Anda di halaman 1dari 5

BAB KETIGA BELAS: BERHENTI DAN MEMULAKAN BACAAN

WAQAF WA IBTIDA ) s!..,v! =\! (


Dalam mencapai ketepatan pembacaan al-Quran, selain dari
mengelokkan sebutan setiap huruf al-Quran, memberhentikan bacaan pada
tempat yang betul adalah suatu tuntutan. Perkara ini ditegaskan oleh
Saidina Ali r.a. bila ditanya tentang maksud membaca al-Quran dengan
Tartil ) ,..\' ( , beliau menjawab: -
\' -== =\' ., =. =
Mengelokkan sebutan setiap huruf dan mengetahui tempat berhenti
1
Para Ulama terdahulu amat mengutamakan bab ini, kerana berhenti
(waqaf) dan memulakan (ibtida) pada sesuatu ayat itu merupakan suatu
yang amat dijaga oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a. Ini kerana
berhenti dan memulakan sesuatu ayat pada tempat yang betul akan
membawa kepada makna yang jelas menepati kehendak ayat.

Ibnu Umar r.a. mengumpamakan orang yang tidak menghiraukan
bacaan al-Qurannya iaitu mereka yang membiarkan bacaannya penuh
dengan kesalahan dan tidak menyempurnakan tempat berhenti (waqaf)
seperti: orang memilih-milih untuk makan tamar yang elok dengan
merasanya sedikit, apabila didapati tamar itu tidak elok maka ia pun
meludahnya.
2
(yakni hanya mengikut selera hati dalam pembacaan)

Satu perkara yang menjadi amalan para Qurra terdahulu dalam
mengijazah sesuatu bacaan kepada muridnya ialah pengetahuan mereka
tentang Waqaf dan Ibtida. Mereka akan menyuruh murid mereka berhenti
pada ayat tertentu dan menunjukkan tempat-tempat berhenti itu dengan
jari mereka. Begitulah sunnah yang mereka diwarisi dari syeikh-syeikh
mereka yang terdahulu dalam mempelajari bab ini.
3
Bab ini akan membincangkan topik-topik yang mempunyai kaitan
tentang bagaimana memulakan dan memberhentikan sesuatu bacaan serta
perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Maka bab ini akan dibahagikan
perbincangannya kepada tajuk-tajuk kecil seperti berikut: -

1
Lihat Kitab -,+--'', oleh Imam Al-Jazari, m/s: 60.
2
Lihat --'', oleh Imam Al-Jazari, Jilid 1, m/s: 177. Diriwayatkan oleh Imam Al-Jazari dari Ibnu Umar r.a. Katanya:
,', '+-'=, '+'`= '-, -,-'' .--, '--'' .- '-,`' -,, '--=' ', -'' - - '--= --' --', '+-- ---= --, ' --, '-, '=',, '-'
.-'' `- -`-, ---= --, ' --, '-, -=' '-, --' '- -, ` ---'= _'' -'-'' =-' ,- '- '-, '-,`' .- '--'' -=' -,, `'= -,'
(Kata Syeikh `Atiyyah, hadis ini diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Al-Bayhaqi lihat -,-'' ,'= m/s: 221)
3
Ibid --'', Jilid 1, m/s: 177-178.
1. WAQAF ) =\! ( 3. QAT`U ) _=s\! (
2. SAKTAH ) =:=\! ( 4. IBTIDA ) s!..,v! (
Lihat Buku Asal untuk penjelasan penuh

1.4. SEBAB-SEBAB WAQAF PADA SESUATU PERKATAAN

Sebab-sebab berlakunya waqaf di dalam bacaan itu boleh dibahagikan
kepada empat sebab seperti berikut: -
4
(A.) SEBAB IDHTIRARI ) _' ==' ( : -
Waqaf kerana sebab Idhtirari yang bermaksud terpaksa ialah waqaf
yang berlaku kerana sebab-sebab darurat atau terpaksa memberhentikan
bacaan. Waqaf kerana sebab ini berlaku kerana terputus nafas, menguap,
bersin, tercekik, tersedu, menangis, tertidur atau seumpamanya yang
memaksa seseorang itu memberhentikan bacaannya.

Waqaf kerana sebab-sebab terpaksa seperti ini harus hukumnya,
kerana Allah tidak memikulkan hambanya sesuatu yang mereka tidak
terdaya. Maka seseorang itu hendaklah memulakan semula bacaannya dari
perkataan yang ia berhenti tadi jika perkataan itu harus dimulakan
daripadanya. Jika tidak, maka hendaklah ia memulakan dari perkataan
yang sebelumnya.

Lihat Buku Asal untuk penjelasan penuh

1.5. TAHAP-TAHAP WAQAF (IKHTIYARI):
Perbincangan tentang waqaf kerana sebab pilihan sendiri ini akan
dibahagikan kepada empat tahap iaitu: -

(A.) WAQAF TAM ) ,'.\' \' (
(B.) WAQAF KAFI ) _'>\' \' (
(C.) WAQAF HASAN ) _==\' \' (
(D.) WAQAF QOBIH ) _,,\' \' (
4
Lihat Kitab -,-'' ,'=, oleh Al-Syeikh `Atiyyah, m/s 223.
(A.) WAQAF TAM ) ,'.\' \' ( (SEMPURNA): -

Pengertian WAQAF TAM:
Memberhentikan bacaan pada perkataan yang telah difahami
maksudnya yang tidak mempunyai kaitan dengan perkataan berikutnya dari
segi makna dan susunan ayatnya.

Hukum Waqaf Tam:
Berhenti pada perkataan-perkataan seperti ini adalah harus dan
dikira berhenti yang sempurna. Begitu juga memulakan bacaan dari
perkataan berikutnya juga dikira sempurna.

Lihat Buku Asal untuk penjelasan penuh

1.7. TANDA-TANDA WAQAF

Bagi memudahkan pembaca al-Quran mengetahui tempat-tempat
waqaf yang betul khususnya dipertengahan ayat, para ulama terkemudian
telah meletakkan tanda-tanda waqaf di dalam al-Quran Rasm Uthmani.
Berikut adalah tanda-tanda waqaf di dalam al-Quran Rasm Uthmani
berserta huraiannya: -

i. Tanda ( )
Tanda Waqaf Lazim. Waqaf pada tanda ini adalah dituntut. Ini
kerana maksud ayat tidak akan terserlah tanpa berhenti pada tempat ini.
Tanda ini adalah singkatan dari perkataan ) ,. ( bermaksud mesti dalam
Bahasa Arab. Memulakan dari ayat berikutnya juga harus. Contoh tanda ini
di dalam al-Quran Rasm Uthmani: -
s s s s y y y y 7 77 7. .. . t tt ts s s s 9 99 9 s s s s % %% % $ $$ $ . .. . ) )) ) n n n n = == = t t t t . .. . $ $$ $t t t t . .. . _ __ _ $ $$ $t t t t . .. .u u u u t t t t . .. . = == = _ __ __ __ _ (Ya-Sin: 76)
Pengertiannya: Maka janganlah engkau (Muhammad) berdukacita disebabkan
tuduhan-tuduhan mereka. Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang
mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.
Lihat Buku Asal untuk penjelasan penuh

1.8. WAQAF PADA AKHIR PERKATAAN:

Bagi memberhentikan (waqaf) bacaan di akhir sesuatu perkataan.
Pembaca al-Quran boleh memilih 3 cara berikut: -

(A.) SUKUN MAHADH ) _== _>= (
(B.) RAUM ) , (
(C.) ISYMAM ) ,'== (
(A.) SUKUN MAHADH ) _>= := ( . .. .
Sukun Mahadh bermaksud berhenti di akhir perkataan dengan
semata-mata sukun huruf akhir sahaja. Mematikan (sukun) huruf akhir itu
adalah asal dalam memberhentikan (waqaf) bacaan.

Semua perkataan itu (tanpa mengira baris huruf terakhir) harus
diwaqafkan dengan Sukun Mahadh. Antara contoh-contoh akhir perkataan
yang diwaqafkan dengan Sukun Mahadh adalah seperti berikut: -

. .. .y y y y s ss s 9 99 9$ $$ $# ## # ! !! ! b bb b> >> >u u u u t t t t _ __ _, ,, , . .. .n n n n = == =. .. .y y y y 9 99 9$ $$ $# ## # _ __ _ _ __ _. .. .u u u u . .. . q qq q 9 99 9$ $$ $# ## # m mm m 9 99 9$ $$ $# ## # _ __ _ 7 77 7 = == =. .. .t t t t . .. . , ,, , t t t t _ __ _ e ee e$ $$ $! !! !$ $$ $# ## # _ __ _ x x x x 8 88 8$ $$ $ ) )) ) 7 77 7 t t t t . .. . x x x x 8 88 8$ $$ $ ) )) )u u u u
_ __ _, ,, , t t t t G GG G n n n n _ __ _ (Al-Fatiha: 2-5)
Bagi perkataan yang diakhiri dengan huruf Mad maka perlu
dikekalkan suara panjang huruf itu, seperti memanjangkan suara dengan 2
harakat ketika waqaf pada contoh di bawah: -

! !! !$ $$ $# ## # I II I t t t t . .. .s s s s 9 99 9 ) )) ) ) )) ) u u u u > >> > ( ( ( ( (ToHa: 8)
Lihat Buku Asal untuk penjelasan penuh

2. SAKTAH ) .>=\' (
2.1. PENGERTIAN SAKTAH
Saktah ) .>=\' ( dari segi bahasa bermaksud diam. Dari segi istilah ilmu
tajwid Saktah bermaksud memberhentikan bacaan tanpa memutuskan nafas
sekadar tidak lebih dari dua harakat kemudian meneruskan bacaan tersebut
dengan nafas yang sama.
Lihat Buku Asal untuk penjelasan penuh

3. QAT`U ) _=s\! (
Pengertian:

Qatu ) _=\' ( dari segi bahasa bermaksud memutuskan. Qat`u yang
dimaksudkan dalam istilah ilmu Tajwid ialah memutuskan bacaan untuk
tujuan berhenti kerana sesuatu yang tiada kaitan dengan bacaan, seperti
menyelesaikan bacaan bagi waktu tersebut.

Perbezaan antara Waqaf dengan Qatu ialah Waqaf berhenti kerana
mengambil nafas baru sedangkan Qatu ialah berhenti kerana selesai
membaca. Oleh itu pembaca al-Quran dituntut membaca Istiazah jika
hendak memulakan semula bacaan.

Lihat Buku Asal untuk penjelasan penuh

4. MEMULAKAN BACAAN ) s!..,v! ( (IBTIDA): -

Pengertian:

Ibtida bermaksud memulakan bacaan, samada memulakan semula
bacaan setelah Qatu (lama habis membaca) atau memulakan bacaan setelah
Waqaf (berhenti mengambil nafas).

Jika memulakan setelah Qatu maka dituntut supaya membaca
Istiazah. Tetapi jika memulakan setelah Waqaf, tidak perlu Istiazah. Maka
jelas di sini Ibtida ialah suatu yang berlaku kerana pilihan sendiri, bukan
kerana terpaksa. Di sini diberikan beberapa panduan dalam memulakan
sesuatu bacaan: -

Lihat Buku Asal untuk penjelasan penuh