Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa Tajuk Jurnal

:2 : Kedua : 23 Julai 2013 : Masalah Pengurusan Masa

1. Masalah / Peristiwa

Pada hari ini (24 Julai 2013), saya telah menghadapi masalah pengurusan masa semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran di kelas 4 Berlian bagi matapelajaran Pendidikan Kesihatan. Masa yang diperuntukkan iaitu selama 1 waktu iaitu 30 minit tidak berjaya digunakan dengan tepat seperti yang dirancangkan di dalam Rancangan Pengajaran Harian. Kesannya, terdapat aktiviti yang dirancangkan tidak sempat dijalankan iaitu aktiviti penutup. 2. Analisis

Masalah ini timbul disebabkan kelewatan murid untuk naik ke bilik muzik bagi mengikuti kelas Pendidikan Kesihatan. Saya menjalankan kelas di situ kerana terdapat kemudahan lcd. Oleh hal yang demikian, kelewatan masa murid murid menghadirkan diri ditambah lagi dengan persediaan yang cukup rapi sangat mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a)

Saya sepatutnya membuat rujukan dan membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna.

b) Saya perlu membuat persiapan awal terutama tentang peralatan dan tempat yang ingin digunakan tanpa mengharapkan bantuan murid semasa waktu pengajaran dan

pembelajaran. c) Saya akan dapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di samping mendapatkan bantuan daripada rakan-rakan guru pelatih yang lain.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh sehari iaitu untuk pengajaran yang seterusnya. Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak diatasi secepat mungkin sudah tentu, objektif yang telah dirancangkan tidak dapat tercapai sepenuhnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan :. Nama Tarikh : En Jeffri bin Jusoh :

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing: Tandatangan : Nama Tarikh : Tuan Haji Rusli bin Abdullah :