Anda di halaman 1dari 5

Menambahkan keupayaan modal dalam negara.

Negara Asia Pasifik yang tergolong dalam kelompok negara sedang membangun dan juga negara mundur tidak mempunyai modal yang cukup untuk menggerakkan sektor ekonomi moden khususnya sektor industri dan perkhidmatan. Industri teknologi tinggi ( HITEC ) misalnya amat memerlukan modal yang banyak. Dengan suntikan modal asing membolehkan industri berkembang pesat, peluang pekerjaan kepada rakyat akan bertambah, memutuskan lingkaran kemiskinan yang selama ini menghimpit negara-negara sedang membangun dan lain-lain .Menggalakkan pemindahan teknologi, kepakaran dan R&D. Selain modal, tahap teknologi yang mundur dan kekurangan tenaga pakar juga menjadi halangan utama kepada sebahagian besar negara-negara sedang membangun untuk maju dalam sektor ekonomi moden. Hanya globalisasi sahaja yang akan menggalakkan kemasukan teknologi moden dan pemindahan kepakaran dari negara-negara yang lebih maju seperti Jepun , Amerika Syarikat, German dan lain-lain. Contoh teknologi HITEC, teknologi komunikasi dan lain-lain. Kegawatan ekonomi. Wang boleh bergerak keluar merentasi sempadan sesebuah negara debgan hanya menekan butang computer sahaja. Dengan penarikan keluar wang panas secara mendadak dari sesebuah negara akan menyebabkan negara itu menjadi muflis, operasi industri dalam negara akan terhenti, pengangguran akan bertambah, beban hutang luar meningkat dan ekonomi negara gawat. Contohnya Malaysia kehilangan modal luar hampir 400 bilion ringgit dalam tempoh kegawatan tersebut.Tekanan ekonomi dan bebanan kepada golongan miskin. Globalisasi bersama dengan konsep deregulasinya bermakna menghapuskan hak-hak keistimewaan dan subsidi yang selama ini dilakukan oleh kerajaan untuk melindungi rakyatnya. Apabila subsidi terhapus harga barangan dan perkhidmatan akan meningkat, kos hidup akan meningkat dan golongan miskin akan menderita dan mungkin boleh membawa kepada kegawatan sosial serta politik seperti yang berlaku di Indonesia. Kepentingan saling bergantung antara Negara untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian sumber-sumber bahan mentah dan juga sumber tenaga. Sesetengah negara / kawasan tidak mempunyai bekalan tenaga yang cukup bagi menggerakkan sektor industrinya. Ia amat bergantung kepada negara / kawasan luar bagi memperolehi sumber tenaga tersebut. Misalnya Malaysia amat bergantung kepada Thailand dalam memperolehi bekalan

beras negara. Pendek kata, dalam sistem ekonomi terbuka , keadaan saling bergantung sudah menjadi satu kemestian.Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian dan pemindahan teknologi, penyelidikan dan pembangunan ( R&D ) serta inovasi baru dalam pelbagai bidang ekonomi. Tanpa teknologi sesebuah negara / kawasan tidak boleh dibangunkan walaupun ia mungkin kaya dengan sumber alam. Dengan adanya pemindahan dan perkongsian teknologi moden muka bidang-bidang seperti pembangunan sumber manusia, sumber tenaga, perindustrian, sumber marin, pelancongan, pertanian dan sebagainya oleh dimajukan dengan cepat. Sebagai contoh dalam usaha memperkembangkan Industri Berteknologi Tinggi ( IIITEC ) di Malaysia ia amat bergantung kepada pemindahan teknologi dari negara Jepun. Misalnya teknologi kejenteraan automasi, teknologi reka bentuk dan teknologi kawasan mutu.

Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perluasan pasaran dan perdagangan antara negara/kawasan. Dengan adanya kerjasama dan saling bergantung maka sesebuah negara itu boleh memperluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan mereka ke negara/kawasan lain. Kesan-kesan positif daripada perluasan dan perkongsian pasaran akan dapat dinikmati bersama khususnya dari segi pertambahan permintaan dan juga kuasa beli pengguna. Misalnya barangan negara-negara Asia Tenggara boleh dijual di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat.Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian modal. Kekurangan dalam sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain sama ada daripada pelaburan kerajaan mahupun pelaburan swasta. Keuntungan pelaburan modal akan diperolehi melalui prinsip perkongsian bijak seperti kaedah pelaburan bersama atau kaedah pelaburan silang. Contohnya melalui perkongsian modal swasta telah mempercepatkan proses pembangunan ekonomi di kawasan Segitiga pertumbuhan ASEAN iaitu di IMT-GT, IMS-GT dan juga EAGA-BIMP. Untuk saling memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian buruh dan tenaga pakar. Kekurangan buruh dan tenaga pakar dalam sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain yang berlebihan buruh. Contohnya Malaysia akan bergantung kepada buruh-buruh Indonesia dalam sektor perladangan dan pembinaan. Perdagangan intra ASEAN menghadapi beberapa halangan. Antaranya persaingan sesama negara pengeluar. Komoditi barangan yang homogeneus

menyebabkan ancaman perlambakan di pasaran yang akhirnya menurunkan harga pasaran. Contoh komoditi kelapa sawit dan getah antara Malaysia dengan Indonesia.Masalah kejatuhan nilai mata wang. Sesetengah negara seperti Indonesia masih belum pulih. Apabila urusan dagangan menggunakan dollar US akan wujud jurang nilai mata wang yang begitu besar dengan Negara yang lebih stabil seperti Singapura,Brunei dan Malaysia.Kuasa beli pasaran yang masih rendah dan saiz pasaran yang kecil. Negara yang saiz pasarannya besar seperti Indonesia dan Filipina tetapi kuasa beli penduduknya pula rendah manakala negara yang kuasa beli pasarannya tinggi seperti Singapura dan Brunei hanya memiliki saiz pasaran/jumlah penduduk yang sedikit. Keadaan ini menyukarkan perluasan perdagangan antara negara dan juga kewujudan imbangan dagangan. Ciri-ciri saling bergantung antara Malaysia dengan negara-negara lain meliputi Pergantungan kepada sumber bahan mentah, sumber kuasa dan juga sumber makanan. Malaysia misalnya bergantung kepada Thailand dalam konteks bekalan beras, sumber perikanan, sayuran,buahan dan lain-lain bagi menampung kekurangan sumber makanan dalam negara. Selain itu, Malaysia juga begantung kepada Filipina untuk pembekala gula, dan bergantung kepada Indonesia pula dalam konteks pembekalan kelapa.Pergantungan kepada teknologi. Malaysia amat bergantung kepada teknologi moden dari negara-negara maju dengan mengimport teknologi dari Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Rusia dan juga negara-negara Eropah khususnya dalam bidang perindustrian, telekomunikasi, pertahanan, ICT, dan sebagainya. Manakala negara-negara maju itu pula bergantung kepada Malaysia untuk pembekalan minyak kelapa sawit dan getah asli. Pergantungan kepada pasaran luar negara. Misalnya pergantungan kepada AFTA, pasaran Amerika Syarikat, pasaran Eropah,pasaran Asia-Pasifik dan sebagainya. Sebagai contoh produk alat hawa dingin Malaysia amat bergantung kepada pasaran negara-negara timur tengah seperti negara-negara Arab di rantau Teluk. Keadaan saling bergantung ini berlaku menerusi persefahaman dalam perdagangan antarabangsa. Pergantungan kepada modal. Pelaburan modal asing amat diperlukan Malaysia untuk menggerak dan memajukan sektor-sektor ekonomi seperti perindustrian, perkhidmatan, pelancongan, pengangkutan, sumber tenaga dan sebagainya. Tanpa modal asing, Malaysia tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk memperkasakan ekonominya. Antara negara maju yang banyak melabur di Malaysia ialah seperti Jepun, Korea,

Amerika Syarikat, England, Jerman dan sebagainya di samping pelaburan dari negara-negara ASEAN misalnya dari Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, Filipina dan lain-lain lagi. Pergantungan kepada buruh dan kepakaran.penawaran buruh yang rendah dalam sektor-sektor kritikal menyebabkan Malaysia amat bergantung kepada buruh asing. Misalnya dalam sector pembinaan dan perladangan bergantung kepada tenaga buruh dari Indonesia, Thailand dan Vietnam. Bekalan tenaga buruh ini selain murah,ianya juga mudah didapati oleh kerana adanya kerjasama yang erat di antara Malaysia dengan negara-negara ASEAN yang lain.

Ciri-ciri pergantungan Malaysia dengan negara-negara ASEAN yang lain berasaskan konsep perkongsian pintar, saling melengkapi serta prinsip dan Situasi Menang-Menang walau bagaimanapun pergantungan Malaysia dengan negara-negara maju adalah tidak adil dan berat sebelah yang memihak kepada negara-negara maju tersebut.

Pakatan ekonomi serantau ASEAN boleh mengurangkan kesan negatif proses globalisasi ekonomi dengan cara mengurangkan monopoli pasaran barangan dalaman ASEAN dari negaranegara maju. Ini dapat dapat dilakukan menerusi kerjasama ekonomi ASEAN yang mewujudkan kawasan pasaran bebas ASEAN (AFTA). Dengan adanya AFTA membolehkan produk barangan sesame negara ASEAN dijual dengan harga yang lebih murah berbanding dengan barangan dari negara luar ASEAN. Apabila harga barangan ASEAN menjadi lebih murah maka sudah tentunya permintaan barangan import dari negara-negara luar ASEAN akan semakin berkurangan.

Mengurangkan monopoli pasaran kewangan ASEAn oleh negara-negara maju khususnya Amerika Syarikat. Ini boleh dilakukan menerusi penubuhan bank ASEAN, Koperasi ASEAN, cadangan penggunaan mata wang ASEAN bagi menggantikan dollar US dan lain-lain. Persepakatan sesama negara-negara ASEAN dalam konteks ini membolehkan risiko kejatuhan nilai mata wang boleh dikurangkan.misalnya apabila urusan perdagangan antara negara-negara ASEAN dilakukan dalam mata wang ASEAN sendiri, ini akan memberikan keuntungan kepada semua pihak. Walaupun cadangan ini sukar dilaksanakan kerana perbezaan nilai wang yang begitu ketara antara negara-negara ASEAN tetapi perkara ini tidak mustahil dilaksanakan demi mengelakkan daripada risik terlalu bergantung kepada dollar Amerika.

Mengurangkan kebergantungan modal daripada negara-negara kapitalisyang jelas tidak menguntungkan negara-negara ASEAN jika berlaku keadaan yang tidak diingini seprti kejatuhan

nilai mata wang negara-negara ASEAN yang menyebabkan modal asing boleh ditarik keluar dari ASEAN pada bila-bila masa sahaja. Oleh sebab itu semasa sesame negara-negara ASEAN boleh meningkatkan pelaburan menerusi konsep pelaburan bersama dan juga pelaburan silang.

Mengurangkan dominasi teknologi dan kepakaran dari negara-negara maju. Ini boleh dilakukan melalui konsep persainagn pintar, konsep saling melngkapi, prinsip menang-menang, dan juga langkah pertukaran teknologi dan inovasi baru, latihan tenaga manusia secara bersama dan bersepadu sesame negara anggota ASEAN. Seterusnya dapat mengurangkan kebergantungan teknologi dari negara-negara naju sahaja. Setiap negara anggota ASEAN mempunyai kelebihan teknologinya sendiri yang boleh di kongsi bersama untuk mewujudkan keadaan saling melengkapi antara satu sama lain.Membendung campur tangan politik dari negara-negara maju menerusi prinsip Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOFPAN), iaitu dasar tidak campur tangan negara-negara anggota serta prinsip kemakmuran bersam ASEAN. Melalui persepakatan ini negara-negara luar tidak boleh sewenang-wenangnya mencampuri urusan politik dalaman ASEAN.