Anda di halaman 1dari 12

Manimaran Kanayesan

TIP UPSR BUKU TEKS SJK 2013

6. m/s 95 - Keistimewaan Setempat

Tahun 4

7. m/s 119 - Kebudayaan Malaysia

1.

m/s 13 23 - Sekolah Gemilang

8. m/s 131- Kegiatan Ekonomi

2.

m/s 36 38 - Menuju Ke Puncak Jaya

9. m/s 159 161- Dunia Di Hujung Jari

3.

m/s 95 99 - Makanan Berkhasiat Hidup Sihat

4. m/s 120-129 - Nikmat Kemerdekaan Tahun 6 1. m/s 1- 12 - Bergaya ke
4.
m/s 120-129 - Nikmat Kemerdekaan
Tahun 6
1. m/s 1- 12 - Bergaya ke Sekolah
Tahun 5
2. m/s 13 - 24 - Sekolah Selesa Murid Ceria
1.
m/s 13 – 22 - Aktiviti Sekolah
3. m/s 25 - 36 - Seronoknya Belajar
2.
m/s 24 – 34 - Kempen Budi Bahasa
4. m/s 62 - 73 - Kami Anak Malaysia
3.
m/s 36 – 43 - Selamatkan Alam Sekitar
5. m/s 74 - 85 - Seni Tradisi Kebangsaan Kita
4.
m/s 56 – 58 - Gaya Hidup Sihat
6. m/s 133 - 143 - Jasamu Dikenang
5.
m/s 77 – 79 - Menjejaki Kemerdekaan
7. m/s 166 - 178- Malaysiaku Gemilang
TIPS UPSR BM 2013
Kata Ganti Nama Diri – hamba, patik, beta, baginda, kita, dia , beliau…
—Bahasa Istana – gering, bersiram, beradu, berangkat, berkenan, mangkat, bertitah, bersemayam, bersantap
Kata Sendi nama/kata hubung – manakala, sejak, pada, akan, dari, daripada, hingga, ke…
Simpulan bahasa – …
tangan/……hati/……angin/
muka/
naik……/wang……./langkah…
Peribahasa - cincin dengan permata/aur dengan tebing/ isi dengan kuku/tikus jatuh ke beras/tikus membaiki
labu/pahat dengan penukul/kaca terhempas ke batu/mencurah air ke daun keladi
—Kata Banyak Makna – tumpukan pada adjektif
Pilih soalan/jawapan yang betul - tumpuan pada jawapan yang berkaitan dengan mengapakah dan bagaimanakah
Ayat benar - tumpukan pada kata bilangan, kata hubung, kata sendi nama, Hukum DM, kata perintah
Petikan ramalan - Syarahan - Kenal pasti Siapakah, Apakah, Mengapakah, Bagaimanakah, ——pernyataan benar/
tidak benar, kecuali, maksud/rangkai kata
TIP SK
Kata Ganti Nama Diri - saya, mereka, beliau, patik, tuanku, tuan hamba, kita
Kata Sendi nama/hubung - walaupun, daripada, manakala, antara, kecuali, sambil, sementara
Simpulan bahasa – …
tangan/……hati/……angin/
muka/
naik……/wang……./langkah…
Peribahasa - cincin dengan permata/aur dengan tebing/ isi dengan kuku/tikus jatuh ke beras/tikus membaiki
labu/pahat dengan penukul/kaca terhempas ke batu/mencurah air ke daun keladi/hempedu lekat di hati/kunyit
dengan kapur/bulan dengan matahari
Kata Banyak Makna - tumpukan pada adjektif
Pilih soalan/jawapan yang betul - tumpuan pada jawapan yang berkaitan dengan mengapakah, bagaimanakah,
berapakah dan bilakah
Ayat benar - tumpukan pada kata bilangan, kata hubung, kata sendi nama, Hukum DM, kata perintah, penggunaan
perkataan (kata kerja), ayat aktif dan pasif
Petikan ramalan - Surat - Kenal pasti Siapakah, Mengapakah, Tujuan utama, bagaimanakah, Bilakah, pernyatan
benar/tidak benar, maksud perkataan/rangkai kata

PANDUAN MENULIS KARANGAN UPSR 2013

Dalam peperiksaan, sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :

Isi-isi dan

A.

Pengenalan

B.

C.

Penutup

A. Pengenalan

[Type here]

Manimaran Kanayesan

[Type here]

Manimaran Kanayesan

Setiap karangan mestilah mempunyai perenggan pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu.

Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam kepada pemeriksa.

B. Isi

Isi hendaklah mengikut kehendak soalan. Dalam UPSR, biasanya setiap karangan memerlukan empat isi. Isi yang
Isi hendaklah mengikut kehendak soalan. Dalam UPSR, biasanya setiap karangan memerlukan empat isi. Isi yang
lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan
berkait antara satu dengan lain.
Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Murid-murid digalakkan menulis satu
isi, satu perenggan. Setiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih
panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya
lebih panjang daripada perenggan yang lain.
Jaga isinya supaya tidak terkeluar daripada tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah
dengan tajuk. Mengapa pelajar cemerlang mendapat banyak isi ? Ini kerana mereka banyak membaca. Untuk
mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-
makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri.
Cara terbaik mencari isi adalah dengan menggunakan kaedah membuat peta minda. Kemukakan pertanyaan kepada
diri anda dan fikirkan jawapannya. Gunakan kata tanya
Apa ( contoh : Apa program yang dijalankan ?)
Siapa ( contoh, siapa yang merasmikan program itu ?)
Bila ( contoh, bila program itu diadakan ?)
Mengapa ( contoh, mengapa program itu diadakan?)
Di mana ( contoh, di mana program itu berlangsung?)
C. Penutup
Penutupnya adalah kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan. Dalam penutup boleh digambarkan
pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Boleh masukkan perasaan atau
harapan.Contoh, semua peserta berasa gembira dan berpuas hati dengan keadaan sekolah setelah tamatnya aktiviti
gotong-royong itu. Kami berharap aktiviti seumpama ini akan dapat diadakan lagi pada masa akan datang.
Juga boleh dimuatkan nilai-nilai yang sesuai. Contohnya, aku bersyukur kerana kawanku akhirnya selamat. Ibub
bapanya mengucapkan terima kasih kepadaku kerana telah membantu anak mereka.Elakkan menamatkan karangan
secara mengejut atau tergantung.
Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan.
Tip Peperiksaan UPSR - BM Penulisan UPSR 2013
Tip Peperiksaan UPSR: Calon perlu tenang bagi mudahkan menjawab soalan
Bahasa Melayu Penulisan
BAGI mengelakkan rasa gemuruh dan kelam-kabut sebelum menduduki peperiksaan, calon dinasihatkan datang awal
ke sekolah atau dewan peperiksaan. Persediaan awal penting kerana untuk menduduki kertas Bahasa Melayu
Penulisan, calon perlu benar-benar bersedia dan tenang bagi memudahkan mendapat idea bernas ketika menulis
karangan.

Sebagai ulang kaji, kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A membabitkan pembinaan ayat berdasarkan gambar, Bahagian B pula karangan, manakala Bahagian C berkaitan membuat ulasan. Ketiga-tiga bahagian ini mesti dijawab.

BAHAGIAN A Untuk bahagian ini, calon diberi masa selama 15 minit untuk menjawab dengan peruntukan 10 markah. Untuk mendapat markah penuh tidaklah begitu susah kerana calon perlu melakukan empat langkah, iaitu:

[Type here]

Manimaran Kanayesan

[Type here]

Manimaran Kanayesan

Langkah pertama Calon perlu mencari kunci soalan yang terdapat dalam soalan. Kunci soalan dalam Bahagian A ada tiga iaitu "tentang", "aktiviti" atau "situasi". Kunci soalan juga boleh diperoleh dalam gambar. Contohnya dalam UPSR 2008, terdapat ayat "Cara-Cara Melintas Jalan Raya Dengan Selamat". Ayat tersebut boleh calon gunakan ketika membina ayat. Walau apapun kunci soalan yang diberikan dalam peperiksaan tahun ini, calon dinasihatkan agar memulakan ayat dengan subjek (watak).

Langkah kedua Calon hendaklah menyenaraikan semua kata kerja yang terdapat dalam gambar. Antara caranya ialah
Langkah kedua
Calon hendaklah menyenaraikan semua kata kerja yang terdapat dalam gambar. Antara caranya ialah dengan
membulatkan watak dalam gambar dan tuliskan kata kerja yang berkaitan. Cikgu cadangkan calon membuat lima
bulatan sahaja bagi mewakili lima ayat. Senaraikan seberapa banyak kata kerja yang berkaitan.
Langkah ketiga
Calon membina ayat berdasarkan kata kerja yang disenaraikan. Dinasihatkan calon membina ayat lebih daripada
lapan patah perkataan dan yang paling penting, mulakan ayat dengan subjek (watak). Selepas subjek, tulis kata kerja
yang berkaitan dan akhiri ayat dengan maklumat (di mana, bagaimana dan mengapa).
Contoh: Beberapa orang murid (siapa) sedang melukis dan mewarna (kata kerja) di dalam dewan sekolah (di mana)
kerana menyertai pertandingan melukis sempena Hari Kebangsaan. (mengapa) Jawapan contoh: Beberapa orang
murid sedang melukis dan mewarna lukisan di dalam ketika menyertai pertandingan lukisan sempena Hari
Kebangsaan.
Langkah keempat
Semak ayat yang dibina, pastikan strukturnya betul. Binalah ayat aktif dan elakkan daripada membina ayat pasif.
Semak ejaan agar tidak ada yang salah. Jangan gunakan perkataan yang calon tidak pasti ejaannya.
Kesalahan ejaan boleh menjejaskan markah. Begitu juga dengan kosa kata atau perbendaharaan kata yang
digunakan mestilah tepat. Contohnya, antara "memangkas" dengan "mencantas" dan "membelah" dengan
"mengerat". Penggunaannya mengikut konteks ayat.
Jaga-jaga dengan imbuhan yang digunakan kerana kesalahan boleh membawa maksud yang berbeza. Contohnya,
"Ayah menjual ikan" dengan "Ayah penjual ikan". Kedua-dua ayat ini membawa maksud berbeza disebabkan
penggunaan imbuhan.
Akhir sekali, calon mesti berhati-hati dengan tanda baca. Pastikan ayat yang dibina bermula dengan huruf besar.
Setiap ayat yang dibina mestilah mempunyai noktah. Jika calon menggunakan nama orang, pastikan perkataan awal
huruf besar kerana nama orang adalah nama khas.
Gabungkan beberapa kata kerja yang disenaraikan dalam satu ayat. Contohnya, ayat di atas terdapat tiga kata kerja
iaitu menyertai, melukis dan mewarna. Selain itu, calon tidak perlu mengulang kata kerja yang sama pada orang yang
sama untuk ayat seterusnya. Ini dikatakan sebagai pengulangan ayat.
Seterusnya, pastikan calon membina lima ayat sahaja. Jika ruangan jawapan yang disediakan tidak cukup, mintalah
kertas jawapan tambahan daripada pengawas peperiksaan. Jika tulisan kecil, calon dinasihatkan agar selang satu
baris antara ayat yang dibina agar lebih kemas dan teratur.

BAHAGIAN B Untuk menjawab soalan bahagian ini, calon perlu banyak membaca bagi menghasilkan karangan yang baik. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab bahagian ini ialah 40 minit. Petua untuk Bahagian B, calon mesti menggunakan FMK (Formula Menulis Karangan), iaitu kaedah menulis karangan berdasarkan perenggan 233332. Setiap karangan mempunyai enam perenggan. 233332 bermaksud perenggan pertama dan keenam mempunyai dua ayat, manakala perenggan kedua hingga kelima, masing-masing tiga ayat. Calon dinasihatkan agar selang satu baris antara perenggan yang dibuat agar karangan dihasilkan kelihatan lebih kemas. Untuk menghasilkan karangan yang baik, calon haruslah melakukan empat langkah.

Langkah pertama - Pilih soalan

[Type here]

Manimaran Kanayesan

[Type here]

Manimaran Kanayesan

Calon mesti membaca semua soalan terlebih dahulu sebelum memilih soalan yang hendak dijawab. Pilih soalan yang banyak isi berdasarkan pengalaman calon agar mudah untuk menulis karangan. Ini kerana ada juga karangan yang senang tajuknya tetapi calon sukar mencari isinya.

Calon juga perlu mencari kunci soalan, kehendak soalan, format dan jenis karangan. Contohnya: Pada suatu petang, anda bersiar-siar dengan seorang rakan di tepi pantai. Tiba-tiba anda terdengar jeritan orang meminta tolong. Ceritakan tindakan anda dan kawan anda ketika itu. Kunci soalan ini ialah "Ceritakan tindakan". Kehendak soalan ialah "menceritakan tindakan selepas mendengar jeritan", manakala format dan jenis karangan ialah cerita dan karangan tidak berformat. Langkah dicadangkan ini boleh membantu calon mengelakkan daripada menulis karangan terpesong.

Langkah kedua - Merangka karangan Gunakan kaedah merangka karangan yang telah dipelajari sama ada "Peta
Langkah kedua - Merangka karangan
Gunakan kaedah merangka karangan yang telah dipelajari sama ada "Peta Minda", "Melakar Isi" atau "Teknik
Penyoalan".
Langkah ketiga - Menulis karangan
Pastikan ada enam perenggan. Pastikan juga tidak tersilap menulis perenggan pendahuluan kerana ada calon yang
masukkan isi dalam perenggan pengenalan itu. Contohnya:
1. Melancong ialah aktiviti yang mempunyai banyak faedah kepada kita semua. Antaranya ialah kita dapat
menambahkan ilmu pengetahuan.
2. Melancong ialah aktiviti yang mempunyai banyak faedah kepada kita semua. Kita boleh melancong di dalam
atau luar negara.
Jawapan yang tepat sebagai pendahuluan adalah jawapan 2. Untuk karangan fakta, calon boleh menulis karangan
dengan menggunakan kaedah ICK iaitu isi, contoh dan kesan atau IKC (isi, kesan dan contoh).
Untuk perenggan penutup, calon boleh gunakan pelbagai jenis penutup seperti dalam bentuk rumusan, nilai, pantun,
penegasan, peribahasa, kata hikmah dan pendirian.
Langkah keempat - Semak karangan
Pastikan struktur ayat, ejaan, imbuhan dan tanda baca yang digunakan betul sebelum beralih untuk menjawab
Bahagian C.
BAHAGIAN C
Bahagian C memperuntukkan markah sebanyak 20 dan masanya 20 minit sahaja. Oleh itu, calon mesti bijak
menggunakan masa untuk menjawab soalan bahagian ini.
Konsep Bahagian C ialah mengecam nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam petikan diberikan. Lantaran
itu, calon mesti mengecam, mencari, mengenal dan mendapatkan nilai murni atau pengajaran yang terkandung
dalam petikan itu.
Calon juga mesti tahu membezakan antara perbuatan dengan nilai murni atau pengajaran. Contohnya: Abang
mengucapkan terima kasih kepada adik kerana mengeluarkan barang-barang dari dalam bilik itu. Pengajaran bagi
ayat ini ialah "menghargai", manakala perbuatan yang menunjukkan adanya pengajaran ialah "Abang mengucapkan
terima kasih".
Membezakan antara perbuatan dengan pengajaran penting agar calon tidak tersilap mengulas pengajaran yang
sepatutnya. Untuk menghasilkan jawapan yang baik, empat langkah dicadangkan iaitu:

Langkah pertama Baca petikan sekali lalu untuk memahami kandungannya. Kemudian, baca sekali lagi dan gariskan perkataan yang menunjukkan terdapatnya nilai murni atau pengajaran. Contohnya: Zaidi selalu mengulang kaji pelajaran pada waktu malam. Perkataan yang menunjukkan ada pengajaran ialah "mengulang kaji". Walaupun perlu mengulas lima pengajaran sahaja, calon dinasihatkan agar mencari seberapa banyak pengajaran yang ada dalam petikan.

Langkah kedua Calon perlu memilih lima pengajaran yang ingin diulas dan binalah rangka ulasan. Contohnya:

[Type here]

Manimaran Kanayesan

[Type here]

a. Pengajaran - Rajin

b. Perbuatan - mengulang kaji pelajaran

c. Mengapa - lulus periksa

Manimaran Kanayesan

Langkah ketiga Membina ulasan lengkap, contohnya: Kita mestilah rajin dengan mengulang kaji pelajaran agar lulus dalam peperiksaan. Ulasan mesti ditulis dalam satu perenggan. Oleh itu, gunakan penanda wacana agar ayat yang dibina lebih menarik.

Langkah keempat Semak ulasan yang telah ditulis. Pastikan struktur ayat, ejaan, imbuhan dan tanda baca
Langkah keempat
Semak ulasan yang telah ditulis. Pastikan struktur ayat, ejaan, imbuhan dan tanda baca yang digunakan betul.
Oleh sebab masa diberikan untuk menjawab ketiga-tiga bahagian dalam kertas ini agak singkat, iaitu 1 jam 15 minit,
calon perlu bijak menguruskannya. Masa yang dicadangkan untuk Bahagian A ialah tiga minit untuk memahami
gambar, lima minit tulis ayat dan dua minit untuk menyemak. Untuk Bahagian B (10 minit faham soalan dan bina
rangka karangan, 25 minit hasilkan karangan lengkap dan lima minit lagi untuk semakan).
Untuk Bahagian C (lima minit cari dan senaraikan nilai murni atau pengajaran, 10 minit tulis ulasan lengkap dan lima
minit lagi menyemak). Lima minit terakhir, gunakan untuk semak semua jawapan Bahagian A, B dan C
TIP UPSR BERDASARKAN BUKU TEKS SJK 2013
Tahun 4
1. m/s 13 – 23 - Sekolah Gemilang
Bina Ayat – Aktiviti di sekolah
Karangan – Lawatan sambil belajar, Temu ramah
dengan tokoh murid, Menjaga kebersihan dan
kebaikan sekolah
Nilai murni – bertanggungjawab, mengenang jasa,
bersyukur, rajin, dll
Karangan – Kokurikulum, Komputer, Pentingnya
Bersukan, Aktiviti Pertandingan, Menjaga Kebersihan
dan Keceriaan, Perkhemahan, Kem Motivasi, Hari
Ucapan dan Penyampaian Hadiah
Nilai Murni – kerajinan, mengenang jasa,
bertanggungjawab, berdisiplin, menghargai masa,
menghormati dll
2. m/s 36 – 38 - Menuju Ke Puncak Jaya
2. m/s 24 – 34 - Kempen Budi Bahasa
Bina Ayat – Kejayaan individu, aktiviti individu
Karangan – Usaha Tangga Kejayaan, Murid Cemerlang
Nilai Murni – rajin, bertanggungjawab, berusaha,
gigih, bersyukur, bertanggungjawab dll
3. m/s 95 – 99 - Makanan Berkhasiat Hidup Sihat
Bina Ayat – Makanan seimbang, suasana di pasar,
Bina Ayat – Berkaitan Amalan Nilai Murni, Pusat
Sumber, aktiviti di sekolah
Karangan – Pentingnya Membaca, Pentingnya Pusat
Sumber, Cara-cara Menggunakan Masa, Rumah
Terbuka, Satu-satu majlis di sekolah/rumah
Nilai Murni – berbudi bahasa, bersopan-santun,
mengenang jasa, menghargai masa, menghormati,
aktiviti keluarga
Karangan – Pentingnya Makanan Seimbang, Menjaga
Kesihatan, Penting Membawa Bekal
Nilai Murni – menjaga kesihatan diri, menjaga
kebersihan diri, menghargai masa, rajin dll
mematuhi peraturan dll
3. m/s 36 – 43 - Selamatkan Alam Sekitar
4. m/s 120-129 - Nikmat Kemerdekaan

Bina Ayat Suasana Hari Kemerdekaan Karangan Sambutan Hari Kebangsaan, Tokoh Negara yang Dikagumi, Tokoh Yang Dihormati Nilai Murni patriotisme, taat, cinta akan negara, mengenang jasa, berdisiplin, patuh dll

Bina Ayat Bergotong-royong, Menjaga Kebersihan Kampung/Sekolah/Rumah, Kitar Semula Karangan Pentingnya Menjaga Alam Sekitar, Amalan Bergotong-royong, Pentingnya Kitar Semula, Menjaga Kebersihan Kawasan Nilai Murni Menghargai alam sekitar, bersyukur, mematuhi peraturan, berdisiplin, menjaga kebersihan, bertanggungjawab dll

Tahun 5

1. m/s 13 22 - Aktiviti Sekolah

Bina Ayat Aktiviti di Sekolah

4. m/s 56 58 - Gaya Hidup Sihat

Bina Ayat Aktiviti keluarga, aktiviti di sekolah, Sukan

Sekolah, Permainan Karangan Sukan Tahunan Sekolah, Pentingnya Bersukan/Beriadah, Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri

[Type here]

Manimaran Kanayesan

[Type here]

Manimaran Kanayesan

Nilai Murni menjaga kesihatan diri, bertanggungjawab, bersyukur, rajin dll

Bina Ayat Perayaan, Rumah Terbuka, Majlis (pelbagai) Karangan Sambutan Satu-satu Perayaan, Perpaduan Nilai Murni Menghormati, mengenang jasa, rajin, bertanggungjawab dll

8. m/s 131 - Kegiatan Ekonomi

Bina Ayat Kegunaan (buluh, getah, kelapa dll), aktiviti keluarga Karangan Pengalaman bercuti, lawatan Nilai Murni bersyukur, menghargai alam sekitar, bertanggungjawab, menghormati

5. m/s 77 79 - Menjejaki Kemerdekaan

Bina Ayat Suasana Hari Kemerdekaan Karangan Sambutan Hari Kebangsaan, Persediaan Menghadapi Sambutan Hari Kebangsaan Nilai Murni patriotisme, taat, cinta akan negara, mengenang jasa, berdisiplin, patuh dll

6. m/s 95 - Keistimewaan Setempat Bina Ayat – Lawatan, Berkelah Karangan – Pengalaman Lawatan,
6. m/s 95 - Keistimewaan Setempat
Bina Ayat – Lawatan, Berkelah
Karangan – Pengalaman Lawatan, Aktiviti Masa Cuti,
Masa Lapang, Suasana Perkelahan
9. m/s 159 – 161 - Dunia Di Hujung Jari
Bina Ayat – rajin, bertanggungjawab, menjaga
keselamatan, mematuhi peraturan, menjaga
kebersihan dll
7. m/s 119 - Kebudayaan Malaysia
Bina Ayat – Pameran Buku, Komputer
Karangan – Pentingnya Komputer, Pentingnya
Internet, Pengalaman di Pameran Buku, Cara-cara
Menggunakan Komputer
Nilai Murni – rajin, bertanggungjawab dll
Tahun 6
1. m/s 1- 12 - Bergaya ke Sekolah
Bina Ayat – Murid Cemerlang, Aktiviti di kelas, Pusat
Sumber, Lawatan, Aktiviti Kokurikulum, Bersukan,
Permainan, Aktiviti harian
Karangan – Aktiviti-aktiviti sebagai Murid/ Aktiviti di
4. m/s 62 – 73 - Kami Anak Malaysia
Bina Ayat – Pertandingan di sekolah
Karangan – Minggu Bahasa, Aktiviti-
aktiviti/Pertandingan-pertandingan Yang Dijalankan Di
Sekolah, Murid Cemerlang, Perkhemahan,
Kokurikulum, Lawatan
Nilai Murni – menghargai masa, rajin, gigih,
menghormati, mematuhi peraturan dll
Sekolah , Pentingnya Perpaduan, Tokoh/Orang Yang
Dikagumi/Hormati
Nilai Murni – gigih, berusaha, kerajinan, patuh,
menghormati dll
2. m/s 13 - 24 - Sekolah Selesa Murid Ceria
5. m/s 74 - 85 - Seni Tradisi Kebangsaan Kita
Bina Ayat – Aktiviti di sekolah – berkebun, gotong-
royong, keselamatan di luar pagar sekolah,
Karangan – Cara-cara Menjaga Kebersihan dan
Keceriaan, Gotong-royong, Pengalaman Bertanding,
Hari Kantin
Bina Ayat – Cara-cara Menghasilkan (Sesuatu), Aktiviti
Persembahan
Karangan – Permainan Tradisional, Pengalaman
Meraikan Sambutan Satu-satu Perayaan, Satu-satu
Majlis
Nilai Murni – menghargai budi, rajin, berdisiplin,
bertanggungjawab, menjaga keselamatan, mematuhi
peraturan sekolah, bekerjasama dll
Nilai Murni – bersyukur, rajin, dll
6. m/s 133 - 143 - Jasamu Dikenang
3. m/s 25 - 36 - Seronoknya Belajar
Bina Ayat – Murid Cemerlang, Aktiviti di kelas, Aktiviti
di Sekolah
Bina Ayat – Sukan
Karangan – Hari Sukan, Temu ramah Tokoh
Nilai Murni – rajin, usaha, gigih, menjaga kesihatan
diri dll
7. m/s 166 – 178 - Malaysiaku Gemilang

Karangan Cara-cara Belajar Berkesan, Murid Cemerlang, Cara-cara Menghadapi peperiksaan, Pentingnya Pusat Sumber, Pengalaman Yang Menggembirakan (lulus peperiksaan) Nilai Murni rajin, gigih, bertanggungjawab, menghargai jasa, dll

Bina Ayat Aktiviti-aktiviti Individu Karangan Cara-cara Mencapai Kejayaan, Temu ramah Tokoh Sukan Nilai Murni mengenang jasa, bersyukur, rajin, dll

[Type here]

Manimaran Kanayesan

[Type here]

Manimaran Kanayesan

Tip UPSR: Cara betul menjawab Matematik Kertas 1 dan 2

KERTAS 1 Seperti yang calon sedia maklum, kertas ini mengandungi 40 soalan objektif. Soalannya boleh dikategorikan dua jenis, iaitu bentuk persamaan dan penyelesaian masalah. Lapan hingga sepuluh soalan disoal dalam bentuk persamaan membabitkan nombor dan simbol matematik. Soalan jenis ini boleh dianggap mudah dan calon hanya perlu berhati-hati ketika membuat pengiraan seperti meletak nombor pada nilai tempat, meletak titik perpuluhan di tempat yang betul, mengikut peraturan pengiraan yang betul, contohnya BODMAS, membuat penukaran unit dengan tepat dan berhati-hati ketika membuat pengumpulan semula. Dalam lingkungan 30 lagi soalan adalah jenis penyelesaian masalah yang boleh dilihat dalam dua bentuk penyoalan, iaitu ayat sepenuhnya dan sebahagian dibantu rajah, jadual, graf dan gambar. Sebelum menjawab, calon perlu membaca soalan sekurang-kurangnya dua kali. Kenal pasti maklumat terdapat dalam soalan. Biasanya soalan penyelesaian masalah mempunyai lebih daripada satu maklumat. Gariskan maklumat penting itu. Calon juga perlu mengecam kata kunci dalam soalan, contohnya ‘bakinya’, ‘yang tinggal’, ‘diberikan sama banyak’, ‘simpanan’, ‘untung’, ‘rugi’, ‘diskaun’ dan sebagainya. Perkara penting calon perlu tahu ialah apakah kehendak soalan. Persoalan inilah yang perlu calon jawab. Kehendak soalan ada dalam ayat terakhir. Setelah mengenal pasti maklumat, kata kunci dan kehendak soalan, rancang pula langkah pengiraannya. Ayat kedua setiap soalan lazimnya merujuk kepada maklumat untuk membuat pengiraan. Perkataan sebelum atau selepas angka dikemukakan lazimnya membantu calon menentukan operasinya (tambah, tolak, darab dan bahagi). Setelah itu tukarkan ayat pernyataan soalan ke dalam bentuk ayat matematik. Pastikan operasi betul digunakan untuk membuat pengiraan. Perlu diingat, bagi menjawab soalan penyelesaian masalah, calon perlu lebih daripada satu operasi dan jalan kerja. Bagi soalan membabitkan sukatan, pastikan unit disamakan terlebih dulu. Soalan jenis penyelesaian masalah juga banyak dibantu rajah, graf, jadual dan gambar yang memerlukan calon membuat penelitian kerana sebahagian maklumat ada pada rajah disertakan, manakala sebahagian maklumat lagi dalam pernyataan soalan. Contoh; Pak Abu has 400 durians. He gives 1/5 of the total number of durians to hos neighbours. He sells 3/4 of the remainder. What percentage of the durians is left? Pak Abu ada 400 durian. Dia memberikan 1/5 daripada jumlah durian itu kepada jiran-jirannya. Dia menjual 3/4 daripada baki durian itu. Berapakah peratus durian yang tinggal? A 5 B 20 C 80 D 240 Seperti disarankan, baca soalan sekurang-kurangnya dua kali dan kenal pasti maklumat dan kata kunci soalan. Tiga maklumat utama, iaitu;

i. Pak Abu ada 400 durian ii. Dia memberikan 1/5 daripada jumlah durian itu kepada
i. Pak Abu ada 400 durian
ii. Dia memberikan 1/5 daripada jumlah durian itu kepada jiran-jirannya.
iii. Dia menjual 3/4 daripada baki durian itu.

Kata kunci ialah baki (remainder), peratus (percentage) dan yang tinggal (left). Kemudian, lihat kehendak soalan. Ayat terakhir soalan ini meminta calon mencari peratus durian yang tinggal. Langkah pertama, cari jumlah durian Pak Abu beri kepada jirannya, iaitu:

1

5

x 400 = 80

Seterusnya cari jumlah durian dijual Pak Abu. Perkataan baki (remainder) adalah kata kunci yang amat penting dalam ayat ini. Pengiraan yang betul ialah:

[Type here]

Manimaran Kanayesan

[Type here]

3 4 x ( 400 - 80 ) = 240

Langkah seterusnya calon mencari jumlah durian yang tinggal, iaitu:

400 - 80 - 240

= 80

Manimaran Kanayesan

Pada peringkat ini, langkah pengiraan belum lagi selesai. Jika ada calon menjawab 80 sebagai pilihan jawapan, maka ia salah. Ada satu lagi langkah pengiraan yang perlu calon lakukan Iaitu tukarkan kuantiti durian yang tinggal itu kepada peratus, iaitu;

80 400 x 100% = 20% Jawapan: B (20) Kesilapan yang biasa dilakukan oleh calon
80
400 x 100% = 20%
Jawapan: B (20)
Kesilapan yang biasa dilakukan oleh calon ialah ketika membuat pengiraan pada langkah kedua. Ada calon mencari
bilangan durian yang dijual berdasarkan jumlah asal durian Pak Abu, iaitu:
3
x 400 = 300
4
Seterusnya calon mencari jumlah durian yang tinggal, iaitu:
400 - 80 - 300
= 20
Kemudian calon menukarkannya kepada peratus iaitu:
20
----- x 100% = 5%
400
Antara kelemahan yang sering dilakukan calon ialah:
a. Membaca soalan dan terus mengira mengikut kefahaman sendiri.
b. Tidak membuat penelitian terhadap ayat terakhir dan mencari kehendak soalan.
c. Terlalu cepat membaca soalan hingga tertinggal maklumat.
d. Tidak merujuk rajah, graf, jadual dan gambar diberikan.
e. Terus membuat pengiraan tanpa menyemak semula.
f. Kurang membina ayat matematik sebelum memulakan pengiraan.
g. Lemah membuat tafsiran terhadap perkataan atau ayat yang digunakan.
KERTAS 2
Sebahagian besar calon menganggap Kertas 2 mudah berbanding Kertas 1. Pada dasarnya tanggapan itu benar tetapi
perlu diingat ia banyak mempengaruhi kedudukan gred keseluruhan bagi subjek Matematik.
Jika kurang mahir menjawab Kertas 2, besar kemungkinan calon akan melakukan kesilapan sewaktu memberikan
jawapan.
Ramai calon gagal mentafsir kehendak soalan terutama bagi jenis penyelesaian masalah. Malah, ada yang tidak
dapat menukar masalah dikemukakan dalam soalan ke bentuk ayat matematik.
Contoh:

50

yang Izzaty dapat?

biji kek diberikan kepada Adirah dan Izzaty. Adirah mendapat 10 biji lebih daripada Izzaty. Berapakah bilangan kek

Calon kerap menulis ayat matematik seperti berikut:

50 ÷ 2 - 10 =

Langkah menjawab: 25 25 - 10 = 15

[Type here]

Manimaran Kanayesan

[Type here]

Manimaran Kanayesan

-------

----

2 ) 50

10

- 4

- 10

---

Jawapan yang diberikan adalah SALAH. Langkah yang betul adalah seperti berikut: ( 50 - 10
Jawapan yang diberikan adalah SALAH.
Langkah yang betul adalah seperti berikut:
( 50 - 10 ) ÷ 2 =
50 - 10 = 40 40
---- = 20
2
Maka, Adirah 30 dan Izzaty 20
Jawapan: 20
Bagi soalan bentuk persamaan atau terus pula, calon gagal menguasai konsep pengiraan sebahagiannya memerlukan
beberapa langkah pengiraan sebelum memperoleh jawapan.
Sebagai contoh:
Convert 109% to a mixed number.
Calon kerap memilih 109% adalah
109 9
----- = 1 --- (jawapan adalah salah)
100 10
Sebenarnya 9% adalah per seratus (hundredths) maka calon perlu menulis:
9
109% = 1 -----
100
Sejumlah 20 soalan dikemukakan dalam Kertas 2. Antara cirinya ialah bentuk subjektif, perlu menulis langkah
pengiraan dengan jelas bagi mendapatkan jawapan. Pemarkahannya berdasarkan tiga aras, iaitu satu markah (5
soalan), dua markah (10 soalan) dan tiga markah (5 soalan).
Kesilapan sering dilakukan calon ialah kurang tumpuan dan tidak menunjukkan langkah pengiraan yang jelas.
Perhatikan jawapan calon berdasarkan contoh soalan berikut:
State the digit value of 6 in the number 0.67 million.
Nyatakan nilai digit angka 6 dalam nombor 0.67 juta.
Jawapan calon:
60 atau Enam puluh / Sixty or 60

Jawapan diberi salah. Sebabnya calon kurang tumpuan tentang titik perpuluhan mewakili juta/million). Jawapan tepat ialah perpuluhan (decimal) melibatkan juta (million) perlu ada 7 digit dari kiri ke kanan, iaitu:

0.67 million = 0 670 000

600 000

[Type here]

Manimaran Kanayesan

[Type here]

Kesilapan lain sering dilakukan ialah menjawab dalam pecahan (fraction) ---- 10 million

6

Manimaran Kanayesan

Langkah pengiraan perlu ditunjukkan dengan jelas dan tepat mengikut unit diperlukan dalam jawapan.

Soalan dua dan tiga markah agak mudah kerana penyoalannya tidak menggunakan ayat terlalu panjang. Banyak soalan dibantu rajah dan gambar. Ini memudahkan calon memahami kehendak soalan.

Bagi soalan tiga markah, hampir kesemuanya membabitkan rajah dan jadual. Untuk soalan ini, pastikan pengiraan
Bagi soalan tiga markah, hampir kesemuanya membabitkan rajah dan jadual. Untuk soalan ini, pastikan pengiraan
atau maklumat awal digunakan dalam pengiraan tidak salah nilai. Kesilapan ini menyebabkan pengiraan seterusnya
menjadi salah.
Secara keseluruhan, calon perlu memberi tumpuan terhadap soalan yang menggunakan ayat dan rajah.
Kesilapan kerap berlaku dikaitkan dengan kegagalan calon memahami maksud ayat terakhir atau memberikan
jawapan selepas langkah pengiraan dilakukan, sedangkan jawapan sebenar setelah langkah kedua atau ketiga.
Tip UPSR: Strategi jawab soalan Bahasa Melayu Pemahaman UPSR 2013
SIKAP tidak berhati-hati, gopoh dan malas berfikir panjang sewaktu menjawab soalan adalah antara faktor
menyebabkan calon kehilangan markah atau tidak memperoleh jumlah maksimum untuk kertas Bahasa Melayu
Pemahaman.
Bagi membantu calon mendapat markah maksimum, beberapa petua diberikan bagi menjawab soalan kertas ini
dengan baik.
BAHAGIAN TATABAHASA
Pastikan calon sudah menguasai kesemua aspek penggunaan bahasa dalam bahagian tatabahasa.
Langkah ini penting kerana kesemua pilihan jawapan yang diberikan perlu difahami makna atau maksudnya terlebih
dulu sebelum memilihnya sebagai jawapan.
Berikut beberapa langkah yang perlu dilakukan calon sewaktu menjawab soalan bahagian tatabahasa.
A. Faham
Seperti dikatakan, calon perlu memahami maksud kesemua pilihan jawapan yang diberikan. Kesalahan memilih
jawapan berlaku kerana calon tidak memahami pilihan jawapan tersebut.
Untuk menjawabnya, ada dalam kalangan calon hanya mengagak maksud jawapan tersebut. Tindakan ini salah
kerana calon perlu berusaha memahami maksud pilihan jawapan itu, bukan sekadar mengagak.
Biasanya akan wujud satu atau dua pengganggu jawapan yang paling dekat dengan jawapan yang tepat. Oleh itu,
calon perlu benar-benar memahami pilihan jawapan yang disediakan.
Sebaiknya, buatlah catatan ringkas mengenai maksud bagi setiap pilihan jawapan tersebut.

Contoh soalan;

Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan

A. A lincir - licin

B. B cekap - mampu melakukan

C. C pintar - pandai

D. D lancar - fasih

[Type here]

dan gaya yang menarik.

Manimaran Kanayesan

[Type here]

Manimaran Kanayesan

B. Baca

Baca ayat soalan. Fahami betul-betul ayat tersebut dan kesesuaiannya dengan pilihan jawapan. Pilihan jawapan sebeginilah yang biasanya menjadi perangkap terutama kepada calon yang kurang berfikir.

Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan

C. Kesan

dan gaya yang menarik.

Calon perlu mengesan klu yang terdapat dalam ayat atau gambar. Ini penting kerana klu inilah yang akan membantu dan memudahkan calon memilih jawapan yang tepat.

Dalam soalan ini, klunya adalah ‘menyampaikan’ (Bulatkan perkataan menyampaikan). Peserta itu menyampaikan ceritanya
Dalam soalan ini, klunya adalah ‘menyampaikan’ (Bulatkan perkataan menyampaikan).
Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan
dan gaya yang menarik.
D. Pilih
Peringkat ini paling penting. Pilihlah jawapan yang paling tepat dan mengikut kehendak soalan. Oleh itu, fahamkan
betul-betul kesesuaian ayat dengan pilihan jawapan.
Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan
dan gaya yang menarik.
Pengganggu jawapan yang hampir tepat
A. lincir - licin
A
C. C pintar - pandai
B. cekap - mampu melakukan
B
D. D lancar - fasih
Pilihan jawapan yang paling tepat
Selain itu, pastikan calon mengikuti langkah berikut:
 Jawab soalan yang mudah terlebih dulu.
 Jangan membuang masa dengan menjawab soalan yang susah.
 Peruntukkan masa antara 15 hingga 20 minit untuk bahagian tatabahasa.
 Segera jawab soalan bahagian petikan.
 Baki masa perlu digunakan untuk menyemak semula jawapan.
BAHAGIAN PEMAHAMAN
Calon hanya perlu menjawab 10 soalan dalam bahagian pemahaman. Namun begitu, setiap soalan berkait rapat
dengan petikan yang disediakan.
Antara langkah yang perlu dilakukan sewaktu menjawab soalan petikan ialah:
A. Baca dan faham
Calon perlu membaca petikan dan memahaminya terlebih dulu. Selepas itu barulah membaca soalan dan memahami
pilihan jawapan yang disediakan. Jangan menjawab soalan tanpa membaca petikan terlebih dulu.
Contoh soalan:
Sebelum menghilang, lelaki itu berpesan seandainya mereka berjaya menangkap ikan di kawasan tersebut hendaklah
dilepaskan semula beberapa ekor sebagai tanda menghormati.
Apakah pesanan terakhir lelaki tersebut?

A Jangan menangkap ikan di kawasan tersebut.

B Beberapa ekor ikan perlu dilepaskan selepas memancing.

C Memancing akan menyebabkan dia diserang penyakit misteri.

D Di dalam kawasan tersebut ada beberapa ekor ikan yang boleh ghaib.

B. Cari pembayang jawapan

Biasanya klu atau pembayang jawapan ada dalam petikan. Calon perlu menggariskan klu tersebut.

[Type here]

Manimaran Kanayesan

[Type here]

Manimaran Kanayesan

Sebelum menghilang, lelaki itu berpesan seandainya mereka berjaya menangkap ikan di kawasan tersebut hendaklah dilepaskan semula beberapa ekor sebagai tanda menghormati.

C.

Penyesuaian

Sesuaikan pembayang yang ditanda atau digariskan dengan pilihan jawapan diberikan. Apakah pesanan terakhir lelaki tersebut? (soalan)

lelaki itu berpesan seandainya mereka berjaya menangkap ikan di kawasan tersebut hendaklah dilepaskan semula (pembayang)
lelaki itu berpesan seandainya mereka berjaya menangkap ikan di kawasan tersebut hendaklah dilepaskan semula
(pembayang)
D. Memilih
Jika calon sudah jumpa pilihan jawapan yang sesuai dengan pembayang ditanda atau digariskan, pilihlah jawapan
tersebut mengikut kehendak soalan. Jangan sesekali memilih jawapan yang tidak ada pembayangnya dalam petikan.
Apakah pesanan terakhir lelaki tersebut?
A. A Jangan menangkap ikan di kawasan tersebut.
B. B Beberapa ekor ikan perlu dilepaskan selepas memancing. (JAWAPAN)
C. C Memancing akan menyebabkan dia diserang penyakit misteri.
D. D Di dalam kawasan tersebut ada beberapa ekor ikan yang boleh ghaib.
Langkah di atas perlu dilakukan dengan penuh teliti. Namun begitu beberapa kelemahan perlulah diatasi agar calon
tidak melakukan kesilapan merugikan. Antara kelemahan tersebut ialah:
I.
Tidak membaca arahan untuk setiap soalan.
II.
Menjawab soalan dengan tergesa-gesa.
III.
Kurang memberi tumpuan kepada kata kunci pada setiap soalan.
IV.
Membuang masa dengan soalan yang susah.
V.
Tersalah menanda jawapan yang sepatutnya pada kertas jawapan.
VI.
Menghabiskan masa terlalu lama membaca petikan.
VII.
Tidak memadam jawapan yang salah dengan bersih pada kertas OMR.
Ingat!:
Sebaik saja selesai menjawab semua soalan, kira jumlah tanda hitam di atas kertas OMR. Pastikan tanda hitam itu
cukup 40. Jika kurang, bermakna ada soalan yang belum berjawab, tetapi jika lebih, mungkin ada soalan yang
ditanda dua jawapan. Oleh itu, calon perlu semak semula.

[Type here]

Manimaran Kanayesan

[Type here]