Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN Kejatuhan kerajaan Melaka pada tahun 1511, telah menyebabkan kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba untuk meluaskan kuasanya di negeri-negeri Melayu. Kedatangan kuasakuasa imperialisme dan kolonialisme telah menyebabkan berlakunya perebutan tanah jajahan. Tujuan utama kedatangan penjajah ke negeri-negeri melayu ialah untuk mencuri hasil bumi yang kaya dengan sumber galian dan mineral. Bagi menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku sebuah perjanjian telah ditandatangani iaitu Perjanjian London atau dikenali sebagai The Anglo-Dutch Treaty pada tahun 1824.1 Perjanjian ini ditandatangani antara pihak Belanda dengan pihak British. Pihak Belanda diwakili oleh Hendrik Fagel dan Reinhard Falck, manakala pihak British pula diwakili oleh George Canning dan Charles Watkins Williams Wynn.2 Mengikut perjanjian ini, Asia tenggara terbahagi kepada dua bahagian iaitu, bahagian Nusantara menjadi lingkungan pengaruh Belanda dan bahagian tanah besar termasuk semenanjung Tanah Melayu merupakan wilayah dalam lingkungan pengaruh British. 3

2.0 FAKTOR-FAKTOR PERJANJIAN LONDON 1824 DITANDATANGANI Persaingan Perdagangan British-Belanda di Timur. Persaingan perdagangan di antara British-Belanda telah menyebabkan perselisihan sentiasa timbul atas dasar perdagangan yang diamalkan, dimana sikap Belanda yang menjalankan dasar ingin memonopoli perdagangan di Asia Tenggara manakala orang British berpendapat semua bangsa mempunyai hak dan kebebasan untuk berdagang di rantau ini. Belanda dapat memonopoli perdagangan melalui perjanjian perdagangan
1

Anglo-Dutch Treaty of 1824, (atas talian), http://en.wikipedia.org/wiki/Anglo-Dutch_treaty_of_1824. (2Mac 2008) 2 D.G.E.Hall, 1981, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm: 577. 3 Ibid, hlm: 578.

dengan pemerintah tempatan. Buktinya Vereenidge Oostandische Compagnie (VOC) yang bertapak di Betawi pada tahun 1619 telah menjalinkan hubungan baik dengan rajaraja tempatan pada ketika itu.4 Perselisihan antara pihak British dengan Belanda telah menyebabkan hubungan yang buruk ini menjadi semakin meruncing kerana terdapat pegawai-pegawai Belanda yang bersifat anti-British manakala bagi pihak British pula terdapat juga pegawai yang bersikap anti-Belanda. Buktinya, Jan Paterzoon Coen yang bersikap anti-British telah menyerang orang British di Jakarta dengna tujuan menghalau mereka keluar dari Pulau Jawa. Selain itu, keadaan menjadi semakin serius apabila berlaku pembunuhan beramai-ramai di Pulau Ambon pada tahun 1623. Peristiwa ini telah menyebabkan beberapa orang British dan Portugis telah dihukum bunuh kerana dituduh mengadakan komplot untuk menggulingkan pemerintahan Belanda di Ambon. Akibat daripada kejadian tersebut, hubungan di antara Belanda dan British menjadi semakin tegang dan pihak British hampir menutup semua lojinya kecuali di Bangkahulu iaitu di selatan Pantai Barat Sumatera kemudian berundur dari Kepulauan Hindia Timur.

Bantahan Belanda terhadap Pengambilan Singapura. Tindakan Raffles menduduki Singapura dan membuat perjanjian dengan ketua-ketua di Singapura telah dibantah oleh Belanda. Pada 28 Januari 1819, Stamford Raffles bersamasama William Farquhar telah sampai di Singapura dan membuat keputusan untuk mendirikan petempatan Inggeris di Singapura.5 Raffles telah menandatangani perjanjian sementara dengan Temenggung Abdul Rahman. Bagi mengiktiraf pendudukan Raffles di Singapura, Raffles telah melantik Tengku Hussin menjadi Sultan Johor yang sah. Tengku
4

Joginder Singh Jessy, 1978, Sejarah Tanah Melayu (1400-1959), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka , hlm: 102. 5 Ibid, hlm: 104.

Hussin berhak meaiki takhta kerajaan Johor, namun Belanda lebih menyukai adiknya iaitu Tengku Abdul Rahman. Oleh yang demikian, pada 6 Februari 1819 Sultan Hussin dan Raffles telah menandatangani satu perjanjian serta mengesahkan pendudukan Inggeris di Singapura menurut undang-undang. Pendudukan Inggeris di Singapura menjadi tamparan hebat terhadap Belanda.6 Belanda tidak menyangka Singapura yang berada di dalam kawasan lingkungannya, akhirnya menjadi milik British. Oleh itu, Belanda menyifatkan pengambilan Simgapura sebagai percabulan hak mereka dan menuntut supaya pihak British mengundurkan diri dari Singapura. Keadaan ini telah mencetuskan satu perbalahan atau yang dikenali sebagai perang kertas diantara pihak Belanda dan British antara tahun 1819 hingga 1824.7

Kemajuan Singapura Singapura menunjukkan perkembangan yang pesat sejak tahun 1819. Pada awalnya, Singapura merupakan kawasan perkampungan kecil namun bertukar menjadi pelabuhan yang besar dan maju di Asia Tenggara setelah pendudukan Raffles di Singapura. Selain itu, pertambahan penduduk sungguh mengalakkan. Menjelang akhir tahun 1819, jumlah penduduk Singapura dianggarkan mencapai 5000 orang, namun menjelang akhir tahun berikutnya, jumlah penduduk telah bertambah menjadi 10,000 orang.8 Singapura juga telah diberi taraf pelabuhan bebas dan mendapat keuntungan sebanyak $4 juta dalam masa setahun selepas pelabuhan itu dibuka. Pada bulan Ogos 1820, segala keuntungan yang diperoleh cukup untuk membiayai perbelanjaan pentadbirannya sendiri. Kedudukan Singapura sebagai sebuah pelabuhan bebas berjaya memecah monopoli perdagangan
6

Lotfi Ismail, 1974, Sejarah Malaysia 1400-1963, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors, hlm: 106-107. 7 Ibid, hlm. 107. 8 Joginder Singh Jessy, 1978, Sejarah Tanah Melayu (1400-1959, hlm. 104.

Belanda di Asia Tenggara. Kemajuan pesat Singapura telah menjejaskan perdagangan Belanda di Hindia Timur seperti Betawi mengalami kemerosotan.9

Masalah Kewangan Belanda Belanda menghadapi krisis kewangan yang amat teruk akibat daripada Perang Napoleon. Belanda telah kehilangan perusahaan perkapalan dan perdagangan yang diambil alih oleh British. Selain itu, VOC telah berhutang dengan pihak British. Menurut J.S. Furnival, hutang Belanda pada tahun 1815 ialah 600 juta Florin dimana hutang terhadap British sebanyak 144 juta.10 Apabila VOC dibubarkan, kerajaan Belanda yang

bertanggungjawab memikul beban hutang yang ditinggalkannya. Bagi menyelesaikan masalah hutang piutang tersebut Belanda telah mengambil langkah untuk berunding dengan British untuk mencapai suatu persefahaman melalui perjanjian serta untuk mengelakkan pertempuran antara mereka berlaku.11

Dasar Persahabatan British-Belanda di Eropah British menganggap persahabatan dengan Belanda adalah penting dari segi pertahanan dan keselamatan. Hal ini disebabkan, kedudukan Belanda dengan British adalah berdekatan. Selain itu, Belanda merupakan tempat yang paling sesuai digunakan oleh pihak musuh sebagai tapak untuk menyerang British. Ini kerana, selepas berlakunya Perang Napoleon, pihak British telah menyedari keadaan ini. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1795, apabila Napoleon Bonaparte menggunakan negeri Belanda sebagai pusat gerakan tenteranya untuk menyerang British. Keinginan pihak British untuk berbaik-baik
9

Lotfi Ismail, 1974, Sejarah Malaysia 1400-1963, hlm. 107. Ibid,. 11 Ibid,.
10

dengan Belanda jelas kelihatan dalm Konvensyen 1815 yang berlangsung selepas tamatnya Perang Napoleon. British telah bersetuju untuk menyerahkan Jawa pada tahun 1816 dan Melaka pada tahun 1818 kepada Belanda.12

KANDUNGAN PERJANJIAN LONDON 1824 Wilayah Pihak Belanda Dalam hal berkaitan Singapura yang selama ini menjadi perebutan antara British dan Belanda telah berpihak kepada British. Belanda tidak boleh masuk campur dalam hal ehwal Singapura lagi kerana wilayah itu telah diiktiraf sebagai tanah jajahan British dan hanya British sahaja yang berkuasa ke atas negeri itu. Bangkahulu diserahkan kepada Belanda dan pihak Belanda bersedia untuk berundur dari Sumatera yang menjadi penguasaannya semasa Belanda menghadapi Perang Napoleon. British juga berundur dari Syarikat Hindia Timur. 13 Selain itu, British juga tidak boleh membuka sebarang petempatan di Sumatera, Pulau Karimon, RiauLingga ataupun di pulau-pulau lain di Selat Singapura dan tidak akan membuat sebarang perjanjian di sumatera sama ada penghulu atau raja-raja. Belanda membenarkan saudagar-saudagar British datang berdagang di Indonesia kecuali Pulau Maluku.

Wilayah Pihak Belanda Belanda juga seperti British terpaksa menyerahkan kesemua loji-loji di India dan melepaskan ke semua keistimewaan kepada British serta pengecualian yang berkaitan dengannnya.14 Belanda juga menarik balik tuntutannya terhadap Singapura dan tidak lagi
12 13

Mills. L.A., 1966, British Malaya 1824-67, Kuala Lumpur: MBRAS Reprint No. 22. hlm. 22. Ibid,. 14 Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya, 1983, Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Syarikat R&S, hlm. 185.

menimbulkan sebarang tuntutan kepada British selagi British di bawah penguasaannya sahaja iaitu Kepulauan Indonesia. Melaka yang selama ini menjadi naungan Belanda telah diserahkan kepada British serta jajahannya dan mereka mengaku tidak akan membuka petempatan di Semenanjung Melaka dan tidak akan membuat sebarang ikatan dengan mana-mana yang berkaitan dengan negeri Melayu.15 Selama Perang Napoleon berlangsung, Belanda telah meminjam wang daripada British dan pada syarat perjanjian ini Belanda dikehendaki membayar 100,00 Sterling bagi melangsaikan hutangnya kepada British sebelum akhir tahun 1825.16

Kedua-dua Pihak (Belanda dan British) Kedua-dua kuasa bersepakat untuk bekerjasama dalam menghapuskan kegiatan lanun yang berleluasa di Asia Tenggara.17 Ancaman lanun ini membawa masalah kepada British dan Belanda kerana masing-masing mempunyai satu enterpot bagi pedagangpedagang yang datang berdagang. Sepeti mana tujuan asal perjanjian ini dimeterai adalah ingin menjaga kepentingan bersama. Sekiranya mana-mana pihak yang ingin keluar daripada jajahannya, mestilah memaklumkan atau menyerahkan negara taklukan kepada pihak yang satu lagi. Ini bagi mengelakkan perebutan kuasa atau perluasan kuasa asing lain di Asia Tenggara. Sebolehbolehnya, mereka ingin menyeimbangkan kuasa perluasan mereka dan menganggap merekalah yang paling hebat sekali di Asia Tenggara. Sekiranya pegawai British dan
15

Zainal Abidin b abdul Wahid.et.al, 1992, Malaysia Warisan dan Pembangunan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, hlm. 80. 16 Anglo Dutch Treaty of 1824, (atas talian), http://en.wikipedia.org/wiki/Anglo-Dutch_Treaty_of_1824 (2Mac 2008) 17 Zainal Abidin b. Abdul Wahid.et.al, 1992, , Malaysia Warisan dan Pembangunan, hlm. 81.

Belanda ingin membuka petempatan baru di mana-mana pulau laut Timur perlulah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada kerajaan masing-masing di Eropah.18 Penyerahan wilayah yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak akan diserahkan pada tahun yang berikutnya iaitu 8 Mac 1825.19 penduduk yang tinggal di kedua-dua wilayah yang termaktub di dalam perjanjian ini telah diberi tempoh selama enam tahun untuk menguruskan harta-benda dan memberi peluang untuk memilih tempat tinggal tetap di kawasan yang mereka suka.

Perdagangan Kesepakatan persetujuan juga yang diambil bagi melicinkan perdagangan di antara kedua-dua pihak untuk mencapai keuntungan yang maksimum di antaranya ialah, Belanda tidak boleh memonopoli perdagangan di Kepulauan Melayu kerana ini tidak adil kepada perdagangan British. Walaupun begitu, Belanda sudah diiktiraf untuk memonopoli perdagangan rempah di Kepulauan Melayu namun bukan semua Negeri Melayu. Belanda akan mengekalkan monopoli di Pulau Maluku.20 Oleh itu, British tidak dibenarkan untuk berdagang di Pulau Maluku kecuali pulau-pulau lain. Sekiranya pihak Belanda atau British telah membuat sebarang persetiaan dengan mana-mana pemerintah tempatan, haruslah memberi peluang dan hak untuk berniaga kepada satu pihak yang lagi satu.21 Kedua-dua pihak akan memberi kebenaran kepada penduduk tempatan untuk menjalankan perniagaan secara bebas di pelabuhan milik mereka.

18 19

Zainal Abidin b. Abdul Wahid et.al, 1992, Malaysia Warisan dan Perkembangan, hlm: 81. Lotfi Ismail, 1974, Sejarah Malaysia 1400-1963, hlm. 107. 20 Ibid,. 21 Lotfi Ismail, 1974, Sejarah Malaysia 1400-1963, hlm. 107.

Perjanjian monopoli bijih timah di antara Belanda dengan Negeri-negeri Melayu akan dibatalkan. Ini kerana, Belanda telah membuat satu perjanjian mengenai bijih timah dengan Negeri Melayu. Oleh itu, semua perjanjian monopoli khusus akan berakhir. Layanan yang terbaik patut diberikan kepada Belanda atau British apabila berdagang di India, Kepulauan Melayu, Ceylon dan Sri Langka dengan melaksanakan satu peraturan atau menguatkuasakan undang-undang bagi memberi keistimewaan kepada kedua-dua pihak ini semasa berdagang.22 Ini kerana, negara mereka diberi keutamaan terlebih dahulu berbanding kuasa asing lain. Perkara yang paling utama ialah Belanda dan British haruslah menjalankan perdagangan secara adil di Kepulauan Melayu. Belanda tidak boleh membezakan apa jua perdagangan dengan British secara tidak adil begitu juga dengan British.

KESAN-KESAN PERJANJIAN LONDON 1824 Pembahagian Kawasan Pengaruh antara Pihak British-Belanda Selepas menjumpai Singapura, Raffles telah pergi ke Acheh dan menandatangani Perjanjian Acheh pada 22 April 1819 dengan Sultan Jauhar. Perjanjian ini adalah untuk menyekat kuasa Belanda dalam Acheh. Selepas menandatangani Belanda dapat berniaga di Acheh. Kerajaan Belanda bersetuju untuk mengakui kemerdekaan Acheh sebagai balasannya.Namun, kerajaan British di Pulau Pinang yang ditugaskan untuk mengkaji perjanjian itu, bercadang untuk memansuhkannya. L.A.Mills mendakwa bahawa British akan hilang peluang penting dalam meningkatkan pengaruhnya di Acheh. Walau bagaimanapun, ia tidak menjadi soal pemerintahan Acheh yang tidak dapat berkuasa

22

Mills. L.A., 1966, British Malaya 1824-67, hlm. 23.

dalam syarat-syarat perjanjian pada tahun 1819 itu.23 Konvensyen antara British dan Belanda pada 1817, menetapkan bahawa British bersetuju memberi Belanda kebebasan di Acheh dalam penukaran koloni mereka di Pantai Barat Afrika, termasuk kepulauan Sumatera, walau tidak tetap selatan Singapura jatuh jatuh dalam pengaruh Belanda.

Perpecahan Empayar Johor-Riau Empayar Johor-Riau telah mengalami intergrasi dengan kuasa Aceh pada abad ke-17 dan dikuasai oleh Bugis pada abad ke-18. Kuasa Bugis telah berpusat di Riau dan terpisah dengan tanah besar Johor di mana Temenggung memerintah di Singapura dan Bendahara memerintah Pahang.24 Kemudiannya British yang diwakili oleh Stamford Raffles mencetuskan kekacauan di dalam empayar dengan melantik Tengku Hussin menjadi Sultan Singapura dan Tengku Abdul Rahman dalam menuntut kembali Pulau Carimon dengan mengusir pengikut dan penyokong Tengku Hussin pada tahun 1827 namun, kekuasaan British di Pulau Pinang masih kekal kerana Pulau Carimon masih di bawah pengaruh Belanda.25

Hubungan British- Belanda di Timur Setelah perjanjian ini ditandatangani hubungan British dan Belanda di Timur tidak banyak berubah. Persaingan perdagangan masih berterusan. Pihak British menuduh Belanda melanggar syarat-syarat perjanjian yang telah ditandatangani. Selain itu, terdapat berlakunya perebutan wilayah di antara Belanda dan British terhadap Borneo dalam
23 24

Mills. L.A., 1966, British Malaya 1824-67, hlm.23. Perjanjian London, (atas talian), http://www.geocities.com.punker2020/tipsejarah.html. (2Mac2008) 25 Ibid,.

tahun 1840-an dan 1870-an.26 Surat perjanjian 1824 tidak menerangkan secara tepat kedudukan Borneo di mana Belanda sering membantah. Bagi mewujudkan garisan sempadan akan mewujudkan kuasa-kuasa asing yang lain menuduh British dan Belanda membahagikan Nusantara hanya di antara mereka. Oleh yang demikian ,untuk memasukkan Borneo dalam lingkungan Belanda pasti mendapat bantahan daripada British. Namun, ayat yang terkandung dalam perjanjian tersebut iaitu kepulauan selatan Singapura adalah termasuk wilayah yang tidak dinyatakan dalam perjanjian tersebut.27 Setelah kedatangan James Brooke ke Sarawak pada tahun 1839 dan mencampuri dalam perang saudara. Maka James Brooke telah menerima anugerah Raja Sarawak. Namun keadaan ini telah dibantah oleh Belanda dengan menyatakan ia merupakan percabulan terhadap perjanjian 1824.28 Manakala, British pula menyatakan ia mempunyai hak kerana Borneo tidak dinyatakan dalam perjanjian tersebut. Lebih-lebih lagi, British tidak mengetahui penguasaan Brooke di Sarawak sehinggalah pada tahun 1888. 29 Hal ini, kembali berulang, apabila Dent dan Overback mengambil-alih konsesi di Utara Borneo, Belanda membantah tetapi mereka mengalami dalam situasi yang sama seperti di Sarawak. Keadaan ini dapat di atasi sehinggalah pada tahun 1891 di mana terdapat garisan sempadan yang mutlak yang dipersetujui antara pihak British Borneo Utara dan Belanda Borneo.30

KESIMPULAN

26 27

Mills. L.A., 1966, British Malaya 1824-67, hlm.23. Lotfi Ismail, 1974, Sejarah Malaysia 1400-1963, hlm. 107. 28 Perjanjian Inggeris-Belanda, (atas talian), http://dbp.gov.my/mab2000/sejarah.htm, (2Mac2008) 29 Ibid,. 30 Mills. L.A., 1966, British Malaya 1824-67, hlm.23.

10

Perjanjian London yang ditandatangani pada 17 Mac 1824 di antara pihak Belanda dan British terbahagi kepada dua bahagian iaitu Penyataan Wilayah-wilayah dan Penyataan Perniagaan. Fasal wilayah itu menggariskan tentang jajahan takluk masing-masing antaranya seperti soal penyerahan Melaka kepada British sementara Belanda mengambilalih Bangkahulu. Manakala mengenai perdagangan pula, kuasa monopoli tidak akan berlaku dengan sewenang-wenangnya tetapi aktiviti perdagangan terbuka kepada semua. Jika dilihat dari segi kesan pula, secara jelas perjanjian London ini memberi kesan yang mendalam terhadap sejarah kebudayaan alam Melayu. Ini kerana, orang Melayu yang tinggal di negeri-negeri Melayu terdedah dengan kebudayaan Barat sehingga mencapai kemerdekaan.

BIBLIOGRAFI Anglo-Dutch Treaty of 1824, (atas talian), http://en.wikipedia.org/wiki/Anglo-Dutch_treaty_of_1824 Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya, 1983, Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Syarikat R&S,

11

Hall.D.G.E., 1981, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Joginder Singh Jessy, 1978, Sejarah Tanah Melayu (1400-1959), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Lotfi Ismail, 1974, Sejarah Malaysia 1400-1963, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors, Perjanjian Inggeris-Belanda, (atas talian), http://dbp.gov.my/mab2000/sejarah.htm Perjanjian London, (atas talian), http://www.geocities.com.punker2020/tipsejarah.html. Zainal Abidin b Abdul Wahid.et.al, 1992, Malaysia Warisan dan Pembangunan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

12