Anda di halaman 1dari 3

NAMA PELAJAR: AZLINA BINTI SAMITI NO K/P OPSYEN : 751211-01-6502 : SAINS 1

_______________________________________________________________ SOALAN OLL INTERAKSI 4 : Bincangkan kepentingan panduan keselamatan dalam menguruskan bilik Pendidikan Seni Visual. Kepentingan panduan keselamatan dalam menguruskan bilik PSV adalah seperti yang berikut :. 1. Untuk memastikan keselamatan murid-murid sepanjang masa aktiviti PSV dijalankan. 2. Untuk melindungi murid-murid daripada tercedera semasaq menggunakan alatan yang tajam seperti gunting dan pisau anticutter. 3. Untuk memastikan tidak berlaku keracunan semasa menggunakan pewarna khususnya. 4. Bagi memastikan pengagihan alatan yang lebih bersistematik. Contohnya guru meletakkan alatan yang bakal digunakan dimeja hadapan guru sehingga arahan diberikan. 5. Panduan keselamatan juga akan melahirkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih terkawal. Ini akan menyebabkan kawalan kelas mudah dilaksanakan.

6. Panduan keselamatan juga akan menyebabkan guru-guru PSV atau muridmurid tahu mengambil sesuatu tindakan seandainya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini semasa aktiviti dijalankan seperti tangan terluka ataupun keracunan 7. Untuk menggalakkan suatu persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi murid-murid yang sedang belajar yang disesuaikan dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka; 8. Untuk menyedia dan menyenggarakan suatu tempat dan sistem kerja seni visual yang selamat dan sihat; 9. Untuk memastikan bahawa semua kakitangan sekolah khususnya pengguna bilik PSV diberi maklumat dan arahan latihan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko semasa di bilik PSV; Maka, secara kesimpulannya, panduan keselamatan di bilik PSV penting supaya pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dalam suasana yang selamat, kondusif dan lancar.Di bawah adalah beberapa cadangan panduan keselamatan semasa di bilik PSV, guru haruslah sentiasa: 1. Membaca label bahan sebelum diberikan kepada murid demi memastikan bahan itu selamat digunakan. 2. Kenalpasti murid yang bermasalah kesihatan kerana sesetengah bahan tidak sesuai digunakan oleh mereka. 3. Sediakan panduan keselamatan demi menjamin keselamatan murid-murid. 4. Semasa murid menjalankan aktiviti menghasilkan ukiran kayu,guru haruslah selalu mengingatkan mereka supaya berhati-hati dengan pisau ukiran yang tajam. 5. Memberi taklimat atau penerangan tentang keselamatan sebelum memulakan kelas.

6. Tidak meninggalkan murid semasa aktiviti sedang dijalankan di dalam bilik PSV. 7. Guru perlulah mengagihkan alatan selepas penerangan telah dijalankan bukannya meletakkan alatan yang akan digunakan di atas meja setiap kumpulan sebelum adanya penerangan.