Anda di halaman 1dari 3

U UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SK TUNKU PUAN HABSAH, 09100 BALING, KEDAH DARUL AMAN. Email : skhabsah@yahoo.

com TEL/ FAKS : 04-4704473


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KERTAS KERJA PROGRAM MENTOR MEETEE 01 Pengenalan Program mentor-mentee merupakan salah satu pendekatan yang boleh digunakan untuk membantu murid dalam bidang akademik dan memajukan diri dalam pelajaran melalui bimbingan dan pemantauan guru yang dikenali sebagai mentor. Oleh itu, program ini boleh didefinisikan sebagai satu sistem yang melibatkan guru untuk membantu, membimbing, mengajar, memberi sokongan serta galakan dalam memupuk potensi pelajar supaya berkembang dan meningkat, bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga sahsiah dan JERI pelajar. Sistem Mentor berfungsi sebagai satu saluran di mana para murid dapat menyatakan kehendak dan keperluan masing-masing manakala guru-guru dapat menyuarakan permintaan dan harapan mereka demi mencapai matlamat sekolah dan pendidikan. Oleh itu, guru sebagai mentor dapat membantu dan membimbing para pelajar di bawah jagaannnya (mentee) dengan cara yang sistematik dan berkesan melalui perjumpaan yang dirancang dan berobjektif. Program Mentor mentee ini juga merupakan program untuk meningkatkan keyakinan murid khususnya murid Tahun 6 yang bakal menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada September nanti. Matlamat 02 Murid yang semakin tercabar dalam arus pembangunan kini perlu diberi bimbingan agar mereka dapat memperkembangkan segala potensi serta menilai kelemahan diri sendiri. Menerusi program ini murid akan didampingi dengan lebih rapat oleh mentor mereka. Di samping itu rakan sebaya akan memainkan peranan dengan bertukar pendapat dan maklumat diri masing-masing melalui bimbingan mentor. 03 Objektif 3.1 3.2 3.3 Memupuk pemikiran positif dalam kalangan pelajar, khususnya murid-murid Tahun 6. Mengubah sikap ke arah mengambil berat terhadap pelajaran masing-masing. Menyemai semangat berdaya saing di kalangan murid dalam usaha mencapai kecemerlangan ilmu. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar dalam pembelajaran. Mempereratkan hubungan kekeluargaan antara guru dengan pelajar.

3.4 3.5

04

Pengelola Program 4.1 4.2 Pengerusi N/Pengerusi : En Salim b. Salleh : Pn Rafidah bt Shaari

4.2 4.4 4.5 4.6

S.U/Penyelaras Program Bendahari

: Pn Nor Shamsiah bt Darakta : Pn Sarita bt Ahmad Rafaii

Penyelaras Aktiviti : Pn Kanya a/p Ai Wong AJK Kerja : Pn Zaleha bt Mohd. Rajab :En Mohd. Sabri b Abdul Aziz :En Mohd. Sofi b Ahmad : Pn Safiza bt Mohamed : Pn Nor Haniza bt Harun : Pn Payunm a/p Suwai

05

Sasaran 5.1 5.2 Murid Pra sekolah Tahun 5 32 orang murid Tahun 6

06

Pengisian Program 6.1 Berpandukan Modul yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

09

Tentatif Program Tarikh 23.06.2013 Bilangan Pertemuan Pertama Cadangan Item Pertemuan Pelancaran Program Mentor-Mentee Peringkat Sekolah Penyerahan Mentee, Modul dan Sesi Bergambar. 28.07.2013 Pertemuan ke-2 Pengurusan Masa, Jadual Belajar Berdasarkan Modul 25.08.2013 Pertemuan ke-3 Pemantapan Sahsiah, Perbincangan Akademik Berdasarkan Modul 22.09.2013 Pertemuan ke-4 Kemahiran Menjawab Soalan Berdasarkan Modul 27.10.2013 Pertemuan ke-5 Perbincangan Near Miss/ETR Pengurusan Masa Dalam Cuti Sekolah Cadangan aktiviti lain ketika pertemuan :

1. Menyemak buku latihan/buku tulis 2. Pematuhan Jadual Belajar 3. Lawatan mesra ke rumah mentee 4. Pertemuan dengan ibu bapa / penjaga mentee 5. Hadiah Galakan

6. Makan bersama 7. Program santai

10

Perbelanjaan BIL 10.1 10.2 10.3 10.4 PERKARA Fotostat Modul & Binding Banner (Guru Penyayang & Mentor Mentee) Ring File Kulit Keras Lain-lain ( bahan fotostat ) Jumlah RM 48.00 RM 95.00 RM 10.00 RM 9.00 RM 162.00 JUMLAH

11

Sumber kewangan BIL 11.1 PERKARA Unit Bimbingan dan Kaunseling RM 162.00 JUMLAH

10

Penutup Adalah diharapkan program ini dapat memberi peluang kepada murid dalam menimba pengetahuan dan akhlak yang baik seterusnya meningkatkan motivasi diri ke arah kecemerlangan khususnya dibidang pendidikan. Semoga dengan perancangan yang teliti dan sokongan serta kerjasama daripada pelbagai pihak program ini akan mendatangkan manafaat kepada semua.

Disediakan oleh : ..

Disemak dan disahkan oleh :


( SALIM BIN SALLEH ) Guru Besar, SK Tunku Puan Habsah.

(NOR SHAMSIAH BT DARAKTA)


Guru Bimbingan Sekolah SK Tunku Puan Habsah .

Anda mungkin juga menyukai