Anda di halaman 1dari 8

Anak-anak Bergelimpangan- oleh Noorjaya Sinopsis Kisah kehidupan masyarakat ikan.

"Aku" dalam cerpen ini mewakili seekor ikan haruan. Terdapat ahli masyarakat ikan yang lain yang hidup aman damai dan bersukaria di Sungai Tengas. Haruan memberi peringatan kepada rakan-rakan ikan yang lain meliputi Keli, Puyu, Sepat, Sebarau. Lampam, Temelian, terbui, Baung, Kelah dan semua penghuni sungai agar selalu berhati-hati. haruan memberi peringatan tentang kisah-kisah sedih di sungai lain dalam dunia ini yang telah menyebabkan kehidupan di air musnah akibat pencemaran dan sebagainya. Malah akal manusia sangat cerdik untuk membuat tipu helah bagi menangkap ikan sebanyak yang boleh untuk di jadikan makanan. Mereka menangkap ikan dengan pelbagai cara seperti menjala dan menuba ikan. Kegiatan menuba ikan adalah perbuatan salah dan boleh menyebabkan air sungai tercemar. Akibat perbuatan Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh menuba ikan telah menyebabkan anak-anak mereka sendiri mabuk dan bergelimpangan akibat terminm air tuba ketika mereka sedang mandi di Sungai Tengas. Setelah minum air kelapa muda, anak-anak itu pulih semula. Namun begitu, yang lebih menyedihkan masyarakat ikan ialah melihat anak-anak, cucu dan cicit ikan mati bergelimpangan akibat terkena air tuba dari hulu sungai, Di Sebalik Sirat Makna - oleh Abang Median Abang Said Sinopsis Seorang guru dan ketua warden veteran yang bernama Cikgu Ibau Paul Nyibang bakal bersua muka dengan bekas murid yang pernah beliau rotan suatu ketika dahulu bernama Naszkir. Naszkir adalah seorang pelajar yang bermasalah di sekolahnya suatu ketika dahulu. Perasaan cikgu Ibau ketika bertemu Naszkir tidak menentu dan hatinya geram apabila Naszkir dilantik oleh cikgu Micheal Teo sebagai warden asrama. Cikgu Ibau tidak dapat menerima pendapat rakan-rakannya bahawa Nazskir mampu menyelesaikan maslah yang berlaku di asrama. Beliau menganggap dirinya lebih berpengalaman. Orang baru hanya mempunyai kelulusan tinggi sahaja teta[i kurang pengetahuan. Hati cikgu Ibau menjadi kacau kerana anak muridnya itu berjawatan lebih tinggi daripada dirinya. Fikirannya menjadi tidak menentu. Beliau berkonflik dengan Naszkir kerana keputusan menerima kembali Tingang yang telah dibuang asrama.Bagi Naszkir, Tingang perlu diberi peluang kedua. Konflik agak reda apabila pengetua memanggilnya dan minta supaya beliau menerima keputusan cikgu Naszkir menerima Tingang. Tingang budak pandai dan berasal daripada keluarga susah perlu diberi peluang kedua dengan perjanjian bertulis. Pada hari persaraan cikgu Ibau, Naszkir diberi peluang berucap mewakili guru-guru. Dalam ucapannya, beliau telah memberi nasihat kepada para pelajar agar jangan menaruh perasaan dendam kepada guru walau pernah diambil tindakan disiplin sebelum ini. Semua tindakan guru adalah demi kebaikan kepada semua pelajar.

Melankoli di Atas Rumput - Fatimah Busu Sinopsis

Penulis menggunakan perkataan aku seolah-olah mewakili dirinya. Gambaran "Aku" mungkin sedang berada di atas sebuah tanah perkuburan atau di atas padang datar yang dipenuhi dengan padang rumput. Penulis sedang mengenang dan membayangkan keadaan ibunya di dalam liang lahad. Ibunya sedang tidur aman dan mengharapkan supaya roh ibunya dalam keadaan selamat dan mengharapkan balasan syurga Allah. Lalu disertakan beberapa maksud ayat al-Quran yang menjanjikan balasan baik bagi orang mukmin yang taat kepada Allah serta sanggup berkorban demi anak-anaknya. Sebagai seorang perempuan, beliau telah melalui semua proses kehidupan daripada waktu lahir sehinggalah dewasa membesar seperti orang lain. Melah beliau telah bersekolah sehingga peringkat universiti, bekerja sebagai pensyarah dan kini sudah bersara. Penulis juga memikirkan untung nasibnya sesudah mati. Beliau sering berdoa sebelum waktu beradu seandainya kematian menjelang tiba pada waktu tidurnya. Seterusnya penulis mengucapkan rasa syukur kerana masih dipanjangkan usia sekalipun sudah bersara dan menjadi orang biasa-biasa sahaja tanpa darjat, gelaran dan harta yang banyak. Penulis sudah sedia untuk hidup sendirian dan ditinggalkan anak-anak. Beliau juga merasakan dunia kehidupan yang lalu umpama longgokan sampah sarap. Pada waktu malam beliau tersedar dari tidur dan seolah-olah sedang berada di satu dunia asing dan terasa semacam beliau sudah mati. Namun apabila diamat-amati, beliau tidak mati tetapi sedang berada di kawasan tanah datar yang dipenuhi dengan rumput-rumput. Di hadapannya ada lautan dan persekitarannya ada tanah tinggi yang juga dipenuhi dengan rumput. Penulis melakukan ibadat daripada tengah malam, subuh, duha hinggalah ke petang. Beliau terus berzikir sambil mengimbau kenangan lalu. Lalu terbayang lukisan alam dihadapannya dan terdapat lautan yang dipenuhi warna merah darah. Terbayang korban umat Islam seluruh dunia di Palastin, Iraq, Afghanistan dan Selatan Thailand. Cerpen ini diakhiri dengan waktu latar waktu senja dan gambaran umat Islam bebas daripada pertumpahan darah dan mencapai kedamaian. Maksud perkataan Melankoli bermaksud keadaan murung, sedih dan hiba. Perwatakan "Aku" Latarbelakang "Aku" dalam cerpen ini menunjukkan bahawa beliau seorang perempuan yang hidup bersendirian. Beliau pernah berkahwin dan mempunyai anak. "Aku" adalah seorang bekas pensyarah dan telah bersara. Seorang yang kuat beribadat dan sentiasa memikirkan masalah umat manusia di seluruh dunia terutamanya umat Islam.

Cerpen Usia Emas Sinopsis - Usia emas bukan satu anugerah tetapi satu pinjaman. Usah berbangga kerananya. Hargailah orang tua yang telah menjaga dan mendidik kita. Akhirnya kita perlu menerima hakikat bahawa ajal akan sampai juga akhirnya. Usia emas sememangnya hanya menunggu masa ajal kita akan sampai kerana usia nabi Muhammad hanya sekitar 62 tahun sahaja. - Cikgu Baharum sudah bersara. Usia emasnya dipanjangkan Allah. Beliau pernah menjadi penulis dan tulisan beliau disiarkan di dalam Warta Malaya (sejenis akhbar yang popular di tanah Melayu suatu ketika dahulu). Pada masa tuanya beliau memenuhi kehidupan dengan bangun pagi dan bersenam. Digambarkan kisah hidupnya ketika bergelar guru. Beliau bangun

pagi dan datang kerja awal. Beliau sentiasa membimbing anak muridnya. Banyak ilmu pengetahuannya kerana banyak membaca. Suka berbincang dalam pelbagai perkara termasuk ekonomi, politik dan sosial. - Bicara soal hari tua bukan masa untuk mendapat bermacam anugerah. Anugerah sudah tidak releven lagi buat warga tua, lebih-lebih lagi apabila sudah mati. Pemergiannya tidak perlu diratap dan merasa kehilangan kerana tugas manusia sudah tamat pada masa itu. Doakan sahaja untuk simati dengan kebaikan dan pohonkan pengganti yang lebih baik. Orang tua-tua beragama Islam hanya perlukan kasih sayang anak-anak. Jangan jadi seperti di tempat lain yang menghantar orang tua-tua di rumah kebajikan sebagaimana yang berlaku di Jepun. Berilah mereka peluang melanjutkan ibadahnya dan jangan anggap mereka sebagai golongan tidak berguna. - Akhirnya mendapat khabar cikgu Baharum telah kembali ke Rahmatullah. Semua yang fana ini akan kembali kepada penciptanya. Jangan mengeluh dan meratap. Kita perlu bersabar.

Beberapa catatan dialoog penting berdasarkan cerpen Permata Sastera Melayu - "Saya bersyukur kepada Allah Taala kerana umur panjang. Saya bimbang dengan usia dipinjamkan ini" (hlm. 116) -"Sentiasa berlindung diri di belakang setiap solat dengan doa jangan sampai umur tua" (hlm117)

Tema Cerpen ini bertemakan kemanusiaan. Kehidupan usia tua bukan satu kelebihan tetapi ia hanyalah pinjaman Usia emas bukan masa untuk mendapat anugerah hidup dan berhibur sebagaimana orang barat. Usia emas perlu dipenuhi dengan aktiviti berfaedah dan beribadat kepada Allah. Warga tua perlu disayangi dan jangan dilupakan. Mitos Secekak Kertas Tisu Sinopsis Wang bukan segala-galanya. Ketika wang mempunyai nilai yang tinggi, kita sangat bergembira untuk memiliki pelbagai barangan dan keperluan. Apabila nilai wang jatuh, manusia menjadi keluh kesah dan porak peranda. Lebih-lebih lagi apabila nilai wang jatuh yang menyebabkan harga barangan terlalu mahal. Wang yang banyak tidak mampu memiliki sejumlah barangan yang banyak dan tinggi nilainya. Manusia boleh hilang pegangan akibat mempunyai masalah kewangan. Sejarah wang telah bermula sejak sekian lama. Terdapat banyak pendapat tentang asal usul wang. Daripada tamaddun awal manusia hinggalah berlakunya revolusi perindustrian. Malah sebelum itu, matawang asalnya diperbuat daripada emas dan perak yang kemudiannya wujud dalam bentuk kertas yang diberi nilai. Manusia perlu sedar supaya mengelakkan diri daripada menjadi hamba kepada wang. Razeki kita bukan tertakluk kepada nilai wang sematamata. Teguhkan iman dan yakinlah bahawa Allah yang memberi rezeki untuk kita. Tema Bertemakan tentang masalah ekonomi semasa iaitu isu kejatuhan nilai mata wang. Manusia menjadi resah dan tidak menentu kerana nilai wang. Bagi mereka, kejatuhan nilai matawang telah menyusahkan hidup kita dan kita cuba menyalahkan pihak lain kerana nilai wang jatuh. Seolah-olah kita menjadi hamba wang dan lupa bahawa pemberi rezeki adalah Allah. Kita lupa untuk berikhtiar mencari sumber lain bagi mendapatkan barangan dan keperluan harian.

Persoalan 1. Krisis matawang yang melanda telah menyebabkan rakyat gelisah. 2. Nilai matawang bukan penentu kebahagiaan hidup 3. Jangan menjadi hamba wang. 4. Yakin dengan kekuasaan Allah yang memberi rezeki kepada manusia.

Pandangan World Views. Mitos dikaitkan dengan kepercayaan. Sesuatu yang dipercayai benar. Ramai orang percaya kononnya sehelai kertas itu mempunyai nilai dan ramai percaya tanpa helaian kertas itu, kita akan sengsara. Malah ada yang menjadi leka kerananya. Jika helaian kertas itu semakin jatuh nilainya sehingga akhirnya tidak bernilai, maka ia tidak ubah umpama nilai secekak kertas tisu sahaja. Tisu akan dibuang di tempat longgokan sampah apabila tidak diguanakan lagi. Harga tisu amat murah, kerana itu ia mudah dibuang. Bayangkan jika dahulu kita mampu membeli 100 biji kuih dengan RM10 sebaliknya kini kita hanya mampu memiliki 25 biji kuih sahaja dengan wang yang sama.
Tema Bertemakan kemasyarakatan. Kehidupan masyarakat ikan yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Kehidupan yang sepatutnya bahagia, aman dan harmoni telah bertukar lantaran ancaman daripada kegiatan manusia yangWatak dan Perwatakan. 1. Haruan

Mengenali
1.

jenis

ikan

air

tawar.
Haruan

Ikan Haruan ialah sejenis ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan Toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus). Terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua diSabah dan empat di Semenanjung Malaysia. Ikan Toman, Bujuk dan Haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies. Ikan Haruan dewasa menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh. Ikan Haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya Haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Berat kebiasaannya ikan Haruan hanyalah sekitar satu kilogram.

2. Keli Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut. Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat diTasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain diSungai Bera dan Sungai Serting.

Ikan Keli yang dijual di pasar.

Antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati adalah:1. Ikan Keli Kayu 2. Ikan Keli Bunga 3. Ikan Keli Eksotika 4. Ikan Keli Limbat 5. Ikan Keli Mata Kati 6. Ikan Keli Rusia 7. Ikan Keli Afrika 8. Ikan Keli Jeram 9. Ikan Keli Hutan

3. Puyu Ikan Puyu (Anabas testudineus) merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak, Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini, bersisik dan bersirip keras memudahkan spesies ini bergerak di atas tanah yang berair, kerana pada ketika tertentu pada musim hujan kebanyakkanya berhijrah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelar spesies yang suka hijrah. Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air hingga beberapa jam.

Spesies ini hidup secara berkumpulan, dan kerana itu spesies ini mudah terancam oleh aktiviti-aktiviti penangkapan ikan seperti jaring, pukat, jala, tuba, & pancingan yang keterlaluan (tanpa mengamalkan kaedah 'tangkap&lepas' bagi yang bersaiz kecil). Terdapat kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang mana spesies ini mampu menghalang tuan rumah dari dipukau oleh orang yang ingin masuk mencuri. Ini disebabkan ikan ini dipercayai tidak tidur. Kerana itu, masyarakat Melayu lama memelihara spesies ini di dalam rumah untuk tujuan itu. Ikan puyu juga dijual sebagai makanan di pasar-pasar tani. Ikan ini dipanggil Ikan Karuk di Negeri Sabah, Malaysia.

4. Kelah Ikan Kelah (bahasa Inggeris: Mahseer) adalah ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar, dan merupakan ikan sukan yang digilai dan banyak terdapat di India dan secara amnya di Asia Selatan. Ikan ini digambarkan pada asalnya oleh Hamilton pada tahun 1822, dan pertama kali disebut dalam cabaran memancing dalam Majalah Oriental Sporting pada tahun 1833, dan kemudiannya menjadi buruan kegemaran pemancing British yang menetap di India. Spesies Golden Mahseer diketahui mencapai 2.75 meter (9 kaki) panjangnya dan 54kilogram (118 paun) beratnya, walaupun spesimen sebesar ini jarang dinampak pada hari ini. Ikah Kelah mendiami di sungai serta tasik, dan naik ke anak sungai yang pantas serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak. Serupa dengan jenis ikan kap yang lain, mereka merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga,katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di atas. Selain daripada ditangkap untuk sukan, ikan kelah juga merupakan sebahagian perikanan komersil di India.

5. Sebarau Ikan Sebarau atau nama saintifiknya Hampala macrolepidota merupakan sejenis ikan yang terdapat diMalaysia. Ikan Sebarau merupakan ikan air tawar. Ikan ini banyak tulang halus berbanding dengan ikan lampam.

6.Tengas

Ikan tengas, bahasa Inggeris; Copper mahseer[1], (Neolissochilus hexagonolepis, duluAcrossocheilus hexagonolepsis) juga dikenali sebagai Ikan Kejor adalah ikan air tawar yang tergolong dalam famili Ikan Kap (Cyprinidae). Taksonomi ikan ini masih kurang jelas kerana terdapat beberapa kekeliruan dan pertindihan nama spesiesnya. Ikan-ikan dari genus ini boleh didapati di air yang mengalir laju dan jernih airnya dan biasa ditemui di kawasan sungai berbatu di kawasan tanah tinggi. Secara amnya, ikan tengas ini adalah dari jenis omnivor yang memakan haiwan-haiwan kecil, alga dan tumbuhan-tumbuhan air tawar. Namun begitu di Malaysia, Ikan tengas dari spesies (Neolissochilus soroides) lebih mudah ditemui di kawasan hulu sungai air tawar yang jernih, berbatu dan terletak dikawasan jeram yang tinggi diSemenanjung Malaysia. Ia pernah dilaporkan mudah ditemui di hulu-hulu sungai di [[Hulu Perak],[Pulau Pinang]], Langkawi dan Kedah. Ikan tengas spesies ini kelihatan agak mirip dengan Ikan Kelah (Tor tambroides), satu lagi spesies ikan air tawar yang amat terkenal di Malaysia. namun keduadua ikan ini dapat dibezakan dengan struktur cuping median yang terletak di bibir bawah ikan yang ada pada ikan kelah namun tiada pada ikan tengas, ini membuatkan seakan-akan ikan tengas kelihatan tiada atau sedikit bibir bawahnya. Harga ikan tengas adalah agak mahal kerana, menangkapnya sukar utuk dilakukan kerana secara semulajadinya ia hanya boleh didapati melalui kaedah pengkapan secara tradisional menggunakan jala atau joran di hulu sungai yang berair jernih, sejuk, berbatu dan berjeram yang nun jauh ke dalam hutan. Tidak ramai pengusaha yang menternak ikan tengas secara serius untuk penjualan di pasaran terbuka. Ikan tengas juga lebih sedap dimasak pekasam. Di Malaysia antara sungai yang menjadi habitat bagi Ikan tengas ialah diSungai Kurau

Contoh

soalan

perbincangan:

Bincangkan tanggungjawab individu terhadap ahli masyarakat berdasarkan cerpen Anak-anak Bergelimpangan karya Noorjaya. [25] 1. Tanggungjawab terhadap zuriat dan keturunan. Perlu menjaga keselamatan anak-anak sendiri. Setiap ahli masyarakat perlu memantau kegiatan anakanak setiap waktu. Sebarang perkara yang mungkin boleh menimbulkan masalah kepada diri mereka perlu diambil perhatian. Jangan biarkan mereka melakukan tindakan yang boleh mengancam keselamatan diri. 2. Tanggungjawab terhadap rakan. Kita wajib menasihati rakan kita supaya tidak melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang. Kita tidak patut berdiam diri apabila melihat rakan kita melakukan kesalahan. Perbuatan bersubahat bersama rakan untuk melakukan sesuatu yang salah adalah perbuatan khianat dan mungkin boleh memudaratkan orang lain. Pada ketika yang lain, sebagai rakan kita perlu memberikan pendapat yang baik agar rakan kita terhindar daripada bahaya sebagaiman yang telah dilakukan oleh Haruan terhadap masyarakat ikan yang lain.

3. Tanggungjawab terhadap ahli masyarakat. Sebagai individu yang menjadi ahli masyarakat, kita wajib memastikan setiap ahli masyarakat mendapat haknya. Masyarakat kampung amat bergantung dengan sumber-sumber daripada sungai. Mereka memerlukan jaminan keselamatan dan dijauhkan daripada sebarang ancaman yang merbahaya. Sikap mementingkan diri mesti dijauhi kerana ia hanya menguntungkan golongan minoriti sahaja. Sedangkan golongan majoriti yang jumlahnya lebih ramai perlu diberihak yang sewajarnya.

4. Tanggungjawab terhadap sumber-sumber alam semulajadi. Sumber alam semulajadi seperti ikan adalah semakin terhad. Oleh itu kita jangan tamak dengan sumbersumber alam seperti itu. Segala yang ada di dalam alam ini patut dikongsi dan dinikmati bersama. Jika kita memusnahkan sumber alam ini kerana sikap kita yang tamak dan mementingkan diri, sudah tentu generasi yang akan datang tidak dapat menikmatinya. 5. Tanggungjawab terhadap alam sekitar. Perbuatan mencemarkan sungai adalah satu kegiatan yang tidak bertanggunjawab terhadap alam sekitar. Air sungai adalah sumber penting dalam kehidupan. Manusia perlu minum, mencuci pakaian, mandi dan lain-lain. Kegiatan menuba air tentunya telah mencemarkan alam sekitar. Kesannya boleh berlaku ke atas ahli masyarakat dan juga habitat yang tinggal di dalam air. Jika dilakukan secara berterusan, tentu akan menyebabkan alam sekitar kian tercemar. 6. Tanggungjawab memimpin ahli masyarakat. Sikap ikan Haruan adalah contoh watak yang bertanggungjawab. Dirinya yang mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan telah digunakan untuk tujuan baik. Haruan telah menasihati ramai rakannya dan menurunkan beberapa ilmu pengetahuan demi kepentingan masyarakat ramai. Haruan telah memberikan banyak nasihat kepada rakan-rakannya suapaya sentiasa berjaga-jaga dan bertindak bijak. Sumbangan idea dari dirinya telah menyelamatkan sabahagian besar ahli masyarakat sungai daripada ancaman manusia.