriskan menjadi hockey ( hoki ).Pada tahun 1840, Kelab Blackheath di selatan London dikenali sebagai kelab hoki yang pertama dan tertua di dunia. Kelab ini menubuhkan pasukan hokinya pada tahun 1861dan juga memperkenalkan undang-undang hoki, cara bermain, penggunaan pengadil, kawasan permainan yang terhad, dan mengenkan hukuman kepada pemain yang melakukan kesalahan. Pada tahun 1886, bermulalah permainan hoki sebagai sukan yang kini merupakan salah satu sukan yang paling diminati di dunia. Permainan hoki mula diperkenalkan di England dan kemudiannya tersebar ke negara-negara seperti India, Amerika Syarikat dan beberapa Negara Eropah.

Sejarah Hoki di Malaysia

Sejarah hoki Malaysia adalah hampir sama dengan di India. Permainan ini tealh dibawa ke negara kita oleh askar dan kakitangan British pada 1892. Pada masa itu, hoki masih belum lagi terkenal dalam kalangan masyarakat tempatan. Masyarakat tempatan mula berminat bermain permainan hoki selepas dua dekad lebih. Malaya berjaya menubuhkan sebuah pasukan hoki pada tahun 1923. Pasukan tersebut telah memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik dalam perlawanan persahabatan dengan India. Kemudian, pasukan hoki negara telah melawat ke beberapa buah negara di Macau dan Hong Kong dan mengadakan permainan persahabatan di sana. Permainan hoki merupakan permainan yang tertua dan sangat popular di Malaysia. Permainan ini sesuai dimain oleh semua peringkat dan kumpulan umur. Justeru, permainan hoki diperkenalkan di sekolah-sekolah menengah, kelab, institut perguruan, universiti dan persatuan-persatuan. Pasukan Hoki Malaysia, terutamanya bagi pasukan lelaki boleh dikatakan telah berjaya bertanding dengan pasukan luar negara di peringkat antarabangsa. Mereka juga telah layak menyertai Sukan Olimpik sejak tahun 1956. Akan tetapi, hanya sekali sahaja Malaysia tidak layak menyertai Sukan Olimpik, iaitu pada tahun 1988 di Seoul. Walau bagaimanapun, pasukan wanita kurang berjaya berbanding dengan pasukan lelaki walaupun pada satu ketika dahulu mereka adalah yang terbaik di Asia.

Pasukan Hoki Kebangsaan di Malaysia Pasukan hoki kebangsaan Malaysia merupakan satu pasukan hoki padang yang mewakili Malaysia di dalam pertandingan di seluruh dunia. Pasukan ini terdiri daripada para pemain hoki terbaik di Malaysia. Sehingga Mac 2009, pasukan hoki kebangsaan Malaysia berada pada kedudukan yang ke-15 terbaik di dunia dan tempat yang ke-5 di Asia oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa. Pasukan ini ditadbir oleh Persekutuan Hoki Malaysia (Malaysian Hockey Federation) yang diketuai oleh jurulatih Tai Beng Hai. Maksud Hoki Dalam bahasa Perancis, hoki disebut sebgai hoquet dan kemudiannya diterjemah kepada bahasa Inggeris menjadi "hockey" dan bahasa Melayu dikenali sebagai hoki.

Cara Bermain Permainan Hoki Permainan hoki mempunyai dua regu yang terdiri daripada 11 orang bagi satu begu. 1. Penjaga gawang 2. Back kanan 3. Back kiri 4. Gelandang kanan 5. Gelandang tengah 6. Gelandang kiri 7. Kanan luar 8. Kanan dalam 9. Penyerang tengah 10. Kiri dalam 11. Kiri luar

Bermain Hoki No. 1 Perkara Posisi Pemain Penjelasan Setiap pasukan peserta hendaklah mempunyai dua orang penjaga gol dan 12 orang sebagai pemain hoki. Semua pemain akan dibahagikan kepada beberapa posisi iaitu penyerang. pertahanan dan pemain tengah. 2 Tempoh masa perlawanan Perlawanan akan berlangsung selama 80 minit. Perlawanan akan dibahagikan kepada separuh masa pertama dan kedua. Separuh masa pertama selama 40 minit dan separuh masa kedua adalah selama 40 minit. 3 Mendapatkan mata Gol padang, daripada Penalti ataupun Pukulan sudut.dengan syaratnya bola hoki adalah melepasi garisan gol dan masuk ke dalam gol. 4 Kawasan Permainan Berbentuk segi empat bujur yang berukuran sebanyak 91.4 meter dan lebarnya adalah sebanyak 54.7 meter.

Alat Alat Permainan Hoki

Perkara

Alat alat permainan Gambar Keterangan Diperbuat daripada ash atau mulberry Permukaan rata Di bahagian kiri panjang 0.89 meter hingga 0.94 meter Berat 510 g hingga 624g untuk wanita manakala 510 g hingga 794 g untuk lelaki. Diperbuat daripada bahan plastik atau gentian fibre. Berwarna putih. Ukuran lilit ialah 9 inci. hoki Kayu hoki

Bola hoki

Shin guard (Untuk Penjaga Gol)

Berat 5 aun. Digunakan untuk melindungi kaki bagi penjaga gol. Diperbuat daripada bahan getah atau sintetik.

Helmet

Untuk melindungi kepala penjaga gol. Diperbuat daripada bahan plastic.

Pelindung Badan

Diperbuat daripada bahan kain dan diperkemaskan dengan getah. Sebagai pelindung untuk penjaga gol.

Peraturan-Peraturan Am Permainan Hoki

Pemain Seorang pemain dilarang untuk : Mengangkat kayu hoki di atas pundaknya kerana aksi ini adalah berbahaya. Melakukan permainan yang dapat membahayakan pemain lain. Memukul bola ke udara, mengangkatnya. Menendang atau menahan bola dengan kaki (kecuali penjaga gawang sesuai peraturan). Memukul, menggigit atau menahan stick lawan. Menghalangi lawan dengan badan atau stick, mendorong, menahan atau menjatuhkan menyandung lawannya. Seorang pemain boleh : Menahan bola dengan tangan (sesuai peraturan yang berlaku), sepanjang bola tersebut jatuh dengan segera, jadi bukan menangkap bola melainkan menahan bola dengan telapan tangan yang terbuka. Di dalam D (Striking circle) hanya penjaga gawang diperbolehkan bermain dengan kakinya, menendang dan menahan bola dengan bahagian tubuh badan yang mana saja, tetapi ia tidak bolah berbaring di atas atau di depan bola.

Hukuman

Hukuman-hukuman yang dapat diberikan adalah : a) Free hit/pukulan bebas : Pukulan bebas dilakukan pada tempat dimana pelanggaran terjadi.

b) Penalty corner short corner : Penalty corner dapat dilakukan di atas garis pinggi gawang regu yang mendapat hukuman di sebelah mana saja, namun sekurang-kurangnya 2,75 m dari tiang gawang yang terdekat. Penalty corner ini diberikan bilamana seorang diketahui dengan jelas menyentuh bola disebelah daerah gawangnya atau disebabkan sesuatu hal yang dilakukannya di dalam D atau striking circle. c) Penalty Stroke : Penalty stroke diberikan disebabkan kesalahan yang dilakukan dalam D atau striking circle bila seorang pemain yang bertahan dengan jelas menghalangi sebuah bola yang akan masuk dengan cara yang tidak dibenarkan. Penalty stroke dilakukan dari jarak 7,31 m dari depan gawang. Pemain-pemain lainnya harus berada di belakang garis 25 yard. Bilamana penjaga gawang dapat menahan bola maka regu yang bertahan diberikan pukulan bebas (free hit) dari suatu titik 14,63 m dari gawang.

d) Corner hit long corner :

Corner hit diberikan bilamana seorang pemain dengan tidak sengaja memukul atau memainkan bola ke belakang garis gawangnya dari jarak kurang dari garis 25 yard.

Corner hit tersebut dilakukan dari jarak 9,14 m dari tiang gawang terdekat. Untuk hit ini pemain-pemain dari regu yang menyerang harus berada di belakang garis D atau striking circle.

e) Offside : Offiside adalah bilamana seorang pemain melampaui 2 pemain lawan di depannya apabila berada di daerah lapangan lawan. f) Hit in pukulan ke dalam : Bilamana seorang memukul atau menyentuh bola dengan sticknya melampaui garis pinggi, hit ini dilakukan di atas garis oleh seorang pemain lawan dari tempat dimana bola itu keluar lapangan. Pemainpemain lain dengan sticknya harus berada sekurang-kurangnya dalam jarak 4,55 m dari yang memukul bola. Apabila bola yang dipukul oleh seorang penyerang melampaui garis gawang maka hitnya atau free hit dilakukan dari suatu titik 14,63 pada arah dimana bola tersebut meninggalkan atau keluar lapangan.

Persekutuan Hoki Malaysia (Malaysian Hockey Federation) Persekutuan Hoki Malaysia (Malaysian Hockey Federation) telah ditubuhkan pada 1948. Dua perdana menteri Malaysia, iaitu Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn pernah menjadi presiden persatuan ini. Presiden untuk persekutuan hoki Malaysia kini adalah DYMM Sultan Azlan Shah. Beliau juga presiden Asian Hockey Federation dan timbalan presiden International Hockey Federation. Malaysia sangat aktif dalam hoki di peringkat tempatan dan antarabangsa. Semua negeri dan Angkatan Tentera bergabung ( affiliated) dengan The Malaysian Hockey Federation. Pertandingan-pertandingan hoki juga dikelolakan oleh pertubuhan nasional, pertubuhan-pertubuhan hoki negeri, bank, angkatan tentera dan jabatan-jabatan kerajaan. Malaysia juga terlibat dalam Sukan Olimpik buat pertama kalinya pada tahun 1956. Sejak itu, Malaysia telah melayakkan diri untuk setiap Sukan Olimpik kecuali pada tahun 1988 di Seoul. Tidak ada sukan lain di Malaysia yang mempunyai rekod seperti ini. Ahli-ahli Gabungan bagi Persekutuan Hoki Malaysia (Malaysian Hockey Federation)

Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA) Persatuan Hoki Perak (Perak HA) Persatuan Hoki Selangor (Selangor HA)

10

Jurulatih Kebangsaan Permainan Hoki Tempoh Perkhidmatan Nama Jurulatih Ismail Bakri

R. Yogeswaran 1990-1993

Terry Walsh

1993-1998

Volker Knapp

1998-1999

Paul Lissek

1999-2000

Stephen Van Huizen

2000-2003

Paul Lissek

2004-2006

Wallace Tan

2006-2008

Sarjit Singh

2008-2010

Tai Beng Hai Stephen van Huizen

2010-

11

Jurulatih utama hoki negara yang baru dilantik iaitu Stephen Van Huizen, mengambil alih jawatan daripada Tai Beng Hai pada Majlis Mesyuarat Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) pada 3 April 2010. Khidmat Van Huizen sebagai jurulatih utama dijangka akan berterusan sehingga Sukan Olimpik London 2012 memandangkan Tengku Abdullah mengeluarkan pandangan bahawa jurulatih tempatan akan memegang jawatan itu sehingga masa berkenaan. Beng Hai, yang dilantik sebagai jurulatih pada 27 Disember 2008 telah berjaya membawa skuad kebangsaan muncul naib juara Piala Sultan Azlan Shah, April 2010, namun sekadar mampu meletakkan skuad negara di tempat keempat dalam kejohanan Piala Asia di Kuantan sebulan selepas itu.

Bekas Nama Pemain Hoki Terkenal


Wallace Tan Zam Ariffin R. Yogeswaran Stephen van Huizen Sarjit Singh Minarwan Nawawi S. Kuhan Selvaraju Sandrakasi M. Jiwa Mohan (Kembali untuk Hoki Piala Asia 2009) Nor Saiful Zaini Nasiruddin K. Keevan Raj Gary Vernon Fidelis Kevin Nunis Poon Fook Loke Mohamad Abdul Hadi Harnahal Singh Kevinder Singh Baljit Singh Charun Singh

12

Padang Hoki Padang hoki berbentuk rata dan saiznya memainkan peranan yang penting dalam permainan ini. Jika saiznya terlalu sempit, pemain-pemain akan penuh sesak dan kemungkinan mereka tidak dapat melakukan pergerakan yang diperlukan seperti melakukan hantaran bola serta memukul bola kedalam gol. Selain itu, pemain juga sukar untuk melakukan kemahiran-kemahiran lain seperti menggelecek dan mencedok bola. Sebaliknya jika kawasan padang permainan terlalu luas, keselesaan bermain dalam satu kelompok akan terbantut. Hal ini akan menyebabkan pemain menghadapi kesukaran menghantar bola kepada rakan sepasukannya kerana kedudukan mereka di antara satu sama lain agak jauh. Mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan permainan hoki

antarabangsa, padang hoki hendaklah berbentuk segiempat bujur yang berukuran 91.4 meter dan lebarnya 54.7 meter. Permukaan padang hoki hendaklah rata dan mempunyai tanda-tanda seperti yang diperlukan untuk permainan ini. Permukaan padang jenis rumput atau lain-lain bahan yang tidak membahayakan boleh digunakan untuk pertandingan. Permainan hoki yang dijalankan di atas padang jenis berumput tiruan atau astroturf adalah lebih baik dari padang berumput biasa. Hal ini disebabkan diatas padang jenis tiruan bola boleh bergerak dengan lebih lancar tanpa gangguan. Gangguan yang biasa terdapat terdiri daripada takungan air atau rumput, terutamanya jika terdapat padang yang berumput panjang.

13

Ukuran Sebenar Padang Hoki

Garisan tepi 100 ela

2 ela panjang

Garisan gol 60 ela

14

Refleksi : Sebaik sahaja saya mendapat tajuk tugasan kerja permainan hoki ini, saya berasa gementar. Hal ini disebabkan selain daripada tugasan kerja ini, saya masih ada banyak tugasan kerja dan report bagi mata pelajaran lain yang perlu disiapkan dan dihantar. Namun begitu, saya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan tugasan kerja permainan hoki ini. Melalui tugasan kerja ini, saya dapat mempelajari tentang latar belakang, sejarah, peraturan-peraturan permainan hoki. Selain itu, menerusi tugasan kerja ini saya juga dapat mempraktikan undang-undang dan peraturan-peraturan semasa bermain hoki. Selain itu, saya memahami lebih lanjut tentang permainan hoki seperti jurulatih hoki, ukuran padang hoki dan pemain hoki yang bermain bersungguhsungguh demi memperolehi kejayaan di peringkat antarabangsa. Saya amat mengagumi semangat kesukanan mereka. Saya juga menyedari bahawa dan peraturan dalam sesuatu pertandingan hoki memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan sesuatu kejohanan atau pertandingan dapat berjalan dengan lancar. Sebagai kesimpulannya, tugasan kerja ini telah menyedarkan saya bahawa sebagai seorang pelajar, saya perlu sentiasa bertoleransi, berdedikasi, bertanggungjawab dan sanggup menghadapi cabaran hidup dengan berani tanpa mengira kepenatan. Segala usaha yang kita lakukan adalah berbaloi apabila kerja kita membuahkan hasil!

Disediakan oleh, CHEW TING CHEN

15

Bibliografi : Buku : Hilda Ann Fronske. (1997). Teaching Cues for Sport Skills. United State: Allyn and Bacon. John Cadman. (2000). Hockey The Skills Of The Game. Great Britian: The Crowood Press. Mahanmad Amran Kamsi. (1995). Siri Sukan Malaysia, Hoki. Petaling Jaya: Alpha Sigma. Ensiklopedia : Sport (2000). Disney Childrens Encyclopedia. Stick and Ball Game. (pp.26) Hong Kong: Grolier International Asia Pacific Group. Internet : Hoki. Retrieved Oktober 5, 2010, from http://thiganya-thiganya-thiganya.blogspot.com/
KUALA LUMPUR JUARA HOKI PIALA RAZAK. Retrieved Oktober 6, 2010, from http://kelabhokistar.blogspot.com/2010/05/kuala-lumpur-juara-hoki-piala-razak.html

Sejarah Hoki Di Malaysia. Retrieved Oktober 5, 2010, from http://teacherzaieone.blogspot.com/2009/12/sejarah-hoki-di-malaysia.html STEPHEN VAN HUIZEN DILANTIK KETUA JURULATIH HOKI NEGARA. Retrieved Oktober 6, 2010, from http://kelabhokistar.blogspot.com/2010/05/stephen-van-huizen-dilantikketua.html Suratkhabar : Fairuz Zaidan. (2010, April 24). Expresi jaguh hoki. Retrieved from http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Expresijaguhhoki/Article/index

Wikipedia : Hoki. Retrieved Oktober 5, 2010, from http://ms.wikipedia.org/wiki/Hoki Pasukan hoki kebangsaan Malaysia. Retrieved from Oktober 5, 2010 http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasukan hoki_kebangsaan_Malaysia

16

Rujukan :
Sejarah Hoki Di Malaysia Adalah dipercayai iaitu permainan hoki diperkenalkan ke negara kita oleh askar dan kakitangan Inggeris yang bertugas di sini pada tahun 1892. Namun pada peringkat awal ini, ia hanya berjaya menarik minat orang-orang Inggeris dan Eropah yang bertugas di sini. Penduduk tempatan masih belum dapat menerimanya pada peringkat ini. Pada tahun 1904, perlawanan hoki antara negeri pertama kali diadakan di negara kita, iaitu di antara Selangor dan Singapura. Mulai tahun 1920 barulah permainan ini berjaya menarik minat penduduk tempatan. Dari sehari ke sehari bilangan mereka yang mempelajari dan bermainnya mulai meningkat. Kini hoki berjaya menjadi salah satu acara sukan yang diminati di negara kita.Semua peringkat umur bermainnya lelaki dan juga perempuan. Pada tahun 1926 perlawanan hoki pertama melibatkan penduduk tempatan , iaitu di antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat. Tidak berapa lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan pasukan hokinya sendiri. Ini terjadi pada tahun 1923, iaitu sebagai usaha mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan India yang mengadakan lawatan ke negara kita. Ketika itu pasukan India baru sahaja memenangi pingat emas Sukan Olimpik. Perlawanan itu juga telah mendorong pasukan hoki kita untuk mengadakan perlawanan seterusnya. Beberapa tahun selepas itu, pasukan hoki kita telah mengadakan lawatan sambil bermain ke Hong Kong dan Macao. Pasukan kita memenanagi semua perlawanan persahabatan yang diadakan di sana. Pasukan hoki Macao pula telah membuat lawatan balas ke negara kita dan sempat mengadakan dua perlawanan. Dalam kedua-dua perlawanan itu pasukan kita menumpaskan mereka. Liga hoki dimulakan di negara kita, iaitu pada tahun 1946 di Taiping kemudian di Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang. Pada tahun 1948 Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan ini di negara kita. Pada tahun 1953 FIH telah menerima MHF sebagai ahligabungannya. Dengan demikian ia telah memberi peluang kepada pasukan kita mengambil bahagian dalam kejohanan dan pertandingan antarabangsa. Kemudian MHF bersama Kesatuan Olahraga Tanah Melayu menubuhkan Majlis Olimpik Kebangsaan. Kejohanan hoki pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951 hingga kini . Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai Presiden MHF ( 1957) beliau menghadiahkan sebuah piala sebagai rebutan untuk pertandingan antara negeri ini. Piala ini dinamakan Piala Razak. Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah pertandingan ini berjaya dianjurkan. Perlantikan Tun Razak sebagai Presiden MHF telah memberi perangsang dan galakan serta semangat baru kepada MHF serta orang ramai untuk memperlihatkan permainan ini dinegara kita. Buktinya kini terdapat berbagai-bagai pertandingan peringkat kebangsaan setiap tahun anjuran MHF. Kini Presiden MHF ialah DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. MHF juga menguruskan perlawanan dan pertandingan peringkat antarabangsa. Hasil pertemuan Tanah Melayu dan India telah mendorong pasukan tersebut untuk mengadakan perlawananulangan pada tahun 1954. Setahun kemudian, pasukan hoki Pakistan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kita. Tahun 1956 merupakan tahun bersejarah bagi hoki di negara kita. Ini kerana pada tahun itu

17

pasukan kita turut mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik yang diadakan di Melbourne. Kita menduduki tempat kesembilan daripada 12 pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan hoki juga turut mengambil bahagian dalam Pia la Dunia. Pada tahun 1975 negara kita terpilih sebagai tuan rumah Piala Dunia, dimana kita menduduki tempat ke empat.Manakala dalam Sukan Asia kita sering menduduki tempat ketiga di belakang India dan Pakistan menduduki tempat ketiga di belakang India dan Pakistan, dan dalam Sukan SEA pula, tiada negara yang mampu menggugat pasukan kita. http://teacherzaieone.blogspot.com/2009/12/sejarah-hoki-di-malaysia.html Monday, May 17, 2010 STEPHEN VAN HUIZEN DILANTIK KETUA JURULATIH HOKI NEGARA

Tiada perasaan gembira ditunjukkan oleh jurulatih utama hoki negara yang baru dilantik, Stephen Van Huizen, apabila dikhabarkan mengambil alih jawatan tersebut daripada Tai Beng Hai pada Majlis Mesyuarat Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), 3 April lepas. Tanpa berselindung, Van Huizen mengakui masih mahu bekerja bersama Beng Hai sebagai jurulatih seperti mana sebelum ini. Beliau menyifatkan pemberian jawatan itu sebenarnya tidak akan memberikan sebarang perbezaan buat dirinya dalam cara membimbing skuad kebangsaan pada masa akan datang. Selain berasa terkejut dengan keputusan yang diberikan oleh PHM, Van Huizen juga tidak menyangka secara tiba-tiba berada di atas kedudukan Beng Hai sedangkan rakannya itu telah bersusah payah membentuk sebuah pasukan mantap sepanjang tahun lalu. ''Sedangkan saya pada asalnya diserap untuk membantu Beng Hai menghadapi dua kejohanan dalam masa terdekat ini dan tidak sampai beberapa bulan, saya telah diangkat sebagai jurulatih utama sementara Beng Hai sebagai jurulatih kedua. ''Pada pendapat saya, Beng Hai sebenarnya berjaya membawa skuad hoki negara kita dengan baik jika melihat pencapaian pada kelayakan Piala Dunia di Invercargill, New Zealand walaupun gagal layak ke pusingan akhir. ''Bagaimanapun, saya perlu menerima keputusan PHM ini dengan rela hati tetapi dalam masa sama, saya dan Beng Hai akan terus amalkan perbincangan serta keputusan bersama daripada segi taktikal serta pemilihan pemain,'' katanya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia. Sabtu lalu, Presiden PHM, Tengku Abdullah Tengku Ahmad Shah bersama ahli jawatankuasanya memutuskan untuk tidak menggunakan khidmat jurulatih asing seperti

18

yang dirancang sebelum ini yang mana nama bekas jurulatih Belanda, Roelant Oltmans menjadi sebutan bakal memegang jawatan tersebut daripada Beng Hai serta Van Huizen. Khidmat Van Huizen sebagai jurulatih utama dijangka akan berterusan sehingga Sukan Olimpik London 2012 memandangkan Tengku Abdullah mengeluarkan pandangan bahawa jurulatih tempatan akan memegang jawatan itu sehingga masa berkenaan. Beng Hai, yang dilantik sebagai jurulatih pada 27 Disember 2008 berjaya membawa skuad kebangsaan muncul naib juara Piala Sultan Azlan Shah, April lalu, namun sekadar mampu meletakkan skuad negara di tempat keempat dalam kejohanan Piala Asia di Kuantan sebulan selepas itu. Di Invercargill, skuad negara kecundang pada perlawanan terakhir ke atas New Zealand 1-2 dalam perebutan slot terakhir ke Piala Dunia. Ditanya sasaran utamanya pada tahun ini, Van Huizen melihat Sukan Asia antara kejohanan paling penting kerana kedudukan sebagai juara mampu meletakkan Malaysia beraksi secara automatik di Sukan Olimpik. ''Namun, kedudukan kejohanan lain juga akan diambil serius oleh saya dan Beng Hai kerana Sukan Komanwel serta Piala Sultan Azlan Shah tidak kurang pentingnya kepada skuad kebangsaan, '' katanya. Dia bersama Beng Hai telah menyerahkan beberapa nama pemain baru kepada PHM untuk proses kelulusan, namun enggan memberitahu nama-nama yang dipilih kerana masih belum mendapat lampu hijau daripada badan induk hoki negara itu. ''Dalam senarai pemain itu, ada pemain senior dan ada juga muka baru, maaf kerana saya tidak berikan nama-nama mereka kerana kuasa mengumumkannya terletak pada PHM, '' jelasnya. Skuad kebangsaan akan memulakan latihan pusat hari ini di Stadium Hoki Tun Razak selepas menamatkan aksi pada kejohanan Piala Razak yang berlangsung di Kuantan, barubaru ini. http://kelabhokistar.blogspot.com/2010/05/stephen-van-huizen-dilantik-ketua.html Monday, May 17, 2010 KUALA LUMPUR JUARA HOKI PIALA RAZAK Harvinder Singh menjadi wira Kuala Lumpur apabila menjaringkan gol tunggal kemenangan 1-0 ke atas Perak pada perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Razak, semalam. Pada perlawanan yang sengit itu, kedua-dua pasukan yang bersaing dalam saingan Divisyen 1 saling membalas serangan, namun pertahanan kedua-dua pasukan amat utuh sekali. Usaha Kuala Lumpur untuk menembusi gawang berjaya dinafikan benteng pertahanan Perak. Sementara serangan Perak yang garang pula beberapa kali berjaya dijinakkan Kuala Lumpur sehingga kedua-dua pasukan buntu mengatur strategi demi strategi.

19

Namun, kebuntuan berakhir apabila Kuala Lumpur menerusi Harvender Singh berjaya menghasilkan gol menerusi jaringan padang pada minit ke-70 yang mengesahkan kejuaraan Kuala Lumpur. Sementara itu, Melaka berjaya menduduki tempat ketiga kejohanan Hoki Piala Razak apabila menumpaskan Johor 4-3. Johor memulakan jaringan gol apabila Balit Singh membuat pukulan sudut penalti pada minit ke-14. Johor menambah gol kedua menerusi Joel Samuel Van Huizen pada minit ke-20. Bagaimanapun, kegembiraan pasukan Johor meraikan dua gol pertama tidak lama apabila Melaka menjaringkan gol pertama menerusi Chua Boon Huat pada minit ke-30. Pada babak kedua pula, Melaka berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan padang Boon Huat pada minit ke- 43. Namun, Johor berjaya memintas Melaka dengan jaringan sudut penalti oleh Shaheeb Shah Halim Shah. Melaka sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan apabila Amirrullah Zainul menjaringkan gol menerusi jaringan sudut penalti pada minit ke-65. Boon Huat sekali lagi menjadi wira Melaka apabila berjaya menjaringkan gol hasil jaring padang sekali gus berjaya memenangi perlawanan ini. Sementara itu, Pahang berjaya menduduki tempat pertama Divisyen 2 selepas mengalahkan Singapura 2-0 sekali gus melayakkan Pahang bersaing dalam Divisyen 1 pada tahun depan http://kelabhokistar.blogspot.com/2010/05/kuala-lumpur-juara-hoki-piala-razak.html HOKI Walaupun hoki tidak sepopular seperti bola sepak tetapi hoki adalah salah satu permainan yang telah lama dimainkan oleh manusia. Ia mula dikenali sebagai sukan demonstrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan dijadikan salah satu sukan yang ditandingkan pada tahun 1928. Sejak itu ia dimainkan dalam Sukan Olimpik.

Adalah sukar untuk menyatakan dengan pasti bila dan di mana dimainkan pertama kalinya. Sejarah menunjukkan hoki telah dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu di Mesir. Bukti ini ditunjukkan atas sebuah makam Bani Hasan dekat Minia, Mesir yang sekitar 2000 S. M. Ia menunjukkan saw lukisan yang menggambarkan dua orang melakukan buli seperti yang digunakan dalam permainan hoki.

Sebelum penemuan ini, dipercayai bahawa hoki bermula di Parsi sekitar 500 S.M. Ini adalah berdasarkan pada bukti bahawa orang Parsi menunggang kuda untuk bermain polo

20

pada zaman itu. Dan dikatakan hoki adalah keturunan langsung daripada polo. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa polo adalah versi hoki yang halus yang wujud lebih awal. Hoki juga wujud di Greek dan Parsi sekitar 500 S.M. Bas-reliefs (seni-arca dinding) yang ditemui di Athens, menggambarkan permainan yang menyerupai hoki telah dimainkan.

Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain saw permainan kayu yang mempunyai persamaan dengan hoki. Perlawanan mereka adalah di antara puak-puak dengan kedudukan yang agak berjauhan. Kadangkala hampir semua penduduk lelaki yang berjumlah seramai 1000 orang sepasukan mengambil bahagian. Kayu-kayu dan bola-bola berat digunakan. Permainan ini kasar dan menyebabkan mereka mengalami kecederaan yang berat.

Di Ireland, hoki dikenali sebagai hurley dan di Scotland pula ia dinamakan Shinty, tetapi permainan hoki sekarang barangkali mendapat namanya daripada Perancis iaitu houquet. Orang Belanda juga mempunyai permainan yang serupa. Namun begitu hoki moden banyak terhutang budi kepada orang Inggeris. Dahulu permainan itu dipanggil commock sehinggalah sekitar tahun 1840 apabila nama hockie digunakan. Pada tahun 1800-an permainan hoki mula menjadi popular di sekolah-sekolah di England.

Apabila hoki menjadi lebih popular, peraturan-peraturan mula dibuat dan diterima oleh pelbagai kumpulan. Pada tahun 1883, Kelab Hoki Wimbledon ditubuhkan. Pada tahun 1886 pula Persatuan Hoki British (B.ELA.) ditubuhkan dengan Prince of Wales pada masa itu (bakal raja King Edward VII) sebagai presiden pertama. Beberapa kelab daripada seluruh England telah menjadi ahli. Persatuan ini telah menyusun peraturan permainan secara lebih terperinci dan standard diasasi telah dilakukan di antara pelbagai kelab. Kaum wanita yang berminat juga mula menubuhkan kelab-kelab dan mengelolakan perlawanan-perlawanan. Tidak lama selepas itu negara-negara lain mula mengambil dan menggunakan peraturanperaturan yang telah disusun oleh B.H.A. dan pertandingan hoki antarabangsa pertama di antara England dengan Ireland telah diadakan.

PINTU GOL Setiap pasukan mempunyai satu pintu gol di tengah-tengah garisan gol. Pintu gol ini mengandungi dua tiang tegak, berjarak 4 ela dan disambung dengan sebatang tiang mendatar yang mempunyai ketinggian 7 kaki daripada tanah. Semua ukuran diambil daripada dalam. Tapak depan tiang gol akan menyentuh tepi luar garisan belakang. Tiang-tiang tegak dan mendatar (crossbar) yang membentuk sebuah pintu gol mesti mempunyai ketebalan tidak lebih daripada 3 inci dan tidak kurang daripada 2 inci. Pintu gol mesti dicat warna putih. Jaring-jaring diikat kukuh kepada tiang-tiang tegak dan tiang mendatar, dengan jarak dekat (tidak melebihi 6 inci) dan dipasangkan dengan kuat ke tanah di belakang gol. Jaring daripada "mesh' 1 inci - 1.5 inci dicadangkan.

21

Papan tepi dan papan belakang diletakkan di keliling kaki jaring gol dan berukuran setinggi 45 cm dan dicat dengan warna gelap. Papan-papan belakang, berjarak 4 kaki daripada gol dan 4 ela panjang. TIANG TIANG BENDERA Empat tiang bendera di setiap sudut padang dan dipanggil bendera sudut. Tingginya 4 kaki minimum dan 5 kaki maksimum, dan diletakkan di luar sudut.Tiang-tiang bendera juga diletakkan di setiap belah tengah padang pada jarak 1 ela di luar garisan-garisan tepi. Tiangtiang bendera juga dicadangkan untuk garisan-garisan 25 ela. Satu garisan yang panjangnya 4 ela dilukis selari dan berjarak 16 ela daripada pintu gol. Garisan 16 ela itu diukur daripada sudut dalam bahagian depan tiang-tiang gol ke luar kawasan garisan 4 ela. Gunakan tempat yang sama daripada tiang-tiang gol sebagai pusat dan 16 ela sebagai radius. Lukis dua suku bulatan daripada garisan 4 ela ke garisan gol. Ini menjadi bulatan jaringan juga dipanggil bulatan memukul atau kawasan D. Tanda-tanda lain di bulatan pukulan termasuk garisan-garisan 5 ela dan 10 ela untuk sudut penalti dan titik untuk strok penalti yang telah dijelaskan dahulu.Padang hoki mempunyai bentuk dan saiz yang tetap dan semua tanda-tanda adalah ditentukan di dalam peraturan-peraturan. Padang hoki berbentuk segi empat bujur dengan 100 ela panjang dan 60 ela lebar. Garisan-garisan panjang dikenali sebagai garisan belakang atau garisan gol, kerana pintu gol diletakkan di atas garisan-garisan tersebut. Anda akan dapat perhatikan bahawa padang hoki dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah dan setiap bahagian itu dibahagikan kepada dua oleh garisan 25 ela. Jadi, padang telah dibahagikan kepada empat sukuan. Di atas kedua-dua garisan gol, garisan 25 ela dan garisan tengah, terdapat tanda-tanda yang dilukis 5 ela daripada luar garisan tepi di kedua-dua belah padang. Tanda-tanda ini adalah 2 ela panjang. Juga terdapat satu tanda di atas padang untuk menunjukkan 16 ela daripada garisan gol. Tanda ini berukuran 12 inci dan terdapat di dalam padang permainan pada setiap garisan tepi dan selari dengan garisan belakang. 16 ela ini diukur dari bahagian dalam garisan belakang.Di atas garisan belakang terdapat tanda-tanda khas yang digunakan untuk sudut-sudut penalti. Tanda-tanda ini panjangnya 12 inci bermula daripada garisan belakang ke dalam kawasan bermain. http://thiganya-thiganya-thiganya.blogspot.com/

22